Sepanjang hampir 20 tahun dalam dunia bisnes membina brand D'Apple ni, kami suami isteri pernah :
1- Isteri terus masuk dapur (memasak) pada hari ketiga bersalin sebab terpaksa bukak kedai (tak ada duit dan terbelenggu hutang)
2- Hutang kiri kanan ditekan siang dan malam (depresi) sampai tak cukup tidur (berbulan-bulan lamanya hidup dalam tekanan sampai jadi kurus cekeding). Isteri tolong jawab telefon ketika dah tak mampu jawab panggilan hutang
3- Pernah tak tidur sampai 4 hari sebab kena hantar stok niaga ke beberapa negeri. Terpaksa hantar sebab sangat perlukan duit jualan untuk bayar belanja dan pembekal. Waktu itu stok tu je yang kami ada untuk tukar jadi duit. Isteri bergilir memandu jika dah mengantuk sangat
4- Semua pekerja berhenti sekaligus di waktu kami dilanda masalah. Tinggal kami suami isteri terkontang kanting tak dapat buka kedai.
5- Terpaksa berniaga dengan anak masih merah (belum luruh tali pusat) dibawa ke restoran. Buaian letak kat tepi dapur..
6- Tinggal dalam rumah sewa (sebenarnya stor) yang tersangat kecil berhimpit-himpit 6 beranak selama 6 tahun. Isteri tak mengeluh langsung
7. Pernah berlaku dengan komitmen tetap RM30,000 sebulan, duit dalam poket tinggal tak sampai RM100.00. Isteri OK jer..
8- Selama 6 bulan tak pernah beli pakaian baru. Pernah 2 / 3 tahun satu keluarga beraya dengan baju sama. Masih senyum sokmo 😊
9- Kereta sampai 5 bulan tak bayar ansuran (kereta kenari), dihambat bank untuk tarik. Itu adalah satu-satunya kereta yang kami ada pada waktu itu untuk berniaga.
10. Makanan tak ada kat rumah nak makan, kami sekeluarga terpaksa ke rumah mertua untuk alas perut. Tapi mereka tak tahu yang kami kehabisan duit untuk beli makanan pada waktu tu. 😰
11. Isteri tak pernah mintak langsung barang kemas sepanjang hidup bersama
Dan banyak lagi..
Bukan nak jaja cerita sedih. Tapi sekadar nak bagitahu berniaga ni bukan senang. Tapi jika ada isteri yang memahami, menyokong dan sama-sama membantu, tiada apa yang tak dapat kita harungi bersama. InshaAllah..
Sekarang pelbagai produk sos D'Apple sudah berada di seluruh Malaysia dan D'Apple Fried Chicken (DFC) akan membuka 100 cawangan di seluruh semenanjung Malaysia sedikit masa lagi.
Tanpa dia, aku takkan berjaya disini harini..
Terima Kasih Allah..
Ditulis oleh Abdul Hakim Awang dan ini isteri beliau Nuraine Mohamed Zin
No comments:
Post a Comment