Showing posts with label Luahan hati Usahawan. Show all posts
Showing posts with label Luahan hati Usahawan. Show all posts

Saturday, October 24, 2015

Nasihat Lelaki Terkaya Di Asia Ini Kepada Anak Muda Berpendapatan RM2000, Bagaimana Untuk Menjadi Kaya

Nasihat Lelaki Terkaya Di Asia Ini Kepada Anak Muda Berpendapatan RM2000, Bagaimana Untuk Menjadi Kaya

Dalam hidup ini pasti ramai impikan untuk menjadi kaya, apa yang diinginkan dapat dipenuhi dengan mudah tanpa memikirkan pasal kos yang terpaksa digunakan atau untuk dijimatkan.

Tetapi untuk menjadi kaya bukanlah sesuatu yang mudah tanpa usaha dan keazaman yang tinggi.

Li Ka-Shing, lelaki terkaya di Asia dan no 14 dunia dengan jumlah kekayaan bersih sehingga USD25.5 billion telah berkongsikan satu nasihat yang amat berguna kepada anak muda yang bergaji kira-kira RM2000.

Sebelum kita pergi kepada nasihat atau tips berkenaan, jom kita kenali siapakah sebenarnya lelaki ini, apa kisah yang menarik mengenainya dan sudah pasti nasihatnya ini berdasarkan hidupnya yang lebih awal 'makan garam' daripada kita.

Beliau bukanlah seorang yang berpendidiakn tinggi, dia tidak menamatkan pengajian di sekolah tetapi seorang yang amat minat membaca. Sifat itu adalah pengaruh daripada bapanya yang merupakan seorang guru yang mencintai ilmu. Walau bagaimanapun, Li Ka-Shing kehilangan bapanya sebelum berumur 15 tahun menyebabkan dia tidak dapatmenamatkan alam persekolahan kerana kesempitan hidup.

Dia dilahirkan di ChaoZhou, sebuah tempat di daerah Guangdong, China pada 29hb Julai 1928.

Bermula daripada seorang buruh kasar di sebuah kilang plastik, dia mencuba nasibnya menjadi seorang jurujual, juga dalam industri barangan plastik. Cerita berkenaan lelaki paling kaya di Asia ini merupakan antara cerita paling mula yang saya tahu.

Walaupun bergelar orang paling kaya di Asia, dia hanya memakai jam tangan berjenama Seiko yang dibelinya pada masa mula menjadi usahawan muda dahulu. Dia memang terkenal dengan cara hidup yang berjimat cermat dan amat suka membaca bagi mengumpulkan ilmu.

Ketika mula bekerja sebagai buruh kasar Li Ka-Shing berpeluang membantu majikannya mengarang satu surat penting. Peluang itu berlaku apabila kerani majikannya tak hadir dan tiada orang yang boleh membantu majikannya buat surat.

Oleh sebab Li Ka-Shing tahu membaca dan menulis, orang menunjukkan beliau pada majikannya. Setelah Li Ka-Shing berjaya buat surat, majikannya kagum dengan keupayaan beliau mengarang dengan baik, lalu ditawarkan kerja pejabat yang lebih mudah.

Tapi sikap sebagai usahawan muda yang ada pada dirinya membuatkan dia menolak tawaran tersebut. Sebaliknya dia minta untuk menjadi seorang jurujual daripada menjadi seorang kerani.

Oleh sebab suka dengan sikap Li Ka Shing, majikannya mengizinkan beliau menjadi jurujual. Terbukti bakatnya sebagai seorang jurujual amat hebat. Hasil jualannya seorang diri mengatasi hasil gabungan jualan kesemua jurujual yang ada dalam masa yang singkat saja.

Bila dia bercadang nak buka kilang buat bunga tiruan dari plastik, majikannya yang yakin akan bakat Li Ka Shing mahu mengikutinya dan menjadi rakan kongsi Li Ka Shing. Ertinya majikannya sanggup berada di bawah pimpinan Li Ka Shing yang masih muda itu. Majikannya sanggup jual kesemua kilangnya untuk mengumpul dana bagi menjayakan hasrat Li Ka Shing.

Dan kini, Li Ka Shing adalah orang paling kaya di Asia. Dia masih kekal bersederhana walaupun kekayaannya amat hebat….

Jom kita baca apa nasihatnya kepada mereka yang berpendapatan RM2000 jika mahu berjaya dalam hidup.

PETUA LI KA-SHING UNTUK ANAK MUDA

Katakan anda berpendapatan sebanyak RM2000 sebulan sekarang. Tak kira samada anda dah berniaga atau anda masih makan gaji. Pastikan anda bahagikan pendapatan itu kepada 5 bahagian.

1) Belanja untuk sara hidup anda. Pastikan anda bersederhana dalam belanja sara hidup. Jumlah sebanyak maksima RM600 mungkin dah cukup jika anda pandai berjimat. Bajet sekitar RM20 sehari untuk perbelanjaan hidup walau apapun yang berlaku.
Makan pagi secara sederhana dengan makan bihun atau nasi goreng, telur sebiji dan air segelas. Itu dah cukup mengenyangkan.
Makan tengahari juga dengan cara yang sederhana dan sedikit buah.
Makan malam pastikan anda masak sendiri dengan cara yang mudah dan sederhana. Makan sayur dan buah dan minum segelas susu sebelum tidur.

2) Belanja untuk bina rangkaian kawan. Untuk itu anda perlukan sebuah telefon bimbit. Bajet sekitar RM100 saja sebulan untuk bil telefon anda. Peruntukkan sebanyak RM300 lagi untuk belanja kawan makan. Anda boleh bajet dalam 3 orang sebulan dengan kos RM100 seorang. Jadi jumlahnya adalah dalam lingkungan RM400 untuk aktiviti bina rangkaian kawan ini. Pastikan kawan yang anda belanja itu adalah mereka yang:
Lebih berilmu daripada anda. Jangan belanja orang yang entah apa-apa yang berfikiran negatif dan tidak punya ilmu yang lebih baik dari anda sendiri.
Lebih kaya daripada anda. Belanja mereka walaupun mereka lebih kaya kerana apa yang mereka tahu perlu menjadi rahsia yang perlu dikorek.
Orang yang membantu anda dalam kerjaya atau perniagaan. Tak ada usahawan yang boleh naik tanpa bantuan dari mereka yang prihatin dan besar jiwanya membantu orang lain. Jadi hargai mereka dan jangan kemut untuk belanja mereka. Ia bakal menjadi magnet untuk lebih ramai lagi orang lain datang memberikan bantuan selepas ini.

3) Belanja untuk aktiviti menuntut ilmu. Jangan ambil mudah dengan aktiviti menuntut ilmu untuk berjaya. Tak ada orang yang boleh pergi jauh jika malas mencari ilmu. Untuk itu anda perlu pastikan sejumlah RM300 diperuntukkan untuk:

Beli buku pengetahuan. Jangan pula beli buku mengarut seperti surat khabar, novel, majalah mangga dan sebagainya. Belilah buku yang anda boleh kutip ilmu dan aplikasikannya dalam kehidupan. Baca betul-betul dan jangan sia-siakan wang yang dibelanjakan untuk beli buku tersebut. Mungkin anda perlu siapkan dalam RM100 sebulan untuk beli buku.
Ikuti seminar atau kursus keilmuan yang anda rasa penting dan dapat membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri anda. Belanjakan dalam lingkungan RM200 sebulan untuk kursus atau seminar yang baik untuk anda. Anda akan dapat ilmu dan penting lagi anda akan berkenalan dengan mereka yang turut sama mahu berjaya dalam hidup seperti anda.

4) Belanja untuk melancong ke luar negara. Peruntukkan sebanyak RM200 sebulan untuk aktiviti berjalan ke negeri orang. Anda boleh tetapkan satu aktiviti berjalan ke luar negara sekali setahun. Jika anda sediakan RM200 sebulan, setahun anda akan ada sebanyak RM2,400. Jumlah itu memadai untuk anda melancong ke negara jiran yang kosnya murah. Berjimat dengan penuh kemut ketika melancong. Bukan kemewahan yang yang dicari, tapi apa yang boleh anda pelajari daripada pengembaraan itulah yang paling penting. Jauh perjalanan, luas pemandangan !.

5) Peruntukan untuk simpanan. Baki selanjutnya sebanyak RM500 hendaklah disimpan dalam akaun simpanan. Masukkan dalam tabung haji atau mana-mana akaun yang susah nak dikeluarkan. Ia adalah pelaburan untuk modal memulakan perniagaan anda.

Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan terlebih dahulu. Trading mungkin satu pilihan yang baik. Bila mula kecil, gagal bermakna anda hanya hilang wang yang sedikit. Jika berjaya, ia jadi suntikan semangat untuk anda berjaya lebih tinggi sedikit lagi.
Cuba buat kerja tambahan untuk tambah pengalaman. Libatkan diri dengan aktiviti menjual kerana menjual adalah perkara penting untuk setiap usahawan yang mahu berjaya.

Beliau pada masa yang sama menasihatkan supaya anak-anak muda berjimat cermat, jangan menghabiskan duit untuk kehendak seperti membeli pakaian dan kasut mewah. Simpan terlebih dulu wang anda. Gunakan sebaik mungkin untuk mengembangkan wag simpanan berkenaa dan jalan terbaik untuk kaya adalah berniaga.

Sumber Siakapkeli.my

Tuesday, July 21, 2015

49 Nasihat Syed Mokhtar Khas Untuk Usahawan

49 Nasihat Syed Mokhtar Khas Untuk Usahawan

Syed Mokhtar Al-Bukhary-perniagaan
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari menjadi Bumiputera yang paling kaya dalam Malaysia dengan aset sebanyak 167 bilion, namanya amat masyhur baik di dalam mahupun di luar negara.

Dengan banyak kepentingan dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta generasi kejuruteraan dan kuasa, beliau adalah seorang tokoh simbolik yang memegang falsafah bahawa ‘pendidikan tidak menjamin kejayaan dalam hidup, tetapi kerja keras’.

Syed Mokhtar Al-Bukhary – Net worth: 2.9 billion USD (2015) Forbes

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?syed mokhtar al bukhary

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia- ia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Tambahan Kalau pun tak mahu membantu orang melayu, lebih lebih lagi Islam jangan lah kita tergulong atau bertanggung jawab menyumbang pada pembunohan kegiatan amal orang Melayu dan Islam.

Tuesday, January 13, 2015

KENAPA RAMAI YANG TAK MAMPU BELI HARTANAH DAN APA YANG ANDA PERLU BUAT?

Satu ketika dulu kami pernah berkongsi kisah hidup Saudara Faizul Ridzuan yang berjaya melepasi saat sukar dalam hidupnya hingga menjadi seorang pelabur hartanah yang berjaya.
Kali ini kami ingin bawakan sekali lagi kisah beliau dengan lebih lengkap, berserta beberapa rahsia telah beliau sudi kongsikan khas untuk mereka yang berminat mahu menceburi pelaburan hartanah.
Harapan kami kisah ini dapat memberikan inspirasi untuk anda.
________________________________
KENAPA RAMAI YANG TAK MAMPU BELI HARTANAH DAN APA YANG ANDA PERLU BUAT?
Salam semua,
Saya dapati yang kisah saya yang diterbitkan di surat-kabar Malay Mail semalam mendapat sambutan yang sangat positif yang berjaya mendapat lebih 200 SHARE kurang daripada 24 jam. Jadi untuk kawan-kawan yang lebih selesa membaca dalam BM, saya tranlasikan artikel ini dan saya tambahkan pandangan saya kerana saya fikir mungkin ramai yang boleh dapat manfaat melalui perkongsian saya.
Saya ringkaskan pengenalan saya kepada point berikut :
1. Bermula melabur dari tahun 2005 ketika berumur 24 tahun dengan bermodalkan duit sendiri RM2,000 untuk pembelian rumah pertama. Sudah membeli lebih daripada 40 hartanah sehinnga tahun 2014.
2. Sebab ramai rakan online yang mahu baca perkongsian saya, saya telah menulis buku – WTF? 23 Hartanah Sebelum 30 – yang menghuraikan secara terperinci pengalaman saya dalam pelaburan hartanah.
Perkongsian perjalanan saya dari seorang yang hanya makan-gaji ke pelabur hartanah:
• Latar belakang saya biasa sahaja. Ibu saya adalah penjawat kerajaan yang mengambil pencen awal, dan ayah saya seorang yang melakukan pelbagai kerja dan perniagaan sebelum menetap untuk mengusahakan perkhidmatan cuci kereta. Saya memang berminat dengan dunia perniagaan, tetapi sebab tiada modal saya mula melabur dahulu. Dan selepas membuat banyak research, saya dapati pelaburan hartanah adalah paling sesuai untuk saya kerana risikonya dan keperluan modalnya yang kecil. Impian kita mungkin masih jauh, tapi tak semestinya kita kena tunggu dah banyak duit baru nak bermula. Kita bermula gunakan apa yang kita ada, secepat yang boleh.
• Orang tak berwang perlu lebih kreatif. Saya tidak datang dari keluarga yang senang atau berada. Ketika saya bermula, saya hanya mempunyai RM2,000.00 di dalam bank. Saya meminjam selebihnya melalui pinjaman kreatif. Sebagai contoh pada masa itu, rakan saya perlu membeli sebuah laptop, dan pada masa itu saya baru sahaja memiliki kad kredit. Peluang saya nampak waktu itu adalah saya boleh beli laptop itu dengan skim pembayaran ansuran selama 12-24 bulan, tanpa faedah. Saya fikir saya boleh ambil duit cash dari rakan saya dan simpan dlm bank dulu, dan saya bayar ansuran bulanan perlahan-lahan. Saya ulangi process yang sama dan selepas 4 bulan saya berjaya mengumpul lebih dari RM20,000.00 untuk digunakan untuk pelaburan menggunakan kaedah ini.
• Bagi saya, saya jenis yang konservatif dalam pelaburan. Ramai orang beranggapan saya seorang yang suka ambil risiko yang tinggi disebabkan saya beli banyak hartanah. Realitinya, saya cuba melabur dengan mengunakan modal paling minimum yang boleh saya buat. Ada banyak hartanah yang saya beli tanpa mengeluarkan satu sen. Strategi saya ringkas sahaja- iaitu membeli hartanah yang berharga dibawah pasaran, dan sewa harus melebihi bayaran ansuran bulanan.
• Belia atau golongan muda hari ini ramai yang merungut harga hartanah mahal, tapi realitinya keutamaan mereka bukanlah simpanan dan pelaburan. Gaji pertama saya adalah RM600.00 saya mampu hidup. Saya beli rumah pertama ketika gaji saya RM2,500. Ramai belia sekarang yang bergaji lebih dari RM3,000 tapi tak mampu beli rumah kerana komitmen mereka tinggi dan tiada simpanan. Cuba kita perhatikan kereta, telefon bimbit dan pakaian mereka dan tidak hairanlah kenapa mereka tidak boleh menyimpan. Ia kembali kepada keutamaan. Ramai belia hari ini saya tengok tak kisah berbelanja RM10 untuk beli kopi berjenama, dan belanja RM30 setiap kali makan di luar.
• Masalah atau “jenayah kewangan” terbesar yang belia sekarang buat, adalah pembelian kereta. Mereka berfikir ia merupakan keperluan, tapi ia bukan. Bagi saya, kereta merupakan kemewahan / keinginan. Saya sendiri beli kereta pertama selepas beli hartanah yang ke-12, dan saya beli kereta terpakai je. Saya pernah kira, kalau kita beli kereta baru termurah di pasaran (Perodua), kita kena belanjakan minimum RM1,000.00 sebulan kerana ansuran kereta, duit minyak petrol, toll, dan penyelenggaraan. Ramai yang mampu bayar ansuran bulanan tetapi lupa kos-kos lain yang datang dgn pemilikan kenderaan. Kereta, adalah beban liabilitl yang semakin lama akan susut nilainya.
• Banyak golongan muda mengikat / mengaitkan kebahagiaan kepada pemilikan kebendaan. Ini bukan sesuatu yang susah difahami. Jika anda menggunakan wang untuk membeli benda, anda hanya akan memiliki benda, dan bukan wang. Jadi kita ada pilihan untuk memiliki pakaian terkini atau handfon baru, atau anda mahu lebih berharta / berduit.
• Tujuan saya menulis buku, bukan sebab nak jadi kaya. Saya lakukan atas minat nak berkongsi ilmu dan pengalamn saya yang tak sebanyak mana dan buat sedikit pendapatan pasif. Untung jualan buku bukan banyak mana, hanya RM4 untuk setiap buku. Saya fikir saya akan cukup gembira kalau saya dapat menjual 1,000 naskah, itu akan membuat saya. Saya cukup terkejut apabila saya diberitahu bahawa jualan buku saya melebihi jualan buku bekas Pendana Menteri negara kita. Sebgai penulis baru, memang saya terkejut tapi saya bersyukur sebab ini rezeki saya yang Allah S.W.T nak beri.
• Saya lihat ada segelintir pihak yang tak suka kepada pelabur hartanah. Mereka berpendapat pelabur hartanah adalah penyebab utama kenaikan harga hartanah. Bagi saya pendapat mereka ni kurang tepat. Harga hartanah di seluruh dunia dalam jangka masa panjang memang sentiasa akan naik walaupun tanpa penglibatan pelabur hartanah. Fenomena ini dah berlaku semenjak 200-300 tahun lagi. Mereka yang merungut mungkin lebih suka melabur dalam besi buruk ( kereta, modify kereta, jam tangan, dan handphone).
• Baru-baru ini, kami melancarkan portal hartanah pertama yang mesra-Bumiputera, di‘carirumah.com.my’. Kami kongsikan pelbagai maklumat berkaitan hartanah kepada pembeli hartanah. Ia merupakan portal pertama yang dilakukan secara dwi-bahasa, Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris dan kami mulainya kerana tiada siapa pun yang menawarkannya. Kami nak rapatkan jurang ilmu untuk pelabur yang kurang faham membaca dalam bahasa Inggeris.
• Nasihat akhir saya untuk golongan belia yang mahu memiliki atau membeli hartanah :
o Untuk melabur dalam bidang hartanah, kena buat persediaan terutamanya dari segi ilmu. Saya sendiri belajar 2 tahun sebelum beli rumah pertama. Ketika saya mula melabur, tiada program yang saya mampu pergi kerana semua program harganya lebih RM3,000.00 untuk hadir ke seminar-seminar pelaburan hartanah. Sekarang anda ada banyak alternatif yang murah keana ada banyak program yang harganya tak sampai RM100. Dalam seminar dua-hari yang saya terlibat lalu, kami hanya mengenakan bayaran RM90 seorang, jadi kini anda mempunyai banyak pilihan hari ini.
o Kedua, anda juga perlu menjauhkan diri dari mentaliti yang mengharapkan kerajaan memberikan rumah murah dan mampu milik. Ada banyak alternatif di luar sana, anda kena belajar utk buka mata. Saya masih boleh cari apartment 3 bilik di Damansara pada harga tak sampai RM200,000 hari ini sebab saya ada ilmu untuk tengok.
o Kereta – Jika anda memang perlu sangat beli kereta, beli kereta 2nd hand semurah yang boleh dan beli kereta tunai / cash. Jadikan kereta anda sebagai aset, bukan sebagai beban,
Saya doakan anda lebih celik-wang dan berjaya pada masa kelak.

Wednesday, March 6, 2013

Nukilan isi hati yang duka nestapa...


Tuan/Puan , semoga hari ini anda lebih ceria dan bersemangat daripada semalam.


Ramai yang marah apabila saya emel mengenai pelbagai bisnes kepada anda. Bukan niat untuk menyemakkan EMEL anda...cuma berkongsi tentang peluang buat duit dgn bisnes.

Jika anda tidak berminat untuk terima sebarang emel daripada saya. Klik sahaja UNSUBSCRIBER pada link di bawah emel ini. Cuba lihat betul-betul dan klik


UNSUBSCRIBE


Perkara ni saya dah beritahu banyak kali. Tak perlu anda maki hamun saya. Kutuk dan sebagainya.
Saya doakan semoga anda berjaya dan di bersihkan hati daripada pelbagai rasa benci dan dengki.

Why saya share tentang bisnes?


Adakah saya sekadar nak penuhkan poket saya dengan wang anda?


2 perkara atau objektif yang saya nak beritahu pada anda.

Pertama, yes, bila anda beli produk atau panduan daripada saya, saya dapat wang anda. Tetapi saya bukan sekadar menjual produk bodoh bangang yang anda boleh kutip tepi jalan...

Saya menjual panduan. Panduan untuk memulakan bisnes! Ramai orang nak buat bisnes, tetapi tak pandai, tak tahu bagaimana nak mula...itulah tugas saya.

Saya bantu melalui panduan dalam bentuk video dan audio. Kalau anda cakap ilmu atau pengalaman yang saya jual ni boleh dapat PERCUMA kat luar sana...

GO AHEAD!

Tiada siapa melarang!

Tujuan no 2 saya menjual panduan ialah kerana saya nak orang kita especially melayu yg suka mengutuk orang lain ni...buat bisnes sendiri. Part time ke freelance ke...

Janji buat bisnes sendiri!


Walaupun anda makan gaji dengan kerajaan atau swasta anda wajib ada sumber pendapatan kedua! Ini bukan saya cakap...tetapi KEPERLUAN MASA KINI!


Semua orang di Malaysia...kalau bertaraf sederhana, medium class, memang perlukan 2nd job. Untuk tampung kehidupan yang semakin mencabar.

Sekarang kita lihat, suami isteri terpaksa bekerja...
Sekarang kita lihat, umur bersara di naikkan...
Sekarang kita lihat, sudah tua, masih lagi bekerja...

Sebab apa?

Percaya atau tidak...nasi lemak RM1.50 - RM4.50 sekarang
boleh mencecah RM20 - RM50 dalam masa 20 - 30 tahun lagi.
Tak percaya tunggu!

Gaji kita? Agak-agak berapa banyak naik?

So, sekali lagi saya tegaskan....taknak baca emel saya, klik unsubscribe kat bawah ni. Anda takkan terima emel saya selepas ini.

Yang berminat untuk tahu tentang pelbagai bisnes lain, teruskan...walaupun anda tidak membeli produk saya kerana kurang mampu...

Percayalah nanti, jika anda memang berniat nak ada sumber pendapatan kedua...Allah akan beri rezeki lebih. Ketika itu anda akan diminta untuk memilih PELABURAN
yang tepat.

Melabur utk ILMU atau membeli benda atau membelanjakan kepada perkara lain...

Jika anda tidak ada modal, ini saranan saya...

Rumah anda ada perabot? Meja makan? Peti ais? TV? Mesin basuh?

Jual dan gunakan untuk dijadikan modal bisnes...Kenapa saya cakap begitu? Sebab saya sendiri telah lakukan perkara yang sama dulu... jual meja makan, jual perabot, jual mesin basuh semata-mata untuk cari modal bisnes.

So do it! Jangan banyak bagi alasan.

Saya tahu ramai yang susah, tetapi saya juga pernah susah dulu. sampai takde duit lansung dalam bank. Rumah yang saya sewa... tak mampu bayar, siap kena keluar daripada rumah sewa tersebut.

 So akalu anda masih ada handphone canggih, perabot mahal, tv 29 - 42 inci..maknanya anda belum - betul susah.


Yang anda ada cuma ALASAN.


Ikhlas,

Haszoor Muaidi

Pesanan: yang berminat nak berniaga jual kad kahwin,
dapatkan panduan di ---> http://www.bisneskadkahwin.com.my