Tuesday, August 4, 2026

STEVE JOBBS pengasas APPLE Co.

STEVE JOBBS pengasas/pemilik APPLE Co.

Kekayaan bersih USD 10.5 Billion atau setara RM 46 Billion.

Meninggal pada 5 Oktober 2011.
Lahir 24 Februari 1955.
Meninggal dunia pada usia 56 tahun.

Kata-kata terakhir Steve Jobbs sebelum meninggal:

Dalam dunia business, aku adalah simbol dari kejayaan, seakan-akan harta dan diriku tiada pemisahan, kerana selain kerja, hobiku tak banyak.

Saat ini aku berbaring di hospital, merenungi jalan kehidupanku, kekayaan,nama, dan kedudukan, semuanya itu tidak ada ertinya lagi.

Malam yang hening, cahaya dan suara mesin di sekitar katilku, bagaikan nafasnya maut kematian yang hampir pada diriku.

Sekarang aku mengerti, seseorang hanya patut memiliki harta secukupnya untuk digunakan dirinya saja itu sudah cukup.

Mengejar kekayaan tanpa batas itu bagaikan monster yang mengerikan.

Tuhan memberi kita organ-organ perasa, agar kita boleh merasakan cinta kasih yang terpendam dalam hati kita yang paling dalam.

Tetapi bukan kegembiraan yang datang dari kehidupan yang mewah
— itu hanya ilusi saja.

Harta kekayaan yang aku perolehi semasa aku hidup, tak mungkin boleh ku bawa pergi.

Yang aku boleh bawa adalah kasih yang murni yang selama ini terpendam dalam hatiku.

Hanya cinta kasih itulah yang mampu memberiku kekuatan dan ketenangan.

Katil apa yang termahal di dunia ini ? Katil orang sakit.

Orang lain boleh bukakan kereta untukmu, orang lain boleh kerja untukmu, tapi tidak ada orang boleh menggantikan sakitmu.

Barang yang hilang boleh didapatkan kembali, tapi nyawa hilang tak boleh kembali lagi.

Saat kamu masuk ke bilik bedah, baru kamu sedari betapa berharganya kesihatan itu.

Kita berjalan di jalan kehidupan ini. Dengan berlalunya waktu,
suatu saat akan sampai tujuan.

Bagaikan panggung pentas pun, tirai panggung akan tertutup, pentas telah berakhir.

Yang patut kita hargai dan sayangkan adalah

hubungan kasih antara keluarga,
cinta akan suami-isteri
dan juga kasih persahabatan antara teman.

HARGAI SETIAP DETIK DALAM KEHIDUPAN KITA,

ISI HIDUP KITA DENGAN PERKARA-PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT.

********
Antara perkara yg paling berharga yang tak boleh dibeli dengan duit ialah iman, amal soleh, kesihatan, ketenangan & kasih sayang.
Bila diuji kesihatan, baru menyedari betapa berharganya kesihatan itu.

Thursday, July 30, 2026

i-Lindung KWSP: Skim Perlindungan yang Bijak untuk Masa Depan

 i-Lindung KWSP: Skim Perlindungan yang Bijak untuk Masa Depan

Dalam era ekonomi yang tidak menentu seperti hari ini, perancangan kewangan menjadi keutamaan bagi setiap individu, terutamanya pekerja yang bergantung kepada simpanan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja). Salah satu inisiatif inovatif yang diperkenalkan oleh KWSP ialah skim i-Lindung, yang membolehkan pencarum menggunakan sebahagian daripada dana simpanan mereka untuk membeli polisi perlindungan insurans atau takaful.

i-Lindung dilancarkan pada tahun 2018 bertujuan untuk memastikan ahli KWSP tidak hanya menabung untuk persaraan, tetapi juga melindungi diri dan keluarga daripada risiko tidak dijangka seperti penyakit kritikal, kemalangan, atau kematian. Skim ini eksklusif untuk ahli KWSP yang berumur di bawah 60 tahun dan mempunyai sekurang-kurangnya RM1,000 dalam Akaun 1 (i-Akaun) mereka.

Apa yang menjadikan i-Lindung menarik ialah fleksibiliti dan kemudahannya. Pencarum boleh memilih pelbagai produk perlindungan daripada operator insurans atau takaful yang diluluskan oleh KWSP, seperti Prudential BSN Takaful, Etiqa Takaful, atau AmMetLife Takaful. Proses pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal KWSP atau aplikasi i-Akaun, tanpa perlu keluar wang dari poket kerana potongan dibuat secara automatik daripada Akaun 1. Ini bermakna simpanan KWSP anda bekerja dua kali ganda: menabung untuk masa depan sambil menyediakan lapisan perlindungan segera.

Kelebihan i-Lindung:

Kemampuan milik yang tinggi. Bayaran premium bermula serendah RM15.40 setahun, bergantung kepada umur, jumlah liputan, dan jenis polisi yang dipilih. Ini menjadikannya pilihan ideal untuk golongan muda atau berpendapatan sederhana yang sering mengelak insurans konvensional kerana kos tinggi. Daripada mengeluarkan wang tunai, dana KWSP digunakan, yang mengurangkan beban kewangan harian tanpa menjejaskan simpanan utama.

Fleksibiliti penuh. Pencarum boleh menyesuaikan jumlah liputan pampasan (contohnya, RM50,000 hingga RM500,000 untuk penyakit kritikal) dan tempoh perlindungan mengikut keperluan peribadi. Selain itu, skim ini membolehkan liputan pampasan untuk pasangan dan anak-anak, menjadikannya skim keluarga yang komprehensif. Jika situasi kewangan berubah, anda boleh menukar atau membatalkan polisi dengan mudah, dan bayaran akan disesuaikan secara automatik.

Manfaat jangka masa panjang untuk perancangan kewangan. i-Lindung bukan sahaja melindungi daripada risiko, tetapi juga menyumbang kepada matlamat simpanan keseluruhan. Contohnya, jika anda mengalami penyakit kritikal, polisi boleh membayar tuntutan tunai yang boleh digunakan untuk rawatan atau menampung kehilangan pendapatan, sambil memastikan Akaun 2 EPF anda kekal utuh untuk perubatan. Ini selaras dengan prinsip perancangan kewangan holistik, di mana perlindungan menjadi asas kepada kestabilan kewangan.

Promosi dan insentif tambahan. KWSP sering mengadakan kempen seperti i-Lindung Bonanza, di mana peserta boleh memenangi hadiah tunai atau ganjaran lain dengan mendaftar produk tertentu. Kempen ini, yang dianjurkan oleh operator takaful seperti Etiqa, memberi dorongan tambahan untuk bertindak cepat, sambil memastikan anda mendapat nilai terbaik daripada simpanan KWSP.

Pasa mulanya saya sendiri tidak tahu menahu pun ada kempen i-Lindung Bonanza, alasan utama saya mengambil polisi untuk buat perancangan bagi mengurangkan risiko kewangan. Dari tiga perbandingan sebutharga saya memilih Etiqa pada masa itu diantara yang murah dan menepati ciri yang saya perlukan selepas membuat penilaian terperinci sebelum membuat keputusan untuk mengunakan dana akaun 1 dan tidak perlu mengunakan duit poket waktu itu sekali gus nak buat untuk pasangan dan anak-anak. 

Prosesnya senang je. Log masuk ke portal atau aplikasi mobil i-Akaun KWSP, pilih i-Lindung dan lihat pelan perlindungan hayat dan liputan penyakit kritikal yang komprehensif—sama ada kanser, strok, atau serangan jantung, dan lain-lain mengikut senarai penyakit kritikal semua dilindungi sehingga RM200,000. Bayaran tahunan bergantung kepada nilai pampasan mengikut kesesuaian budget anda dan dibayar terus melalui Akaun 1 tanpa perlu risau. Ini macam beli insurans tapi guna duit 'percuma' dari KWSP—kenapa tak nak kan?  Segala dokumen melalui online, dan dalam masa kurang dua minggu, polisi dah aktif. Rasa lega gila, sebab dulu selalu fikir, "Kalau apa-apa jadi, macam mana nak tampung kos hidup?" Sekarang, dengan i-Lindung ni, sekurang-kurangnya ada jaminan duit masa susah.

Isnin lepas, saya terima panggilan phone nombor bermula 03 mula-mula fikir scammer, promosi insurans atau produk tapis air walaupun perasaan berbelah bahagi tetapi tetap jawab panggilan. Dia perkenalkan diri dari Etiqa, ingatkan nak jual insurans rupanya dia tanya ada terima email dari kami tentang kempen i-Lindung Bonanza? Saya terus semak ada dan saya sedikit teruja sebab tak pernah berlaku sepanjang hayat. Rupanya terpilih dari 25 orang sebagai pemenang Gold bar 1g dari Habib Jewels. 

Dulu saya selalu bercerita pada keluarga, saudara dan kawan-kawan tentang kelebihan, ganjaran dan peluang yang ditawarkan dari institusi kewangan namun setelah sekian lama mencuba saya tidak pernah mendapat apa-apa pun ganjaran yang ditawarkan waima sekecil key-chain dari mereka untuk setiap pelaburan lalu saya nekad sejak awal tahun 2024 untuk tidak lagi bercakap apa-apa pasal perkara ni pada sesiapa sebab tiada orang pun akan dengar dan percaya selagi tiada "bukti" yang nyata. Perkongsian ini bukanlah berniat untuk menunjuk tapi sebagai permulaan semangat baru untuk terus mengatur langkah dalam perancangan kewangan yang lebih terjamin dan lebih solid—tabung mengurangkan risiko untuk persaraan dan perlindung untuk hari akan datang. Dari perkongsian ini, tidak mendatangkan komisyen satu sen pun pada saya, cuma meneruskan kebaikan yang pernah dikongsikan oleh orang-orang baik yang sebelum ini pernah berkongsi manfaat. 

Secara keseluruhan, i-Lindung KWSP merupakan langkah bijak yang menggabungkan simpanan dan perlindungan dalam satu platform. Ia bukan sahaja mengurangkan risiko kewangan, tetapi juga memberi keyakinan bahawa masa depan keluarga anda terlindung. Bagi pekerja Malaysia, terutamanya di tengah-tengah kos sara hidup yang semakin meningkat, i-Lindung adalah alat yang tidak boleh diabaikan. Saya mengesyorkan semua ahli KWSP untuk menilai akaun mereka dan mula mendaftar hari ini—kerana perlindungan terbaik bermula dengan langkah kecil. Kalau anda belum cuba, jangan tunggu lama. Siapa tahu, kempen seterusnya boleh buat anda menang bonanza besar!

 Kredit: HR #takafulisgood







Sunday, July 5, 2026

Rakyat Jadi Puppet Kepada Kartel Gergasi di China

China adalah contoh negara maju gila, ramai rakyat pandai, tapi ratus juta bawa skuter hantar makanan...perhhh..pishang gila..

Yea...kita tak salah baca. 

Ratus juta abang akak sekalian. 

Rakyat Malaysia aje 30 juta. 

7 kali ganda angka itu ialah penghantar pesanan kat sana. 

Gulppl... 

#Ceritera1 
Ramai yang puji melambung negara China kononnya kuasa besar paling maju dan hebat di dunia.

Hakikatnya, anak muda mereka sedang lalui fasa kemurungan ekonomi paling tragis dalam sejarah moden.

Tahun 2025 merekodkan pengeluaran graduan universiti paling tinggi dalam sejarah China iaitu seramai 12.22 juta orang.

Mereka semua ingat keluar universiti boleh terus dapat kerja pejabat, pakai kemeja dan duduk selesa.

Tapi apa yang berlaku sangat menyedihkan. 

Pasaran kerja di sana langsung tak ada tempat untuk mereka.

Kosong.

#Ceritera2 
Kadar pengangguran belia secara rasmi dicatatkan sekitar 16.5 peratus,

tapi pakar ekonomi bebas dedahkan angka sebenar sebenarnya mencecah 40 peratus.

Ramai belia dah sampai tahap putus asa dan ada yang pilih untuk baring sahaja di rumah tanpa buat apa-apa.

Habis tu, macam mana mereka nak hidup?

Akhirnya, lebih 200 juta rakyat China terpaksa masuk ke dalam sektor ekonomi gig.

Mereka jadi penghantar makanan atau buat penstriman langsung (livestreamer). 

Joget-joget, tunggu 'gift', buat sesuatu yang ekstrem.. 

Bayangkan, lebih 70,000 daripada penghantar makanan ini adalah pemegang Ijazah Sarjana atau Master.

#Ceritera3 
Ya, ada Master tapi terpaksa redah hujan panas hantar makanan segera.

Upah?

Makin lama makin sikit.

Kalau dulu boleh tahan, sekarang upah hantar makanan untuk jarak lebih 3 kilometer cuma dibayar sekitar 4.5 Yuan sahaja.

Kalau tukar duit kita, adalah lebih kurang RM2.70 satu tempahan. 

Kalau ada 30 tempahan sehari, baru dapat RM81. 

Belum campur terpaksa bersaing dengan ratus ribu penghantar makanan untuk dapat tempahan. 

Belum kira kena tolak upah sebab lambat atau 'star' dapat rendah. 

Agak tak berbaloi langsung dengan penat lelah.

#Ceritera4 
Dari sinilah wujudnya satu fenomena yang dipanggil Ekonomi Gelung atau Loop Economy. 

Kitaran ini sangat menakutkan sebab ia tak menjana apa-apa pertumbuhan kekayaan pun.

Contoh macam ini lah.

Seorang 'rider' penat kerja 12 jam.

Dia balik rumah, buka aplikasi D0vyin atau TokaToki, lepas tu bagi tips dekat penstrim langsung.

Penstrim langsung itu pula (yang majoritinya langsung tak buat untung) guna duit tips tu untuk pesan makan. 

Dan makanan tu dihantar oleh rider lain pula. 

Pusing-pusing kat situ je duitnya.

Yang untung gila-gila?

Syarikat gergasi macam...

Tencent, iaitu untuk tempah makanan, hotel, tiket wayang, sampailah seea basikal..

Alib4ba, untuk 'online shopp1ng'... 

dan Meitvan, iaitu syarikat permainan video (gaming) terbesar di dunia dan menguasai platform hiburan serta penstriman video, termasuk WeCh4t. 

#Ceritera5 
Syarikat-syarikat ini dah tak bertindak sebagai penjana ekonomi, tapi bertindak macam pondok tol yang kutip untung atas titik peluh 200 juta pekerja gig ini.

Keadaan jadi makin tegang, sampaikan pada 26 April 2026 lepas, 

barulah pihak kerajaan China terpaksa campur tangan sebab nampak tekanan sosial dah makin kritikal.

Mereka keluarkan undang-undang buruh baharu khusus untuk 200 juta pekerja gig ini.

Antara syarat paling keras, syarikat wajib patuh gaji minimum dan ada had masa bekerja.

Maksudnya, kalau 'rider' tu dah kerja lebih masa pada satu tahap, aplikasi wajib berhenti bagi order baru dan paksa rider tu rehat.

Menjelang 2027 pula, semua syarikat wajib dedahkan alg0ritma mereka supaya tak ada lagi unsur penindasan tersembunyi.

Ini antara perlindungan pekerja gig paling agresif yang pernah dibuat di dunia.

#Ceritera6 
Pengajarannya dekat sini, kemajuan teknologi dan lambakan graduan tanpa perancangan ek0nomi yang betul hanya akan mencipta satu generasi yang hancur.

Dan pentingnya campur tangan kerajaan untim menjaga rakyat mereka supaya tak ditindas oleh kartel gergasi. 

Agaknya landskap pasaran kerja kita pun sedang menuju ke arah yang sama kah?

Atau masih terkawal? 

Kadar upah sekali hantar makanan agaknya berapa?

Monday, May 25, 2026

10 Secret Codes for ChatGPT

10 secret codes for ChatGPT you paste before any prompt. Type the code, then your question. ChatGPT changes how it answers. These are the 10 I use most

1. Truth Mode

Type this anywhere and ChatGPT will stop agreeing with you and be brutally honest.

2. Eli 10

This will explain anything like you're 10 years old simple to understand. 

3. Red Team.

This will play devil's advocate and ChatGPT will make you smarter. 

4. Hormozi

Put this anywhere.
This will make chat your 10 million dollar business coach like Alex Hormozi. 

5. Slash Human. 

This will make your output sound like a real human wrote it.

6. Future You. 

ChatGPT will answer like your future self would. 

7. Unlearn.

This will show you misconceptions that don't work. Type it anywhere. 

8. 80/20.
When you use this, ChatGPT will give you the easiest, highest leverage path to get your target outcome. 

9. Socrates

This is my favorite.
ChatGPT will teach you by asking you questions. 

10. Lindy Mode. 

You'll get answers from long-term proven methods rather than what's hyped right now.

Umur 15 Tahun Sudah Menjana RM3.4 juta Hanya Dengan Penny Stock

1. Bayangkan baru umur 15 tahun, masih bersekolah, duduk dalam bilik tidur sendiri, namun sudah menjana RM3.4 juta hanya dengan penny stock.

2. Bukan anak jutawan. Bukan graduan kewangan. Hanya seorang remaja biasa dari Cedar Grove, New Jersey yang terlalu obses melihat nombor bergerak di skrin televisyen.

3. Semuanya bermula ketika umur 11 tahun. Setiap hari selepas sekolah, dia terpaku menonton CNBC, memerhati pasaran saham seperti orang lain menonton kartun kegemaran.

4. Dia pernah mengaku kepada Wall Street Journal, dia obses dengan “watching all the numbers move across the screen”.

5. Pada umur 12 tahun, ibu bapanya membuka akaun dagangan menggunakan nama bapanya, bermodalkan USD8,000 daripada simpanan bon dan duit hari jadi.

6. Umur 13 tahun, ketika rakan sebaya sibuk bermain permainan video, dia sudah aktif berdagang saham dari komputer di dalam biliknya.

7. Namun apa yang berlaku selepas itu mengejutkan seluruh Wall Street.

8. Dari Ogos 1999 hingga Februari 2000, dia menjalankan 11 skim manipulasi melibatkan 9 saham berbeza sambil masih hadir ke sekolah setiap hari.

9. Caranya sangat licik dan konsisten.

10. Selepas sekolah, dia membeli sehingga 46 peratus volum harian saham murah yang kurang didagangkan, menyebabkan harga mula naik dengan sendirinya.

11. Tengah malam pula, dia guna Yahoo Finance message boards dengan 200 hingga 300 mesej sama menggunakan multiple akaun palsu.

12. Dia sebar mesej bahawa saham itu bakal naik 1,000 peratus atau “the most undervalued stock in history”.

13. Sebelum pasaran dibuka, dia ulang lagi ratusan mesej menggunakan identiti palsu yang lain.

14. Pelabur runcit mula FOMO membeli kerana takut terlepas peluang besar.

15. Saat semua orang berebut masuk, dia diam diam menjual semuanya.

16. Untung sehari paling kecil ialah USD11,000.

17. Untung sehari paling besar hampir USD74,000.

18. Dalam satu dagangan Man Sang Holdings sahaja, dia beli 18,000 saham pada harga USD2 sesaham.

19. Pada jam 11:46 malam, dia sebar mesej bahawa saham itu “the most undervalued stock in history”.

20. Esok paginya, harga melonjak ke USD4.69.

21. Dia exit dengan keuntungan USD37,901 daripada satu transaksi sahaja.

22. Semua ini dilakukan sebanyak 11 kali sebelum SEC mengetuk pintu rumahnya pada September 2000.

23. Bayangkan seorang pelajar tingkatan satu membuka pintu rumah, lalu melihat penguat kuasa pasaran modal terbesar Amerika berdiri di depan mata.

24. Jonathan Lebed menjadi remaja bawah umur pertama dalam sejarah yang dituduh melakukan manipulasi saham.

25. Penyelesaiannya memaksanya memulangkan USD285,000 keuntungan dan faedah daripada 11 dagangan itu.

26. Namun SEC tidak mengejar 5 dagangan lain yang telah dia lakukan.

27. Itu bermaksud dia masih menyimpan sekitar USD500,000 daripada jumlah keseluruhan USD800,000.

28. Dengan wang itu, dia membeli Mercedes-Benz SUV bernilai USD42,000 untuk keluarganya.

29. Kemudian dia kembali ke sekolah seperti tiada apa berlaku.

30. Sebulan kemudian, dia muncul di rancangan 60 Minutes bersama bapanya.

31. Ayahnya mempertahankan dia dengan satu ayat yang terus menjadi sejarah.

32. “They pick on a kid”.

33. Hari ini, Jonathan Lebed berumur 41 tahun.

34. Dia masih berdagang secara profesional dan mengendalikan newsletter kewangannya sendiri.

35. Kisah ini bukan sekadar tentang saham.

36. Ini kisah bagaimana obsesi, keberanian, dan kecerdikan seorang remaja mampu menggoncang sistem kewangan terbesar dunia.

37. Persoalannya, jika seorang anak 15 tahun boleh jana pendapatan melalui Wall Street dari bilik tidurnya, apa alasan kita untuk terus takut bermula?

38. Saya ulang:
APA ALASAN KITA UNTUK TERUS TAKUT BERMULA?

Sumber : NurHisyam Mazlan

Tuesday, May 5, 2026

ANAK ASYIK MAIN PHONE? JOM TUKAR JADI AKTIVITI "BIJAK"

Ibu ayah pening kepala anak asyik tengok YouTube? Nak bagi buku latihan, tapi anak cepat bosan?

Kini ibu ayah tak perlu pening lagi! Dengan Wasza Edupack Max, ibu ayah dapat akses lebih 17,000+ helai aktiviti yang direka khas untuk anak umur 2-7 tahun.

Kenapa ibu ayah wajib ada Edupack ni? 

Lengkap: Ada Alphabet, Tracing, Numbers, Shapes & Busy Books. 

Tak Membosankan: Design warna-warni & interaktif (Potong & Tampal). 

Jimat: Sekali bayar, boleh print berkali-kali sampai anak pandai! 

Mudah: Fail digital, download & print je kat rumah atau pejabat.

Beri anak peluang belajar sambil bermain dengan cara yang paling seronok. Klik link di bawah untuk dapatkan harga PROMO RM37 sekarang!

[Link Laman Web]














Membina perniagaan pada tahun 2026 dengan bantuan AI

Membina perniagaan pada tahun 2026 menjadi jauh lebih pantas dengan bantuan AI. Berikut adalah senarai laman web dan alatan AI yang disusun mengikut aliran kerja (workflow) dari idea sehingga ke iklan:

1. Fasa Idea & Perancangan (Business Strategy)

Sebelum bermula, anda perlu mengukuhkan konsep dan pelan perniagaan.

  • BizGyde AI: Mentor perniagaan AI yang membimbing anda melalui 10 modul kritikal, dari kajian pasaran sehingga ke model kewangan. Ia menghasilkan laporan PDF yang sedia untuk pelabur.

  • Namelix: Penjana nama perniagaan yang sangat pintar. Ia menggunakan machine learning untuk mencipta nama jenama yang unik, pendek, dan sedia dengan cadangan logo.

  • Perplexity Pro: Gunakan ini untuk melakukan kajian pesaing (competitor research) dan analisis trend pasaran terkini secara real-time.

2. Pembinaan Identiti Jenama (Branding)

Selepas ada nama, anda perlukan visual yang profesional.

  • Looka: AI yang membantu anda mereka bentuk logo dan keseluruhan brand kit (kad perniagaan, kepala surat) berdasarkan gaya yang anda suka.

  • Canva Magic Studio: Gunakan ciri AI dalam Canva untuk menjana elemen grafik, membuang latar belakang foto produk, dan menyusun brand guidelines.

3. Membina & Menerbitkan Laman Web (Website Builder)

Anda tidak perlu tahu kod (coding) lagi untuk publish laman web sendiri.

  • Hostinger AI Builder: Antara yang terpantas. Anda hanya perlu terangkan jenis perniagaan, dan AI akan membina laman web lengkap dengan teks, gambar, dan borang hubungan dalam masa kurang 2 minit.

  • 10Web: Jika anda mahukan laman web berasaskan WordPress, 10Web menggunakan AI untuk membina reka bentuk dan menguruskan hosting secara automatik.

  • Gamma AI: Sangat sesuai untuk membina landing page atau laman web ringkas hanya melalui arahan teks (prompting).

4. Pemasaran & Iklan Media Sosial (Marketing & Ads)

Setelah laman web siap, masanya untuk menarik pelanggan.

  • Predis.ai: Alatan "all-in-one" untuk media sosial. Ia menjana video (Reels/TikTok), imej post, dan kapsyen beserta hashtag hanya dengan memasukkan deskripsi perniagaan anda.

  • Jasper AI: Pakar dalam menulis ayat iklan (copywriting) mengikut formula psikologi jualan seperti AIDA (Attention, Interest, Desire, Action) untuk Facebook dan Google Ads.

  • Madgicx: Gunakan ini untuk menguruskan iklan Meta (FB/IG) secara automatik. AI ini akan mengoptimumkan bajet iklan anda supaya tidak membazir.


Rumusan Aliran Kerja (Step-by-Step):

  1. Cari Nama: Namelix

  2. Rancang Strategi: BizGyde AI

  3. Bina Logo: Looka

  4. Bina & Publish Web: Hostinger AI

  5. Cipta Kandungan Sosmed: Predis.ai

  6. Jalankan Iklan: Jasper (untuk ayat) + Madgicx (untuk pengurusan)


Layari https://beacons.ai/hfzrmn untuk dapatkan produk bisnes pertama anda.

Dapatkan Lebih 10,786+ Bahan Aktiviti Kanak Kanak Berkualiti Tinggi, Baru, dan Sedia untuk Dijual dengan Hak 100% PLR Penuh – Jenamakan Sebagai Milik Anda, Sesuaikan, dan Jual untuk Maksimumkan Pendapatan Tanpa Perlu Bermula dari Kosong!
block uploadblock upload





Pada bulan Mac 2026 Grok Ai telah lancarkan Ai generative untuk menghasilkan gambar dan video secra percuma dengan had 100 video. Namun pada penghujung April 2026 perkhidmatan tersebut telah dikenakan bayaran langganan.