Showing posts with label motivasi kejayaan. Show all posts
Showing posts with label motivasi kejayaan. Show all posts

Friday, June 2, 2023

What is The Silva Mind Control Method

 The Silva Mind Control Method, developed by José Silva, is a self-help and personal development program that focuses on harnessing the power of the mind to improve various aspects of life. It is based on the belief that individuals can tap into their subconscious mind to bring about positive changes. 



The Silva Mind Control Method incorporates various techniques and practices to enhance mental functioning, intuition, and self-awareness. Some of the key elements of the method include:

  1. Relaxation and visualization: Participants are taught relaxation techniques to enter a deep state of relaxation and calm the mind. This state is then used to practice visualization exercises, where individuals mentally create and experience desired outcome. 

  2. Mental programming: The method emphasizes the use of positive affirmations and mental programming to reprogram the subconscious mind with empowering beliefs and attitudes. By repeatedly affirming positive statements, individuals aim to overcome limiting beliefs and manifest their desired goals.  

  3. Intuition development: The program also focuses on developing and trusting one's intuition. Participants are taught to access their intuitive abilities and use them for decision-making, problem-solving, and creative endeavors.  

  4. Healing and self-improvement: The Silva Mind Control Method includes techniques for self-healing and improving physical and mental well-being. Participants learn to direct their thoughts and intentions towards improving their health and well-being. 

  5. Goal setting and manifestation: The method emphasizes the importance of setting clear goals and using visualization and mental techniques to manifest those goals in one's life. 

It's important to note that the effectiveness of the Silva Mind Control Method can vary from person to person, and its claims have been subject to criticism and skepticism. While many individuals have reported positive experiences and outcomes, the scientific evidence supporting the specific claims of the method is limited.

If you are interested in exploring the Silva Mind Control Method, it is recommended to research and familiarize yourself with the techniques, principles, and experiences of others who have practiced it. As with any personal development approach, it's essential to approach it with an open mind, critical thinking, and personal discernment.

Thursday, June 1, 2023

How Do I Apply The Silva Mind Control Method in Getting My Wealth?

The Silva Mind Control Method, developed by José Silva, is a self-help and personal development program that aims to enhance various aspects of life, including wealth creation. While it is important to note that individual results may vary, here are some general steps you can consider when applying the principles of the Silva Mind Control Method to wealth creation:


  1. Define your financial goals: Clearly define your financial goals and be specific about what you want to achieve. This could include the amount of wealth you want to accumulate, the timeline for achieving it, and the strategies you want to employ.
  2. Visualization and mental imagery: Use visualization techniques to create a mental image of yourself achieving your financial goals. Visualize yourself already enjoying the wealth you desire, experiencing the emotions and sensations associated with it. Regularly imagine yourself living a financially abundant life.
  3. Affirmations and positive self-talk: Utilize positive affirmations related to wealth and abundance. Repeat positive statements about your financial success and affirm your belief in your ability to attract wealth. Use affirmations such as "I am worthy of wealth" or "I attract abundance into my life."
  4. Mental programming and belief system: Examine your beliefs and attitudes about money and wealth. Identify any limiting beliefs or negative thought patterns that may be holding you back. Replace them with positive beliefs about abundance and success. Reprogram your mind to believe that you are capable of achieving financial prosperity.
  5. Take action: The Silva Mind Control Method emphasizes the importance of taking action towards your goals. Combine your mental practices with practical steps to enhance your financial situation. This may involve learning about personal finance, seeking investment opportunities, acquiring new skills, starting a business, or seeking career advancement.
  6. Continuous improvement: Engage in regular self-improvement practices to enhance your mindset, skills, and knowledge. This could include reading books on personal finance and wealth creation, attending seminars or workshops, or seeking mentorship from individuals who have achieved financial success.

Remember that the Silva Mind Control Method is a personal development approach, and results may vary from person to person. It's important to approach it with an open mind and incorporate the principles that resonate with you into your financial journey. Additionally, it can be beneficial to seek the guidance of financial professionals or advisors who can provide specific expertise in wealth creation and financial planning.

Tuesday, December 29, 2015

USAHAWAN BEBALISME

USAHAWAN BEBALISME

Seorang sahabat bertanya adakah idea perniagaan beliau bagus dan akan berjaya. Saya diam. Saya tak mahu menjawab kerana usahawan merupakan seseorang yang mencabar konvensional dan berani mengharungi segala ketidakpastian. Maksudnya, kalau saya jawab "tidak," dia sepatutnya memulakan bisnes itu dan membuktikan saya salah. Itu usahawan.

Saya pernah sebutkan apabila Jack Ma pengasas Alibaba dan kini orang ke-18 terkaya di dunia, ditolak oleh venture capitalists, dia tidak berhenti. Tuan Haji Ali Hassan, pemilik kumpulan lebih 140 buah rangkaian kedai peralatan sukan pernah ditolak oleh banyak bank, dia tidak berhenti. Apabila kedai sukan beliau diserbu penguatkuasa PBT, Tuan Haji Ali Hassan berjalan terus.

Seseorang yang nak jadi usahawan harus ada sifat bebal dan keras kepala. Elok juga jika kepala batu. Atau, kepala simen. Lagi orang kata tak boleh, lagi dia nak buat.  Usahawan seharusnya merupakan non-conformist.

Sekiranya anda ingin sesuatu yang pasti atau hampir pasti, jadilah pegawai bank. Pegawai bank beri pinjaman hanya apabila pasti dapat kutip bayaran. Kalau ada risiko, minta cagaran. Kalau risiko tinggi, minta cagaran lebih banyak atau naikkan kadar faedah (atau keuntungan). Usahawan bukan begitu.

Mark Cuban, pemilik Dallas Maverick dan Magnolia Pictures, pernah kata bisnes ialah dunia yang penuh dengan tidak kepastian. Apa yang pasti ialah apabila usahawan berhutang, mereka kena bayar hutang.

Di sinilah usahawan kena ada sifat bebal atau bebalisme. Cuba tanya usahawan yang berjaya, mereka ada kisah-kisah keras kepala yang menjadikan mereka berjaya. Sekiranya mereka dengar cakap orang, sampai sekarang pun mereka tidak akan ke mana-mana.

Walaupun saya selalu menyebut mengenai pembinaan kapasiti, namun kita usah sertai latihan demi latihan keusahawanan sehingga menjadi training junkie. Sijil penuh di dalam fail, tetapi masih belum memulakan bisnes. Kutip sijil latihan bukan bisnes.

Memulakan bisnes samalah seperti berenang. Walau bagaimana hebat sekali pun kita belajar, selagi kita tak terjun ke dalam kolam, sungai atau laut, selagi itulah kita tidak pandai berenang.

Memang kita perlu ada sedikit kemahiran sebelum berenang. Namun begitu, apabila kita berenang nanti, barulah kita akan kaut kemahiran baru yang kita tidak boleh belajar di atas dataran. Kemahiran-kemahiran ini saya namakan sebagai "survival skills" atau dalam bahasa mudah, kemahiran nak hidup.

Nasihat saya ialah, mulakan bisnes. Mulakanlah apa saja. Dunia keusahawanan ialah dunia harapan dan dunia impian.

Usahawan yang memulakan perniagaan dengan jual 50 bungkus nasi lemak boleh impikan membesar dan sediakan katering kepada syarikat penerbangan antarabangsa. Orang yang jual tudung secara online boleh bermimpi menguasai platform yang mampu bersaing dan boleh buatkan Lazada tak tidur malam. Anak muda yang memulakan bisnes menyewa dua buah kereta boleh berfikiran besar untuk menandingi Uber atau paling tidak, Avis atau Hertz.

Ringkasnya, usahawan kena bebal. Usah cuba dapatkan endorsement orang lain. Biar orang panggil anda usahawan bebalisme. Buatlah apa yang anda percaya akan berjaya. Buatlah sekarang!

Saturday, October 24, 2015

Nasihat Lelaki Terkaya Di Asia Ini Kepada Anak Muda Berpendapatan RM2000, Bagaimana Untuk Menjadi Kaya

Nasihat Lelaki Terkaya Di Asia Ini Kepada Anak Muda Berpendapatan RM2000, Bagaimana Untuk Menjadi Kaya

Dalam hidup ini pasti ramai impikan untuk menjadi kaya, apa yang diinginkan dapat dipenuhi dengan mudah tanpa memikirkan pasal kos yang terpaksa digunakan atau untuk dijimatkan.

Tetapi untuk menjadi kaya bukanlah sesuatu yang mudah tanpa usaha dan keazaman yang tinggi.

Li Ka-Shing, lelaki terkaya di Asia dan no 14 dunia dengan jumlah kekayaan bersih sehingga USD25.5 billion telah berkongsikan satu nasihat yang amat berguna kepada anak muda yang bergaji kira-kira RM2000.

Sebelum kita pergi kepada nasihat atau tips berkenaan, jom kita kenali siapakah sebenarnya lelaki ini, apa kisah yang menarik mengenainya dan sudah pasti nasihatnya ini berdasarkan hidupnya yang lebih awal 'makan garam' daripada kita.

Beliau bukanlah seorang yang berpendidiakn tinggi, dia tidak menamatkan pengajian di sekolah tetapi seorang yang amat minat membaca. Sifat itu adalah pengaruh daripada bapanya yang merupakan seorang guru yang mencintai ilmu. Walau bagaimanapun, Li Ka-Shing kehilangan bapanya sebelum berumur 15 tahun menyebabkan dia tidak dapatmenamatkan alam persekolahan kerana kesempitan hidup.

Dia dilahirkan di ChaoZhou, sebuah tempat di daerah Guangdong, China pada 29hb Julai 1928.

Bermula daripada seorang buruh kasar di sebuah kilang plastik, dia mencuba nasibnya menjadi seorang jurujual, juga dalam industri barangan plastik. Cerita berkenaan lelaki paling kaya di Asia ini merupakan antara cerita paling mula yang saya tahu.

Walaupun bergelar orang paling kaya di Asia, dia hanya memakai jam tangan berjenama Seiko yang dibelinya pada masa mula menjadi usahawan muda dahulu. Dia memang terkenal dengan cara hidup yang berjimat cermat dan amat suka membaca bagi mengumpulkan ilmu.

Ketika mula bekerja sebagai buruh kasar Li Ka-Shing berpeluang membantu majikannya mengarang satu surat penting. Peluang itu berlaku apabila kerani majikannya tak hadir dan tiada orang yang boleh membantu majikannya buat surat.

Oleh sebab Li Ka-Shing tahu membaca dan menulis, orang menunjukkan beliau pada majikannya. Setelah Li Ka-Shing berjaya buat surat, majikannya kagum dengan keupayaan beliau mengarang dengan baik, lalu ditawarkan kerja pejabat yang lebih mudah.

Tapi sikap sebagai usahawan muda yang ada pada dirinya membuatkan dia menolak tawaran tersebut. Sebaliknya dia minta untuk menjadi seorang jurujual daripada menjadi seorang kerani.

Oleh sebab suka dengan sikap Li Ka Shing, majikannya mengizinkan beliau menjadi jurujual. Terbukti bakatnya sebagai seorang jurujual amat hebat. Hasil jualannya seorang diri mengatasi hasil gabungan jualan kesemua jurujual yang ada dalam masa yang singkat saja.

Bila dia bercadang nak buka kilang buat bunga tiruan dari plastik, majikannya yang yakin akan bakat Li Ka Shing mahu mengikutinya dan menjadi rakan kongsi Li Ka Shing. Ertinya majikannya sanggup berada di bawah pimpinan Li Ka Shing yang masih muda itu. Majikannya sanggup jual kesemua kilangnya untuk mengumpul dana bagi menjayakan hasrat Li Ka Shing.

Dan kini, Li Ka Shing adalah orang paling kaya di Asia. Dia masih kekal bersederhana walaupun kekayaannya amat hebat….

Jom kita baca apa nasihatnya kepada mereka yang berpendapatan RM2000 jika mahu berjaya dalam hidup.

PETUA LI KA-SHING UNTUK ANAK MUDA

Katakan anda berpendapatan sebanyak RM2000 sebulan sekarang. Tak kira samada anda dah berniaga atau anda masih makan gaji. Pastikan anda bahagikan pendapatan itu kepada 5 bahagian.

1) Belanja untuk sara hidup anda. Pastikan anda bersederhana dalam belanja sara hidup. Jumlah sebanyak maksima RM600 mungkin dah cukup jika anda pandai berjimat. Bajet sekitar RM20 sehari untuk perbelanjaan hidup walau apapun yang berlaku.
Makan pagi secara sederhana dengan makan bihun atau nasi goreng, telur sebiji dan air segelas. Itu dah cukup mengenyangkan.
Makan tengahari juga dengan cara yang sederhana dan sedikit buah.
Makan malam pastikan anda masak sendiri dengan cara yang mudah dan sederhana. Makan sayur dan buah dan minum segelas susu sebelum tidur.

2) Belanja untuk bina rangkaian kawan. Untuk itu anda perlukan sebuah telefon bimbit. Bajet sekitar RM100 saja sebulan untuk bil telefon anda. Peruntukkan sebanyak RM300 lagi untuk belanja kawan makan. Anda boleh bajet dalam 3 orang sebulan dengan kos RM100 seorang. Jadi jumlahnya adalah dalam lingkungan RM400 untuk aktiviti bina rangkaian kawan ini. Pastikan kawan yang anda belanja itu adalah mereka yang:
Lebih berilmu daripada anda. Jangan belanja orang yang entah apa-apa yang berfikiran negatif dan tidak punya ilmu yang lebih baik dari anda sendiri.
Lebih kaya daripada anda. Belanja mereka walaupun mereka lebih kaya kerana apa yang mereka tahu perlu menjadi rahsia yang perlu dikorek.
Orang yang membantu anda dalam kerjaya atau perniagaan. Tak ada usahawan yang boleh naik tanpa bantuan dari mereka yang prihatin dan besar jiwanya membantu orang lain. Jadi hargai mereka dan jangan kemut untuk belanja mereka. Ia bakal menjadi magnet untuk lebih ramai lagi orang lain datang memberikan bantuan selepas ini.

3) Belanja untuk aktiviti menuntut ilmu. Jangan ambil mudah dengan aktiviti menuntut ilmu untuk berjaya. Tak ada orang yang boleh pergi jauh jika malas mencari ilmu. Untuk itu anda perlu pastikan sejumlah RM300 diperuntukkan untuk:

Beli buku pengetahuan. Jangan pula beli buku mengarut seperti surat khabar, novel, majalah mangga dan sebagainya. Belilah buku yang anda boleh kutip ilmu dan aplikasikannya dalam kehidupan. Baca betul-betul dan jangan sia-siakan wang yang dibelanjakan untuk beli buku tersebut. Mungkin anda perlu siapkan dalam RM100 sebulan untuk beli buku.
Ikuti seminar atau kursus keilmuan yang anda rasa penting dan dapat membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri anda. Belanjakan dalam lingkungan RM200 sebulan untuk kursus atau seminar yang baik untuk anda. Anda akan dapat ilmu dan penting lagi anda akan berkenalan dengan mereka yang turut sama mahu berjaya dalam hidup seperti anda.

4) Belanja untuk melancong ke luar negara. Peruntukkan sebanyak RM200 sebulan untuk aktiviti berjalan ke negeri orang. Anda boleh tetapkan satu aktiviti berjalan ke luar negara sekali setahun. Jika anda sediakan RM200 sebulan, setahun anda akan ada sebanyak RM2,400. Jumlah itu memadai untuk anda melancong ke negara jiran yang kosnya murah. Berjimat dengan penuh kemut ketika melancong. Bukan kemewahan yang yang dicari, tapi apa yang boleh anda pelajari daripada pengembaraan itulah yang paling penting. Jauh perjalanan, luas pemandangan !.

5) Peruntukan untuk simpanan. Baki selanjutnya sebanyak RM500 hendaklah disimpan dalam akaun simpanan. Masukkan dalam tabung haji atau mana-mana akaun yang susah nak dikeluarkan. Ia adalah pelaburan untuk modal memulakan perniagaan anda.

Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan terlebih dahulu. Trading mungkin satu pilihan yang baik. Bila mula kecil, gagal bermakna anda hanya hilang wang yang sedikit. Jika berjaya, ia jadi suntikan semangat untuk anda berjaya lebih tinggi sedikit lagi.
Cuba buat kerja tambahan untuk tambah pengalaman. Libatkan diri dengan aktiviti menjual kerana menjual adalah perkara penting untuk setiap usahawan yang mahu berjaya.

Beliau pada masa yang sama menasihatkan supaya anak-anak muda berjimat cermat, jangan menghabiskan duit untuk kehendak seperti membeli pakaian dan kasut mewah. Simpan terlebih dulu wang anda. Gunakan sebaik mungkin untuk mengembangkan wag simpanan berkenaa dan jalan terbaik untuk kaya adalah berniaga.

Sumber Siakapkeli.my

Tuesday, July 21, 2015

49 Nasihat Syed Mokhtar Khas Untuk Usahawan

49 Nasihat Syed Mokhtar Khas Untuk Usahawan

Syed Mokhtar Al-Bukhary-perniagaan
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari menjadi Bumiputera yang paling kaya dalam Malaysia dengan aset sebanyak 167 bilion, namanya amat masyhur baik di dalam mahupun di luar negara.

Dengan banyak kepentingan dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta generasi kejuruteraan dan kuasa, beliau adalah seorang tokoh simbolik yang memegang falsafah bahawa ‘pendidikan tidak menjamin kejayaan dalam hidup, tetapi kerja keras’.

Syed Mokhtar Al-Bukhary – Net worth: 2.9 billion USD (2015) Forbes

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?syed mokhtar al bukhary

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia- ia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Tambahan Kalau pun tak mahu membantu orang melayu, lebih lebih lagi Islam jangan lah kita tergulong atau bertanggung jawab menyumbang pada pembunohan kegiatan amal orang Melayu dan Islam.

Tuesday, April 14, 2015

Nak mula berniaga perlu berhenti kerja ke?


Alhamdulillah kita sudah menempuh bulan April untuk tahun 2015 ini.
Saya nak tanya anda nie..

Bagaimana perkembangan bisnes anda ?
Adakah ianya mengikut perancangan anda ?

Kalau ikut alhamdulillah, Kalau "terlari" sedikit, alhamdulillah juga cuma kena lebihkan usaha.

Saya bukan sengaja untuk tidak hantar sebarang email. Tetapi agak sibuk menguruskan semua perniagaan saya.

Baiklah..

Ada orang bertanyakan kepada saya, beliau baru ingin memulakan perniagaan, adakah patut beliau berhenti bekerja?

Jawapan saya:
Tidak patut anda berhenti bekerja seandainya perniagaan anda masih belum stabil dan anda tidak mempunyai simpanan sekurang-kurangnya gaji 6 bulan anda.

Kenapa perlu simpanan gaji 6 bulan?

Seandainya ada sebarang berlaku kepada perniagaan anda pada tempoh itu, maka anda mempunyai WANG KECEMASAN untuk di gunakan.

Pastikan juga anda mempunyai PLAN PERNIAGAAN dan MATLAMAT yang jelas di dalam perniagaan. Jangan bertindak ikut nafsu ya!

Sebaliknya luruskan niat dan bertindaklah. Paling penting belajarlah daripada mereka yang mempunyai result yang bagus dalam industri
yang ingin anda ceburi :-)

Sekian sahaja perkongsian.

Sumber - Raja Safuan

Saturday, March 14, 2015

Apa nak ditakutkan dengan perkataan CARI ORANG ?

RENUNGKAN BERSAMA:

Prospek : bang , bisnes ni kena cari orang ka ?          Saya : Apa nak ditakutkan dengan perkataan CARI ORANG ?

✅   Ada orang sanggup cari sampah,cari tin kosong,cari besi buruk,cari surat khabar lama..demi sesuap nasi..    

✅     Kita CARI ORANG..bukan cari sampah,bukan cari besi buruk,bukan cari tin kosong..apa nak dimalukan??         

✅Bisnes cari hantu pun kaya raya..U sanggup ke cari hantu??        

✅ Kita CARI ORANG yang nak bayar hutang..hutang isteri bersalin belum settle,hutang PTPTN belum selesai,hutang dengan MARA,hutang kereta kerap kali tersangkut & hutang rumah..hutang pajak gadai,hutang dengan kawan2 dan bertimbun hutang lain..         

✅Kita CARI PENGANGGUR yang perlukan kerja kosong demi sesuap nasi..      

✅   Kita CARI KAKITANGAN KERAJAAN yang sentiasa tak cukup duit walaupun gaji sebulan RM3k !        

✅ Cari orang yang sedang MENCARI PELUANG..cari orang yang ada WAWASAN untuk MENGUBAH HIDUP..YANG POSITIF..DAN RAJIN BERUSAHA..         

✅Jangan cari orang yang MALAS..!! Jangan cari orang yang banyak ALASAN !! Kalau jumpa orang jenis ni..SO WHAT?? NEXT..cari yang mahu..       

✅  Jangan putus asa..MATLAMAT tu penting..bila tak ada MATLAMAT itu yang kita selalu GAGAL dari landasan KEJAYAAN..          Sebab itu dalam BISNES banyak yang GAGAL dari yang BERJAYA..kerana hanya sedikit orang yang sanggup hadapi cabaran..✅

Tuesday, January 13, 2015

KENAPA RAMAI YANG TAK MAMPU BELI HARTANAH DAN APA YANG ANDA PERLU BUAT?

Satu ketika dulu kami pernah berkongsi kisah hidup Saudara Faizul Ridzuan yang berjaya melepasi saat sukar dalam hidupnya hingga menjadi seorang pelabur hartanah yang berjaya.
Kali ini kami ingin bawakan sekali lagi kisah beliau dengan lebih lengkap, berserta beberapa rahsia telah beliau sudi kongsikan khas untuk mereka yang berminat mahu menceburi pelaburan hartanah.
Harapan kami kisah ini dapat memberikan inspirasi untuk anda.
________________________________
KENAPA RAMAI YANG TAK MAMPU BELI HARTANAH DAN APA YANG ANDA PERLU BUAT?
Salam semua,
Saya dapati yang kisah saya yang diterbitkan di surat-kabar Malay Mail semalam mendapat sambutan yang sangat positif yang berjaya mendapat lebih 200 SHARE kurang daripada 24 jam. Jadi untuk kawan-kawan yang lebih selesa membaca dalam BM, saya tranlasikan artikel ini dan saya tambahkan pandangan saya kerana saya fikir mungkin ramai yang boleh dapat manfaat melalui perkongsian saya.
Saya ringkaskan pengenalan saya kepada point berikut :
1. Bermula melabur dari tahun 2005 ketika berumur 24 tahun dengan bermodalkan duit sendiri RM2,000 untuk pembelian rumah pertama. Sudah membeli lebih daripada 40 hartanah sehinnga tahun 2014.
2. Sebab ramai rakan online yang mahu baca perkongsian saya, saya telah menulis buku – WTF? 23 Hartanah Sebelum 30 – yang menghuraikan secara terperinci pengalaman saya dalam pelaburan hartanah.
Perkongsian perjalanan saya dari seorang yang hanya makan-gaji ke pelabur hartanah:
• Latar belakang saya biasa sahaja. Ibu saya adalah penjawat kerajaan yang mengambil pencen awal, dan ayah saya seorang yang melakukan pelbagai kerja dan perniagaan sebelum menetap untuk mengusahakan perkhidmatan cuci kereta. Saya memang berminat dengan dunia perniagaan, tetapi sebab tiada modal saya mula melabur dahulu. Dan selepas membuat banyak research, saya dapati pelaburan hartanah adalah paling sesuai untuk saya kerana risikonya dan keperluan modalnya yang kecil. Impian kita mungkin masih jauh, tapi tak semestinya kita kena tunggu dah banyak duit baru nak bermula. Kita bermula gunakan apa yang kita ada, secepat yang boleh.
• Orang tak berwang perlu lebih kreatif. Saya tidak datang dari keluarga yang senang atau berada. Ketika saya bermula, saya hanya mempunyai RM2,000.00 di dalam bank. Saya meminjam selebihnya melalui pinjaman kreatif. Sebagai contoh pada masa itu, rakan saya perlu membeli sebuah laptop, dan pada masa itu saya baru sahaja memiliki kad kredit. Peluang saya nampak waktu itu adalah saya boleh beli laptop itu dengan skim pembayaran ansuran selama 12-24 bulan, tanpa faedah. Saya fikir saya boleh ambil duit cash dari rakan saya dan simpan dlm bank dulu, dan saya bayar ansuran bulanan perlahan-lahan. Saya ulangi process yang sama dan selepas 4 bulan saya berjaya mengumpul lebih dari RM20,000.00 untuk digunakan untuk pelaburan menggunakan kaedah ini.
• Bagi saya, saya jenis yang konservatif dalam pelaburan. Ramai orang beranggapan saya seorang yang suka ambil risiko yang tinggi disebabkan saya beli banyak hartanah. Realitinya, saya cuba melabur dengan mengunakan modal paling minimum yang boleh saya buat. Ada banyak hartanah yang saya beli tanpa mengeluarkan satu sen. Strategi saya ringkas sahaja- iaitu membeli hartanah yang berharga dibawah pasaran, dan sewa harus melebihi bayaran ansuran bulanan.
• Belia atau golongan muda hari ini ramai yang merungut harga hartanah mahal, tapi realitinya keutamaan mereka bukanlah simpanan dan pelaburan. Gaji pertama saya adalah RM600.00 saya mampu hidup. Saya beli rumah pertama ketika gaji saya RM2,500. Ramai belia sekarang yang bergaji lebih dari RM3,000 tapi tak mampu beli rumah kerana komitmen mereka tinggi dan tiada simpanan. Cuba kita perhatikan kereta, telefon bimbit dan pakaian mereka dan tidak hairanlah kenapa mereka tidak boleh menyimpan. Ia kembali kepada keutamaan. Ramai belia hari ini saya tengok tak kisah berbelanja RM10 untuk beli kopi berjenama, dan belanja RM30 setiap kali makan di luar.
• Masalah atau “jenayah kewangan” terbesar yang belia sekarang buat, adalah pembelian kereta. Mereka berfikir ia merupakan keperluan, tapi ia bukan. Bagi saya, kereta merupakan kemewahan / keinginan. Saya sendiri beli kereta pertama selepas beli hartanah yang ke-12, dan saya beli kereta terpakai je. Saya pernah kira, kalau kita beli kereta baru termurah di pasaran (Perodua), kita kena belanjakan minimum RM1,000.00 sebulan kerana ansuran kereta, duit minyak petrol, toll, dan penyelenggaraan. Ramai yang mampu bayar ansuran bulanan tetapi lupa kos-kos lain yang datang dgn pemilikan kenderaan. Kereta, adalah beban liabilitl yang semakin lama akan susut nilainya.
• Banyak golongan muda mengikat / mengaitkan kebahagiaan kepada pemilikan kebendaan. Ini bukan sesuatu yang susah difahami. Jika anda menggunakan wang untuk membeli benda, anda hanya akan memiliki benda, dan bukan wang. Jadi kita ada pilihan untuk memiliki pakaian terkini atau handfon baru, atau anda mahu lebih berharta / berduit.
• Tujuan saya menulis buku, bukan sebab nak jadi kaya. Saya lakukan atas minat nak berkongsi ilmu dan pengalamn saya yang tak sebanyak mana dan buat sedikit pendapatan pasif. Untung jualan buku bukan banyak mana, hanya RM4 untuk setiap buku. Saya fikir saya akan cukup gembira kalau saya dapat menjual 1,000 naskah, itu akan membuat saya. Saya cukup terkejut apabila saya diberitahu bahawa jualan buku saya melebihi jualan buku bekas Pendana Menteri negara kita. Sebgai penulis baru, memang saya terkejut tapi saya bersyukur sebab ini rezeki saya yang Allah S.W.T nak beri.
• Saya lihat ada segelintir pihak yang tak suka kepada pelabur hartanah. Mereka berpendapat pelabur hartanah adalah penyebab utama kenaikan harga hartanah. Bagi saya pendapat mereka ni kurang tepat. Harga hartanah di seluruh dunia dalam jangka masa panjang memang sentiasa akan naik walaupun tanpa penglibatan pelabur hartanah. Fenomena ini dah berlaku semenjak 200-300 tahun lagi. Mereka yang merungut mungkin lebih suka melabur dalam besi buruk ( kereta, modify kereta, jam tangan, dan handphone).
• Baru-baru ini, kami melancarkan portal hartanah pertama yang mesra-Bumiputera, di‘carirumah.com.my’. Kami kongsikan pelbagai maklumat berkaitan hartanah kepada pembeli hartanah. Ia merupakan portal pertama yang dilakukan secara dwi-bahasa, Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris dan kami mulainya kerana tiada siapa pun yang menawarkannya. Kami nak rapatkan jurang ilmu untuk pelabur yang kurang faham membaca dalam bahasa Inggeris.
• Nasihat akhir saya untuk golongan belia yang mahu memiliki atau membeli hartanah :
o Untuk melabur dalam bidang hartanah, kena buat persediaan terutamanya dari segi ilmu. Saya sendiri belajar 2 tahun sebelum beli rumah pertama. Ketika saya mula melabur, tiada program yang saya mampu pergi kerana semua program harganya lebih RM3,000.00 untuk hadir ke seminar-seminar pelaburan hartanah. Sekarang anda ada banyak alternatif yang murah keana ada banyak program yang harganya tak sampai RM100. Dalam seminar dua-hari yang saya terlibat lalu, kami hanya mengenakan bayaran RM90 seorang, jadi kini anda mempunyai banyak pilihan hari ini.
o Kedua, anda juga perlu menjauhkan diri dari mentaliti yang mengharapkan kerajaan memberikan rumah murah dan mampu milik. Ada banyak alternatif di luar sana, anda kena belajar utk buka mata. Saya masih boleh cari apartment 3 bilik di Damansara pada harga tak sampai RM200,000 hari ini sebab saya ada ilmu untuk tengok.
o Kereta – Jika anda memang perlu sangat beli kereta, beli kereta 2nd hand semurah yang boleh dan beli kereta tunai / cash. Jadikan kereta anda sebagai aset, bukan sebagai beban,
Saya doakan anda lebih celik-wang dan berjaya pada masa kelak.

Tuesday, December 2, 2014

7 SEBAB PERLU KAYA DAN BERJAYA

Assalamualaikum wrh wrt.......

Ambil iktibar....
Fikir fikirkanlah
Renung renungkanlah....
Segalanya atas kita......
Sy ingin berkerjasama dgn rakan rakan ataupon lebih dikenali sahabat2 handal....
ingin menyuarakan mari kita berpegang teguh dan berusaha untuk berjaya dlm hidup ..... ikutlah prinsip ubahkanlah pendirian yg tak sepatutnya ada dlm diri ini... terutama ego dan lagak sombong .... ini tak sepatutnya ada dlm diri kita ini... ini adalah pemusnah kehidupan kita jadi contohi org2 yg berjaya ikut yg terbaik untuk kehidupan yg bahagia
....................................................................................................
✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️
         7 SEBAB PERLU
      KAYA DAN BERJAYA
✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️

❇️1. Bila Ibubapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat & impian mereka?

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak ade duit"

❇️2. Bila Ibubapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa2 kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka?

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak cukup makan."

❇️3. Bila Ibubapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil2 klinik, hospital & kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta2 dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi kita memahami kah keadaan mereka.

Tergamakkah kita berkata,"aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."

❇️4. Bila Ibubapa anda bersedih kesunyian, tiada anak2 datang menjenguk...siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". Kesunyian ibubapa kita dapatkah kita rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti."

❇️5. Bila Ibubapa anda ditaqdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya? Perhatikan wajah ibu/bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tengok mak/bapak aku masa dia sakit tempohari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat."

❇️6. Bila Ibubapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibubapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita lakukan apa yang seharu
snya kita lakukan demi SEORANG ibu/ayah? Benarlah, ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/ayah.

Tergamakkah kita berkata,"aku sibuk, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan."

❇️7. Bila Ibubapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alasan?Ketahuilah....walau apapun kita lakukan untuk ibubapa kita, kita masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu ibu...setitik keringat ayah....apakah nilainya pada kita?Lupakah kita bagaimana ibubapa kita membesarkan kita? Boleh kita bayangkan bersama2?....Sedarlah saudara/saudari berkhidmatlah untuk kedua ibubapa kita sementara mereka masih hidup....sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama ibubapa kita kerana pengorbanan mereka sangat sangat besar pada kita...

Buktikan!!! Biarpun 100 orang, 1,000 orang, 10,000 orang nak tengok kita gagal TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR2 NAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU IBUBAPA KITA. Tunjukkanlah kejayaan sebelum mereka menghembuskan nafas dan menutup mata. Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat HEBAT! MAKA MARILAH KITA MENILAI DIRI SENDIRI....

Al-Fatihah utk rasulullah dan para sahabat baginda, untuk kedua ibubapa kita, untuk diri kita, isteri kita dan anak-anak kita moga Allah merahmati mereka dan kita semua. ( Anak Anak Phyto .....)

Sebarkan mesej bermanfaat ini...

GoPro Network
0122303347 (Sila Whatsaap Atau Mesej "SAYA PERLU KAYA")

Sunday, November 23, 2014

Makan gaji atau berniaga?

��IJAZAH Gaji Permulaan RM2,000 Kenaikan Gaji Tahunan RM225
��DIPLOMA Gaji Permulaan RM1500 Kenaikan Gaji Tahunan RM145
��Tempoh Percubaan 3 Tahun
��Kos nak dapat Ijazah & Diploma lebih dari kos permulaan berniaga
��Berlumut dan berakarlah tunggu kenaikan gaji. Nak collect 1 Juta tak taulah bila dapat
��Ilmu diperolehi utk diamalkan barulah betul. Bukan untuk segulung Ijazah dan Diploma semata2.
��Ayoh belajar untuk jadi usahawan.

Saturday, May 17, 2014

Tidak sanggup melalui proses kejayaan umpama meremehkan impian sendiri

 TIDAK SANGGUP MELALUI PROSES KEJAYAAN UMPAMA MEREMEHKAN IMPIAN SENDIRI!

Kata-kata diri kita,

"SAYA DAH JOIN! Saya dah LETAK MODAL! Saya buat sebab nak capai impian saya!"

Persoalannya, CUKUPkah hanya dengan buat STATEMENT yg saya NAK kejar impian! Kalo semudah itu sahaja membuatkan org BERJAYA, dunia ni MUSNAH kerana dah takde KESEIMBANGAN golongan berjaya dan putus asa sbb SEMUA ORANG BERJAYA!

Persoalan lagi! Kenapa WUJUDNYA keseimbangan ORANG BERJAYA dan ORANG YANG GAGAL?

Jawapannya: Inilah yang dinamakan HUKUM ALAM! Cth: kalo LEMBU lebih banyak dari RUMPUT, maka MATILAH lembu2 nih! 

Jadi, memanglah HAKIKAT, dalam APA JUA BISNES @ KERJAYA pun termasuk bisnes sendiri,mlm,internet marketing, insirans, unit trust, hartanah dan lain-lain lagi ada yang BERJAYA dan ada yang tidak! So, bukan satu perkara yg pelik! Sedangkan ada di kalangan kita yg dah BEKERJA bertahun2, company makin kaya tapi life kita TAK BERUBAH pun! So, kenapa perlu rasa pelik?

Cumanya, PERSOALAN LAGI! Kita nak letakkan diri kita di BLOK MANA? Blok KEJAYAAN atau KEGAGALAN! Itu DIRI KITA yang TENTUKAN! Tapi AWAS! Tentukan bukan dengan KATA2! Tapi dengan PEMIKIRAN, TINDAKAN dan USAHA yang ISTIQAMAH!

"SAYA NAK ADA RESULT!!!!!" (Jerit kuat manapun tiada gunanya jika MINDSET, TINDAKAN dan USAHA ISTIQAMAH utk hasilkan result tidak diselarikan!)

TIPS MUDAH utk tentukan diri dalam BLOK MANA? Cuba renung diri sendiri:

"Attitude anda MIRIP mereka di BLOK GAGAL atau BERJAYA!"

Mudah bukan? Bukan salah Bisnes, bukan salah Upline dan bukan juga SALAH IBU MENGANDUNG! Ye!!! Sgt mudah!!! LIHAT DIRI ANDA SENDIRI!!!

Elakkan diri sebolehnya dari sikap meremehkan impian diri sendiri! Apa CONTOHNYA?!

"SAYA SAYANG KELUARGA SAYA! ANAK BINI SAYA!!!! SAYA NAK BAGI KEHIDUPAN TERBAIK UTK MEREKA!!! SAYA NAK HANTAR MAK ABAH PEGI MEKAH!!! NAK SENANGKAN MAK ABAH!!!"
(Menangis , bersemangat  dan penuh CLASS! ��)

Tapi ������ danggg!!!! Bila kita PERLU letakkn MODAL USAHA, SABAR, ISTIQAMAH dan KESUNGGUHAN terhadap IMPIAN tersebut, kita MEREMEHKANNYA!!!

Jawapan2 biasa:

"Hari ni kerja banyak, memang letih lahhh...ingat nak rehat jer kat umah! Nak rest my mind!!!"

"Datang ofizzz??? Hari ni tak kot. Tgk lahh macam mane nanti!"

"Kenapa nak asyik datang ofiz. Nanti kalo ada prosepek, akh datang lahhhh!!!

"Aduiiihhhhh. Dah 4 org dah bawak, sorang pun tak close lagik!  Ni yang lecehhhhh bisnes ni! "

"Diorg nihhhh, tak paham ke aku busy!! Asyik suh aku prospecting jerrrr!!!"

Ramai orang memang CEPAT LUPA dgn IMPIAN sendiri bila SITUASI memerlukan kita korbankan USAHA, MASA, EGO, WANG RINGGIT dan menuntut KESABARAN!

Hakikatnya kita bole UBAH! Selidik dan KAJI bagaimana orang lain bole berjaya! Bagaimana mereka mampu utk capai satu persatu impian mereka! Pasti ada sebab!

Bakulsampahkan VIRUS-VIRUS KEGAGALAN!

1) Malas
2) Mengeluh
3) Suka menyalahkan orang lain
4) Bodoh sombong
5) Berkira dgn Usaha dan Pengorbanan Masa dan Tenaga
6) Kerja bertangguh
7) Degil

Istiqamahkan diri kita dengan PEMIKIRAN, TINDAKAN dan USAHA ISTIQAMAH rakan2 kita yang menempah kejayaan demi kejayaan!

In shaa Allah! IMPIAN anda pasti BERSINAR2 dan PENUH BERMAKNA!

THE POWER OF CHANGE!