Showing posts with label Facebook Marketing Tips. Show all posts
Showing posts with label Facebook Marketing Tips. Show all posts

Thursday, September 24, 2015

Tips ambil gambar untuk buat iklan

Gambar buruk, siapa nak beli?

Saya dapati ramai di antara peniaga yang menjual secara online mengabaikan kualiti gambar yang dipaparkan.

Tahukah anda bahawa gambar yang baik mampu untuk meningkatkan jualan sebanyak 300%? Di Mudah.my, people do judge a book by its cover.

Kebanyakan kategori iklan di Mudah.my hanya hadkan 3 gambar untuk dipaparkan. Kalau 3 keping gambar ini FAIL, jangan mimpi pelanggan nak hubungi kita.

Banyak lagi iklan lain yang dia boleh tengok. Jadi di sini saya kongsikan sedikit bagaimana untuk mendapatkan gambar yang mampu untuk menjual dengan sendiri.

1. Sudut Berbeza

Kita tangkap gambar produk yang mahu dijual daripada sudut yang berbeza-beza.

Sebagai contoh, jika kita menjual baju, amat penting untuk kita tangkap gambar hadapan, belakang dan sisi baju. Ini adalah sudut yang pelanggan akan nilai semasa membeli baju.

Jika kita menyewakan rumah, tangkap gambar setiap ruangan di rumah kita seperti laman, ruang tamu, dapur, bilik tidur, tandas dan sebagainya.

Dengan ini mereka yang sedang mencari rumah untuk disewa, mudah untuk membuat penilaian samaada rumah itu sesuai untuk mereka ataupun tidak.

2. Cahaya

Ada 2 kesalahan yang sering dilakukan. Pertama, cahaya kurang. Pastikan cahaya mencukupi supaya setiap sudut gambar produk dapat dilihat dengan jelas.

Letakkan produk yang mahu diambil gambar itu di bawah cahaya lampu. Jangan sekadar bergantung kepada cahaya lampu flash.

Ke dua, cahaya terlebih. Kita juga kena pastikan cahaya tidak terlebih sehingga membuatkan produk yang ditangkap gambar itu kelihatan terlalu berkilau atau sehingga putih.

Berhati-hati juga dengan penggunaan lampu flash. Sering saya dapati pantulan lampu flash termasuk di dalam gambar yang ditangkap.

Kita harus kreatif mencari sudut bagi menangkap gambar produk tanpa memantulkan kembali cahaya lampu flash.

Masalah ini selalu timbul untuk produk yang berpermukaan licin dan berkilat seperti iPad, telefon bimbit, gelas dan lain-lain.

Ini amat mencacatkan gambar produk yang seharusnya menunjukkan warna sebenar produk tersebut. Jika perlu, gunakan sahaja cahaya semulajadi matahari ketika siang.

3. Pegang Produk

Jangan pegang produk yang kita mahu tangkap gambarnya dengan tangan! Ini kelihatan sangat tidak profesional. Peniaga yang menjual barang terpakai banyak melakukan kesilapan ini.

Tangan kiri memegang telefon bimbit dan tangan kanan menangkap gambar telefon bimbit tersebut. Secara tidak langsung ini menggambarkan bahawa produk yang kita jual tidak diberikan penjagaan rapi.

4. Penunjuk Saiz

Kadang-kala pelanggan menghadapi kesukaran untuk mengagak saiz sesuatu produk yang kita jual. Apatah lagi jika produk tersebut baru di pasaran.

Mungkin kita boleh memberi kenyataan di iklan saiz produk tersebut. Namun gambar yang jelas tetap menjadi pilihan pembeli.

Ada 2 cara untuk menyelesaikan isu ini. Pertama, kita boleh meletakkan pembaris disebelah produk yang anda jual. Contoh, anda letakkan pembaris di sebelah Power Bank yang kita mahu tangkap gambarnya.

Ke dua, kita letakkan satu produk yang sudah dikenali saiznya secara umum. Contoh, kita letakkan tin minuman Coca-cola disebelah telefon bimbit yang kita mahu tangkap gambarnya.

Dengan ini pelanggan mampu untuk mengetahui saiz produk tersebut dengan hanya melihat gambar yang diberikan.

5. Latarbelakang

Pernahkah anda melihat peniaga yang menayangkan gambar baju yang beliau jual dengan berlatarbelakangkan almari bajunya? Saya pernah. Siap ada poster artis pujaan beliau lagi yang ditampal pada pintu almari tersebut.

Begitu juga dengan peniaga tudung. Ada yang sekadar meletakkan tudungnya di atas lantai untuk ditangkap gambar.

Apabila saya melihat gambar seperti ini, saya akan menganggap peniaga itu bukan seorang yang serius berbisnes. Hanya berbisnes online secara suka-suka. Saya takut untuk berikan wang kepada peniaga begini.

Kita juga harus memastikan bahawa warna latarbelakang dengan produk yang mahu ditangkap gambarnya berbeza.

Contoh, kita mahu menangkap gambar iPhone yang berwarna hitam. Latarbelakang gambar mesti berwarna cerah seperti putih. Dengan ini mata pelanggan boleh terfokus terhadap produk.

6. Perisian Gambar

Kita boleh menggunakan perisian gambar seperti Photoshop, Corel Draw, Paint dan sebagainya untuk memperbaiki gambar yang telah ditangkap. Antara elemen yang boleh kita perbaiki ialah kecerahan, kontras, saiz dan lain-lain.

Ingin saya tegaskan di sini, kita tidak boleh menggunakan perisian gambar bagi menyembunyikan kecacatan produk yang kita jual.

Sebagai contoh, kita menjual jam tangan yang telah tercalar cerminnya. Kita gunakan Photoshop untuk memadam kesan calar itu pada gambar yang telah ditangkap.

Perbuatan ini sebenarnya telah menipu pembeli. Sebarang kecacatan pada produk mesti ditunjukkan kepada pembeli dengan jujur.

7. Watermark

Sesetengah peniaga online cenderung untuk meletakkan watermark pada gambar produk ataupun servis mereka. Tujuannya supaya gambar tersebut tidak disalahgunakan atau dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab

Namun di Mudah.my, kita tidak dibenarkan untuk meletakkan sebarang watermark di gambar. Ini adalah kerana Mudah.my sendiri akan meletakkan watermark mereka pada gambar tersebut. Jika kita tetap letak, iklan anda akan ditendang begitu saja.

Ada banyak lagi tip gambar yang menjual dengan sendiri di dalam video Pro Mudah.my. Kalau anda berminat nak tahu, kluk promudah.my

Umar Taib

Tuesday, May 19, 2015

5 LANGKAH PENTING DALAM PEMASARAN

Ramai yang gagal untuk bertahan lama dalam bisnes disebabkan tidak mempunyai strategi dalam pemasaran.

Apa yang dikejar hanya sales, sales, sales je dan tidak mempunyai ukuran jangkaan sejauhmana seorang pelanggan itu terus membeli dengan anda.

Bisnes yang berjaya adalah bisnes yang melahirkan "pengguna" bukan hanya pembeli. Yang ini anda kena betul-betul faham.

5 LANGKAH PENTING DALAM PEMASARAN

1. AWARENESS

Psikologi manusia ni kalau dalam bab membeli, mereka akan ingat BRAND apa untuk buat keputusan pembelian, jadi anda kena ambil tahu kepentingan membina jenama perniagaan.

2. CONSIDERATION

Selepas mereka dah ingat jenama anda, prospek akan buat pertimbangan samada nak beli atau tak, masa nilah tawaran yang anda buat memainkan peranan penting. Apa yang anda mesti benar-benar menepati keperluan prospek.

3. CONVERSION

Ini dah masuk fasa prospek buat keputusan, pada fasa ini, anda boleh track berapa conversion rate yang anda dapat , maksudnya kalau 100 orang klik berapa orang yang beli. Normalnya ialah 2%, kalau 100 orang klik 2 orang akan beli.

4. LOYALTY

Inilah kunci kejayaan dalam pemasaran yang anda buat , kalau anda berjaya melahirkan pelanggan yang setia tak kiralah berapa banyak produk yang anda keluarkan, pelanggan setia ni terus akan membeli dengan anda. Barulah pendapatan anda lebih konsisten dan berkembang.

5. ADVOCACY

Mana-mana pelanggan yang sudah puas hati dengan perkhidmatan anda, mereka secara tidak sengaja pula menjadi agen kepada bisnes anda, mereka akan berkongsi kelebihan anda kepada orang lain.

Sunday, September 15, 2013

Apakah '3D' Pelaris Rezeki?

Bismillah.

Kepada sahabat yang dirahmati Allah.

Saya doakan sahabat dideraskan rezeki yang berkat serta tiada habisnya seperti makhluk Allah yang sentiasa mengelilingi Kaabah, sentiasa dalam keampunan dan peroleh rahmat-Nya.

Aamiin ya Rabb.


"Biar tak laku, asal bermaruah dan patuh syariat."


Pepatah itu bukan sahaja sesuai untuk orang bujang yang masih menjemput jodoh tetapi, turut sesuai untuk insan yang mahu disayang Tuhan = orang beriman.


Yakni, orang beriman tidak menggunakan saluran-saluran yang buat Allah murka kepada mereka.

Contoh: Dukun, bomoh.

"Biar sedikit, asal berkat."


1. Doa

Sebelum memulakan pencarian rezeki, mulakan dengan kalimat Bismillah. Ia menterjemah bahawa, kita minta izin dengan Allah untuk mulakan pencarian rezeki.


Selepas itu, boleh ditambah dengan dialog santai seperti,


"Ya Allah, saya mohon diilhamkan lubuk rezeki, untuk saya tuai rezeki yang banyak tetapi dengan usaha yang sedikit.

Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui ya Allah."


2. Dhuha


Dalam tempoh mencari rezeki, sinergikan dengan menunaikan solat Dhuha.


Kerana, solat Dhuha ibarat kita sedekahkan masa kita kepada Allah.

Hasilnya, Allah juga akan menyedekahkan kita rezeki-Nya yang tiada batas.

“Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha),

nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.)

3. Derma

Perkataan lain bagi Derma adalah Sedekah (Memberi). Ada kisah yang pernah saya baca di status Facebook.

"Saya melihat sahabat biz saya.
Jualannya tidak pernah putus.

Maka, saya bertanya kepadanya petua laris jualan. Kata beliau, selepas solat Dhuha, beliau akan sedekah dengan nombor ganjil."

Kerana,

"Allah suka nombor ganjil."
(Hadis Riwayat Bukhary-Muslim)

Signifikan Beri Yang Allah Suka ...

Ia ibarat Gula & Semut. Jika kita mahu semut, maka depositnya adalah Gula. Letak gula di mana-mana, pasti semut akan datang dari arah yang tidak disangka-sangka.

Begitu juga dengan rezeki.

Formula:

Mahu semut, beri gula.
Mahu rezeki, beri apa yang Allah suka.


Berikut adalah antara testimoni ebook Sistem Menjemput Rezeki yang menggunakan D ke-3 iaitu, Derma:

"Ikhlas akak mahu beritahu, semenjak khatam ebook SMR dan amalkan beberapa tip, rezeki akak sentiasa ada.

Setiap hari akak bersedekah melalui maybank2u, RM2 sehari tetapi Jumaat yang lalu akak bersedekah RM5, Insyirah nak tau akak dapat sale hari tu RM390."


- Cikpuan Junn


.

Pelaris Jualan Di Facebook
(Jualan Terkumpul Berjumlah RM5.4 juta)



Teknik ini lebih sesuai untuk
usahawan online.


DVD Bengkel Simple Tapi Power (STP) adalah antara DVD lagenda hasil resipi Tuan Faisal Abdullah.


Melalui DVD itu, beliau telah berjaya membantu pengamal-pengamal tegar teknik STP jana jualan sehingga bernilai RM 7 angka.


Jumlah jualan daripada pengamal-pengamal tegar teknik STP bernilai lebih RM5,000,000 (RM5 juta).


Testimoni Teknik STP:


"Bengkel yang best. Ilmu baru untuk saya. Dan saya akui, ia ilmu Hebat dan sangat-sangat fresh."

- Azrul Mustapha
(Sudah menjana RM100,000.00 dalam
3 bulan dengan teknik-teknik yang
beliau ajar)


"Hadir kelas sifu yang pertama, Alhamdulillah rezeki dah bertambah-tambah.

Hasil dari kelas 'sifu', kereta Exora baru dah berjaya dimiliki. Thanks sifu"

- Baniza Mohd Sharif
(Usahanita Produk Kecantikan)


Namun khabar buruk, DVD ini tidak dijual sepanjang masa. Ia dibuka hanya untuk tempoh terhad.


Klik link di bawah untuk beli:

--> https://app.getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=BZ6fR&mc=BF&s=FB5fs&y=r&


Salam sukses.

---
Insyirah Azhar
Penulis Inspirasi Ketuhanan

Blog: www.insyirahazhar.com
FB: Insyirah Azhar Official

Saturday, March 9, 2013

Perkara Penting Sebelum Memulakan Bisnes!


Salam hormat .

Ramai di antara kita yang minat untuk memulakan perniagaan atau bisnes sendiri. 

Namun begitu,ramai yang GAGAL  bukan disebabkan bisnes mereka TETAPI disebabkan mengabaikan perkara paling penting sebelum  memulakan bisnes. 

Mungkin bagi anda, perkara yang perlu anda dahulukan dalam memulakan bisnes adalah
modal untuk memulakannya! Kalau anda  fikir begitu, sebenarnya ada yang lebih utama lagi dari modal!

Apa yang lebih penting?

Yang lebih penting dan mesti didahulukan dalam memulakan bisnes adalah ilmu berkenaan bisnes tersebut!

Dengan adanya ilmu yang anda  belajar berkenaan bisnes yang ingin diceburi akan memudahkan dan member pencerahan kepada perkara penting yang mungkin bagi anda  adalah perkara kecil sahaja.

Dengan ilmu juga, anda  mendapat petunjuk dan bersedia dengan cabaran yang bakal Anda 
hadapi nanti. Ingat! untuk memulakan sesuatu bisnes, ianya bukan mudah seperti yang kita rancang on paper!

Terdapat banyak cabaran yang perlu kita tempuhi sepanjang perjalanan bisnes kita nanti.

Di mana nak belajar ilmu bisnes?



Mungkin anda  tertanya-tanya perkara tersebut!

Jangan katakan anda, saya dahulu pun melalui situasi yang sama
juga!

Namun begitu anda tak perlu lalui semua perkara tersebut untuk mendapatkan ilmu yang betul-betul boleh bantu bisnes anda.

Kini anda dah boleh belajar berkenaan bisnes bahkan mengetahui teknik dan strategi bisnes tersebut. Ianya merupakan satu peluang yang sangat hebat dan boleh mempercepatkan pemahaman bisnes untuk anda]!

Buat pertama kalinya di Malaysia, sebuah program yang dinamakan Sembang Bisnes telah pun dilancarkan!

Ianya bertujuan untuk membantu ramai usahawan di seluruh Malaysia mempelajari selok belok bisnes dari 11 orang PAKAR yang bukan sahaja berjaya dalam bisnes mereka bahkan mereka juga telah membantu ramai orang di Malaysia berjaya dalam bisnes mereka.

Jika anda  ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi, klik sini:



Monday, March 4, 2013

TIPS MOTIVASI: Hebatnya Kuasa "The Power Of Dream"!



Salam hormat...

Pertama sekali saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan/Puan yang tetap setia menjadi subscriber saya sejak sekian lama dan sentiasa sudi menerima email-email yang saya kirimkan.

Insyaallah saya akan terus kongsikan banyak tips dan ilmu untuk membantu anda memulakan perniagaan internet dan facebook marketing pada masa akan datang..

Tuan/Puan, apakata anda pejamkan mata seketika (tak lama pun) 1 minit je dan tarik nafas dalam-dalam..

Kemudian, cuba bayangkan kembali perjalanan dan pencapaian anda sepanjang tahun lalu..

- kegagalan yang pahit untuk dikenang..
- jatuh dan tersungkur yang menyakitkan..
- kekecewaan yang meninggalkan memori sedih..
- Kesilapan yang amat disesali dan pelbagai lagi..

atau..

- kejayaan yang mengembirakan...
- kebahagiaan yang cukup indah...

Tuan/Puan, Usah lagi ditangisi semua kegagalan yang lalu.. Yang dah berlalu, biarkan berlalu, kita tidak dapat mengundurkan masa dan mengubahnya lagi..

Tetapi..

Kita mempunyai pilihan untuk bangun kembali, bangkit dari kegagalan dan mengubah serta membetulkan kesilapan yang pernah kita lakukan dulu..

Bina semangat baru dan kuatkan azam untuk terus berjuang mencapai apa yang kita impikan dan jadikan kegagalan lalu sebagai pengajaran untuk anda lebih berjaya..

Pengasas Honda, dengan slogannya "The Power Of Dream" mengatakan...

Everyone has the Power to Dream
"Dreams are what move us forward, and make the world a better place. When people share dreams, the power of dreams grows. No challenge is too daunting, no goal too distant.

Everyone is encouraged to express and realise their dreams for the collective vision of creating a better and brighter future for our next generation."

Tuan/Puan, impian akan menjadikan anda HEBAT!! Jangan berhenti untuk mengimpikan sesuatu! Jika anda yakin, anda memang boleh berjaya!

Saya juga telah melalui banyak kegagalan pada tahun-tahun lalu, sehinggakan ada masanya saya benar-benar hampir putus asa dan kecewa ...

Namun, saya tidak memilih untuk terus gagal, sebaliknya saya membuat keputusan untuk bangkit dari kegagalan dan melakukan perubahan serta menjadikan semua kegagalan lampau sebagai cabaran untuk berjaya..

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana 2012 mencatatkan kenangan manis dengan kejayaan demi kejayaan dikecapi.. Pendapatan 6 angka dalam tempoh kurang dari setahun, dan 100% dijana menerusi internet..

Ianya satu pencapaian yang amat luarbiasa bagi orang yang biasa-biasa (sama seperti anda)..

Kejayaan adalah PILIHAN! Anda boleh memilih untuk berjaya ATAU terus gagal, anda yang tentukannya!

Kejayaan ini bukanlah pencapaian peribadi semata-mata tetapi Tuan/Puan yang telah memberikan sumbangan terbesar setiap kejayaan tersebut.. Tanpa anda, kejayaan itu tidak memberikan apa-apa erti..

Kini tibalah masanya, saya ingin kembalikan kejayaan tersebut kepada anda dan saya amat komited untuk fokus untuk membantu anda pula mencapai kejayaan.. 

Mahukan saya bantu anda berjaya?


Jadi teruskan bersama saya, dan sentiasa awasi inbox anda kerana banyak tips dan motivasi yang bakal saya kirimkan untuk anda.

Dan yang paling best..

Saya akan berikan bermacam-macam tips dengan PERCUMA, khusus untuk membantu anda berjaya dalam perniagaan internet ini.


Salam Kejayaan Anda..


Ikhlas,

Affendi Hussin




Tuesday, January 29, 2013

SUSAH nak buat duit melalui Internet?



Adakah anda rasa memang SUSAH nak buat duit melalui Internet?

Adakah anda dah cuba macam-macam, tetapi pendapatan yang anda perolehi dari Internet tidak konsisten dan tidak stabil?

Adakah anda terperangkap dalam proses pelancaran produk baru setiap bulan...

...bekerja sampai nak mati, mengabaikan keluarga dan orang tersayang
...tetapi masih tidak nampak jalan keluar dari kerja korporat atau kerja kerajaan?

Mungkin anda nak menjalankan perniagaan Internet secara full time, tetapi masih tidak boleh sampai ke “The Next Level”?


Sila layari laman web ini untuk jalan penyelesaian:


Selama 3 tahun, ramai IM terkenal Malaysia ingin membongkar rahsia bagaimana Gobala Krishnan (antara pakar IM yang paling berpengaruh di Malaysia) membuat "membership Site" atau laman keahlian yang menjana RM10k setiap bulan secara konsisten.

Selama ini 'beliau' menyimpan segala rahsianya untuk diri dia sendiri. Tetapi sekarang, beliau sudi berkongsi selok belok dan teknik-teknik rahsia yang beliau gunakan untuk membina laman keahlian yang menjadai duit secara automatik tanpa banyak usaha..

Dapatkan maklumat penuh di sini:

Sila layari laman web ini untuk jalan penyelesaian:


Sehingga akhir tahun ini, anda boleh mendapatkan panduan ini dengan harga diskaun sebanyak 55%! Jadi rebutlah peluang ini untuk belajar dari salah seorang otai Internet yang benar-benar berpengalaman..


Sekian,

Sunday, January 27, 2013

Teknik Pemasaran di Facebook Cara Percuma


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Mungkin ramai yang sudah kecewa dengan pemasaran melalui Facebook. Saya tahu, ramai teruja melihat jumlah friends yang mencecah 5 ribu orang. Namun, apabila di buat promosi, tiada satu pun yang lekat dan membuat sales. 
 
Biar saya jelaskan di sini. Facebook untuk meniaga seboleh- bolehnya jangan digunakan facebook yang akaun peribadi. Apa maksudnya facebook akaun peribadi? Facebook yang ada adik beradik, kawan kerja, kawan sekolah dan pelbagai lagilah.
 
Buka satu akaun facebook baru, jika mahu, guna nama samaran sket yang unique dan orang boleh ingat. Tidak perlulah nama lain sangat, hanya lain sedikit daripada biasa.
 
Add kawan- kawan baru, target group orang yang bekerjalah kalau nak meniaga. Baru ada buying power. Kalau add budak- budak, mungkin tak kena sasarannya tu. 
 
Jangan harap nak buat sales terus kepada 5k orang. Hanya guna teknik penarik melalui posting atau gambar. Berikan sedikit bayangan business contohnya, modal rendah, high income, low investment, etc. Kalau mereka berminat, suruhlah mereka "like".
 
Selepas itu, barulah kita pergi chat "one to one" dengan orang yang like itu. Tak perlu target ramai- ramai, seorang dua satu hari pun cukup. InshaAllah, tak hari ini, esok lusa dia minat lagi.
 
Itulah tips yang saya berikan untuk marketing Facebook. Ini cara percuma, tak guna Facebook ads. Jika boleh, hari- hari buat marketing di Facebook cara begini.
 
Jumpa lagi!

Thursday, January 3, 2013

Strategi LUAR BIASA Tingkatkan Jualan Di Facebook!


Salam & hai,

Pertama sekali, kami ingin ucapkan selamat tahun baru 2013. Semoga anda  diberikan rezeki yang melimpah ruah dan sentiasa di dalam keberkatannya.

Sekali lagi, hari ini kami ingin kongsikan strategi yang terbukti berkesan bagaimana untuk menggandakan jualan hanya melalui Facebook.

Strategi ini boleh dipraktikkan di akaun personal. Ianya percuma sahaja dan hanya mengambil masa kurang 3 hari untuk mendapat hasil.

Sudah bersedia untuk sesi pembongkaran?

Ini yang pertama...

1. Tambah friends yang berpotensi menjadi pelanggan.

Periksa senarai friends anda di FB. Adakah mereka terdiri daripada friends  yang berpotensi menjadi pelanggan atau sebaliknya. 

Sebagai contoh, anda menjual produk kecantikan wanita di FB, sudah tentu  anda sukar untuk mendapat jualan jika 80% friends di FB adalah dari golongan  remaja lelaki yang tiada keinginan untuk membeli produk wanita. 

Ambil contoh kami. Majalah Niaga mensasarkan pembaca di kalangan usahawan  dan bakal usahawan yang berminat dengan informasi mengenai tip-tip keusahawanan. 
Jadi, kami hanya pastikan friends kami di FB  dari golongan usahawan dan  bakal usahawan sahaja.

Supaya apabila kami berkongsi tentang tip keusahawanan atau keluaran terbaru  Majalah Niaga, mereka berpotensi besar untuk membacanya dan share kepada  rakan-rakan.

2. Jumlah friends yang minima adalah 2, 500 orang.

Ada satu kes yang ingin kami kongsikan bagaimana seorang peserta seminar  mengadu gagal mendapat jualan di FB. 

Apabila kami semak, FB beliau hanya mempunyai 5 friends sahaja. 3 daripadanya tiada profile picture, baki 2 lagi ialah anak-anak beliau! 

Ianya sangat mustahil untuk mendapat jualan apabila jumlah friends di FB  hanya 5 orang. 
Pastikan jumlah friends sekurang-kurangnya 2500 untuk kita mendapat jualan secara konsisten di FB. 

90% daripadanya ialah golongan yang berpotensi menjadi pelanggan kita! 
Apabila menjual baju untuk kanak-kanak, add seramai mungkin golongan-golongan wanita yang berstatus ibu. Mereka berpotensi besar untuk membeli produk kita!

3.  Formula 80:20

Apakah maksud formula 80:20? 

Apabila berkongsi 8 kali, hanya 2 kali sahaja kita mempromosi produk kita. Atau apabila berkongsi 4 kali di wall FB kita, hanya 1 kali sahaja kita mempromosi produk kita.

Menurut kajian, semakin banyak kita mempromosi produk kita di FB, semakin ramai orang membenci kita. Orang hanya membeli produk dari orang yang dipercayai dan disukai oleh mereka.

Sebagai contoh, kami andaikan anda menjual koleksi tudung dan baju muslimah, anda boleh berkongsi 'behind the scene'. Maksudnya anda bercerita mengenai di sebalik tabir perniagaan.

Contohnya, berkongsi gambar produk sudah dibungkus untuk diposkan, berkongsi jumlah jualan pada hari ini, berkongsi gambar stok yang baru sampai dan berkongsi bagaimana kita mengurus tempahan setiap hari.

Di sesi Mentorship Pemasaran Online, banyak lagi perkongsian-perkongsian strategi PREMIUM bagaimana untuk melipatgandakan jualan, meramaikan lagi pelanggan di Facebook.

Salah satu strategi kegemaran kami adalah formula 4:1:1

Yakni strategi posting yang mampu meningkatkan jualan FB dan menarik lebih  ramai orang suka kita. 

Apa yang penting, mereka tidak sumpah seranah setiap kali anda mempromosi produk  dan berebut-rebut mahu membelinya.  Sehinggakan anda sendiri angkat tangan  menyerah kalah dek kerana tempahan dan jualan produk di luar jangkaan.

Kami attachkan bukti salah seorang peserta mentorship yang menghadapi fenomena  yang sama. Kesian kan? ;)

Kami hanya memilih individu yang mempunyai komitmen dari sudut kewangan dan masa oleh kerana Mentorship ini bukan seminar murahan dan ada nilainya sendiri.