2. Bukan anak jutawan. Bukan graduan kewangan. Hanya seorang remaja biasa dari Cedar Grove, New Jersey yang terlalu obses melihat nombor bergerak di skrin televisyen.
3. Semuanya bermula ketika umur 11 tahun. Setiap hari selepas sekolah, dia terpaku menonton CNBC, memerhati pasaran saham seperti orang lain menonton kartun kegemaran.
4. Dia pernah mengaku kepada Wall Street Journal, dia obses dengan “watching all the numbers move across the screen”.
5. Pada umur 12 tahun, ibu bapanya membuka akaun dagangan menggunakan nama bapanya, bermodalkan USD8,000 daripada simpanan bon dan duit hari jadi.
6. Umur 13 tahun, ketika rakan sebaya sibuk bermain permainan video, dia sudah aktif berdagang saham dari komputer di dalam biliknya.
7. Namun apa yang berlaku selepas itu mengejutkan seluruh Wall Street.
8. Dari Ogos 1999 hingga Februari 2000, dia menjalankan 11 skim manipulasi melibatkan 9 saham berbeza sambil masih hadir ke sekolah setiap hari.
9. Caranya sangat licik dan konsisten.
10. Selepas sekolah, dia membeli sehingga 46 peratus volum harian saham murah yang kurang didagangkan, menyebabkan harga mula naik dengan sendirinya.
11. Tengah malam pula, dia guna Yahoo Finance message boards dengan 200 hingga 300 mesej sama menggunakan multiple akaun palsu.
12. Dia sebar mesej bahawa saham itu bakal naik 1,000 peratus atau “the most undervalued stock in history”.
13. Sebelum pasaran dibuka, dia ulang lagi ratusan mesej menggunakan identiti palsu yang lain.
14. Pelabur runcit mula FOMO membeli kerana takut terlepas peluang besar.
15. Saat semua orang berebut masuk, dia diam diam menjual semuanya.
16. Untung sehari paling kecil ialah USD11,000.
17. Untung sehari paling besar hampir USD74,000.
18. Dalam satu dagangan Man Sang Holdings sahaja, dia beli 18,000 saham pada harga USD2 sesaham.
19. Pada jam 11:46 malam, dia sebar mesej bahawa saham itu “the most undervalued stock in history”.
20. Esok paginya, harga melonjak ke USD4.69.
21. Dia exit dengan keuntungan USD37,901 daripada satu transaksi sahaja.
22. Semua ini dilakukan sebanyak 11 kali sebelum SEC mengetuk pintu rumahnya pada September 2000.
23. Bayangkan seorang pelajar tingkatan satu membuka pintu rumah, lalu melihat penguat kuasa pasaran modal terbesar Amerika berdiri di depan mata.
24. Jonathan Lebed menjadi remaja bawah umur pertama dalam sejarah yang dituduh melakukan manipulasi saham.
25. Penyelesaiannya memaksanya memulangkan USD285,000 keuntungan dan faedah daripada 11 dagangan itu.
26. Namun SEC tidak mengejar 5 dagangan lain yang telah dia lakukan.
27. Itu bermaksud dia masih menyimpan sekitar USD500,000 daripada jumlah keseluruhan USD800,000.
28. Dengan wang itu, dia membeli Mercedes-Benz SUV bernilai USD42,000 untuk keluarganya.
29. Kemudian dia kembali ke sekolah seperti tiada apa berlaku.
30. Sebulan kemudian, dia muncul di rancangan 60 Minutes bersama bapanya.
31. Ayahnya mempertahankan dia dengan satu ayat yang terus menjadi sejarah.
32. “They pick on a kid”.
33. Hari ini, Jonathan Lebed berumur 41 tahun.
34. Dia masih berdagang secara profesional dan mengendalikan newsletter kewangannya sendiri.
35. Kisah ini bukan sekadar tentang saham.
36. Ini kisah bagaimana obsesi, keberanian, dan kecerdikan seorang remaja mampu menggoncang sistem kewangan terbesar dunia.
37. Persoalannya, jika seorang anak 15 tahun boleh jana pendapatan melalui Wall Street dari bilik tidurnya, apa alasan kita untuk terus takut bermula?
38. Saya ulang:
APA ALASAN KITA UNTUK TERUS TAKUT BERMULA?
Sumber : NurHisyam Mazlan
No comments:
Post a Comment