Showing posts with label Rakyat Jadi Puppet Kepada Kartel Gergasi di China. Show all posts
Showing posts with label Rakyat Jadi Puppet Kepada Kartel Gergasi di China. Show all posts

Sunday, July 5, 2026

Rakyat Jadi Puppet Kepada Kartel Gergasi di China

China adalah contoh negara maju gila, ramai rakyat pandai, tapi ratus juta bawa skuter hantar makanan...perhhh..pishang gila..

Yea...kita tak salah baca. 

Ratus juta abang akak sekalian. 

Rakyat Malaysia aje 30 juta. 

7 kali ganda angka itu ialah penghantar pesanan kat sana. 

Gulppl... 

#Ceritera1 
Ramai yang puji melambung negara China kononnya kuasa besar paling maju dan hebat di dunia.

Hakikatnya, anak muda mereka sedang lalui fasa kemurungan ekonomi paling tragis dalam sejarah moden.

Tahun 2025 merekodkan pengeluaran graduan universiti paling tinggi dalam sejarah China iaitu seramai 12.22 juta orang.

Mereka semua ingat keluar universiti boleh terus dapat kerja pejabat, pakai kemeja dan duduk selesa.

Tapi apa yang berlaku sangat menyedihkan. 

Pasaran kerja di sana langsung tak ada tempat untuk mereka.

Kosong.

#Ceritera2 
Kadar pengangguran belia secara rasmi dicatatkan sekitar 16.5 peratus,

tapi pakar ekonomi bebas dedahkan angka sebenar sebenarnya mencecah 40 peratus.

Ramai belia dah sampai tahap putus asa dan ada yang pilih untuk baring sahaja di rumah tanpa buat apa-apa.

Habis tu, macam mana mereka nak hidup?

Akhirnya, lebih 200 juta rakyat China terpaksa masuk ke dalam sektor ekonomi gig.

Mereka jadi penghantar makanan atau buat penstriman langsung (livestreamer). 

Joget-joget, tunggu 'gift', buat sesuatu yang ekstrem.. 

Bayangkan, lebih 70,000 daripada penghantar makanan ini adalah pemegang Ijazah Sarjana atau Master.

#Ceritera3 
Ya, ada Master tapi terpaksa redah hujan panas hantar makanan segera.

Upah?

Makin lama makin sikit.

Kalau dulu boleh tahan, sekarang upah hantar makanan untuk jarak lebih 3 kilometer cuma dibayar sekitar 4.5 Yuan sahaja.

Kalau tukar duit kita, adalah lebih kurang RM2.70 satu tempahan. 

Kalau ada 30 tempahan sehari, baru dapat RM81. 

Belum campur terpaksa bersaing dengan ratus ribu penghantar makanan untuk dapat tempahan. 

Belum kira kena tolak upah sebab lambat atau 'star' dapat rendah. 

Agak tak berbaloi langsung dengan penat lelah.

#Ceritera4 
Dari sinilah wujudnya satu fenomena yang dipanggil Ekonomi Gelung atau Loop Economy. 

Kitaran ini sangat menakutkan sebab ia tak menjana apa-apa pertumbuhan kekayaan pun.

Contoh macam ini lah.

Seorang 'rider' penat kerja 12 jam.

Dia balik rumah, buka aplikasi D0vyin atau TokaToki, lepas tu bagi tips dekat penstrim langsung.

Penstrim langsung itu pula (yang majoritinya langsung tak buat untung) guna duit tips tu untuk pesan makan. 

Dan makanan tu dihantar oleh rider lain pula. 

Pusing-pusing kat situ je duitnya.

Yang untung gila-gila?

Syarikat gergasi macam...

Tencent, iaitu untuk tempah makanan, hotel, tiket wayang, sampailah seea basikal..

Alib4ba, untuk 'online shopp1ng'... 

dan Meitvan, iaitu syarikat permainan video (gaming) terbesar di dunia dan menguasai platform hiburan serta penstriman video, termasuk WeCh4t. 

#Ceritera5 
Syarikat-syarikat ini dah tak bertindak sebagai penjana ekonomi, tapi bertindak macam pondok tol yang kutip untung atas titik peluh 200 juta pekerja gig ini.

Keadaan jadi makin tegang, sampaikan pada 26 April 2026 lepas, 

barulah pihak kerajaan China terpaksa campur tangan sebab nampak tekanan sosial dah makin kritikal.

Mereka keluarkan undang-undang buruh baharu khusus untuk 200 juta pekerja gig ini.

Antara syarat paling keras, syarikat wajib patuh gaji minimum dan ada had masa bekerja.

Maksudnya, kalau 'rider' tu dah kerja lebih masa pada satu tahap, aplikasi wajib berhenti bagi order baru dan paksa rider tu rehat.

Menjelang 2027 pula, semua syarikat wajib dedahkan alg0ritma mereka supaya tak ada lagi unsur penindasan tersembunyi.

Ini antara perlindungan pekerja gig paling agresif yang pernah dibuat di dunia.

#Ceritera6 
Pengajarannya dekat sini, kemajuan teknologi dan lambakan graduan tanpa perancangan ek0nomi yang betul hanya akan mencipta satu generasi yang hancur.

Dan pentingnya campur tangan kerajaan untim menjaga rakyat mereka supaya tak ditindas oleh kartel gergasi. 

Agaknya landskap pasaran kerja kita pun sedang menuju ke arah yang sama kah?

Atau masih terkawal? 

Kadar upah sekali hantar makanan agaknya berapa?