Showing posts with label Berjayakah Sudah?. Show all posts
Showing posts with label Berjayakah Sudah?. Show all posts

Friday, December 12, 2025

Apa Definisi Berjaya?

Apabila dah gagal-gagal berkali-kali,
soalan yang muncul dalam kepala saya adalah,

BAGAIMANA YANG DIKATAKAN BERJAYA SEBENARNYA? 

Adakah berjaya itu apabila kita,

- Dapat touch saving sejuta?
- Dapat income berpuluh ratus ribu sebulan?
- Dapat beli rumah berharga juta-juta?
- Dapat capai pangkat tinggi?
- Dapat jualan cecah jutaan setahun? 
- Dapat tayang kereta mewah?
- Dapat travel luar negara tiap bulan?

Adakah itu makna kejayaan?

.

Kalau lah begitu baru dikatakan berjaya, 
malanglah kita.

Malanglah hidup saya ๐Ÿฅบ๐Ÿฅบ

Padahal kita tahu daripada 30 juta penduduk Malaysia, kategori T20 sahaja akan merasa sebegitu. Atau mungkin peratusannya lebih kecil lagi (5-10%) sahaja. 

Adakah dunia sebegitu tidak adil?
Adakah itu satu-satunya jalan untuk dikatakan berjaya? 

Kalau tak dapat begitu adakah bermakna kita manusia gagal?

.

Patutlah ramai orang sakit jiwa. 
Sebab cuba kejar apa yang tidak sepatutnya dikejar.

Rupa-rupanya kita silap beri makna pada kejayaan. 

Kita beri makna mengikut hawa nafsu sendiri.
Mengikut neraca manusia. 
Bukan neraca Tuhan. 

Kita lupa bertanya, 
“Berjaya di sisi Allah itu sebenarnya bagaimana?”

.

Formulanya ada di dalam Al-Quran.

1- Sesungguhnya BERJAYAlah orang-orang yang beriman.
2- Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.
3- Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.
4- Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu).
5- Dan mereka yang menjaga kehormatannya.
6- Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
7- Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.
8- Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.
9- Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.
10- Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi.
11- Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

(Al-Mukminun 23: 1-11)

.

Adil kan Allah?

Tak kira golongan berpendapatan rendah, sederhana atau sesiapa saja, 
semua boleh berjaya.

Bukan tunggu jadi super Rich saja baru dikatakan berjaya. 

Sebenarnya bukan kita yang gagal.

Tapi kita meletakkan makna berjaya pada tempat yang salah. 

Padahal rezeki itu Allah sudah tetapkan.
Banyak atau sedikit Allah yang berikan. 

Selagi kita tak betulkan kefahaman,
selagi itu kita akan hidup dalam rasa gagal.

Yang sebenarnya kita yang tempah sendiri ๐Ÿ˜ญ


Hafsah Mardhiah
Bukan Hafsah yang dulu