Showing posts with label SYARIKAT AYAM UGUT HARGA AYAM & TELUR NAIK JIKA SAMAN TAK DITARIK BALIK?. Show all posts
Showing posts with label SYARIKAT AYAM UGUT HARGA AYAM & TELUR NAIK JIKA SAMAN TAK DITARIK BALIK?. Show all posts

Wednesday, August 12, 2026

SYARIKAT AYAM UGUT HARGA AYAM & TELUR NAIK JIKA SAMAN TAK DITARIK BALIK?

SYARIKAT AYAM UGUT HARGA AYAM & TELUR NAIK JIKA SAMAN TAK DITARIK BALIK?

Lima feedmiller (syarikat yang sediakan makanan ternakan): Leong Hup, Gold Coin, Dindings, PK Agro & FFM kena saman oleh Malaysia Competition Commission (MyCC) sebanyak RM415.5 juta sebab isu price-fixing dalam industri dedak ayam.

Nak tahu berapa besar 5 syarikat ni?

Depa kawal hampir 40% market feedmill negara.

Breakdown nilai saman setiap syarikat:

🐔 Leong Hup Feedmill RM157.47 juta
🐔 Gold Coin Feedmills RM97.51 juta
🐔 Dindings Poultry RM70.02 juta
🐔 PK Agro (bawah Charoen Pokphand Thailand) RM47.80 juta
🐔 FFM Bhd RM42.69 juta

Total: RM415.5 juta.

Daripada 5 syarikat ni, 4 minta tangguh saman melibatkan kira-kira RM367 juta.

Mula-mula depa appeal ke Competition Appeal Tribunal (CAT). Keputusan kalah, ditolak pada Februari.

Lepas tu pi Judicial Review kat High Court.

Sekarang depa minta stay atau tangguh pembayaran sementara kes masih berjalan.

Alasan depa?

Kalau kena bayar sekarang, cash flow akan terjejas.

Bila cash flow terjejas, depa kata mungkin terpaksa naikkan harga dedak ayam.

Dan akhirnya, harga ayam & telur pun mungkin naik.

Maksudnya, kalau saman ni kena bayar, rakyat marhaen yang mungkin kena tanggung kesannya.

Yang lagi menarik…

Lawyer pihak MyCC/CAT dedahkan bahawa Leong Hup baru sahaja mengisytiharkan dividen RM150 juta, yang kemudiannya dibahagikan kepada shareholders.

Dividen boleh bayar RM150 juta.

Tapi bila kena bayar penalti sebab isu price-fixing, tiba-tiba alasan dia cash flow akan terjejas?

Haiyaaa… 😅

Untuk pengetahuan, Leong Hup merupakan pemilik Baker's Cottage.