Podcast #107 : “Saya pernah pokai sampai tak mampu bayar deposit kedai, tiba-tiba kawan datang dan cakap... nah ambil RM1 juta ni dulu.”
[⚠️ INI ADALAH PENULISAN YANG PANJANG, JIKA TAKNAK BACA BOLEH SKIP⚠️]
Pernah tak awak rasa hidup ini tidak adil?
Awak rasa awak sudah usaha keras, tapi hasilnya masih samar-samar.
Jika awak rasa begitu, awak perlu baca kisah Christy Ng ini.
Ramai orang nampak jenama Christy Ng sekarang sudah gah di pusat beli-belah.
Kasut cantik, beg tangan viral, kedai merata tempat.
Tapi ramai tak tahu, dia bermula dari lantai yang sangat bawah.
Ayahnya hanya pencuci penghawa dingin (aircond).
Ibunya suri rumah sepenuh masa.
Duit sentiasa menjadi masalah utama dalam keluarga mereka.
Sejak umur 9 tahun, Christy sudah faham satu perkara pahit:
"Kalau aku nak sesuatu, aku kena cari duit sendiri. Mak ayah tak ada duit."
Awak bayangkan, budak darjah 3.
Orang lain sibuk main kejar-kejar.
Dia pula berdiri di stesen LRT, jual bunga kepada orang yang lalu lalang.
Dia buat semua ini sebab nak beli barang yang dia suka, macam pen gel G2 atau kad mainan.
Semangat 'hustle' ini tertanam dalam dirinya sejak kecil.
Dia pernah jual aiskrim dengan gaji RM3 sejam.
Dia pernah kerja lipat baju kanak-kanak di pasar raya.
Dia pernah jadi pelayan restoran.
Universiti kehidupan mengajar dia lebih banyak daripada bilik kuliah.
Titik tolak perubahan hidupnya bermula secara tidak sengaja.
Segalanya bermula di Thailand.
Masa itu dia bercuti dengan kawan-kawan.
Dia jumpa satu kawasan borong kasut.
Harganya cuma 100 Baht (sekitar RM10 waktu itu).
Kasutnya cantik, murah, dan berkualiti.
Dia beli 4-5 pasang untuk diri sendiri.
Bila balik Malaysia, kawan-kawan semua puji.
"Cantiknya kasut kau! Boleh tak aku bayar RM50, kau tolong belikan untuk aku?"
Nampak tak peluang di situ?
Modal RM10, kawan sanggup bayar RM50.
Untung 5 kali ganda!
Christy jadi 'personal shopper' tak rasmi.
Dia ulang-alik ke Thailand, angkut kasut untuk kawan-kawan.
Lama-kelamaan, dia sedar satu masalah besar.
Pasaran mula tepu.
Ramai orang lain mula buat benda yang sama.
Malah ada yang jual lagi murah sebab mereka borong kontena besar-besaran.
Margin keuntungan Christy makin nipis.
Pesaing makin ramai.
Masa inilah kawan dia bagi idea gila pada jam 3 pagi di gelanggang badminton.
"Christy, kau pandai melukis kan? Kenapa tak buat jenama sendiri?"
Christy ragu-ragu.
Dia tak ada ijazah fesyen. Dia tak tahu apa-apa pasal rekaan teknikal.
Kawan dia cakap mudah saja:
"Letak nama kau sendiri. Jadi designer. Bila jadi designer, kau boleh jual harga tinggi sikit."
Malam itu, di gelanggang badminton, lahirlah jenama Christy Ng.
Bukan dalam bilik mesyuarat korporat, tapi tepi gelanggang masa orang tengah berpeluh main badminton.
Bermula dengan modal RM10,000 simpanan sendiri.
Dia buat bisnes dari ruang tamu rumah ibunya.
Zaman itu, Facebook Ads sangat murah.
Letak RM10, satu Malaysia boleh nampak iklan awak.
Christy 'ride the wave'.
Telefon dia berbunyi tanpa henti.
Dia tak ada laman web canggih pun masa tu.
Cuma letak nombor telefon di Facebook.
Orang call, dia jawab, dia jual.
Tapi, langit tak selalunya cerah.
Bila bisnes makin besar, masalah pun makin besar.
Cabaran paling getir dia hadapi ialah masalah aliran tunai (cashflow).
Tahun 2017, dia buat keputusan berani mati (atau mungkin kurang bijak masa tu).
Dia buka kedai fizikal kedua di Johor Bahru.
Kemudian dia buka kedai ketiga di MyTown, Kuala Lumpur.
Masa itu dia 'cowboy'.
Main langgar saja tanpa kira risiko terburuk.
Dia tak bersedia dari segi operasi.
Pasukan kerja huru-hara.
Paling sakit, kedai di MyTown itu adalah pusat beli-belah baru.
Orang tak ramai datang lagi.
Selama setahun, kedai itu rugi.
Setiap hari cuma dapat jualan RM50, tapi sewa kena bayar penuh.
Awak bayangkan stres dia macam mana?
Malam-malam tak boleh tidur.
Duit tunai makin kering.
Sampai satu tahap, dia tak mampu bayar kontraktor yang buat ubah suai kedai.
Dia hutang kontraktor tu selama setahun!
Apa dia buat? Dia tak lari.
Dia telefon kontraktor tu.
"Encik, saya minta maaf. Saya salah urus duit. Saya tak ada duit nak bayar sekarang. Boleh tak bagi saya masa?"
Nasib baik, kontraktor itu percaya padanya.
"Tak apa Christy, saya tahu awak takkan lari. Bayar bila awak ada duit."
Ini pengajaran mahal.
Bila sesak, jangan lari dari hutang.
Berterus-terang dengan pemiutang.
Kejujuran itu yang selamatkan dia.
Dalam kesempitan itu, datanglah bantuan yang tak disangka-sangka.
Ada seorang kawan (yang juga mentor dia), nampak Christy tengah susah.
Kawan tu cakap:
"Nah, ambil RM1 juta ni. Selesaikan masalah kau."
Tiada hitam putih.
Tiada perjanjian guaman yang tebal.
Hanya atas dasar percaya.
Kawan tu kata:
"Aku tahu kau tengah susah, tapi aku percaya kau takkan gagal. Nanti dah okey, bayar balik."
Gila kan?
Mana nak cari kawan macam ni?
Tapi ini bukan nasib semata-mata.
Ini hasil daripada reputasi dan kepercayaan yang dibina bertahun-tahun.
Mentor bantu sebab mereka nampak kita serius.
Mereka nampak kita 'lapar' nak berjaya.
Kalau awak malas, tak disiplin, bagi RM10 juta pun akan hangus.
Satu lagi strategi bijak Christy ialah 'Blue Ocean Strategy'.
Masa dia mula, dia tak lawan gergasi kasut secara terus.
Dia cari lubuk yang orang lain tak pandang.
Iaitu kasut kahwin.
Masa tu, susah nak cari kasut kahwin yang selesa dan cantik.
Pasaran kasut kahwin ni kecil, tapi sangat spesifik.
Bila dia dah 'takluk' pasaran kasut kahwin, barulah dia ada modal untuk buat kasut kerja dan beg tangan.
Dia tak tamak nak buat semua benda serentak.
Dia fokus satu 'niche', jadi pakar, baru berkembang.
Tentang duit dan bank pula.
Ramai usahawan takut berhutang dengan bank.
Tapi mentor Christy ajar satu benda penting:
"Jangan gaduh dengan bank. Bank adalah 'Bos' dalam bisnes. Layan bank macam VIP."
Pinjaman bank adalah modal paling murah berbanding jual saham syarikat (ekuiti).
Kadar faedah bisnes kadang-kadang cuma 3-4%.
Christy belajar guna instrumen bank untuk kembangkan bisnes.
Daripada guna duit tunai sendiri untuk buka kedai, dia guna Jaminan Bank (Bank Guarantee).
Duit tunai simpan untuk pusingan modal.
Ini beza orang bisnes biasa dengan orang bisnes skala besar.
Mereka pandai main nombor kewangan.
Jadi, apa yang kita boleh belajar dari gadis yang pernah jual bunga di stesen LRT ini?
Satu.
Mulakan dengan apa yang ada di tangan.
Tak perlu tunggu modal juta-juta.
Christy mula dengan RM10,000 sahaja.
Dua.
Jangan takut buat silap, tapi cepat-cepat perbetulkan.
Dia silap buka kedai di lokasi salah, tapi dia runding semula sewa dan bertahan sampai berjaya.
Tiga.
Jaga hubungan dengan orang.
Sama ada pembekal, kontraktor, atau mentor.
Bila kita susah, hubungan inilah yang akan selamatkan kita.
Empat.
Cari mentor yang jujur.
Cari mentor yang sanggup tegur kita "bodoh" depan-depan bila kita buat silap.
Bukan yang hanya puji melambung.
Lima.
Masalah yang kita rasa besar itu, selalunya lebih besar dalam kepala kita berbanding realiti.
Bila kita kongsi masalah dengan orang yang lebih bijak, mereka akan nampak jalan keluar yang kita tak nampak.
Hari ini, Christy Ng masih pegang 100% saham syarikatnya.
Dia tak ambil dana dari pelabur luar.
Dia bina empayar ini langkah demi langkah.
Dari jual bunga di stesen LRT, kepada jenama yang menjadi kebanggaan Malaysia.
Kalau awak rasa 'stuck' hari ini.
Ingatlah, awak hanya perlukan sedikit kreativiti, muka yang tebal, dan semangat yang tak kenal erti putus asa.
Kesusahan hari ini adalah cerita kejayaan awak pada masa depan.
Terus berjalan.
Sumber : (24) Hello Mentor S2, EP3 | Christy Ng - # OTW to Breaking down Barriers & Ignoring Limits - YouTube
Sekian,
Tun Abah
Belajar Content & Produk Digital
๐๐ปDisclaimer : Di atas adalah kupasan isi penting dari video berbentuk naratif supaya lebih memudahkan pembaca untuk fahami, jika ada point-point yang pembaca tidak bersetuju, saya memilih untuk berlapang dada, ia pendapat masing-masing.