๐Ada beberapa orang yang mintak aku ulas berkenaan rombakan kabinet baru ni. Tapi aku pilih untuk buat komen tertutup, maksudnya aku jawab pertanyaan orang yang bertanya dalam ruangan mesenger atau WhatsApp.
Tapi hari ni aku nak ulas sikit, sebab teruja betul dengan tindakan oleh YB Steven Sim bila dia mula masuk ke Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
Steven Sim ni bagi aku kau tak payah nak ragui kebolehan dia dah, dari Ahli Parlimen Pembangkang zaman Covid-19 pun dia dah function teruk. Kan banyak video dia bagi bantuan, padahal Ahli Parlimen pembangkang je.
Semasa jadi Menteri KESUMA pun, memang boleh nampak dah segala Reform yang dia buat. Kalau nak tulis memang panjang, antaranya gaji minima dinaikkan ke RM1700, dasar gaji progresif, pengangguran yang semakin berkurangan dan beberapa pindaan akta serta akta baru di Parlimen. Terbaru soal perlindungan PERKESO 24 jam.
Benda ni berlaku dalam dua tahun, dan YB Steven boleh buat kerja ni yang aku rasa mungkin Menteri lain perlukan dua penggal untuk buat. Sebab itu penting untuk kita ada Menteri yang ada idea dan boleh buat kerja.
Jadi aku memang ada letak harapan kat YB Steven bila dia masuk KUSKOP ni. Tapi aku betul-betul tak sangka kebaikan tu wujud pada hari pertama dia masuk.
Engkau orang ada baca tak kenyataan media Steven?
Ok apa Steven buat, pertama dia buat satu garis strategi dia lah, A, B, C dan D. Benda ni engkau orang boleh baca sendiri. Kat sini pun dah tunjuk dia sangat bersedia nak masuk kementerian baru, dia dah kaji dan bersedia nak buat perubahan dan kebaikan.
Yang aku betul-betul teruja hari ini bila YB Steven bagi,
1. Moratorium untuk mangsa banjir. Pergh.. Menteri lain tak sempat fikir, YB Steven dah siap umumkan untuk agensi bawah kementerian beliau. Apa je agensi bawah KUSKOP yang bagi pinjaman ni? KUSKOP ada Bank Rakyat, SME Corp, SME Bank, TEKUN, AIM, Suruhanjaya Koperasi (SKM) dan Perbadanan Nasional (PNS). Jadi kat sini mangsa banjir dah ada sedikit kelegaan.
2. Kemudian YB Steven umum pulak pembiayaan untuk Bumiputera melalui TEKUN dinaikkan kepada RM500 juta dari RM300 juta, SPUMI untuk usahawan India pulak naik RM50 juta dari RM30 juta dan PMKS untuk usahawan Cina pun dapat RM50 juta.
3. YB Steven arahkan agar pengurusan KUSKOP semak semula tempoh masa dan kos pemprosesan. Agar dapat wujudkan ekosistem perniagaan yang lebih mesra dan berdaya saing. Jadi YB tak nak, duit yang ada tu wayang je, dia nak usahawan betul-betul boleh dapat dan nak mudahkan proses tu.
Jadi serius aku nak bagi tahu, warga KUSKOP dan semua usahawan terutamanya yang baru nak mula dan yang baru nak meningkat naik yang perlukan bantuan KUSKOP ni, kita untung sebab Menteri kita tu YB Steven.
Dalam dua tahun sebelum PRU ni, aku harap #KerajaanMadani melalui KUSKOP akan dapat melahirkan usahawan yang berkualiti yang dapat menyumbangkan kesejahteraan kepada rakyat dan negara melalui pembukaan peluang pekerjaan, cukai dan zakat. Maka kita dapat rancakkan MADANI melalui rukun ke-2 iaitu kesejAhteraan.
Satu lagi harapan aku, tolong sampaikan kepada YB Steven, aku nak tengok yang Koperasi di Malaysia masuk level yang lebih tinggi. Rasanya banyak perkara lagi boleh buat dengan Koperasi.
Macam mana tu? Contohnya, Koperasi ni disusun betul-betul, diuruskan dengan baik dan berstrategi untuk pastikan dia boleh jadi pendapatan tambahan untuk ahli/pekerja. Paling kurang pun diskaun untuk pekerja.
Mungkin perlu pindaan akta baru yang mana setiap pekerja boleh dipotong gaji serendah RM10 sebulan. Macam KWSP dan PERKESO. Tapi tujuan kali ini adalah untuk bagi pendapatan tambahan untuk pekerja dan diskaun.
Dengan 16 juta pekerja di Malaysia, kalikan dengan RM10, dah boleh dapat RM160 juta sebulan. Dah boleh beli atau labur dalam pasaraya dll.
Boleh buat tak? Sama-sama kita fikirkan.
Untuk YB Steven, jalan teruih! Kami mempercayai YB.
Terima kasih
Fairul al Qasas
๐Hari ini YB Steven Sim Chee Keong ๆฒๅฟๅผบ sudah rasmi ‘clock in’ di KUSKOP dan terus melancarkan dasar baru kementerian. Beliau tekankan komitmen yang jelas: tiada peminggiran Bumiputra, tiada rakyat yang terabai semua rakyat Malaysia dijaga dengan adil.
Untuk setahun ke hadapan, semua tenaga dan sumber akan fokus kepada 4 teras utama:
ABCD STRATEGY
Accelerate Productivity – percepatkan hasil kerja, pastikan keberkesanan.
Bureaucracy Reduction – potong birokrasi yang menghalang kemajuan.
Capital Accessibility – mudahkan akses modal untuk semua pengusaha.
Develop Market Access – buka peluang pasaran lebih luas, dalam dan luar negara.
Bagi saya, beliau antara politikus yang memang boleh diharap. Rekod beliau di KESUMA jelas: hasil kerja nyata, dasar yang menyokong pertumbuhan usahawan tanpa pilih kasih kaum, dan keberanian untuk membuat keputusan yang tegas bila perlu.
Yang penting, Setiap langkah beliau dirancang untuk memberi kesan segera kepada ekonomi rakyat dan pengusaha. Fokus bukan pada retorik, tapi pada tindakan yang nyata.
Suara sumbang dari luar, macam Noh Udang tu, kita abaikan. Biarkan mereka bercakap tapi steven sim teruskan kerja. Tahun pertama ini kritikal untuk membuktikan bahawa KUSKOP di bawah Steven Sim mampu menjadi enjin pertumbuhan yang inklusif, praktikal, dan berkesan.
https://youtube.com/shorts/TP8qpRao1AE?si=9Fg_2aSxGA-_O9QX