Wednesday, August 12, 2026

SYARIKAT AYAM UGUT HARGA AYAM & TELUR NAIK JIKA SAMAN TAK DITARIK BALIK?

SYARIKAT AYAM UGUT HARGA AYAM & TELUR NAIK JIKA SAMAN TAK DITARIK BALIK?

Lima feedmiller (syarikat yang sediakan makanan ternakan): Leong Hup, Gold Coin, Dindings, PK Agro & FFM kena saman oleh Malaysia Competition Commission (MyCC) sebanyak RM415.5 juta sebab isu price-fixing dalam industri dedak ayam.

Nak tahu berapa besar 5 syarikat ni?

Depa kawal hampir 40% market feedmill negara.

Breakdown nilai saman setiap syarikat:

🐔 Leong Hup Feedmill RM157.47 juta
🐔 Gold Coin Feedmills RM97.51 juta
🐔 Dindings Poultry RM70.02 juta
🐔 PK Agro (bawah Charoen Pokphand Thailand) RM47.80 juta
🐔 FFM Bhd RM42.69 juta

Total: RM415.5 juta.

Daripada 5 syarikat ni, 4 minta tangguh saman melibatkan kira-kira RM367 juta.

Mula-mula depa appeal ke Competition Appeal Tribunal (CAT). Keputusan kalah, ditolak pada Februari.

Lepas tu pi Judicial Review kat High Court.

Sekarang depa minta stay atau tangguh pembayaran sementara kes masih berjalan.

Alasan depa?

Kalau kena bayar sekarang, cash flow akan terjejas.

Bila cash flow terjejas, depa kata mungkin terpaksa naikkan harga dedak ayam.

Dan akhirnya, harga ayam & telur pun mungkin naik.

Maksudnya, kalau saman ni kena bayar, rakyat marhaen yang mungkin kena tanggung kesannya.

Yang lagi menarik…

Lawyer pihak MyCC/CAT dedahkan bahawa Leong Hup baru sahaja mengisytiharkan dividen RM150 juta, yang kemudiannya dibahagikan kepada shareholders.

Dividen boleh bayar RM150 juta.

Tapi bila kena bayar penalti sebab isu price-fixing, tiba-tiba alasan dia cash flow akan terjejas?

Haiyaaa… 😅

Untuk pengetahuan, Leong Hup merupakan pemilik Baker's Cottage.

Tuesday, August 4, 2026

STEVE JOBBS pengasas APPLE Co.

STEVE JOBBS pengasas/pemilik APPLE Co.

Kekayaan bersih USD 10.5 Billion atau setara RM 46 Billion.

Meninggal pada 5 Oktober 2011.
Lahir 24 Februari 1955.
Meninggal dunia pada usia 56 tahun.

Kata-kata terakhir Steve Jobbs sebelum meninggal:

Dalam dunia business, aku adalah simbol dari kejayaan, seakan-akan harta dan diriku tiada pemisahan, kerana selain kerja, hobiku tak banyak.

Saat ini aku berbaring di hospital, merenungi jalan kehidupanku, kekayaan,nama, dan kedudukan, semuanya itu tidak ada ertinya lagi.

Malam yang hening, cahaya dan suara mesin di sekitar katilku, bagaikan nafasnya maut kematian yang hampir pada diriku.

Sekarang aku mengerti, seseorang hanya patut memiliki harta secukupnya untuk digunakan dirinya saja itu sudah cukup.

Mengejar kekayaan tanpa batas itu bagaikan monster yang mengerikan.

Tuhan memberi kita organ-organ perasa, agar kita boleh merasakan cinta kasih yang terpendam dalam hati kita yang paling dalam.

Tetapi bukan kegembiraan yang datang dari kehidupan yang mewah
— itu hanya ilusi saja.

Harta kekayaan yang aku perolehi semasa aku hidup, tak mungkin boleh ku bawa pergi.

Yang aku boleh bawa adalah kasih yang murni yang selama ini terpendam dalam hatiku.

Hanya cinta kasih itulah yang mampu memberiku kekuatan dan ketenangan.

Katil apa yang termahal di dunia ini ? Katil orang sakit.

Orang lain boleh bukakan kereta untukmu, orang lain boleh kerja untukmu, tapi tidak ada orang boleh menggantikan sakitmu.

Barang yang hilang boleh didapatkan kembali, tapi nyawa hilang tak boleh kembali lagi.

Saat kamu masuk ke bilik bedah, baru kamu sedari betapa berharganya kesihatan itu.

Kita berjalan di jalan kehidupan ini. Dengan berlalunya waktu,
suatu saat akan sampai tujuan.

Bagaikan panggung pentas pun, tirai panggung akan tertutup, pentas telah berakhir.

Yang patut kita hargai dan sayangkan adalah

hubungan kasih antara keluarga,
cinta akan suami-isteri
dan juga kasih persahabatan antara teman.

HARGAI SETIAP DETIK DALAM KEHIDUPAN KITA,

ISI HIDUP KITA DENGAN PERKARA-PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT.

********
Antara perkara yg paling berharga yang tak boleh dibeli dengan duit ialah iman, amal soleh, kesihatan, ketenangan & kasih sayang.
Bila diuji kesihatan, baru menyedari betapa berharganya kesihatan itu.