Thursday, January 3, 2013

Strategi LUAR BIASA Tingkatkan Jualan Di Facebook!


Salam & hai,

Pertama sekali, kami ingin ucapkan selamat tahun baru 2013. Semoga anda  diberikan rezeki yang melimpah ruah dan sentiasa di dalam keberkatannya.

Sekali lagi, hari ini kami ingin kongsikan strategi yang terbukti berkesan bagaimana untuk menggandakan jualan hanya melalui Facebook.

Strategi ini boleh dipraktikkan di akaun personal. Ianya percuma sahaja dan hanya mengambil masa kurang 3 hari untuk mendapat hasil.

Sudah bersedia untuk sesi pembongkaran?

Ini yang pertama...

1. Tambah friends yang berpotensi menjadi pelanggan.

Periksa senarai friends anda di FB. Adakah mereka terdiri daripada friends  yang berpotensi menjadi pelanggan atau sebaliknya. 

Sebagai contoh, anda menjual produk kecantikan wanita di FB, sudah tentu  anda sukar untuk mendapat jualan jika 80% friends di FB adalah dari golongan  remaja lelaki yang tiada keinginan untuk membeli produk wanita. 

Ambil contoh kami. Majalah Niaga mensasarkan pembaca di kalangan usahawan  dan bakal usahawan yang berminat dengan informasi mengenai tip-tip keusahawanan. 
Jadi, kami hanya pastikan friends kami di FB  dari golongan usahawan dan  bakal usahawan sahaja.

Supaya apabila kami berkongsi tentang tip keusahawanan atau keluaran terbaru  Majalah Niaga, mereka berpotensi besar untuk membacanya dan share kepada  rakan-rakan.

2. Jumlah friends yang minima adalah 2, 500 orang.

Ada satu kes yang ingin kami kongsikan bagaimana seorang peserta seminar  mengadu gagal mendapat jualan di FB. 

Apabila kami semak, FB beliau hanya mempunyai 5 friends sahaja. 3 daripadanya tiada profile picture, baki 2 lagi ialah anak-anak beliau! 

Ianya sangat mustahil untuk mendapat jualan apabila jumlah friends di FB  hanya 5 orang. 
Pastikan jumlah friends sekurang-kurangnya 2500 untuk kita mendapat jualan secara konsisten di FB. 

90% daripadanya ialah golongan yang berpotensi menjadi pelanggan kita! 
Apabila menjual baju untuk kanak-kanak, add seramai mungkin golongan-golongan wanita yang berstatus ibu. Mereka berpotensi besar untuk membeli produk kita!

3.  Formula 80:20

Apakah maksud formula 80:20? 

Apabila berkongsi 8 kali, hanya 2 kali sahaja kita mempromosi produk kita. Atau apabila berkongsi 4 kali di wall FB kita, hanya 1 kali sahaja kita mempromosi produk kita.

Menurut kajian, semakin banyak kita mempromosi produk kita di FB, semakin ramai orang membenci kita. Orang hanya membeli produk dari orang yang dipercayai dan disukai oleh mereka.

Sebagai contoh, kami andaikan anda menjual koleksi tudung dan baju muslimah, anda boleh berkongsi 'behind the scene'. Maksudnya anda bercerita mengenai di sebalik tabir perniagaan.

Contohnya, berkongsi gambar produk sudah dibungkus untuk diposkan, berkongsi jumlah jualan pada hari ini, berkongsi gambar stok yang baru sampai dan berkongsi bagaimana kita mengurus tempahan setiap hari.

Di sesi Mentorship Pemasaran Online, banyak lagi perkongsian-perkongsian strategi PREMIUM bagaimana untuk melipatgandakan jualan, meramaikan lagi pelanggan di Facebook.

Salah satu strategi kegemaran kami adalah formula 4:1:1

Yakni strategi posting yang mampu meningkatkan jualan FB dan menarik lebih  ramai orang suka kita. 

Apa yang penting, mereka tidak sumpah seranah setiap kali anda mempromosi produk  dan berebut-rebut mahu membelinya.  Sehinggakan anda sendiri angkat tangan  menyerah kalah dek kerana tempahan dan jualan produk di luar jangkaan.

Kami attachkan bukti salah seorang peserta mentorship yang menghadapi fenomena  yang sama. Kesian kan? ;)

Kami hanya memilih individu yang mempunyai komitmen dari sudut kewangan dan masa oleh kerana Mentorship ini bukan seminar murahan dan ada nilainya sendiri.