Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Mungkin ramai yang sudah kecewa dengan pemasaran melalui Facebook. Saya tahu, ramai teruja melihat jumlah friends yang mencecah 5 ribu orang. Namun, apabila di buat promosi, tiada satu pun yang lekat dan membuat sales.
Biar saya jelaskan di sini. Facebook untuk meniaga seboleh- bolehnya jangan digunakan facebook yang akaun peribadi. Apa maksudnya facebook akaun peribadi? Facebook yang ada adik beradik, kawan kerja, kawan sekolah dan pelbagai lagilah.
Buka satu akaun facebook baru, jika mahu, guna nama samaran sket yang unique dan orang boleh ingat. Tidak perlulah nama lain sangat, hanya lain sedikit daripada biasa.
Add kawan- kawan baru, target group orang yang bekerjalah kalau nak meniaga. Baru ada buying power. Kalau add budak- budak, mungkin tak kena sasarannya tu.
Jangan harap nak buat sales terus kepada 5k orang. Hanya guna teknik penarik melalui posting atau gambar. Berikan sedikit bayangan business contohnya, modal rendah, high income, low investment, etc. Kalau mereka berminat, suruhlah mereka "like".
Selepas itu, barulah kita pergi chat "one to one" dengan orang yang like itu. Tak perlu target ramai- ramai, seorang dua satu hari pun cukup. InshaAllah, tak hari ini, esok lusa dia minat lagi.
Itulah tips yang saya berikan untuk marketing Facebook. Ini cara percuma, tak guna Facebook ads. Jika boleh, hari- hari buat marketing di Facebook cara begini.
Jumpa lagi!
No comments:
Post a Comment