Nak kenal orang kaya, bukan tengok kopi apa yang dia minum, bukan tengok kereta apa yang dia pakai. Itu semua boleh jadi sekadar simbol kekayaan palsu.
Sebaliknya kena tengok cara dia berfikir (mindset). Yang membezakan seseorang itu ialah cara dia berfikir (mindset). Apa yang kita fikir, itulah yang akan mencorakkan kehidupan kita.
Cuma kita tak benar-benar faham cara orang kaya berfikir, melainkan kita dah jadi sebahagian daripada mereka. Ataupun bakal jadi sebahagian daripada mereka.
Hanya orang kaya mudah kenal sesama orang kaya.
Orang yang benar-benar kaya tahu siapa orang kaya sebenar, dan siapa yang sekadar berlakon kaya.
Bukan sahaja dalam bab kekayaan, dalam apa bidang sekalipun, kita akan kenal mereka yang sama bidang dengan kita.
Bak kata pepatah, hanya jauhari yang mengenal manikam.
Doktor kenal sesama doktor, walaupun dia tak berpakain dan tak perkenalkan diri dia sebagai doktor.
Kaki bola kenal sesama kaki bola.
Kaki main kereta kenal sesama kaki kereta.
Orang hartanah kenal sesama orang hartanah.
Kita bukan kenal daripada apa yang dia pamerkan, tapi apa yang keluar dari mulutnya.
Sebab apa yang keluar daripada mulutnya, itulah cerminan apa yang ada dalam fikirannya. Mindsetnya, dan ilmunya.
Nak kenal tahap kekayaan seseorang pun macam tulah juga...
Yang nampak mewah, belum tentu kaya. Yang kaya belum tentu pilih hidup mewah.
Nak kenal orang kaya, perhatikan apa yang keluar dari mulutnya, dan juga sikapnya.
Walaupun kita tak tahu berapa jumlah harta bersihnya, tapi kita boleh agak tahap kekayaan seseorang itu berdasarkan;
Apa yang keluar dari mulutnya, topik apa yang dia suka bercakap, apa perkataan yang sering dia gunakan, sudut pandang dia pada sesuatu perkara, khususnya tentang kekayaan...
Dan yang bagaimana dia bawa dirinya...
Great people talk about ideas.
Everage people talk about event.
Negative people talk about other people.
Orang kaya suka bercakap tentang idea dan masa depan. Dia sentiasa fokus macam mana nak jadikan diri dia (dan mereka yang di bawah tanggungjawab dia) lebih baik.
Dia rimas bercakap perkara yang tak mengubah apa-apa. Apatah lagi bercakap tentang orang lain. Bagi dia, "masa" dia lebih berharga daripada duit yang dia ada.
Itulah sebab kenapa orang kaya ada PA (personal assistant) dia sendiri.
PA dia itulah yang bantu filter perkara yang akan membuang masa dia, tolong susun jadual dia supaya dia cuma ruangkan waktu pada perkara-perkara yang bernilai tinggi sahaja. Yang berbaloi bagi dia.
Bukan habiskan waktu pada perkara yang cuma membuang masa.
Orang kaya sentiasa fokus pada "penyelesaian", bukan pada "masalah". Sedangkan orang biasa fokus pada masalah dan melayan masalah. Bahkan mereka 'selesa' layan masalah.
Orang kaya tak anggap "masalah" sebagai "masalah". Mereka anggap "masalah" sebagai "cabaran", bahkan "peluang" untuk jadi lebih baik. Mereka fokus pada apa yang mereka boleh ubah.
Orang lain bercakap tentang politik sekadar nak kecam pemimpin ataupun musuh politik, dan mengeluh tentang politik, orang kaya fikir strategi yang patut dia ambil supaya bisnes dia dapat bertahan sesuai dengan keadaan politik.
Bahkan sentiasa cari peluang supaya bisnesnya jadi lebih baik.
Mereka fokus pada "penyelesaian", bukan pada masalah politik itu sendiri - yang dia pun tak boleh buat apa-apa.
Itulah sebenarnya cara saya perhatikan pada murid-murid saya (setiap kali ruangkan waktu untuk sessi coaching 1-1). Saya perhatikan perkataan yang keluar dari mulut mereka.
Dari situ saya boleh faham apa yang ada dalam fikirannya, sudut pandang (mindset) dia pada sesuatu perkara, khususnya pada peluang dan cabaran yang sedang dia hadapi.
Apa yang keluar dari mulut mereka, saya sudah boleh agak tahap bisnes, kewangan dan kehidupan mereka.
Bak kata seorang billionnaire bernama Bill Britt, "people live at the level of their speech". Kehidupan seseorang itu ialah pada tahap percakapannya....
Jadi kalau nak ubah masa depan, mulakan dengan mengubah apa yang ada dalam fikiran kita. Banyak baca buku, dan joinlah circle (rakan pegaulan) yang betul.
Kalau kita fikir apa yang orang kaya fikir, dan buat apa yang orang kaya buat, cepat atau lambat kita juga akan dapat apa yang orang kaya dapat. InsyaAllah.
#TipKejayaan #TipKejayaan #MindsetKekayaan
No comments:
Post a Comment