Saturday, June 29, 2024

Kerja anda bakal diganti dengan AI

Ada orang cakap. Kerja kena keras. Baru boleh berjaya.

Kalau kau ukur kerja keras baru boleh berjaya. Sepatutnya, buruh binaan, yang paling kaya. Sebab diorang kuat, rajin dan buat kerja keras.

Tapi golongan yang kaya. Kebanyakannya.. buat kerja yang banyak berfikir. Cari idea. Laksanakan idea.

Ada yang jadi kaya. Hanya dengan jadi orang tengah, broker, agen.

Kaya kat sini.. subjektif. Terpulang cara kau fikir.


Tapi aku dah jumpa banyak short cut. Sepanjang aku guide kengkawan yang perlukan khidmat yang aku bagi.

So aku just bagi short cut kat diorang. So kerja diorang jadi RINGAN dan cepat.

Kalau dulu nak kena tunggu 3-5 tahun baru nampak hasil.
Sekarang 6-12 bulan je dah boleh automate banyak benda.

Cuma ada satu part je lagi yang tak leh nak automate.

iaitu… kreatif VIDEO… ugc. Kalau part ni dah boleh automate nanti. Aku rasa lagi cepat utk company grow biz diorang.

Uber tak perlu driver. Tak perlu invest taxi. Dia jadi ejen dan provide servis teksi. 

TikTok tak perlu sediakan content video utk platform. Diorang ada user yang akan penuhkan content video.

Percaya tak kalau aku cakap. Lagi 5-10 tahun. Produk akan bersepah dalam market. Kau baru je nak fikir. Orang dah buat. Malah diorang buat pada standard TOP NOTCH.

Boleh ranking No.1

Kau rasa kenapa Tesla buat kereta auto pilot? Dia nak user Kereta Tesla.. jadi trainer kereta dia.

Secara diorang tak perasan. A.I. Tesla.. akan sedut segala data dan corak pemanduan. Maka bila A.I. dah cukup cerdik. Diorang akan memandu dgn lebih cekap. Tanpa risiko lalai atau mikro sleep. Lepastu tugas driver semua. Akan diganti oleh robot.

Next dia cipta PRIME. Robot A.I. yang boleh ganti kerja manusia jadi personal assistant atau bibik. Robot boleh kemas rumah dll.

Anggaran dia nak jual dlm USD10K.. atau bawah USD20K.

Kalau kereta dah self drive. Kerja manusia PRIME boleh ambil alih. Aku dah nampak.. pasaraya.. barista.. pekerja kilang… tak lama lagi.. akn diganti dgn robot…

Bayar robot sekali. Boleh guna sampai 10-20 tahun.
Sama macam kereta EV. Beli sekali.. pakai sampai 10-20 tahun.

Sedarlah wahai manusia. Otak kau sedang disedut oleh A.I. untuk jadi 100-1000X ganda lebih bagus. Lebih laju.

Bila kenderaan, staff, boleh diganti robot dan A.I.
Manusia tu boleh diganti.

Start sekarang. Kau cekapkan diri. Cari lubuk kerja yang tak boleh diganti dengan robot.

Aku dah boleh nampak. Next 5-10 tahun lagi.
Produk jadi sangat murah. Sebab orang tengah dah kena potong.

Kereta murah. Rumah murah.

Ramai orang nak hidup bersederhana tapi seronok dan mudah.

Kalau 2019 sampai 2022 kita kena Covid dan lock down.

Ada satu masa nanti. Sistem kawalan dikenakan sekali lagi. Masa tu kau standbye ya.

Tak caya? Sah brp banyak EV kat atas jalan raya sekarang? Kau rasa.. robot PRIME tu..  xda?

Kau skrg pun asyik chat ngan A.I je keje..

PS: Jangan bagi harapan palsu, kalau kau tak leh pegang janji.


No comments:

Post a Comment