Sunday, June 2, 2024

Bila Ada Income Jangan Lupa 7 Basic Ni

Dah ada income sendiri, jangan pernah lupa benda basic ini ;

1) Save an emergency fund.
- Sediakan tabung kecemasan. Mulakan dengan target 1 bulan gaji dulu. Kemudian, baru buat untuk 3 bulan seterusnya 6 bulan.

Paksa diri. Mula sikit dan konsisten. 

2) Pay off debts
- bayar hutang ikut jadual. Jika ada duit lebih, boleh bayar hutang awal atau bayar habis. 

Jauhi Personal Loan please !

3) Create a budget.
- Rancang dan buat budget bulanan. Kira berapa duit masuk dan berapa duit keluar. Dari situ kita tahu status kewangan kita.

4) Track your expenses.
- Monitor belanja bulanan. Bila dah buat budget bulanan, kita kena monitor ke mana duit kita pergi. Samada duit itu bekerja untuk kita atau kita yang bekerja untuk duit. 

5) Negotiate bills for best deal
- Cuba nego atau cari tawaran/promosi yang terbaik. Sentiasa aim untuk rebut peluang jimat duit

6) Live within your means 
- Hidup mengikut kemampuan anda, kalau dapat amalkan di bawah kemampuan, lagi cepat kita boleh capai objektif kewangan kita, best ke best.

7) Save for planned expenses.
- Simpan untuk perbelanjaan yang sudah dirancang awal. Contoh: belanja untuk Hari Raya, anak masuk sekolah atau melancong.

😎 Invest for your future. 
- Akhir sekali, bagi duit bekerja untuk kita iaitu melabur untuk masa depan kita. Melabur sebanyak mungkin. Melabur selama mungkin. 

Jauhi SCAM !

- Insyallah, bila tiba masanya kita guna duit kita dengan selesa dan tenang. 

Ingat, 
merancang kewangan bermula dengan duit kecil, jadikan habit dan terus konsisten. 

Tanamkan azam lebihkan zakat dan tunaikan cukai okay !

- Simpan seawal 18 tahun -

No comments:

Post a Comment