Sunday, June 2, 2024

DIDIK PEWARIS TAKHTA SAYA

DIDIK PEWARIS TAKHTA SAYA 


Ini cara saya sendiri dlm mendidik anak sbg persediaan dia menjadi pewaris saya satu hari nanti. InshaAllah saya pasti masing2 ada cara masing2 dlm mendidik anak2 masing2..

Ramai yg tak tahu saya ada anak kecil & conglomorate yg saya bina ini direction-nya ke arah BUILD FOR LEGACY. 

Bermaksud apa saja yg saya usahakan sekarang, adalah utk mereka berdua utk teruskan. 

Tapi apa objektive yg saya cuba nk capai ?

Supaya nnt bila mereka besar, mereka tak perlu habiskan masa utk BINA SYARIKAT ORG LAIN dgn bekerja makan gaji dgn org lain. 

Bukan saya tak setuju konsep kerja makan gaji tapi jika kita boleh bina syarikat sendiri , tak perlulah kita bina syarikat org lain..kan ? 

Tapi bagi utk membuat persediaan sebelum “pass baton” pada mereka pd umur mereka 20-25 tahun nnt, saya kena didik mereka utk bersedia jalankn tugas yg sepatutnya dari hari ni lagi.

Of course selepas selesai didik bab agama..

Nk didik mereka utk jadi the next Chairman ni adalah processnya..ini adalah perkara2 yg saya buat skrg utk siapkan mereka dgn skillset yg betul..

⭐️ MASTERY YEARS ⭐️

Setiap anak dari umur 0 tahun sehingga 5 tahun , organ yg paling UNDER DEVELOPED adalah otak mereka sbb waktu nk lahir , lorong lalui keluar kecil & mereka perlu squeeze bahagian tengorak kepala mereka.

Tapi pd waktu itu juga otak paling cepat DEVELOPED & thats why anak2 yg kecik ni dia serap & copy je apa org sekeliling buat..

Tapi bila masuk umur 10-20 tahun, jangka mass ni dipanggil MASTERY YEARS di mana mereka mula pilih benda yg mereka MINAT & jika kita terapkan skillset yg betul , ia akan jadi 1 kepakaran yg sgt tinggi .

Walaupun hanya 10 tahun kita terapkan skillset yg betul, kepakaran tu seolah2 ada pengalaman 20-30 tahun dlm apa2 bidang..

Jika kita tgk semua org yg hebat2 & berjaya dlm bidang mereka , semua bermula pada umur 10 tahun & ke bawah :

Lewis Hamilton - bermula berlumba pada umur 8 tahun
Tiger Wood - bermula bertanding pada umur 10 tahun
Warren Buffet - bermula berniaga pada umur 8 tahun
Cristiano Ronaldo - bermula main bola pada umur 8 tahun
Floyd Mayweather - bermula boxing pada umur 7 tahun

Bandingkan pada mereka yg bermula career yg sama pada umur 20 , boleh dikatakan susah utk kalahkan nama2 di atas..sbb bila bermula dari umur 10 tahun..mereka ada PASSION DISCIPLINE & RELENTLESS dlm bidang yg mereka ceburi..

Sbb apa , mereka yg bermula lewat dah terlepas MASTERY YEARS window yg kita hanya dpt sekali saja seumur hidup..

So utk anak saya , saya akan terapkan skill2 yg penting utk dia teruskan perniagaan saya..salah satunya ada skills menjual..

⭐️ TOOTHPICK THEORY

Skill ni di mana kita ambk pencungkil gigi atau toothpick , kita mula dgn berjumpa dgn sesiapa saja & kita tanya soalan ni :

❓Brg apa yg encik/puan blh tukar dgn saya utk toothpick ni ? 

✅ Sbg contoh dpt tisu..then kita ambk tisu tu pg pula kt org lain & tanya soalan yg sama utk tisu tu pula

❓Brg apa yg encik/puan blh tukar dgn saya utk tisu ni ? 

✅ Sbg contoh dpt PEN..then kita ambk PEN tu pg pula kt org lain & tanya soalan yg sama utk PEN tu pula..

❓ Brg apa yg encik/puan blh tukar dgn saya utk PEN ni ? 

✅ Sbg contoh dpt CAWAN..then kita ambk CAWAN tu pg pula kt org lain & tanya soalan yg sama utk CAWAN tu pula..

Ulang sampai kita dpt brg paling bernilai & berharga di mata kita..di sini anak saya akan belajar :

Urus rejection dari orang lain
Urus expection dari orang lain
Urus emosi sendiri
Urus emosi orang lain
Strategi WIN WIN situation
Seni VALUE EXCHANGE 
Seni SYSTEM BARTER
Seni WIN SOME LOSE SOME

Skill2 ni penting utk dia ada ketika dia nk mengetuai syarikat saya satu hari nanti. Skill ni anak saya takkan dpt belajar di sekolah. Dia hanya boleh belajar skill ni dgn buat..

WORLD CLASS INVESTMENT

Semua org ada kelebihan & kekurangan termasuklah diri saya sendiri. Saya dah bincang dgn wife saya utk kami fokus investment pd pelajaran mereka utk purely fokus pd benda yg dia ada kelebihan bukan kekurangan

Kalau dia ada kekurangan di bahagian XYZ & dia di gred F atau G di situ..even if saya fokus utk gilap bahagian 1 tu pada dia , the best yg dia blh buat adalah mgkn dpt B atau C..

Tapi kalau dia ada kelebihan di bahagian JKL , dia di gred B sbb dia minat & ada kebolehan..jika kami invest lebih pada bahagian JKL , mudah utk dia dpt A+ & even go for world class..

Kelebihan dia akan kita terapkan pada waktu MASTERY YEARS tu..

InshaAllah semoga usaha kami ni dipermudahkan oleh Allah SWT utk memastikan kami blh beri persediaan yg cukup utk mereka berdua duduk di tampuk kepimpinan syarikat 1 hari nnt..

Korang sbg usahawan..apa plan yg korang ada in place utk anak2 & bisnes yg korang sedang bina skrg ? 

Ini cara saya..jika ada tak setuju , keep your opinion to yourself. I have a process that I trust & will go thru..

Your LIMITATION has nothing to do with my LEVERAGE 

“Make a move please before you go muflis”

No comments:

Post a Comment