Orang ingat kami dekat sosial media gah. Pergi event sana, pergi event sini. Dapat free produk.Tapi sebenarnya memang kami tak ada duit.
Kebanyakan mereka yang bagi kami buat review tu pun, mereka bagi kami produk kasut mahal mahal, beg mahal mahal, baju mahal mahal dan mereka minta kami review.
Dengan tak payah bayaran. Itulah permulaan sebagai influencer tau. Dan kalau kami tak ada ilmu, kami tak kerja keras, kami takkan ada duit.
Kebanyakan influencer dekat luar sana yang anda nampak jadi lebih megah bila mereka buat bisnes sendiri. Mereka menjadi affiliate. Mereka jadi ejen.
Ataupun mereka jual produk orang.Dan ada juga influencer yang menggunakan kepakaran mereka dalam bidang mereka sendiri untuk memperolehi rezeki mereka sendiri. Jadi kepada semua 10,000 orang, para pelajar yang tidak pernah ada SPM, saya rasa anda kena fikir dua kali.
Sebab walaupun anda tak ada sigil di peringkat universiti, tapi sekurang-kurangnya SPM, anda harus ada untuk membantu anda dalam kehidupan yang akan datang. Mungkin anda rasa seronok sebab melihat banyak influencer ni hidup mereka gah, terkenal. Tapi tak semuanya seindah rupa.
No comments:
Post a Comment