Friday, July 12, 2024

Tempat Sama tapi Usaha Berbeza

Ali jual durian, jualan durian Ali tak berapa baik.

Ali tanya dekat dua kawan Ali yang berniaga; Hasan dan Budi.

Ali tanya dekat Hasan dan Budi soalan yang sama:
“Kenapa kedai pesaing aku ramai pelanggan, tapi aku tak ramai eh?”

Hasan jawab ke Ali:
“Ini semua sekejap je bro, bermusim, orang Malaysia tenat sebenarnya, semua nak kejar FOMO je, ramai sebenarnya lagi orang miskin, pesaing kau tu nasib je tu ramai pelanggan, orang berbelanja dekat kedai pesaing kau tu mungkin orang kaya je, nasib je tu bro, negara kita punya ekonomi tak sesuai meniaga bro. Benda viral ni kejap je bro.”

Ali down, rasa nak tutup je gerai durian ni lepas dengar.

Ali bangun ke meja sebelah tanya Budi pula.

Budi jawab:
“Kau dah nampak kan orang berbelanja? Nampak depan mata kan?”

Ali: “Yes, yes, tu aku pelik tu, kenapa orang beli dekat dia, tak beli dekat aku? Kerumun weh orang dekat kedai dia.”

Budi: “Nice, maknanya kau dah faham ada kelompok orang berbelanja. Jom kita tengok apa kelebihan kedai dia berbanding kedai kau.”

Budi meleter:
“Ali, kau takde buat Tik TOk live kan? Pesaing kau ada.”
“Ali, kau tak pernah cuba FB ads kan? Pesaing kau ada.”
“Ali, kau takde background customer servis kan? Pesaing kau ada.”
“Ali, kedai durian kau takde waranti dan gerenti kan? Pesaing kau ada.”
“Ali, kedai durian kau tak pernah bayar influencer kan? Pesaing kau ada.”

Budi sambung:
“Beza kau dengan pesaing kau Ali, kau banyak salahkan faktor luar, kau cari isu-isu yang luar kawalan kau untuk rasa sedap kenapa bisnes kau slow berbanding orang lain. Kau sendiri nampak ada orang spend their money, tapi kau cepat down dan salahkan benda lain. 

Pesaing kau siang malam tarik crowd, tarik trafik, naikkan servis, naikkan kualiti; tapi kau siang malam meratib FOMO, meratib gomen, meratib ekonomi slow. Pelanggan datang, staff kau main Mobile Lejen. Kau pula tak coach staff kau, tak pernah ambek tahu.”

Budi sambung lagi:
“Ali, kau nampak depan mata orang berbelanja, tugas kau untuk korek dan ketahui kenapa benda tu jadi. Perhatikan kenapa pelanggan berbelanja dekat kedai orang lain, korek dan keep asking why. 

Orang berbelanja bro, kau pun dah nampak depan mata tiap hari, but why people are not buying from you?”

Ali tersentak dengan soalan tu, "why people are not buying from you?"

Ali mula faham, sebab Ali nampak depan mata kepala sendiri, crowd ada di tempat lain tapi bukan di tempat dia. 

Ali mula faham, bila berniaga slow ni selalu reflect diri sendiri dulu, jangan sembang benda luar kawalan kita. 

Ali mula faham, ada sebab orang tak berbelanja di kedai Ali, tapi berbelanja di kedai pesaing. 

Ali mula faham, kalau pun dia susah bertahan jual durian, dia boleh ambek pengalaman tu buka bisnes lain, sebab Ali faham, itulah nature bisnes, they keep changing, not stagnant.

Ali mula faham berniaga ni tak boleh tegak berdiri, he needs to keep moving; musim durian sampai jual durian, musim durian pergi Ali jual Patin Tempoyak. 

Ali ingin berubah, dia akan mula dari diri sendiri dulu, Ali tak mahu lagi salahkan ekonomi, tak mahu salahkan gomen, tak mahu salahkan pelanggan yang tak nak spend money dekat kedai dia.

Ali tak salahkan jin. 
Tak salahkan santau. 
Tak salahkan toyol. 
Tak salahkan orang tabur pasir.
Ali percaya Allah sahaja. 

Ali mula faham apa itu self correcting, self adjustment. Ali akan berubah, tak jadi cara B dia akan cuba cara C. 

Kita doakan Ali.
Kita jadi macam Ali.


No comments:

Post a Comment