Dulu masa mula² saya meniaga saya bangga cara business yang di bawakan oleh Tony ni.. saya beli semua buku beliau termasuklah mentor beliau Sir Richard Branson.
Tapi lama² saya rasakan cara dia meniaga bukan cara yang betul, dan tidak patuh shariah untuk kita sebagai Usahawan Muslim.
Air Asia pernah di saman 200k Do.llar pada tahun 2012 oleh Makamah Persekutuan di Melbourne Australia isu harga yang diiklankan tidak “telus” dan mengelirukan pembeli.
Kes di Malaysia pula seperti kita sedia maklum flight lewat, tiada refund, diganti pula dengan mata point sebagai helah untuk mereka berlepas diri.
Untuk kita peniaga muslim ianya tidak patuh Shariah dan tidak sesuai kita berniaga cara sebegini.
Dia bukanlah idola yang betul untuk kita follow sebagai Seorang Usahawan Muslim. (Pendapat Saya secara peribadi)
Sekarang saya sedang mendalami corak business dan cara pemikiran 3 tokoh ini :
✅ Raja Burger Malaysia Dato Ramlee, bagaimana dengan Sale 1 Billion setahun tapi tidak berminat ke IPO.
✅ Saya juga sedang mendalami corak franchising yang dibawakan oleh Tuan Haji Ali Hasan untuk jenama Al-Ikhsan.
✅ Dan sebagai End-Game atau Exit Plan Business, Saya sedang mendalami cara Dato Khay Ibrahim menguruskan syarikat.
Seorang Tokoh besar dalam dunia Pembinaan dan Hartanah. Pemilik Hotel Tamu & Suites setinggi 42 tingkat di Kg Baru KL.
3 Tokoh Muslim inilah yang perlu kita jadikan sebagai Contoh Usahawan yang betul. Yang perlu sentiasa kita angkat dan kongsikan kisah kejayaan mereka.
No comments:
Post a Comment