Average gaji untuk jurutera AI dan cloud ni yang berpengalaman lebih kurang RM7000-RM9000 sebulan, kalau senior level dan anda betul-betul fokus boleh sampai RM 15000-RM20000. Kerja engineer macam ni kurang risiko berbanding kerjaya seperti doktor dan pilot kapal terbang sebab anda tak deal dengan nyawa orang dan tak perlu kerja offshore seperti Oil and Gas. Paling kuat pon kalau kena bugs dalam software banyak level yang kena blame termasuk testing team , bukan anda sorang 🤣.
Dan kalau kerja dalam development serta tak melibatkan operasi anda tak perlu standby 24x7 dan kalau pandai manage kerja tak perlu tidur lewat pon sebenarnya, kecuali kalau ada deadline yang tight dan critical issue kena deal cepat.
Apa kelebihan kerja kat syarikat macam ni?
- Gaji dan bonus lebih tinggi berbanding syarikat lokal
- Benefit lebih bagus dari segi medical, training dan sumber pembelajaran yang banyak seperti LinkedIn Learning, O'reilly dan certification percuma
- Flexible working hour dan tak perlu masuk pejabat hari-hari.
- Ada peluang untuk ke luar negara untuk training dan sebagainya.
- Dapat saham seperti ESOs(beli) dan RSU.
- Naik gaji cepat sebab banyak syarikat anda boleh lompat(cheat code jangan buat selalu).
-Cth dulu Che Nom cuti bersalin (gaji penuh) selama 6 bulan sebab parent company dari scandivian, husband pulak paternity leave 4 bulan gaji penuh (bekerja dengan tech company dari Silicone Valley).
So macam mana kita nak target kerja-kerja ni untuk anak-anak kita? Kalau dalam bidang AI kena ada strong fundamental dalam proramming dan tentu sekali dalam AI technology sepert TensorFlow, PyTorch, Keras dan juga kena tahu cloud platform macam Amazon Web Services (AWS), Google Cloud Platform dan Microsoft Azure.
Ramai orang cakap yang boleh belajar sendiri programming language Python, tapi pendapat Che Nom kalau ada strong fundamental dalam proramming especially Object Oriented sangat membantu untuk jangka masa panjang. Sebagai contoh Diploma Komputer Sains UiTM, 3 tahun anda belajar programming dalam C++, C++ ni agak sukar tapi bila anda nak belajar python sendiri sangat senang sebab dah terbiasa dengan programming language yang agak mencabar seperti C++.
Kemudian anda boleh sambung ijazah di UiTM juga dalam bidang lain-lain (depend on minat anda), tapi untuk specific kepada AI ialah Ijazah Kejuruteraan Sistem Pintar. Kalau minat networking boleh sambung Ijazah Rangkaian Komputer sebab syarikat ni akan pakai networking devices macam Cisco, Juniper, Nokia, Ericsson dan sebagainya, dan kalau anda ada kelebihan Python sangat membantu sebab semuanya dah gunakan automation sekarang ni, nak spawn dan operate cloud software semua gunakan API dan scripting. Kalau ada ijazah lain yang lebih sesuai dari universiti lain boleh tambah kat komen.
Jadi plan betul-betul masa depan anak anda, dedahkan mereka dengan kerjaya seperti ni. Panggil expert dalam bidang-bidang ni datang ke sekolah untuk bagi ceramah, belajar basic programming Python dan robotic dalam usia muda. Dan yang paling penting target kursus yang marketable seperti ni.
Cari universiti yang kurang persaingan, go private university if necessary, ambil diploma atau pra dulu. Setakat grad awal 1-2 tahun tak significant kalau anda kerja sampai umur 55-60 tahun. Jangan jump terus kat syarikat besar, cari pengalaman kat syarikat kecil-kecil dulu sebab anda akan belajar banyak kat situ dan jangan risau sangat dengan starting gaji kecil, as long anda boleh survive kat Klang Valley ni should be ok. Yang penting berapa jauh anda boleh pergi sebab life is marathon bukan sprint 100 meter, nanti kau tergolek dik.
No comments:
Post a Comment