Tuesday, April 2, 2013

PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN UNTUK PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA (PKS) – SME Corp


Kursus  : 
1. Asas Pembangunan Web Professional Joomla! 2.5
2. Lanjutan Pembangunan Web Professional Joomla! 2.5
Tarikh  : 16 & 17 April 2013 ( Kursus 1 )
23 & 24 April 2013 ( Kursus 2 )
Masa     : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : New Entrepreneurs Foundation (myNEF)
Suite 1-15, Perdana The Place, Jalan PJU 8/5G,
Bandar Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor

Yuran Pendaftaran : RM50 (setiap kursus)

Mengenai AKADEMI myNEF

Akademi myNEF menyediakan pelbagai jenis program latihan dalam bidang ICT & Kreatif. Ia menyediakan lebih 60 modul program pembelajaran berterusan direka khusus untuk Usahawan Teknologi dan Pengurus syarikat. Program-program yang inovatif dan berkesan membantu dalam meningkatkan pencapaian Usahawan Teknologi muda dan memantapkan lagi penyelarasan dan pengawalan kerja.

PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN UNTUK PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA (PKS) – SME Corp

Program Peningkatan Kemahiran bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan keupayaan pekerja PKS di peringkat teknikal dan pengurusan, terutamanya dalam bidang kritikal seperti elektrik dan elektronik, teknologi maklumat, reka bentuk industri dan kejuruteraan. Peningkatan kemahiran dan latihan semula adalah penting untuk meningkatkan kualiti tenaga kerja untuk meningkatkan kecekapan PKS dan menyesuaikan diri dengan persekitaran perniagaan yang dinamik. 

Objektifnya ialah:
• Untuk meningkatkan pengetahuan pemilik PKS dalam perniagaan pengurusan
• Untuk meningkatkan kemahiran & keupayaan pekerja PKS
APAKAH KURSUS ASAS PEMBANGUNAN WEB PROFESSIONAL JOOMLA! 2.5?
• Memberikan latihan 80% secara praktikal dan 20% teori untuk membangunkan sebuah laman web gaya korporat & profesional menggunakan Joomla! 2.5
• Mempelajari bagaimana menggunakan fungsi-fungsi yang ada di dalam Joomla! 2.5
• Menggunakan Joomla! 2.5 sebagai aplikasi portal / CMS untuk laman web organisasi, jabatan atau syarikat yang dapat memudahkan webmaster mengurus serta mengubah kandungan laman secara dinamik (dynamic web)
• Mengetahui faktor-faktor keselamatan di dalam Joomla! 2.5
• Mengetahui kegunaan dan potensi yang boleh diekploitasi melalui Joomla! 2.5 dalam pembangunan sesebuah laman web


SIAPA YANG LAYAK MENYERTAI?

1. Warganegara Malaysia bekerja sepenuh masa di syarikat sektor pembuatan, asas tani, perkhidmatan dan ICT.
2. Syarikat yang mempunyai sekurang kurangnya 60% pemegang saham warganegara Malaysia.

BAGAIMANA UNTUK MENYERTAI?
Jika anda berminat untuk menyertai bengkel Joomla! 2.5, sila daftar diri anda dengan mengisi borang di bawah dan sertakan pembayaran pendaftaran pada 28 Mac hingga 8 April 2013 pada waktu pejabat 9:00am-6:00pm. Pembayaran juga boleh dibuat ke akaun Innovation (M) Sdn Bhd (12460001185108 – CIMB). Tempat adalah terhad, rebutlah peluang ini dan daftar secepat mungkin. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Idiana di idiana@mynef.com , admin@mynef.com atau di talian 019-3979416/03-77222706, Fax : 03-77262706.

Borang:
1. Perakuan Status Syarikat PKS (muat turun http://bit.ly/16SPbTW)
2. Pendaftaran kursus atas talian (http://bit.ly/107bley)


No comments:

Post a Comment