Sunday, April 7, 2013

Mana Satukah Personaliti Anda Di Internet?

Pernahkah anda mendengar satu pepatah moden yang berbunyi sebegini,

"Anda adalah apa yang anda tulis.."

Ya, pepatah ini sememangnya benar. Apa yang anda tulis merupakan cermin kepada siapa diri anda walaupun anda cuba sorokkannya.

..pernahkah anda melihat sebuah blog hiburan yang memaparkan gosip-gosip 'terlampau' artis?

..pernahkah anda melihat sebuah blog politik yang membongkarkan buruklaku parti lawan?

Sekilas pandang sahaja kita nampak dengan jelas bahawa penulis blog-blog di atas merupakan seorang yang kaki kepoh dan mencari kontroversi walaupun pertama kali anda membacanya.

Bak kata pepatah, sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya. Setiap penulisan di blog anda melambangkan siapa diri anda yang sebenar-benarnya walaupun anda seorang usahawan.

==========================================
7 Jenis Personaliti Blogger Di Internet!
==========================================

Terdapat 7 jenis personaliti yang ditonjolkan oleh para blogger dari seluruh dunia. Yang mana satukah menggambarkan personaliti anda?

1. Si Kaki Kontroversi

Kerjanya mencari berita-berita yang terhangat walaupun berita tersebut menjatuhkan air muka orang lain.

2. Si Kaki Syok Sendiri

Kerjanya menulis apa jua yang mereka rasa tanpa pedulikan respon orang lain. Rata-ratanya golongan ini menulis personal blog.

3. Si Kaki Copy & Paste  :p

Kerjanya mencari artikel-artikel yang bagus dan copy & paste artikel tersebut di blog mereka tanpa memerah otak.

4. Si Kaki Outsource

Kerjanya hanya keluarkan duit untuk para penulis menulis artikel menulis apa juga artikel yang berkaitan di blog mereka.

5. Si kaki Pasar Borong

Kerjanya menulis apa juga topik yang mereka tahu dalam satu blog tidak kiralah politik, hiburan, sukan dan sebagainya. All in one!

6. Si Selebriti & Golongan Terhormat

Kerjanya menulis artikel, tips serta pandangan profesional mereka terhadap kepakaran mereka kepada para pengikut mereka.

7. Si Problogger

Kerjanya menulis artikel yang terbaik dan memastikan topik artikel yang ditulis tidak lari dari kepakarannya
serta niche. Mereka mampu mulakan perniagaan yang menguntungkan hanya melalui Blog!

------------------------------------------------

Mahu membina personaliti penulisan blogger yang mantap serta profesional dan menjadikan blog anda sebagai senjata jualan terhebat?

Kami amat sarankan anda membaca tawaran ini..

Pada 13 April 2013 ini kami akan menganjurkan seminar blogging terakhir Majalah Niaga.

Dalam seminar ini kami akan membongkarkan langkah demi langkah bagaimana anda mampu membina senjata jualan hanya dengan blog!

Seminar Blogging ini merupakan seminar terakhir kami untuk tahun 2013 ini.

Tidak seperti seminar lain yang cuma mengajar teori, kami akan tunjukkan secara live kaedah blogging sebenar dan mendedahkan rahsia kejayaan MajalahNiaga.com tanpa berselindung!

Daftar sekarang juga dan mula mengubah kehidupan anda menjadi lebih baik daripada semalam, dan anda pasti tersenyum lebar lihat hasilnya!

Daftar --> www.majalahniaga.com/seminar-blogging (Hanya tinggal 2 tempat kosong sahaja lagi!)

"Jom Mencipta Kejayaan Melalui Blog!"

Jumpa anda di sana!

Hasbul Aqill & Hasbul Ariff,

No comments:

Post a Comment