---
1. Freelance di Upwork
Kerja: Penulisan, reka bentuk, programming, dan banyak lagi.
Gaji: USD5 – USD100+/jam ikut skill & pengalaman.
2. Jadi Penulis di Medium Partner Program
Tulis artikel, dibayar ikut engagement pembaca.
Potensi: USD10 – USD500+ sebulan (atau lebih!).
3. Jadi Penterjemah di Gengo / Unbabel
Terjemah teks (Eng–BM, BM–Eng, dll).
Bayaran: USD0.03 – USD0.08/word.
4. Design Logo di 99Designs / DesignCrowd
Join contest atau job terus dari client.
Gaji: USD50 – USD500/design.
5. Voice Over di Voices.com / Fiverr
Sesuai untuk suara unik/narik.
Gaji: USD50 – USD300/job (atau lebih untuk projek besar).
6. Jadi Virtual Assistant (VA)
Urus emel, jadual, data entry, dll.
Gaji: USD5 – USD30/jam.
7. Jual Gambar di Shutterstock / Adobe Stock
Upload gambar, dapat bayaran tiap kali orang beli.
Pasif income style!
8. Buat Kursus Online (Udemy / Skillshare)
Rakam skill korang & jual.
Gaji: USD100 – USD1000+/bulan.
9. Jadi Tester Laman Web (UserTesting)
Review website sambil rakam suara.
Gaji: USD10/test (20 minit je!).
10. Affiliate Marketing (Amazon, ClickBank, dll)
Promote produk, dapat komisen bila orang beli.
Gaji: Tak tentu – boleh capai ribu USD sebulan.
11. Dropshipping / Print-on-Demand (Shopify, Redbubble)
Tak perlu simpan stok.
Bayaran dalam USD terus ke akaun bila ada jualan.
12. Jadi Transcriber (Rev / TranscribeMe)
Dengar audio, tulis semula.
Gaji: USD0.30 – USD1.10/minit audio.
13. Programmer / Developer Remote
Banyak job coding boleh buat dari rumah.
Gaji: USD20 – USD100+/jam ikut tahap.
14. Customer Support untuk syarikat luar
Chat / email support dari rumah.
Gaji: USD3 – USD25/jam.
15. Tulis Ebook & Jual di Amazon KDP
Sekali tulis, boleh jana pendapatan pasif berbulan atau bertahun.
Gaji: USD100 – USD1000+/bulan (bergantung pada jualan).
&&--
1. Fiverr (fiverr.com) – Lubuk “Tunggu Job Masuk Sendiri”
AbeMie mula kat Fiverr masa PKP dulu… Tak tahu nak buat apa. Jadi, try buka gig design “Slide Presentation” — pakai Canva je.
Seminggu, senyap. Tapi lepas tu? Dapat 1 order dari UK. USD30. Kerja siap 3 jam.
Lepas tu Fiverr ni best sebab kita tak perlu bid — kita buat gig, dan tunggu klien cari kita.
.
Jenis Peluang: Freelance + Gig based
Jenis Kerja: Logo, writing, video, voice over, resume, Canva design
Kelebihan:
• Tak perlu cari job – klien cari kita
• Boleh buat banyak gig dalam satu akaun
• Sesuai untuk kerja kreatif + AI
Cabaran:
• Lambat naik kalau tak ada review
• Kena tahu guna keyword & tag
Strategi Nak Mula:
• Buat 3 gig niche (contoh: AI Resume Design, Canva Ebook, Prompt Writer)
• Guna gambar & contoh kerja real
• Letak harga permulaan USD5 – USD10 dulu
Cadangan Niche:
• AI Prompt Writer
• Canva Ebook Design
• Translation + Proofread
• Voice Over Bahasa Melayu
.
Tip AbeMie:
Setiap kali siap 1 job kat luar (Upwork, Freelancer ke), buat gig berdasarkan kerja tu — dan tambah testimoni dalam Fiverr. Baru la makin padu!
3. Upwork – Lubuk “Siapa Paling Pandai Baca Masalah Klien, Dia Menang”
AbeMie pernah bid satu job kat Upwork — klien nak orang tulis SOP untuk team customer support dia.
Job tu nampak simple… tapi AbeMie tak terus bid macam biasa. AbeMie reply gini:
“Hi, I’ve helped small businesses turn their basic workflows into simple, scalable SOPs — especially for onboarding new team members.
If you already have a process in place, I can help you turn it into a clear, easy-to-follow manual your team can actually use.”
Tak sampai 1 jam… klien reply. 2 hari lepas tu, dapat job. USD70.
Dan seminggu lepas tu — klien offer 3 job lagi.
.
Rahsia?
Jangan jual diri. Jual solusi.
Bukan “I can do this” — tapi “I understand your problem & here’s what I can help.”
.
Jenis Peluang: Freelance jangka pendek & panjang
Jenis Kerja Popular: SOP writer, Canva designer, admin support, automation, AI task
Kelebihan: Banyak job masuk hari-hari. Klien berkualiti. Boleh buat income stabil.
Cabaran: Kena tahu cara pitching. Kalau tak, job lepas depan mata.
Strategi Nak Mula:
• Tulis ayat pitching ikut masalah sebenar dalam job post
• Fokus satu niche je dulu, bagi nampak expert
• Setup profile & portfolio dalam Notion / Google Drive
Cadangan Niche:
• AI Prompt Creator
• Canva Presentation Designer
• SOP Documentation
• Lead Generation Research
• Customer Onboarding Guide
.
Tip AbeMie:
Bila klien tanya, “berapa harga awak?”
— jangan terus bagi harga. Tanyalah dulu: “Nak saya bantu dari A to Z ke, atau part tertentu je?”
Baru nampak kita ni bukan tukang ikut — tapi partner dalam kerja.
4. Jobspresso – Lubuk “Kerja Remote Dengan Company Global”
Kawan AbeMie pernah bantu sorang student intern yang minat bidang social media — tapi tak nak kerja ofis.
Dia try apply job kat Jobspresso, sebab nak kerja dari rumah tapi company luar negara.
Dia polish resume, upgrade LinkedIn, apply kerja “Remote Content Assistant”
— dan boom! Dapat kerja part-time dengan startup dari Kanada. Gaji? USD800 sebulan.
Jobspresso ni special sikit… sebab dia memang fokus untuk kerja 100% remote.
Takde janji manis, takde job tipu.
.
Jenis Peluang: Remote full-time, part-time & freelance
Jenis Kerja Popular: Marketing, content, customer support, developer
Kelebihan: Semua kerja remote, klien dari syarikat global
Cabaran: Saringan agak ketat, company biasanya nak resume & portfolio cantik
Strategi Nak Mula:
• Upgrade LinkedIn: letak achievement, bukan kerja semata
• Tulis resume result-based (contoh: “Increased engagement by 40% in 1 month”)
• Guna keyword yang tepat masa search job: “remote content writer”, “remote VA”, “social media assistant”
Cadangan Niche:
• Social Media Manager
• Content Writer
• Remote Customer Support
• Content Scheduler (guna Later, Buffer, Meta Planner)
.
Tip AbeMie:
Kalau takde pengalaman kerja luar negara, buat portfolio gaya luar negara.
Contoh: Tulis artikel English, tunjuk content plan pakai Canva/Notion — supaya nampak kita ready untuk global.
5. Remote OK – Lubuk “Job Fresh Setiap Hari, Tapi Siapa Cepat Dia Dapat”
AbeMie terjumpa Remote OK ni masa tengah tunggu boarding kat KLIA. Scroll je scroll…
terjumpa job “Product Lister for Shopify” – kerja 2 hari, bayar USD180.
Terus rasa nak batalkan flight. Hahaha.
Apa yang best kat Remote OK — job baru masuk hari-hari, interface pun clean.
Tak pening kepala. Tapi cabaran dia… kerja cepat penuh.
Jadi sapa lambat memang tengok je la.
.
Jenis Peluang: Remote freelance / kontrak pendek
Jenis Kerja Popular: Tech, writing, product manager, eCommerce
Kelebihan: UI simple, job update fresh setiap hari
Cabaran: Banyak job perlukan pengalaman & portfolio
Strategi Nak Mula:
• Buat portfolio dalam Notion (template Canva + link kerja)
• Apply job ikut tahap: banyak juga job entry-level
• Follow kategori yang sesuai, subscribe alert
Cadangan Niche:
• Tech Writer (guna ChatGPT + Grammarly)
• Product Lister eCommerce (Shopify, Etsy)
• SaaS Support Assistant
• Remote QA Tester
.
Tip AbeMie:
Walaupun kerja nampak “developer”, jangan terus blah. Kadang dia cuma nak orang buat manual, SOP atau test function — yang bukan coding pun boleh buat kalau ada sikit tech-sense.
6. Remote4Me – Lubuk “Cari Job Ikut Skill, Bukan Nasib”
Masa AbeMie tengah try-try apply job SEO, terjumpa Remote4Me ni.
Apa yang buat terkejut — bila taip je “SEO”, terus keluar senarai job yang memang match dengan skill tu.
Takde dah nak baca 20 job yang tak relevan. Memang jimat masa & tenaga.
Remote4Me ni power sebab dia ada filter ikut skill & role.
Nak writing je? Tick. Nak marketing je? Tick. Semua senang tapis.
.
Jenis Peluang: Remote job ikut bidang spesifik
Jenis Kerja Popular: SEO, content, support, sales, developer
Kelebihan: Ada tagging ikut kemahiran, senang fokus niche sendiri
Cabaran: Job tak update sekerap platform lain. Kadang tunggu 2–3 hari baru masuk yang baru
Strategi Nak Mula:
• Gunakan filter untuk sempitkan carian (e.g. “Email Marketing”)
• Simpan job link dalam Notion / Google Sheet
• Apply dengan ayat pitching yang direct & ikut keywords job tu
Cadangan Niche:
• SEO Optimizer (guna tools macam Ubersuggest, SurferSEO)
• Email Marketing Assistant (guna ConvertKit, Mailchimp, Flowdesk)
• Customer Journey Auditor
• Outreach Email Writer
.
Tip AbeMie:
Remote4Me ni sesuai untuk orang yang tahu apa dia nak. Bukan jenis “try semua”.
Jadi, pastikan korg dah kenal skill sendiri — baru portal ni betul-betul jadi emas.
8. Toptal – Lubuk “Yang Mahir, Yang Elit, Yang Tak Main-Main”
AbeMie pernah dengar kisah sorang freelancer dari India — dia kerja kat Toptal, buat projek web development.
Gaji dia? USD75 sejam. Sebulan? Lebih USD10,000.
Tapi kan… bukan senang nak masuk. Toptal ni macam Harvard dalam dunia remote.
Kena lalu test, interview, test lagi, baru lepas.
Tapi once lepas, klien semua level premium. Tak main-main punya projek. Bayar pun ikut nilai sebenar skill kita.
.
Jenis Peluang: Freelance projek premium
Jenis Kerja Popular: Web development, UI/UX, finance, devOps, mobile apps
Kelebihan: Klien besar, projek serius, bayaran sangat tinggi
Cabaran: Saringan & ujian sangat ketat, mesti ada pengalaman kerja yang kukuh
Strategi Nak Mula:
• Siapkan portfolio power (bukan cantik je, tapi real project)
• Latih diri untuk test — banyak mock test online
• Toptal lebih suka result-based experience, bukan cuma “boleh buat”
Cadangan Niche:
• Web App Developer (React, Laravel, Vue)
• Mobile App Developer (iOS, Flutter)
• UX/UI Designer (guna Figma, Sketch)
• Financial Consultant / Analyst
.
Tip AbeMie:
Kalau belum layak masuk Toptal — training dulu skill kita.
Masuk Fiverr, Upwork dulu, kumpul projek.
Nanti bila masuk Toptal, kita bukan apply — kita conquer.
9. AngelList – Lubuk “Kerja Dengan Startup, Risiko Ada… Tapi Potensi Gila Besar”
AbeMie pernah guide sorang anak muda ni — dia minat betul bab growth marketing.
So AbeMie cadang dia explore AngelList, sebab kat situ memang syurga startup cari orang yang boleh growkan bisnes diorang.
Dia apply kerja “Email Marketing Specialist” dengan startup dari Berlin.
Masa tu dia offer: “Saya boleh bantu awak setup 5 email sequence untuk onboard customer baru — dalam masa 7 hari.”
Klien terus bagi peluang. USD600, kerja seminggu.
Tapi lepas tu… startup tu ajak join jadi team tetap.
Dapat equity share pulak tu. Fuhhh…
Startup ni tak banyak duit — tapi banyak peluang dan networking.
.
Jenis Peluang: Remote job dengan startup, full-time atau freelance
Jenis Kerja Popular: Growth marketing, email, product dev, design
Kelebihan: Company kecik, senang negotiate. Banyak job unik.
Cabaran: Kerja startup = risiko tinggi. Kadang projek stop tengah jalan.
Strategi Nak Mula:
• Apply ikut minat niche & industri (tech, fashion, SaaS, AI)
• Tunjuk kita boleh bantu mereka grow — bukan sekadar buat kerja
• Siapkan mini proposal bila apply (e.g. “ni 3 cara saya boleh bantu”)
Cadangan Niche:
• Growth Hacker
• Email Sequence Writer
• Customer Onboarding Strategist
• Canva Pitch Deck Designer
• Idea Validation Assistant
.
Tip AbeMie:
Jangan minta gaji — minta peluang grow.
Bila kita bantu diorang naik, diorang sanggup bayar lebih lepas nampak hasil.
Kadang dapat equity — bukan duit je, tapi ownership.
10. NoDesk – Lubuk “Clean, Tenang, Tapi Rebutan”
AbeMie terjumpa NoDesk ni masa tengah santai cari job.
Interface dia memang bersih gila — tak semak, tak ada iklan pelik-pelik, terus je nampak senarai kerja.
Ada job writing, support, IT, semua remote.
Yang bestnya… tak banyak syarat pelik macam “kena ada degree 10 tahun lepas”.
Tapi… job cepat lesap!
Maksudnya, kalau kluar pagi — tengahari dah penuh applicant.
.
Jenis Peluang: Remote kerja curated (dah tapis siap-siap)
Jenis Kerja Popular: Customer support, writing, developer, content manager
Kelebihan: Senang baca, senang pilih job ikut kategori
Cabaran: Kena cepat apply — job masuk pagi, petang kadang dah tutup
Strategi Nak Mula:
• Subscribe job alert ikut kategori (writing / support / tech)
• Simpan ayat pitching ikut niche, terus apply bila nampak
• Fokus job yang tak minta banyak pengalaman (entry-level)
Cadangan Niche:
• Content Manager (plan + semak + schedule)
• Remote Recruiter (guna LinkedIn + Notion)
• Customer Support Specialist
• Community Manager (Discord, Slack, WhatsApp)
.
Tip AbeMie:
Speed > Perfect.
Kadang kita tunggu nak tulis ayat cantik sangat, orang lain dah sapu job tu dulu.
Sediakan 2-3 template awal-awal, tinggal copy-edit terus apply.
11. LinkedIn – Lubuk “Networking Jalan, Job Datang Sendiri”
Dulu AbeMie anggap LinkedIn ni tempat orang HR upload sijil je.
Tapi lepas AbeMie try post hasil kerja Canva + share story klien, tiba-tiba masuk DM:
“Hi, are you open to freelance work? We’re looking for a Canva designer.”
Boom! Dari situ AbeMie dapat job USD300 untuk design pitch deck.
Ramai lupa…
LinkedIn ni bukan sekadar platform cari kerja.
Tapi platform untuk tunjuk apa kita boleh bantu.
Bila kita share konten + hasil kerja, job boleh datang sendiri.
.
Jenis Peluang: Full-time, part-time & freelance remote
Jenis Kerja Popular: Corporate, marketing, training, content, tech
Kelebihan: Boleh connect direct dengan hiring manager
Cabaran: Kena aktif, kena pandai kemas profil & posting
Strategi Nak Mula:
• Update headline: “Helping brands grow with Canva design + SOPs”
• Share hasil kerja setiap minggu (design, SOP, template, artikel)
• Engage dengan post orang lain – komen yang bernas & bantu
Cadangan Niche:
• Digital Marketing Strategist
• Corporate Trainer (online class, leadership module)
• Content Creator (untuk syarikat)
• Canva Designer for Pitch Deck
.
Tip AbeMie:
Bila kita konsisten post konten, algoritma akan angkat kita.
Klien tak cari resume je… klien nak tengok bukti kita aktif bantu orang — even sebelum kerja bermula.
12. Remote.co – Lubuk “Semua Kerja Remote, Tapi Kena Ada Sistem”
AbeMie ada sorang kenalan — suri rumah, anak 3 orang.
Dia nak income tapi tak nak keluar rumah. So AbeMie kenalkan dia dengan Remote.co.
Dia try apply kerja “Virtual Assistant untuk Syarikat Konsultan” — bantu reply email, update Google Sheet.
Tak sangka… dapat! USD500 sebulan, kerja 4 jam sehari.
Tapi masa training, klien tanya:
“How do you manage your time & tasks as a remote assistant?”
Mujur dia dah ada SOP harian — klien terus impressed.
Remote.co ni memang syurga kerja remote, tapi dia nak orang yang tahu cara kerja, bukan yang tunggu arahan je.
.
Jenis Peluang: 100% remote job – part time & full time
Jenis Kerja Popular: Virtual assistant, tutor, writing, support
Kelebihan: Semua job remote, banyak kerja evergreen
Cabaran: Kena ada sistem kerja sendiri — time, tools, tracking
Strategi Nak Mula:
• Setup SOP kerja (guna Notion / Google Doc)
• Pilih 1 niche kerja & siapkan script intro
• Apply job yang sesuai dengan rutin harian kita (time zone, jam kerja)
Cadangan Niche:
• Online Tutor (English, Math, Quran, Public Speaking)
• Virtual Assistant (Admin, Email, Schedule, Travel)
• Content Writer
• Remote Customer Support
.
Tip AbeMie:
Jangan nampak kita desperate cari kerja.
Tunjuk kita ni partner yang boleh bantu ringankan beban dia.
Bila klien rasa kita boleh “handle”, dia bayar lebih dari orang yang cuma “tunggu arahan”.
13. FlexJobs – Lubuk “Kerja Remote Verified, Tapi Kena Labur Dulu”
Masa awal PKP dulu, ramai student dan fresh grad DM AbeMie — risau tertipu, risau dapat job tipu-tipu.
So AbeMie sarankan try FlexJobs.
Memang kena bayar sikit (~USD24 sebulan), tapi semua job yang masuk dah di-screen siap-siap.
Takde MLM, takde skim cepat kaya.
Ada sorang budak ni… dia labur duit simpanan RM120 untuk subscribe FlexJobs.
Dalam seminggu, dapat job Resume Editor untuk market US.
Bayar USD50 satu resume. Sebulan dia buat 20 resume — dapat lebih RM4,000 dari rumah.
.
Jenis Peluang: Remote job verified (freelance, part-time, full-time)
Jenis Kerja Popular: Resume writer, research assistant, translator, support
Kelebihan: Semua job verified – selamat, bebas scam
Cabaran: Kena bayar untuk akses penuh (monthly / quarterly)
Strategi Nak Mula:
• Subscribe sebulan → fokus apply job yang match
• Gunakan template cover letter khas untuk niche kita
• Download 5–10 job listing → kaji ayat & adjust profil
Cadangan Niche:
• Resume Writer (guna Canva + ChatGPT)
• Research Assistant (market research, competitor analysis)
• Translator (BM–EN, EN–BM)
• Email Support Agent
.
Tip AbeMie:
Bila kita labur sikit, kita lebih serius.
Dan klien kat sana pun lebih yakin dengan platform berbayar — sebab dia tahu freelancers kat situ bukan jenis sambil lewa.
14. Remotive – Lubuk “Remote Job Ikut Timezone, Tapi Duit Masuk USD”
AbeMie pernah survey kerja kat Remotive untuk sorang cikgu sekolah swasta yang nak kerja dari rumah — minat tulis blog, tapi tak reti coding.
Dia jumpa job “Content Writer untuk website tech” — klien dari UK.
Gaji USD700 sebulan, 5 artikel sebulan.
Tapi klien tu tulis siap-siap:
“Prefer writers in GMT+8 timezone for easy collaboration.”
Fuhh… memang ngam dengan Malaysia!
Remotive ni rare sebab banyak job ikut timezone, so kita boleh plan kerja ikut rutin harian — tanpa ganggu waktu solat, anak-anak, dan makan nasik ayam. Hahaha.
.
Jenis Peluang: Remote freelance & full-time
Jenis Kerja Popular: Writing, customer support, dev, marketing
Kelebihan: UI kemas, boleh tapis ikut kategori & timezone
Cabaran: Ada job terhad ikut jam kerja EU/US — kena alert timezone
Strategi Nak Mula:
• Fokus job ikut timezone Asia / fleksibel
• Apply cepat, sebab banyak startup suka yang pantas & ringan gerak
• Sediakan sample kerja yang terus boleh dinilai (blog, video, SOP)
Cadangan Niche:
• Blog Writer (guna SurferSEO + ChatGPT)
• Remote Product Tester (tulis feedback produk SaaS)
• Live Chat Support Agent
• Virtual Admin Assistant
.
Tip AbeMie:
Kalau timezone kita sama dengan klien, jangan lupa highlight dalam pitch. Contoh:
“As I’m in GMT+8, I can sync easily with your preferred working hours.”
Simple tapi boleh jadi sebab kenapa dia pilih kita berbanding orang lain.
7. SimplyHired – Lubuk “Kerja Ringan, Bayar USD Juga!”
AbeMie kenal satu makcik — anak dia belajar kat universiti, dia pula kerja part-time dari rumah.
Kerja dia? Transcription & Data Entry dari SimplyHired.
Tak payah pergi ofis, tak payah meeting — cuma dengar audio, taip balik.
Bayar dalam USD80 untuk sejam content. Dia buat waktu malam je… sambil tengok drama.
SimplyHired ni memang syok untuk job ringan & basic, tapi still dalam USD.
Sesuai untuk beginner yang nak mula kumpul portfolio.
.
Jenis Peluang: Remote gig, part-time, full-time
Jenis Kerja Popular: Data entry, writing, call center, transcription
Kelebihan: Banyak pilihan kerja dari pelbagai negara & level
Cabaran: Ada job lokal je (kena tapis), interface kadang serabut sikit
Strategi Nak Mula:
• Guna keyword “remote”, “work from home”, “freelance”
• Tapis ikut kategori: admin / writing / data
• Saring ikut bayaran & negara jika perlu
Cadangan Niche:
• Transcriptionist (guna Otter.ai, HappyScribe)
• Data Entry Assistant (guna Excel + ChatGPT)
• Virtual Typist
• Online Chat Support
.
Tip AbeMie:
Job mungkin nampak kecil, tapi portfolio dia besar.
Boleh tulis kat resume: “Handled 5+ transcription projects for international podcast clients.” — terus nampak level lain.
2. Freelancer – Lubuk “Bid Sampai Lebam Tapi Berbaloi”
AbeMie dulu pernah tidur dengan laptop atas dada… sebab nak cepat bid job kat Freelancer.com. Hahaha. Gila? Memang.
Sebab kat sini, job masuk non-stop. Tapi… siapa cepat dia dapat.
Mula-mula AbeMie bid job translation — bayar USD10 je. Tapi masa tu bukan pasal duit. Nak rating first. Bila dapat 1 review bintang 5, baru klien lain mula percaya.
Freelancer ni jenis kita kena usaha cari kerja sendiri — bukan tunggu job datang. Tapi yang rajin, confirm berbuah hasil.
.
Jenis Peluang: Freelance (short & long term)
Jenis Kerja Popular: Logo design, translation, data entry, website setup
Kelebihan: Job masuk setiap jam, dari seluruh dunia
Cabaran: Persaingan tinggi, komisen platform agak besar
Strategi Nak Mula:
• Bina profil siap dengan portfolio (buat sample sendiri pun takpe)
• Bid job kecil dulu — janji dapat rating
• Hantar skrip pitching yang tunjuk kita faham masalah klien
Cadangan Niche:
• Translation BM–EN
• Logo design (guna Canva + AI)
• WordPress setup
• Data entry + automation (guna ChatGPT & Excel)
.
Tip AbeMie:
Jangan tunggu sampai “perfect” baru bid. Kadang job kecil-kecil tu lah yang buka pintu besar nanti.
Remotees – Lubuk “Terus Intai Syarikat, Bukan Sekadar Job”
AbeMie suka Remotees ni sebab bila kita cari job — terus nampak nama company, logo, dan website.
Tak perlu tertanya-tanya job ni legit ke tak.
Ada kawan AbeMie graphic designer — dia memang jenis pemalu nak bid.
So dia stalk company kat Remotees, cari yang ada contact email.
Dia buat 10 email custom, attach portfolio… dapat 2 reply.
Salah satu bagi job design social media pack USD150 — untuk 4 design.
Dari situ terus jadi retainer tiap bulan.
Remotees ni best untuk yang jenis nak approach company direct — bukan tunggu job baru muncul je.
.
Jenis Peluang: Remote job + company-based hiring
Jenis Kerja Popular: Customer support, dev, content writer, HR assistant
Kelebihan: Boleh tapis ikut company → terus approach
Cabaran: Banyak job tech-heavy, kena pilih betul ikut kekuatan kita
Strategi Nak Mula:
• Tapis ikut bidang (support / content / HR)
• Pilih company kecil – biasanya lebih mudah reply & open for pitching
• Guna email pitching siap attach portfolio
Cadangan Niche:
• Remote HR Assistant (setup SOP HR, onboarding, leave tracker)
• SOP Documentation Specialist
• Company Newsletter Writer
• Customer Journey Audit Assi
No comments:
Post a Comment