Salam sejahtera,
Ada beberapa orang memberitahu, bahawa mereka tidak mempunyai idea untuk menulis email follow up dan broadcast untuk Autoresponder.
Sebenarnya, tidak susah. Cuma ikut saja langkah berikut. Fikirkan tentang ABCD di dalam promosi produk atau servis kita.
1. Attention (Dapatkan perhatian)
Kongsikan perkara yang menjadi persamaan buat kita semua contohnya masalah kos barang naik, minyak naik, GST, inflasi dan pelbagai lagi. Cuba dapatkan common understanding.
2. Benefits (Kelebihan)
Berikan kelebihan produk atau servis kita di dalam menyelesaikan masalah yang disebutkan. Letakkan satu persatu tetapi tidak perlulah terlampau banyak. Tiga hingga lima points pun sudah cukup.
3. Credibility (Kredibiliti)
Tingkatkan kepercayaan orang kepada kita. Siapakah kita dan tunjukkan kita benar- benar serius untuk membantu mereka menyelesaikan masalah tersebut.
4. Direction (Arah tujuan)
Berikan panduan kepada mereka, apa yang perlu mereka lakukan jika berminat. Apa maklumat yang pelu diberikan dan apakah bank account no untuk mereka bank in untuk mendapatkan produk atau servis anda.
Saturday, April 11, 2015
idea untuk menulis email follow up dan broadcast untuk Autoresponder
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment