Thursday, April 17, 2014

TIPS UTK FB PROSPECTING

1) jgn add prospect terlalu byk pd satu masa..sbb nnt kena block dgn facebook.account anda akan kena freeze utk beberapa bulan

2) dinasihatkan guna smart fon.bila dah add..selalu on chat..so nanti boring2 bole chat dgn prospect.perkara asas kena kenalpasti dari p tu adalah

 kerja apa
 lokasi kerja n tpt tinggal
 single/ married
 roughly age

3) selalu post perkara2 yg menarik perhatian prospect..cthnya check in tpt2 menarik,activity yg bole bg prospect jeles (lepak coffee house at noon masa prospect tgh bz kerja)

4) jgn post perkara2 negatif cthnya: marah dgn boss, or gaduh dgn kwn,maki2 dlm facebook.anda akan menunjukkan yg anda x professional

5) jgn pulak post perkara terlalu positif..cthnya hari2 bagi nasihat utk ubah kehidupan..utk bukak minda org cari duit..or hari2 post perkara motivasi..nnt skema sgt prospect pun meluat

6) masa chat dgn prospect..jgn open psl biz..hny build relation n dptkan info yg penting2 je.bila jumpa nnt baru open mind n wamap mcm biasa..

 happy prospecting 

-
[ MEMBONGKAR RAHSIA FACEBOOK PROSPECTING ]

Langkah 1 : go to home button

Langkah 2 : taip "find friends" di search column

Langkah 3: pilih lah prospek anda di column yg diberikan (employer,high school,current city etc)

Thursday, April 3, 2014

50 Idea Meningkatkan Pendapatan dan Pelanggan

50 Idea “Bagaimana Untuk Meningkatkan DUA KALI GANDA Pendapatan Anda Dan Menarik Lebih Ramai Pelanggan Kepada Anda Dalam Masa Yang Singkat!”
Perniagaan anda boleh hidup atau “mati” bergantung kepada berapa banyak jualannya bukan?
Anda mungkin mempunyai produk atau perkhidmatan terbaik paling “power” di dunia atau anda mungkin boleh buat kek yang paling hebat di seluruh galaksi, tetapi jika tidak ada orang yang membeli daripada anda atau tidak berapa ramai orang yang datang kepada anda untuk membeli daripada anda, ia mungkin akan menyebabkan perniagaan dan pendapatan anda hanya “nyawa-nyawa” ikan.
Untuk meningkatkan jualan, anda perlukan strategi pemasaran yang bagus. Anda perlu belajar bagaimana untuk menarik perhatian orang ramai atau pelanggan kepada anda atau perniagaan anda serta membuat mereka gembira untuk membeli daripada anda.
Sebagai perunding strategi pemasaran sejak tahun 2001, saya telah berjaya membantu ramai usahawan untuk merubah senario perniagaan mereka dan pada masa yang sama merubah kehidupan mereka daripada “biasa-biasa’ kepada “luar biasa” dengan menggunakan strategi pemasaran serta idea pemasaran yang mudah.
Idea yang saya berikan ini adalah sebagai “PERMULAAN” kepada anda untuk belajar menjadi pakar pemasaran untuk perniagaan anda sendiri.
Bila saya katakan yang sekiranya anda kuasai pemasaran, anda akan menarik “ramai gila” pelanggan kepada anda, ia adalah benar!
Bila saya katakan yang sekiranya anda kuasai pemasaran, anda akan menarik “ramai gila” pelanggan “berkejaran” untuk menggunakan produk atau perkhidmatan anda juga, ia adalah benar!
Itulah yang berlaku kepada saya dan ramai pelanggan korporat atau individu yang telah menggunakan teknik-teknik pemasaran saya. Apatah lagi bila anda akan belajar “live” daripada saya di dalam Klinik Usahawan Dr.Azizan Osman-Seminar Marketing Power saya nanti.
Persoalannya, adakah anda cukup stok atau kakitangan untuk uruskan pelanggan yang ramai mencari anda nanti?
Ini adalah senarai 50 idea pemasaran luar biasa, anda tidak akan tahu keberkesannya sehingga anda mencuba:-
50) Kongsikan apa yang anda tahu kepada orang lain: Apa yang anda ketahui tentang perniagaan anda kadang-kadang merupakan maklumat yang sangat bernilai kepada orang lain. Tetapi bukanlah maklumat rahsia perniagaan anda, tetapi maklumat umum atau informasi yang mungkin berguna kepada orang lain. Berikannya secara percuma. Tuliskan artikel di blog ,laman web atau laman sosial anda seperti FACEBOOK, kongsikan kepada orang lain tentang apa yang anda tahu tentang bidang yang anda lakukan.
Contohnya, jika anda di dalam bidang takaful atau insuran. Kongsikan kepada orang lain tentang asas perancangan kewangan yang betul, kesilapan ramai pelanggan anda sebelum ini dan bagaimana untuk merancang plan pencen mereka atau mungkin pelan kewangan pendidikan anak-anak mereka.
Jangan risau jika ada orang lain yang akan meniru anda, anda ada ilmu dan pengalaman yang tersendiri, orang lain belum tentu mempunyai ilmu atau pengalaman yang sama.
49) Mencipta suasana yang sesuai dengan tema semasa: Ini adalah teknik yang digunakan biasanya di pusat membeli-belah. Jadikan tema semasa sebagai dekor atau cara anda berpakaian untuk melayan pelanggan. Contohnya, tahun baru cina, anda mungkin memakai baju “cheong-sam” serta memberikan hadiah limau mandarin kepada pelanggan anda. Jika bulan ramadhan, anda berikan hadiah kurma atau voucher berbuka puasa kepada pelanggan anda. Kadang-kadang anda boleh melihat kepada trend filem yang terkenal dan laris di panggung wayang dan jadikan ianya tema kepada suasana perniagaan anda. Contohnya, jika anda membuka kedai runcit dan ketika itu ditayangkan filem “Harry Porter” di panggung wayang, anda mungkin boleh hias sedikit kedai anda mengikut konsep filem tersebut dan anda mungkin boleh memakai skaf kepada seperti tukang sihir di dalam filem “Harry Porter” pada hari tertentu dan ini akan menarik ramai anak-anak yang akan “menarik” ibu-bapa mereka untuk ke kedai dan melihat anda. Apa lagi? Bila mereka dah datang ke kedai anda, tawarkanlah sesuatu kepada mereka mungkin pembelian harga istimewa?
Atau anda boleh dapatkan sedikit mainan “Transformer” dan hadiahkan kepada anak-anak pelanggan anda apabila anda menziarahi mereka. Bila pelanggan gembira dengan anda, mereka akan beli apa sahaja yang anda tawarkan!
48) Berikan kad diskaun atau voucher percuma: Ini adalah cara paling mudah dan murah untuk membuat pelanggan setia kepada anda. Contohnya anda mempunyai perniagaan mencuci kereta, berikan tawaran setiap 6 kali mencuci di kedai anda, mereka akan mendapat 1 kali percuma! Ini juga cara anda untuk menunjukkan yang anda menghargai mereka.
47) Perkhidmatan pelanggan yang luar biasa : Ingat, tidak ada yang lebih hebat daripada kata-kata positif daripada pelanggan. Perkhidmatan pelanggan yang hebat adalah senjata yang paling “power” di dalam menghadapi persaingan di dalam perniagaan. Jangan anggap yang disebabkan anda masih berniaga kecil-kecilan dan anda tidak perlu senyum dengan pelanggan, menjawab telefon dengan cepat sebelum 3 kali bunyi telefon, melayan pelanggan dengan mesra dan tenang. Jika anda tidak dapat lakukannya ketika perniagaan anda masih kecil, sampai bila pun perniagaan anda tidak akan menjadi besar!
46) Lancarkan pertandingan atau cabutan bertuah: Cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan “database” pelanggan dan dapatkan maklumat pelanggan agar anda dapat gunakan maklumat tersebut untuk tawaran kempen pemasaran di masa depan. Gunakan sistem sms, blog, laman web, FACEBOOK atau siarkan di akhbar untuk memaklumkan tentang kempen anda. Anda boleh pelajari semua teknik ini dengan lebih terperinci di dalam program “Seminar Marketing Power” saya nanti.
45) Tambah maklumat baru di laman web anda: Anda sebenarnya tidak perlu bimbang tentang strategi SEO (Search Engine Optimisation) untuk meningkatkan ranking laman web anda di enjin carian seperti Google. Apa yang anda perlu lakukan adalah sentiasa menambah informasi terkini atau aktiviti terkini setiap minggu atau sekerap yang mungkin. Anda akan terperanjat melihat ranking laman web anda meningkat dalam masa yang singkat.
44) Blog: Sekiranya anda merasakan yang anda tidak mahir menulis untuk laman web, apa kata gunakan Blog. Ia adalah cara percuma dan mudah untuk anda berkongsi kepakaran anda. Blog yang bagus akan membuatkan anda popular dan mempunyai pengikut di dalam bidang kepakaran anda. Teknologi blogging yang paling banyak digunakan hari ini adalah seperti Blogger atau WordPress kerana ianya adalah percuma.
43) Maksimakan penggunaan kad perniagaan anda: Adakah anda biasa menerima kad perniagaan yang hanya menulis nama seperti “Ali bin Ahmad, pengurus, Syarikat Ali Bersaudara….?” Tetapi anda tidak tahu apakah perniagaan Ali bin Ahmad? Gunakan kad perniagaan anda untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis perniagaan anda atau apakah kepakaran anda supaya mudah untuk pelanggan merujuk kepada anda bila diperlukan nanti. Tips tambahan: Biasakan memberi 2 keping kad perniagaan apabila anda memperkenalkan diri kepada orang lain dan katakan yang anda sengaja berikan 2 kad untuk mereka berikan kepada orang lain yang mungkin perlukan perkhidmatan anda. Ini adalah cara pemasaran yang paling mudah dan berkesan kerana orang lain yang akan menolong mempromosikan perniagaan anda.
42) Maksimakan jenama (Branding) menggunakan alatulis perniagaan anda : Letakkan nama syarikat atau perniagaan anda serta kepakaran anda di atas semua kepala surat (Letter Head), sampul surat (Envelope), Kad Hari Raya, Sampul Duit Raya, T-Shirt atau uniform syarikat anda atau di alatulis seperti pen yang tertera jenama syarikat anda. Ia cara mudah untuk menyampaikan mesej kepada orang lain tentang perniagaan anda dan anda dilihat seperti syarikat “besar punya”.
41) Rakamkan video anda di YouTube: Steve Job, CEO kepada syarikat gergasi Apple INC menggunakan YouTube setiap kali Apple melancarkan produk baru mereka dan ianya mendapat liputan yang paling meluas dengan kos yang paling rendah. Jangan lupa untuk link kan video anda tersebut dengan laman web anda serta kongsikan di laman sosial anda seperti FACEBOOK.
40) Melaburlah untuk mendapatkan kredibiliti daripada pihak ketiga : Sekiranya ada cara untuk anda mendapatkan akreditasi atau kelayakan professional di dalam industri yang anda ceburi, pastikan yang anda melabur untuk mendapatkannya. Ia mungkin tidak murah tetapi sebagai pelaburan jangka panjang, ia akan membantu menambah nilai perniagaan anda serta meningkatkan kelayakan kepakaran anda.
39) Mempromosi ketika pelanggan sedang menunggu atau sedang menunggu di talian: Sekiranya anda perlu meminta pelanggan menunggu atau menunggu di talian telefon sebelum ianya disambungkan kepada pihak yang berkenaan, pastikan yang mereka yang sedang menunggu diberikan bahan bacaan yang membantu mempromosikan perniagaan anda. Sekiranya di talian, pastikan mereka mendengar rakaman yang mempromosikan produk atau perkhidmatan anda dan bukannya hanya mendengar lagu-lagu atau muzik yang tidak membantu menambah nilai perniagaan anda.
38) Berikan hadiah percuma yang lain dari yang lain: Hadiah pen dengan logo syarikat anda mungkin membosankan dan orang mudah lupa. Apakata cuba berikan sesuatu yang berbeza, seperti seluar dalam yang berlogokan syarikat anda contohnya, atau topi santa claus berlogo, atau mungkin sabun yang mempunyai logo syarikat anda yang buat mereka mandi “bersama-sama” anda setiap hari?
37) Minta dan gunakan testimonial pelanggan: Manusia lebih yakin bila mereka membaca pengalaman orang lain yang mendapat pengalaman yang bagus menggunakan produk atau perkhidmatan anda.
36) Berikan jaminan wang dikembalikan: Sekiranya anda yakin dan percaya dengan produk atau perkhidmatan anda, berikan jaminan anda. Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak berpuashati dengan apa yang anda berikan kepada mereka. Anda akan menarik lebih ramai orang untuk mencuba produk atau perkhidmatan anda dan biasanya mereka tidak akan meminta wang untuk dipulangkan sekiranya ianya bagus untuk mereka.
35) Berkawan dengan selebriti radio atau TV: Cari jalan untuk merapatkan diri dengan selebriti radio atau tv. Mereka adalah manusia biasa yang sukakan penghargaan. Kirimkan mereka hadiah yang luar biasa yang membuatkan mereka akan menyebut nama anda apabila mereka bersiaran.
34) Tukar mesej telefon anda : Sekiranya ada orang yang menelefon telefon pejabat atau telefon bimbit anda selepas waktu pejabat, ianya mungkin merupakan peluang anda untuk memasarkan kepada mereka. Tukar mesej panggilan telefon anda daripada “Maaf, kami sedang sibuk, sila tinggalkan pesanan anda!”, tukarkan kepada “Maaf, kami amat sibuk melayan pelanggan kami sepanjang hari dan kami agak keletihan. Tinggalkan nama dan nombor telefon anda, kami pasti akan memanggil anda semula pada pukul 9.05pagi nanti!”
33) Mewujudkan sistem memperkenalkan kawan: Sekiranya pembekal atau pelanggan gembira untuk berurusan dengan anda, anda boleh memberikan mereka penghargaan contohnya voucher RM50 untuk setiap pelanggan baru yang diperkenalkan.
32) Lancarkan kempen untuk membuat sesuatu perubahan: Apakah perkara yang membuat orang ramai tidak gembira atau tidak berpuashati? Anda boleh menjadi penganjur kepada sesuatu kempen kesedaran di kawasan anda, contohnya, kempen menentang aedes. Sekiranya perniagaan anda memang secara terus dapat menyelesaikan masalah ini, ia adalah lebih baik.
31) Menawarkan perundingan atau memberikan ucapan: Cari kumpulan sasaran yang dikehendaki dan sertai mereka, tawarkan kepakaran anda dengan memberikan perundingan atau ucapan secara percuma. Ia akan mula membina anda untuk menonjol sebagai pakar dalam bidang tersebut.
30) Berpakaian menarik mengikut tema pakaian tertentu : Ia hampir sama dengan idea sebelum ini, tetapi ini adalah berpakaian mengikut tema pada hari-hari tertentu dalam seminggu. Ini akan membuatkan pelanggan tertarik dengan keceriaan kedai atau pejabat anda.
29) Berkenalan dengan hampir sesiapa sahaja: Mereka yang bijak membuat pemasaran adalah mereka yang bukan berkenalan dengan orang lain untuk menjual tetapi berkenalan untuk mengenali orang lain, ketahui apa yang mereka lakukan. Pendek cerita, berkawan dan minat untuk mengenali orang lain. Tetapi, suka atau tidak, mereka pasti akan mula bertanya tentang apa yang anda lakukan. “Terpaksalah” anda kongsikan tentang perniagaan anda.
28) Menulis Ebook percuma: Ya, tuliskan ebook atau artikel dan berikan secara percuma di laman web anda atau melalui emel. Ia akan membina kredibliti anda.
27) Menaikkan Harga : Kadang-kadang, strategi menurunkan harga bukanlah cara paling baik untuk menarik pelanggan tetapi menaikkan harga pun boleh menarik pelanggan kepada anda. Anda mungkin akan kehilangan pelanggan yang “low-end” tetapi anda akan mendapat pelanggan yang lebih tinggi kualitinya.
26) Mulakan e-newsletter: Gunakan format newsletter yang mudah untuk sentiasa “stay connected” dengan pelanggan-pelanggan atau prospek anda. Ingat, rahsia pemasaran adalah bagaimana anda sentiasa mengingatkan mereka tentang “kewujudan” anda!
25) Ubah cara bagaimana telefon anda dijawab : Berikan staf anda kebebasan untuk mencuba menjawab telefon dengan stail yang berbeza tetapi bersemangat. Sekiranya kita menjawab panggilan telefon dengan senyuman dan ceria, pelanggan anda pasti dapat merasakan keceriaan tersebut, begitulah sebaliknya.
24) Gunakan krew promosi: Anda boleh mendapatkan krew “part-time” atau sementara yang boleh membantu anda membuat promosi serta memberikan informasi perniagaan anda kepada orang ramai. Pastikan mereka memakai tshirt yang mempunyai logo perniagaan dan kempen pemasaran anda. Pastikan mereka ceria apabila menyertai kempen ini.
23) Mempromosikan produk atau perkhidmatan anda secara bersilang (Cross Promotions) : Apakah produk atau perkhidmatan lain yang pelanggan anda mungkin perlukan? Setelah mereka membeli daripada anda, biasanya mereka gembira untuk tahu apakah produk lain yang anda boleh tawarkan.
22) Menjual hadiah/ voucher penghargaan : Ramai pelanggan gemar untuk membeli hadiah atau voucher untuk dijadikan hadiah kepada orang lain. Contohnya jika anda ke kedai buku Borders, mereka ada menjual voucher hadiah di kaunter tunai mereka untuk anda hadiahkan kepada orang lain.
21) Buat sesuatu yang di luar jangkaan : Apa perasaan anda jika kedai kek ditempat anda mengirimkan SMS kepada anda dan meminta anda untuk datang ke kedainya untuk mengambil hadiah istimewa atau memberikan anda diskaun kepada anda untuk hari itu sahaja, tanpa sebarang sebab. Hanya sebagai tanda penghargaan. Pasti anda akan rasa gembira. Itulah yang anda boleh lakukan kepada pelanggan anda. Anda boleh dapatkan sistem sms dan kredit percuma di www.ETSI.com.my, ia adalah sangat efektif.
20) Mengeluarkan Press Release : Salah satu perkara yang penting untuk anda lakukan adalah untuk menghantar press release kepada media. Press release dengan kisah yang menarik akan memberikan anda pendedahan percuma di akhbar atau majalah. Ini akan meningkatkan reputasi anda serta meningkatkan jualan anda.
19) Sertai mana-mana organisasi yang boleh menyokong perniagaan anda: Libatkan diri dengan mana-mana persatuan, kelab, dewan perniagaan atau koperasi yang dapat memberikan anda kelebihan untuk mengembangkan jaringan perniagaan anda serta meningkatkan perniagaan anda.
18) Menjual apabila anda mengeluarkan inbois: Sekiranya anda berurusan dengan pelanggan korporat atau syarikat kecil dan sederhana, biasanya yang melihat dokumen inbois tersebut adalah orang penting di syarikat tersebut. Buat satu cop getah yang berbunyi “Terima kasih kerana berurusan dengan kami, semoga kami mendapat bayaran yang pantas!” dan copkan di atas inbois tersebut.
17) Membuat katalog produk : Salah satu cara paling klasik untuk memberikan pelanggan informasi tentang senarai produk atau perkhidmatan anda. Untuk mengurangkan kos, adalah lebih elok produk tersebut di senaraikan di laman web anda dan ianya boleh dicetak daripada situ. Anda juga boleh menggunakan digital printing yang kosnya adalah lebih rendah daripada percetakan biasa.
16) Kempen Mengutip Sampah : Atau kempen bersihkan rumah kebajikan serta kempen menderma untuk tabung anak yatim. Pastikan anda terlibat secara aktif di dalam kempen yang melibatkan masyarakat setempat. Pastikan juga yang anda menaja Tshirt yang mempunyai logo syarikat anda serta membuat press release untuk mengumumkan kempen tersebut.
15) Gunakan kajian kes : Sama seperti testimonial pelanggan, kajian kes akan menunjukkan anda sebagai pakar dan pengalaman pelanggan yang gembira dengan anda.
14) Menggunakan kaedah pemasaran yang menyeronokkan : Pasang spotlight di atas bangunan majlis perbandaran yang menunjukkan logo perniagaan anda atau berikan belon yang mempunyai loga perniagaan anda kepada kanak-kanak, ia adalah cara pemasaran yang mudah tetapi berkesan.
13) Menulis kepada akhbar tempatan : Akhbar tempatan biasanya memerlukan banyak berita tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka. Biasakan membeli akhbar tempatan serta menulis kepada editor mereka mengenai mana-mana isu yang anda boleh sumbangkan cadangan atau kepakaran.
12) Fokus untuk memperbaiki staf anda : Gunakan pihak ketiga untuk menguji dan menilai staf anda bagi memastikan yang mereka sentiasa menjaga reputasi syarikat serta memberikan yang terbaik kepada pelanggan anda.
11) Lakukan sesuatu yang orang lain tidak lakukan atau tidak dapat lakukan: Analisa pesaing anda dan perhatikan apa yang pelanggan anda perlukan tetapi tiada siapa yang berikan kepada mereka. Ia mungkin agak sukar tetapi berbaloi untuk dilakukan kerana ia akan membuatkan anda unik.
10) Pergi bercuti : Sekiranya anda bekerja 18 jam sehari, 7 hari seminggu tiap-tiap minggu bertahun-tahun lamanya, anda pasti akan ketandusan tenaga dan idea baru untuk memperbaiki perniagaan dan membuat strategi pemasaran baru. Apabila anda bercuti, anda mempunyai masa untuk melihat perniagaan anda dari perspektif yang berbeza dan biasanya anda akan mendapat lebih banyak idea untuk memperbaikinya.
9) Lancarkan publisiti tergempar : Buat sesuatu yang dapat menarik media dan orang ramai kepada anda atau perniagaan anda. Kalau boleh pastikan yang ianya ada kaitan dengan jenama anda atau perniagaan anda.
8) Gunakan forum di internet : Sekiranya anda ingin menambah database pelanggan yang datang ke laman web anda, luangkan masa 1 jam seminggu untuk menjawab emel atau soalan di forum yang ada kaitan dengan anda atau perniagaan anda.
7) Tips percuma di Facebook atau mana-mana sosial media di internet : Bersedia untuk memberikan tips percuma yang membantu orang lain tentang topik atau perkara yang ada kaitan dengan kepakaran anda. Ini membina reputasi anda dan mempromosikan perniagaan anda.
6) SMS pelanggan anda : Apa perasaan anda sekiranya setiap tahun, kedai kek berdekatan dengan rumah anda mengirimkan sms 1 hari sebelum harijadi anda dan paling awal mengucapkan selamat harijadi kepada serta menawarkan voucher diskaun pembelian kek kepada anda? Sistem SMS yang bagus seperti di www.ETSI.com.my dapat membantu anda untuk memprogramkan sistem automatik dengan nama pelanggan bagi menghantar sms dengan lebih efektif.
5) Tingkatkan imej anda, perniagaan atau kedai anda : Pelanggan suka berurusan dengan mereka yang sentiasa nampak baru, segar, terkini dan ceria.
4) Sokong Badan Kebajikan : Tuliskan di kad perniagaan serta pejabat atau perniagaan anda yang anda menyokong badan kebajikan mana serta sediakan tabung derma untuk pelanggan anda juga dapat membantu bersama-sama anda. Pelanggan suka ahli perniagaan yang pemurah.
3) Tulis dan kongsikan profil atau kisah anda : Ya, pelanggan suka mengenali latar belakang pengasas atau pemilik sesuatu perniagaan, apatah lagi anda yang mungkin pernah gagal dan hari ini lebih berjaya. Ia memberikan inspirasi dan meningkatkan nilai diri anda. Jangan fikir yang anda belum menjadi orang yang berjaya. Anda mungkin lebih berjaya daripada ramai mereka yang gagal di luar sana.
2) Emel : Mengirimkan emel kepada pelanggan anda dan memberikan panduan, tips atau memberikan perkembangan terkini tentang produk atau perkhidmatan anda akan membuatkan mereka tertunggu-tunggu berita daripada anda.
1) Sentiasa tersenyum dan teruja : Ya, ini adalah penting kerana pelanggan suka berurusan dengan mereka yang memberikan mereka tenaga positif. Pastikan anda juga boleh buat pelanggan tersenyum dan teruja selepas berjumpa dengan anda atau berurusan dengan anda. Mereka akan ingat dan kongsikan dengan orang lain secara percuma!

Wednesday, November 6, 2013

5 rahsia orang cina berjaya

Semalam sahabat saya ada berjumpa dengan 'Hartanah Guru' untuk promotion produk 'Double 'R' Bakery. Kebetulan di situ ada sorang mamat cina yang kaya di dalam perniagaan.. Dia teringin jugak nak tau Ape rahsia kejayaan nye di dalam perniagaan.. sbb  'Hartanah Guru 'ni pun belajar serba sedikit dari mamat ni. Mamat ni simpulkan dari ape yang telah dia terangkan kpd sahabat saya untuk kita sama2 berkongsi ilmu.

Untuk yang ingin mengeluarkan produk 'Enterprise' ye bukan 'SDN.BHD' tu banyak link yang kt blh buat promote untuk perkenalkan produk kita..Bayaran serendah RM 40.00 kt boleh bukak gerai di putrajaya setiap bulan selama 4 hari..kalau nak dapat income ribu riban waktu tu mmg syokk.. Tp bekalan kna banyak dan tip top.. banyak lagi tempat sebenarnya kalau kt betul2 berminat nak hantar produk kita..

-------------------------------------------------------------------------------------
5 RAHSIA ORANG CINA BERJAYA
orang Melayu wajib baca
---------------------------

1. Kerja makan gaji tu untuk sementara, untuk pengalaman kerja dan hidup.Orang Cina akan berniaga untuk membangunkan masa depan dan keturunan mereka.

2. Pelangan lebih penting dari untung, untung jangan letak banyak-banyak, sedikit tapi berterusan, pelangan diibaratkan raja kehilangan pelangan adalah musibah.Keuntungan boleh dicari tetapi pelanggan setia sukar dicari.

3. Orang Cina jarang bangkrup kecuali yang kaki judi dan kaki perempuan

4. Modal orang Cina semangkuk akan dicari balik 5 mangkuk. Semangkuk untuk keluarga,semangkuk untuk disimpan dan baki 3 mangkuk untuk putaran dan pengembangan perniagaan.

5. Kalau mereka ditawarkan pinjaman.Mereka akan bertanya berapa bunganya (faedah dikenakan) bukan berapa ansurannya setiap bulan

Sunday, October 27, 2013

Ten internet business ideas to help you make money on the side


With rising prices and the continued squeeze on wages, many people are looking for an extra source of cash.

And the good news is that starting up a business on the side is easier than ever before. It's not always true that it takes money to make money. In today's connected world, there are dozens of possibilities for online businesses that can be set up on a shoestring and run part-time. Indeed, recent research from Direct Line for Business has found that eight million of us are already doing so.



And more such 'bedroom businesses' are appearing every day, according to jobs marketplace Freelancer.co.uk. Earlier this year, it carried out a research study which concluded that the number of new spare-time start-ups rose by a third over the previous year.

And, the study found, the average start-up cost of such a venture was just £325. Respondents gave a number of reasons for the low cost, but the main two are obvious: the lack of need for office space, or for retail space when selling online.

"Starting a microbusiness online is easier than ever, and is less risky with small start up costs," says Freelancer.co.ukEuropean director Bill Little. "Many of the people in this study set up businesses alongside their own jobs, hiring in freelancers for short projects to help get the business off the ground, before leaving their job to run the business full time."

Some such businesses are essentially online versions of traditional companies - selling home-made goods, for example - while others are new to the digital age. We look at some of the options.


1. Sell something home-made
There's been an explosion in the quantity and quality of hand-made goods available in recent years, and all thanks to the internet. It's no longer necessary to open a shop or secure deals with retailers: just create a website and start selling. Making it even easier are sites such asEtsy or Not On The High Street, which act as a marketplace for your wares. Costs vary from site to site, but can involve a joining fee, a charge for each listing and/or a percentage of sales.

2. Online trading
You don't need to make something yourself to sell it online. So many people now make an income buying and selling on eBay that they have their own independent trade organisation, the Professional eBay Sellers Alliance (PESA), whose members are turning over more than $400 million a year. Some make their money by cutting out the middleman, buying goods from wholesalers and selling them direct to the public. Others use their expertise to source, say, vintage clothes or antiques cheaply and sell them on at a profit.

3. Become a freelancer
Many specialist jobs are now routinely put out to freelancers working from home. Particularly in demand are technical skills such as website design, programming and software development, along with graphic design and marketing. Numerous agencies exist to match freelancers with jobs, including Freelancer.co.ukFreelancers.net and People Per Hour.

4. Teaching
The advent of video calling services such as Skype has made it far more practical for teachers to offer lessons online. There's a rapidly-growing market for English as a Foreign Language (EFL) teachers, who can sit at home and tutor children halfway round the world - it's particularly popular in China, Korea and Japan. Some of the bigger players are EnglishtownTelelangue and GlobalEnglish. Teachers can set their own hours, and many go on to set up their own small online schools.

5. Become a virtual PA
These days, there's really no need for a PA to be in the same town as his or her boss, let alone in the same room. There's also an increasing demand for part-time secretarial or admin support. As with teaching, there are several agencies that offer such virtual PA services, but many people simply start up by themselves with one or two small clients. Unlike teaching, though, it can be hard to find work that fits round an existing job.

6. App development
Had a brilliant idea for an app, but lack the technical skills? If your idea's good enough, you won't need them. It's now possible to hire top-notch Indian programmers to design an app for you at a fraction of the cost in the UK.

7. Write an e-book
With the advent of ebooks, writers stopped needing to win agents and editors over - and self-publishing stopped meaning vanity publishing. Many people have a rejected novel under the bed, or a store of specialist knowledge just waiting to be written down. Publishing options include Amazon Kindle Direct PublishingSmashwords and iBooks.

8. Start a blog
This isn't one for a quick return - very few blogs ever make any serious money, and those that do generally take years. But if you have something you're passionate about, it can be worth a try. Drive traffic to your blog using social media, search engine optimisation and internet marketing and eventually - with a bit of luck - it becomes possible to make money from advertising and affiliate links.

9. Start a membership site
If you're an expert in your field, you can charge a monthly fee for access to an information-based website. Successful sites offer articles, seminars and member forums and can become highly profitable.

10. Data entry
Not one for the faint-hearted, as the work can be repetitive and low-paid. It's important, too, to do your research before taking on work, as it's an area associated with a number of scams. But start-up costs are low, timing is completely flexible, and the only skill required is fast and accurate typing.



Tuesday, October 8, 2013

Mynic - Me, Myself & I Campaign

Dear Valued Customers,
MYNIC Berhad is pleased to inform our new campaign "Me, Myself and I" from 1 October 2013 to 31 October 2013. 
Please register your name with .my (example johan.my, jeeta.my, jialing.my) and stand a chance to win an Iphone 5S, Samsung Galaxy Note 3 and Blackberry 9900.
We thank you for your continuous support towards .my domain name. Terms and Conditions apply.
Please do not hesitate to e-mail us at corpcom@mynic.my or call us at 03-8943 5510 for any queries.

*Terms and Condition apply

Thank you.


Yours sincerely,

MYNIC Berhad

MYNIC Berhad (735031-H)                 | Tel          : +603-8991 7272
Level 3, Block C                                | Fax          : +603-8991 7277
Mines Waterfront Business Park        | E-mail     : domreg@mynic.my (Registration)
No. 3, Jalan Tasik                             |                   billing@mynic.my (Billing)
The Mines Resort City                       | URL        : http://www.mynic.my
43300 Seri Kembangan                      | Work. Hr : 0830-1730MYT(Mon - Fri)
Selangor Darul Ehsan                        |
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=


Bagaimana nak mulakan bisnes printing hanya dari rumah

Salam ceria!

2 tahun lepas, saya telah melancarkan 1 produk yang saya sendiri tak sangka akan mendapat
sambutan di luar dugaan!

Produk ini telah terjual lebih 2000 unit!

Nak tahu produk apa?

Ianya panduan video bagaimana nak mulakan bisnes printing hanya dari rumah!

Why mereka berebut-rebut beli panduan ni?

Di dalam panduan tersebut saya telah bongkarkan RAHSIA bagaimana anda boleh memulakan bisnes ini :

TANPA beli mesin!
TANPA upah pekerja!
TANPA sewa pejabat!

Dan yang paling best, TANPA modal yang besar!

Ya! Anda tidak perlukan modal beribu ringgit untuk mulakan bisnes ni!

Malah, saya juga bongkarkan rahsia anda boleh mulakan TANPA MODAL!

Anda boleh lihat testimoni mereka yang dah buat duit sehingga RM20,000 dengan bisnes printing!

[+] http://www.pakarbisnesprinting.com/specialoffer/


Ikhlas,

Haszoor Muaidi

p/s : stok dvd buat duit dengan bisnes printing hanya tinggal 30 unit sahaja dan akan dihantar menggunakan pos laju!

Peluang yang paling mudah untuk anda buat duit adalah melalui AFFILIATE

Salam ceria!

Di internet terdapat pelbagai peluang untuk anda buat duit.

Dan peluang yang paling mudah untuk anda buat duit adalah melalui AFFILIATE!

Apa itu Affiliate?

Secara ringkasnya, anda menerima komisyen dengan menjual produk orang lain.

Kebiasaannya produk affiliate berbentuk digital seperti ebook, software, apps, video dan juga audio.

Macam mana nak buat duit dengan affiliate?

Langkah 1: daftar sebagai agen di mana-mana program affiliate.

Langkah 2: promosikan produk digital tersebut.

Langkah 3: terima komisyen hasil jualan produk digital tersebut.

Mudah bukan?

Yes! Memang mudah!

Tapi...

TANPA ILMU & TEKNIK yang betul, belum tentu anda mampu menghasilkan income 4-5 angka sebulan melalui affiliate.

So saya dah sediakan 1 platform untuk anda belajar secara online, bagaimana anda boleh buat duit sekurang-kurangnya RM2,000 hingga RM10,000 sebulan!

Anda boleh lihat bukti di sini :
[+] http://www.tentera-affiliate.com/

Apa yang anda dapat selepas join kelas online ni?

# 25 senarai produk digital yang HOT dan LARIS!
# Bahan pemasaran produk!
# Komisyen jualan 50% untuk SETIAP PRODUK!
# 6 STRATEGI promosi paling POWER!
# Teknik promosi guna FACEBOOK!
# Teknik promosi guna FANPAGE!
# Teknik promosi guna AKAUN PERSONAL FACEBOOK!
# Teknik promosi guna EMAIL MARKETING!
# Teknik promosi guna BANNER dan BLOG!
# Teknik promosi guna FORUM!
# Support group KHAS di facebook bernilai RM5,000
diberikan PERCUMA untuk anda!

InsyaAllah saya akan keluarkan lebih 100 produk untuk anda promosi..kebiasaannya komisyen untuk produk-produk saya 50%..

Untuk anda capai 4-5 angka sebulan memang tak mustahil!

So, yuran pendaftaran kelas online ini sebenarnya RM500...

Tapi saya buka OFFER RM300 untuk 3 hari SAHAJA!

Selepas itu saya akan naikkan kembali kepada harga asal.

[+] http://www.tentera-affiliate.com/daftar.html


Ikhlas,

Haszoor Muaidi