Monday, February 3, 2025

Game Plan Ekuiti Rumah

Malam ni aku nak bongkar satu rahsia kewangan yang ramai orang terlepas pandang — Game Plan Ekuiti Rumah!

Kenapa ramai bangsa Cina pandai gunakan rumah sebagai mesin jana duit? Jom kita kupas strategi mereka.

1. Apa Itu Ekuiti Rumah?

Ekuiti rumah = Nilai semasa rumah - Baki pinjaman bank

Contoh:
- Nilai rumah: RM500K
- Baki loan: RM300K
= Ekuiti: +RM200K (ini lah ‘DUIT TERSEMBUNYI’ kau!)

2. Cara Bijak "Perah" Ekuiti Rumah:

Langkah 1: Cek Nilai Semasa Rumah
- Jangan teka sendiri!
- Hubungi bank atau ejen hartanah untuk dapatkan harga pasaran terkini.

Langkah 2: Kira Baki Pinjaman Rumah
- Semakin rendah baki loan, semakin besar ekuiti kau.
- Target: Biar ada gap besar antara nilai rumah & baki pinjaman.

Langkah 3: Refinance Loan Rumah
- Pergi bank, apply refinance.
- Contoh: Bank luluskan RM400K.
- Baki loan lama: RM300K → Lebihan cash: RM100K masuk poket kau!

3. Apa Nak Buat Dengan Duit Cash Out Tu?

Strategi tutup hutang:
- Settle hutang-hutang dengan faedah tinggi.
Contoh:
- Hutang kereta: RM50K → Bayar habis guna duit refinance.
- Baki duit: Simpan, labur, atau buat renovate rumah.

Kenapa Strategi Ni Power?
- Faedah loan rumah (3-4%) jauh lebih rendah dari faedah hutang kereta (5-7%).
- Jimat faedah + kurangkan komitmen bulanan.

Langkah Penting Tak Tersilap Langkah:
==============================
1. Jangan syok sangat dapat cash, terus beli iPhone baru!

2. Jangan extend loan rumah terlalu lama, nanti umur 60 pun masih membayar.

3. Pastikan kadar faedah refinance lebih rendah dari loan lama.

4. Duit lebihan? Jangan joli. Buat tabung kecemasan atau pelaburan.

5. Bayar loan tepat waktu lepas refinance, jangan bagi nama naik blacklist!

Rumah bukan sekadar tempat berteduh, tapi "mesin ekuiti" yang boleh membantu urus kewangan dengan lebih bijak. 

Gunakan strategi ni betul-betul, hidup kau akan jadi lebih santai, kurang stress pasal hutang!

Ilmu ni untuk mereka yang belum tahu sahaja 😅
Nak tahu lebih lanjut? DM je terus!

#GamePlanEkuiti #StrategiBijak #RefinanceRumah

No comments:

Post a Comment