2. Antara pilihan peniaga adalah barang bundle, baju vintage dan seumpamanya. Harga masa tu tak masuk akal. Sehelai baju sampai RM4k. Topi 2-3 ribu.
3. Dengan bawa slogan 'Demo kenal bare' dan 'duit demo bare kawe', harga barang bundle dan vintage dijual secara bid memang diluar kewarasan akal.
4. Walau harga keras, tetap sale laju yakmat. Bagai cendawan tumbuh datang peniaga baru mencuba nasib. Kebanyakannya berjaya.
5. Income peniaga online masa tu lebat sungguh, belum masuk nilai hadiah gift. Singa lah, keretapi lah. Maka ramai berhenti kerja dan buat LIVE sepenuh masa.
6. Namun masa demi masa, satu persatu mula jatuh. Acc Tiktok kena sekat, kena permanently ban, hilang habis followers beratus ribu.
7. Yang tak kena ban pula, sale merudum teruk. Tiada lagi pemberani nak bid barang mahal-mahal. Akhirnya dijual lelong murah-murah dan akhirnya tumbang terus.
8. Mereka terlalu teruja dengan wang mudah masa tu. Jual apa laku belaka. Mereka lupa, masa tu PKP. Orang berkurung. Sebahagian besar masa orang buka media sosial. Sebab tu ramai view.
9. Masa PKP juga orang banyak duit. Moratorium pun dapat. Anak tak pergi sekolah, tak perlu duit belanja. Bayaran taska, van sekolah tak perlu. Minyak kenderaan tak perlu. Jimat kehidupan masa tu, duit pula banyak, maka kuasa beli itu jadi tinggi.
10. Zaman sekarang, kuasa beli rendah. Banyak komitmen perlu dilunaskan. Orang pergi kerja fizikal dah menyebabkan audiences kat alam maya menurun.
11. Bulan lepas, seorang kenalan aku tutup kedai. Tak mampu bertahan. Sebelum ni dia ada dua buah kedai bundle. Siap sewa satu bangunan hanya untuk buat LIVE sahaja.
12. Masa nak raya baru-baru ni aku lihat ada peniaga sampai merayu orang beli barang dia untuk modal balik kampung dan baju raya anak-anak.
13. Dari 100 peniaga, rasanya sekitar 80 dah give up. Kembali kerja hakiki. 20 lagi masih mampu bertahan kerana nama mereka dah besar, bisnes dah betul-betul matang. Bukan bidang terjun baru bermula yang duit syarikat pun tak kukuh lagi.
14. Jadi, jangan terlalu teruja dengan content monetize di FB ni. Anggap ianya adalah bonus sahaja. Platform ini bukan milik kita. Bila-bila masa boleh hilang dan tumbang.
15. Terus sahaja konsisten bina content, belajar dan gali ilmu memaksimakan media sosial untuk generate income. Tak rugi berilmu ni. Orang yang ada ilmu content, jatuh sebanyak mana di dunia maya, mereka boleh bangkit dengan pantas.
#MFS
.
No comments:
Post a Comment