Thursday, December 25, 2025

Never Do Business without Insurance

DEAR MAN, KNOW YOUR BOUNDARIES WITH WOMAN.
THERE’S A THIN LINE OF BEING KIND / BEING STUPID.

Dulu, tahun hujung 2014, aku mula ceburi diri dalam perniagaan vep. Business yang mula-mula aku buat suka-suka, turns out as a big bang waktu tu. Waktu tu, I am nobody, ada kereta myvi sebiji, tu pun mak ayah yang tolong keluarkan.

Ada sebiji towing, ada team callman sendiri, LW Auto. Waktu tu, aku pun ada tolong business mak aku, repair and service VACIS (vehicle and cargo inspection system) dekat Port Klang. Time tu, aku pun berniaga otak2, ada 2 cawangan kt klang. Aside from that, malam2 aku buat pasang sound system cari duit lebih.

Nak jadi rezeki, business vep waktu tu jadi business yg booming, dapat sales juta2 sebulan. Bina team dari zero to hero, seronok tgk kawan2 yang sama2 start dari bawah, last2 dpt beli superbike, dpt bolt on kereta, dpt beli rumah, dapat habiskan hutang PTPTN.

Seronok waktu tu rasa, dpt jadi employer yang mampu mengubah hidup seseorang. Tapi setiap nikmat yang datang pasti didatangi dengan dugaan.

Kita ni laki, biasalah ada pasangan. Ada gf. Tapi dulu semua benda yg aku buat, aku buat and story dengan gf aku. Waktu susah, waktu sedih, waktu happy, waktu semua waktu lah kita kongsi bersama. Sebab apa ? Sebab niat kita mmg nak dirikan rumahtangga sama2, kita cuba nak jadi lelaki yg bertanggungjawab and provider for the family.

Tapi waktu tu, keseluruhan team aku secara senyap dipegang oleh ex-gf aku. Waktu tu cuma ada 2 team,

1. Sales and marketing (group budak2 myvi)
2. Production team (intake batch production staff pertama).

Dalam diam, ex-gf aku ni cuba takeover production team. Dia burukkan aku dekat team, and rancang macam2 plan belakang aku. Smpailah flavor aku kena clone, bukan dengan org lain, tapi dengan staff sndiri, yang mana ex-gf aku pun terlibat sama. Resepi yang penat2 aku buat and perfectkan, customer relation yang penat2 aku bangunkan bersama team sales and marketing.

Bila aku beli kereta baru, mulalah ex-gf aku merah mata. Aku pun xtau apa dalam fikiran dia but aku rasa dia rasa entitled for a profit cut, or, equal income. What the heck. What is your contribution to the company ? Dulu waktu aku nak kerja kau bising, selalu cakap aku takda masa utk kau lah, jangan pergi kerja lah.

Tapi, bila waktu aku berjaya, kau pulak yang lebih2 sebok nak ambil semuanya. Kononnya harta sepencarian. What the heck, you are not even my wife yet that time. And all you did was bising i takda masa, but u want a profit cut ? And u feel entitled utk sebahagian dari hasil kerja aku ?

Sorry to say this but most women i know, semuanya spesis macamni. Even kalau dah berkahwin and cerai, rata2 kata bekas suami tak pernah bagi apa2. Ex suami jahat. Ex suami ada perempuan lain. Semuanya salah lelaki. Whereas the main farking problem adalah, cara perempuan ni berfikir, and their actions. Yang ultimately makes the man turn sour on you.

Immediate damage of the cloned flavor was quite huge, aku rugi dekat Rm300,000 sbb nak compensate ganti barang clone dalam market dgn brg original, together dengan campaign utk recall smua original product and place security hologram masa tu.

Kalau org luar yg clone, takpa lagi, ni awek kau sendiri bro. Org yang mungkin kau paling percaya waktu tu. Mungkin aku bodoh la percaya sangat. Kita ni sebagai lelaki kalau dah kahwin pun, make sure utk simpan semua resit belanja, belanja makan, baju, baju anak, semuanya. Duit tengok wayang, holiday, entertainment etc.

Bukan sebab nak berkira. Tapi kalau jadi apa2 dimasa akan dtg, itu sahajalah bukti yang ada yang kita ni, cuba nak buat yg terbaik utk pasangan kita. Kalau masuk court, takda bukti ni smua, auto kita akan jd “suami tak bertanggungjawab”. 

Tak cukup lg dengan masalah banyak waktu tu, aku decide untuk blah and kahwin dengan org lain. Yes, waktu aku nak kahwin dengan gf baru yang skrg ni dah pun jadi ex-wife aku. Waktu tu, dia ugut mintak Rm100,000. Katanya, kalau tak, dia nak bagi kompromat to my soon to be wife waktu tu. 

Eii dahla buat kudeta tak menjadi, clone flavor pulak, pastu ugut pulak. Kalau nak cerita macam2 lg boleh cerita but I prefer to keep the aib lain to myself, as personal aib is not for public. Tapi jenayah yg mcmni, bagi aku, mmg tak boleh ditolerate and dihadam oleh otak aku ni.

Once kena blackmail dengan kompromat, aku pun buatlah report polis. Kena tangkap si pengugut tu which was ex gf aku. Last2 aku tarik kes, malas nak panjang cerita. Waktu rampasan barang2 utk search for kompromat, aku dapatlah tgk message2 dalam phone ex gf aku tu.

Yang paling aku takleh terima, boleh ye ex gf aku tu mintak tolong org utk pukul aku. Ntah mana abg long abg ngah abg longkang mana dia mnta tolong utk pukul aku. Depan ckp syg, belakang belakang macam2 perempuan ni boleh buat kt kita.

Sometimes we let our guards down too much to someone we call as “love/wife/gf”, tanpa kita tahu, yang niat dia sebenarnya sangatlah tak baik.

Fast forward 10 years, aku pun dah lupakan apa yg jadi. Si ex aku ni contact la aku nak pnjam duit Rm200, katanya dalam masalah kewangan, nak kena halau kalau tak bayar sewa. So aku fkir xpelah aku tlglah sbb nya dia pon baru bercerai dgn husband dia x silap masa tu, so aku tolong.

Then Rm200 tu, aku mntk balik, smpai harini tak dapat. Despite all your bullshit behavior, aku tolong lagi sbb rasa KESIAN tu kuat. But tak bayar balik bila aku mntk, and bagi alasan bodoh mcm kt bawah ni, mmg tak masuk akal.

So guys, beware lah. Kita ni lelaki, waktu kita ada status, ada duit, mmg disanjung ramai. Waktu kita susah belum tentu lagi pasangan hidup kita boleh terima. Aku yang waktu kejadian ni jadi pun, duit tgh banyak, pun jadi mcm2 hal ๐Ÿคฃ

Guys, beware. Tak semua perempuan yang ada dgn kita, ikhlas. Kadang depa ni punya jahat lagi lain macam. Kita ni laki paling kuat pon nakal jah. Tapi perempuan ni jahat dia terhadap pasangan dia boleh go unlimited and unthinkable level.

Wei, bayar balik la Rm200 aku tu ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ esok nak makan fish n chip ni, x ckup 200 ๐Ÿคฃ


Tuesday, December 23, 2025

CARA BEKUKAN AKAUN SCAMMER

CARA BEKUKAN AKAUN SCAMMER 

Masa saya kene. Apa yang saya lakukan dalam tempoh 2 jam selepas kene scam.

1. Terus call 997, beri maklumat acc bank, no acc bank, berapa amount, bila transaksi, bukti whatsapp, bukti call, bukti no hp, nama penerima dan sebagainya.

2. Terus ke balai polis berdekatan, buat report, dan beri maklumat seperti diatas

3. Pihak bank acc penerima terus bekukan kedua dua acc

4. Dapat panggilan dari unit cybersecurity dan juga io

5. Acc penerima disahkan sebagai acc keldai, dan scammer telah keluar kan duit secara manual di atm.

6. Report dari cybersecurity telah pun dapat dalam tempoh 14 hari bekerja. Tapi nasib tidak menyebelahi saya sbb duit tak dapat balik, sbb acc keldai tersebut telah pun dikosongkan oleh scammer.

7. Walaubagaimanapun, pemilik acc keldai tersebut dalam siasatan, adalah menjadi kesalahan ya jika kita menyewakan acc bank kita kepada third party.

8. Kanun Keseksaan (Akta 574) - Seksyen 420 – Menipu
Jika benarkan akaun bank digunakan untuk penipuan:
Hukuman: Penjara sehingga 10 tahun, sebatan, dan denda

9. Seksyen 411 / 414 – Menyimpan atau membantu hasil jenayah
Kalau tahu duit dalam akaun hasil jenayah:
Hukuman: Penjara sehingga 5–7 tahun dan/atau denda

10. Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram & Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001
(Akta 613) Jika akaun digunakan untuk:
Scam
Love scam
Macau scam
Judi online
Penipuan pelaburan
➡️ Pemilik akaun dianggap bersubahat
Hukuman:
Denda sehingga RM5 JUTA
Penjara sehingga 15 tahun

11. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)
Jika terlibat dengan scam melalui:
WhatsApp
Telegram
Media sosial
➡️ Seksyen 233
Denda sehingga RM50,000
Penjara sehingga 1 tahun

Update Scammer Part 2: Cara Saya Pastikan Akaun Scammer Kena Sekat
Memandangkan ramai spam sampai saya pun tak dapat nak reply semuanya sekaligus. Saya tolong semampunya ya.

1. Maklumat Scammer

Pastikan awak ada no akaun bank scammer, nama akaun dia, alamat rumah (ni saya dapat daripada post orang lain), reference id transaksi (boleh rujuk resit bayaran), Qr code scammer tu pastikan awak tau banknya apa (setiap bank ada warna qr codenya sendiri)

2. Saya Call 997

Setiap maklumat itu awak boleh maklumkan/adukan kepada pihak berkenaan. Kalau part saya, maklumkan je semua maklumat yang saya senaraikan kat point no 1 tadi.

3. Buat Laporan Polis

Pastikan setiap perbualan (text&voice) ditunjukkan kepada pihak polis supaya memudahkan mereka karang ayat untuk lampiran laporan.

4. Laporkan Kepada Pihak Bank / Yang Diberitahu Oleh Pihak Polis

Kalau saya buat masa ni perlu pergi kepada bank & KPDNKK untuk serahkan laporan polis /surat (ni polis akan hasilkan)

Setakat itu sahaja yang saya lakukan untuk pastikan akaun scammer itu dibekukan. Sebarang penambahan maklumat daripada yang arif akan hal ini adalah sangat dihargai. Saya harap kita sama-sama saling membantu membanteras golongan penipu terlaknat ini.


KAU MISKIN SEBAB KAU MALAS !!

1. Ini Mike Black. 

2. Dia claim dia jutawan hasil dari usaha dia sendiri. 

3. Dan dia nak buktikan ... nak berjaya... kena ada skill (ilmu) , kemahiran dan disiplin.

4. Dia percaya ini resipi utama dan ini sahaja resipi nak berjaya. 

5. So dia buat kerja gila. 

6. Tahun 2019..dia buat satu eksperimen.

7. Dia pilih nak jadi gelandangan dengan sengaja. 

8. Dia letgo rumah, saving dan takder back up plan. 

9. Dia tinggalkan untuk diri dia start balik kehidupan dengan duit seratus jer dan satu smartphone dan sepasang baju jer. 

10. Dan set target dalam masa setahun, dia nak build kekayaan 1 juta ...Dollar tau..bukan ringgit Malaysia. 

11. Simple je untuk dia... skill akan mengatasi keadaan dan kekurangan dia. 

12. Usaha gegila, jadi ultra rajin...dedikasi... akan beat segalal kesusahan dia sebagai gelandangan. 

13. So dia benar benar hidup merempat. Sebulan pertama dia cari kat craiglist, orang nak let go free furniture. Dia amik dan jual. 

14. Dari situ dia mencari tempat tidur, cari makanan, cari keselamatan.

15. Dalam masa yang sama cuba membina pendapatan dan perniagaan dari kosong. Dan bila dah ada basic shelter..dia jadi middlemen pulak. Dia cari business yang offer service...dia jumpakan dengan clients...so dia takyah fullfill service...

16. So apa yang jadi ?

17. REALITI BERLAKU. 

18. Dan realiti tak kisah pun kita ada niat apa... apa yang real tetap real. 

19. Hidup sebagai gelandangan...

20. Tidur jadi tak menentu.

21. Masalah kesihatan mula muncul. Sakit gigi. Jangkitan...macam macam weh..
 
22. Lepas tu rasa letih berpanjangan.

23. Masalah kecil jadi besar kerana tiada ruang untuk recover...healing....

24. Bila badan dah mula lemah, fikiran jadi terjejas.

25. Keputusan jadi base on pendek akal.Terdesak. Short term basis.

26. Long term vision yang dibangga bangga kan sebemum ni dah jadi tak penting. 

27. Terdesak nak survive harian.

28. Hmm... Kan ini apa yang majority kita tengah hadap. 

29. Kelangsungan hidup menggantikan strategi.

30. Jadi... lepas lebih kurang 10 bulan...

31. Dia give up... stop eksperimen. 

32. Masa tu ayah dia pun sakit...

33. Dia sendiri makin tak sihat... 

34. Akibat stress... dia kena Auto Immune Syndrome. 

35. Nak aim satu juta dalam masa setahun tak relevan dah. 

36. Dia balik jadi manusia biasa...balik kepada kekayaan yang sedia ada.

37. Dah takder claim jutawan from zero.

38. But bukan la langsung gagal.

39. Sebenarnya dia dapat gak build wealth, dia dapat USD 64 ribu dalam tempoh masa tu. Hebat dah tu.

40. Hari ni kembali kepada business asal dia.. 

41. Dia ada business nama Told Media... satu agensi pembangunan software. 

42. Tapi dia dah berubah... kalau dulu dia cakap ..nak berjaya kena kerja kuat...Hustle harder....

43. Sekarang dia mengaku...sebenarnya bukan semata mata hustle. 

44. Dan ini yang saya belajar. 

45. Kita patu berhenti mengatakan orang miskin atau orang yang gagal dalam hidup mereka semata mata kerana mereka kurang disiplin.

46. Berhenti cakap orang jadi miskin kerana tiada visi, takder ilmu. 

47. Ramai berada dalam kemiskinan atau gagal dalam usaha membina kekayaan kerana kesihatan tidak stabil, persekitaran menekan, kekangan masa Masa dan fikiran yang sentiasa terbeban. 

48. Elemen penting nak bina financial freedom ni... kena ada kestabilan.

49. Sokongan keluarga, persekitaran, kesihatan, susunan masa dan lain lain.

50. Impian menyusul selepas itu... sebab kalau no 49 ni ada...nak ada visi dan fokus pada usaha keras... baru mudah....kalau tak..memang susah.

51. Sebab kalau tak.. semata fikir nak survive, nak bayar hutang, nak mencari sedetik masa dan ruang untuk bernafas kejap dan recharge. ...memang sesak...

52. Dan itulah kebenaran yang jarang diceritakan dalam kisah kejayaan.

53. Dan...

54. Hakikatnya... takder satu orang kat dunia ni yang berjaya... dan takder satu kekayaan kat dunia ni berlaku... dari usaha keras, atau ilmu. 

55. Rezeki datang dari....... well tahu kan apa maksud yang saya nak sampai kan? kalau tak tahu boleh komen dan saya reply... Tapi..

56. Usaha kita adalah ibadah.. cari ilmu pun ibadah.. amal ilmu juga.... but bukan jadi punca rezeki... cuma asbab penyampai rezeki tu sendiri. 

57. Pesanan pada diri saya sendiri untuk jangan sombong dengan kerajinan, ilmu,kemampuan untuk fokus, visi dan pemikiran yang saya ada... Rupanya...bukan itu punca rezeki pun... 

Sunday, December 21, 2025

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)

๐Ÿ‘†Ada beberapa orang yang mintak aku ulas berkenaan rombakan kabinet baru ni. Tapi aku pilih untuk buat komen tertutup, maksudnya aku jawab pertanyaan orang yang bertanya dalam ruangan mesenger atau WhatsApp.

Tapi hari ni aku nak ulas sikit, sebab teruja betul dengan tindakan oleh YB Steven Sim bila dia mula masuk ke Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Steven Sim ni bagi aku kau tak payah nak ragui kebolehan dia dah, dari Ahli Parlimen Pembangkang zaman Covid-19 pun dia dah function teruk. Kan banyak video dia bagi bantuan, padahal Ahli Parlimen pembangkang je.

Semasa jadi Menteri KESUMA pun, memang boleh nampak dah segala Reform yang dia buat. Kalau nak tulis memang panjang, antaranya gaji minima dinaikkan ke RM1700, dasar gaji progresif, pengangguran yang semakin berkurangan dan beberapa pindaan akta serta akta baru di Parlimen.  Terbaru soal perlindungan PERKESO 24 jam.

Benda ni berlaku dalam dua tahun, dan YB Steven boleh buat kerja ni yang aku rasa mungkin Menteri lain perlukan dua penggal untuk buat. Sebab itu penting untuk kita ada Menteri yang ada idea dan boleh buat kerja.

Jadi aku memang ada letak harapan kat YB Steven bila dia masuk KUSKOP ni. Tapi aku betul-betul tak sangka kebaikan tu wujud pada hari pertama dia masuk.

Engkau orang ada baca tak kenyataan media Steven? 

Ok apa Steven buat, pertama dia buat satu garis strategi dia lah, A, B, C dan D. Benda ni engkau orang boleh baca sendiri. Kat sini pun dah tunjuk dia sangat bersedia nak masuk kementerian baru, dia dah kaji dan bersedia nak buat perubahan dan kebaikan. 

Yang aku betul-betul teruja hari ini bila YB Steven bagi,

1. Moratorium untuk mangsa banjir. Pergh.. Menteri lain tak sempat fikir, YB Steven dah siap umumkan untuk agensi bawah kementerian beliau. Apa je agensi bawah KUSKOP yang bagi pinjaman ni? KUSKOP ada Bank Rakyat, SME Corp, SME Bank, TEKUN, AIM, Suruhanjaya Koperasi (SKM) dan Perbadanan Nasional (PNS). Jadi kat sini mangsa banjir dah ada sedikit kelegaan.

2. Kemudian YB Steven umum pulak pembiayaan untuk Bumiputera melalui TEKUN dinaikkan kepada RM500 juta dari RM300 juta, SPUMI untuk usahawan India pulak naik RM50 juta dari RM30 juta dan PMKS untuk usahawan Cina pun dapat RM50 juta.

3. YB Steven arahkan agar pengurusan KUSKOP semak semula tempoh masa dan kos pemprosesan. Agar dapat wujudkan ekosistem perniagaan yang lebih mesra dan berdaya saing. Jadi YB tak nak, duit yang ada tu wayang je, dia nak usahawan betul-betul boleh dapat dan nak mudahkan proses tu.

Jadi serius aku nak bagi tahu, warga KUSKOP dan semua usahawan terutamanya yang baru nak mula dan yang baru nak meningkat naik yang perlukan bantuan KUSKOP ni, kita untung sebab Menteri kita tu YB Steven. 

Dalam dua tahun sebelum PRU ni, aku harap #KerajaanMadani melalui KUSKOP akan dapat melahirkan usahawan yang berkualiti yang dapat menyumbangkan kesejahteraan kepada rakyat dan negara melalui pembukaan peluang pekerjaan, cukai dan zakat. Maka kita dapat rancakkan MADANI melalui rukun ke-2 iaitu kesejAhteraan. 

Satu lagi harapan aku, tolong sampaikan kepada YB Steven, aku nak tengok yang Koperasi di Malaysia masuk level yang lebih tinggi. Rasanya banyak perkara lagi boleh buat dengan Koperasi. 

Macam mana tu? Contohnya, Koperasi ni disusun betul-betul, diuruskan dengan baik dan berstrategi untuk pastikan dia boleh jadi pendapatan tambahan untuk ahli/pekerja. Paling kurang pun diskaun untuk pekerja.

Mungkin perlu pindaan akta baru yang mana setiap pekerja boleh dipotong gaji serendah RM10 sebulan. Macam KWSP dan PERKESO. Tapi tujuan kali ini adalah untuk bagi pendapatan tambahan untuk pekerja dan diskaun.

Dengan 16 juta pekerja di Malaysia, kalikan dengan RM10, dah boleh dapat RM160 juta sebulan. Dah boleh beli atau labur dalam pasaraya dll.

Boleh buat tak? Sama-sama kita fikirkan. 

Untuk YB Steven, jalan teruih! Kami mempercayai YB.

Terima kasih 

Fairul al Qasas


๐Ÿ‘†Hari ini YB Steven Sim Chee Keong ๆฒˆๅฟ—ๅผบ sudah rasmi ‘clock in’ di KUSKOP dan terus melancarkan dasar baru kementerian. Beliau tekankan komitmen yang jelas: tiada peminggiran Bumiputra, tiada rakyat yang terabai semua rakyat Malaysia dijaga dengan adil.

Untuk setahun ke hadapan, semua tenaga dan sumber akan fokus kepada 4 teras utama:

ABCD STRATEGY

Accelerate Productivity – percepatkan hasil kerja, pastikan keberkesanan.

Bureaucracy Reduction – potong birokrasi yang menghalang kemajuan.

Capital Accessibility – mudahkan akses modal untuk semua pengusaha.

Develop Market Access – buka peluang pasaran lebih luas, dalam dan luar negara.

Bagi saya, beliau antara politikus yang memang boleh diharap. Rekod beliau di KESUMA jelas: hasil kerja nyata, dasar yang menyokong pertumbuhan usahawan tanpa pilih kasih kaum, dan keberanian untuk membuat keputusan yang tegas bila perlu.

Yang penting, Setiap langkah beliau dirancang untuk memberi kesan segera kepada ekonomi rakyat dan pengusaha. Fokus bukan pada retorik, tapi pada tindakan yang nyata.

Suara sumbang dari luar, macam Noh Udang tu, kita abaikan. Biarkan mereka bercakap tapi steven sim teruskan kerja. Tahun pertama ini kritikal untuk membuktikan bahawa KUSKOP di bawah Steven Sim mampu menjadi enjin pertumbuhan yang inklusif, praktikal, dan berkesan.

https://youtube.com/shorts/TP8qpRao1AE?si=9Fg_2aSxGA-_O9QX


Thursday, December 18, 2025

Easiest Way To Get Rich

Easiest ways to get rich:

1. Sell women Beauty
2. Sell men Lust
3. Sell parents Peace
4. Sell kids Dreams
5. Sell the rich Safety
6. Sell the broke Hope
7. Sell the old Youth 
8. Sell the young Status 
9. Sell the lonely Belonging 
10. Sell the sick Miracles 
11. Sell the healthy Fear
12. Sell the smart Shortcuts
13. Sell the dumb Validation 
14. Sell the faithful Certainty 
15. Sell the faithless Rebellion
16. Sell everyone Time

You can make so much money. Try either. You can’t go wrong.


8 Punca Rezeki Dalam Al Quran

8 Punca Rezeki Dalam Al Quran

1. REZEKI ANAK
Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.

(Al-Israa’ 17:31)

2. REZEKI YANG DIJAMIN ALLAH
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).

(Hud 11:6)

3. REZEKI PERNIKAHAN
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

(An-Nuur 24:32)

4. REZEKI BERSYUKUR
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

(Ibrahim 14:7)

5. REZEKI TAK TERDUGA
dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

(At-Talaaq 65:2)

6. REZEKI KERANA USAHA
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;

(An-Najm 53:39)

7. REZEKI SEDEKAH
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

(Al-Baqarah 2:245)

8. REZEKI ISTIGHFAR
“Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.

(Nuh 71:10)

“(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;

(Nuh 71:11)

Cukai dan Kesan Terhadap Peniaga Besar dan Kecil

1. Baru baru ini saya tengok klip YB Rafizi Ramli. Beliau cerita tentang peniaga kecil dan sederhana di Malaysia yang rasa sangat tertekan dengan cara cukai dikutip.
E invois, SST naik, LHDN makin agresif. Atas kertas kerajaan bangga umum kutipan cukai tertinggi dalam sejarah. Di bawah, ramai peniaga rasa sedang diperah. Seronok dengar ulasan YB Rafizi, banyak perspektif menarik. 
2. Cumanya dalam posting YB Rafizi, hanya mention peniaga Cina. Di sini saya mula tertanya, Melayu tidak tertekan juga kah?

Sebab bila buka TikTok dan Shopee, beribu akaun seller Melayu. Mereka jual makanan, fesyen, kosmetik, servis. Mereka pun peniaga, mereka pun bayar cukai, mereka pun rasa sempit bila kos naik dan polisi bertukar.

3. Untuk faham isu ini, saya rujuk semula data rasmi tentang pemilikan bisnes di Malaysia supaya tidak bergantung pada persepsi semata mata.

4. Data SSM dan dokumen kerajaan tunjuk lebih kurang 1,000,000 syarikat berdaftar di Malaysia.

Daripada jumlah ini sekitar 283,000 syarikat milik Bumiputera. Ini lebih kurang 28%. Maksudnya lebih 70% syarikat dimiliki bukan Bumiputera.

5. Untuk SME, data tunjuk sekitar 37% SME dimiliki Bumiputera. Daripada SME Bumiputera ini, lebih 90% berada dalam kategori perusahaan mikro. ‘MIKRO’ ya tuan cikpuan. Majoriti kat situ ja. 

Kebanyakannya bisnes kecil, B2C, banyak bergantung kepada platform online. Ya, satu lagi kita banyak kat online. Online platform tu pun bukan kita punya. Kedai premis fizikal pun melayu sewa ja. Ini kategori peniaga biasa, bukan korporat gergasi.

6. Di peringkat ekuiti dan KDNK, jurang lebih jelas. Pegangan ekuiti Bumiputera sekitar 18%, sasaran kerajaan 30%.

Sumbangan perusahaan Bumiputera kepada KDNK sekitar 8%, sasaran lebih kurang 15%.
Pada masa yang sama, penduduk Bumiputera hampir 70% daripada rakyat Malaysia.

7. Bahasa mudah, dari segi bilangan, usahawan Bumiputera memang makin ramai. Dari segi saiz, aset dan pengaruh ekonomi, Bumiputera masih jauh di belakang bukan Bumiputera. Inilah realiti struktur yang jarang dijelaskan bila kita bergaduh di ruang komen.

8. Sebab realiti inilah wujud agenda Bumiputera yang berterusan. Dana, geran, program Mara, skim vendor, pelan PuTERA dan pelbagai inisiatif lain.

Kita boleh persoal keberkesanan, integriti, ketelusan dan ketirisan, tetapi asasnya jelas
data tunjuk Bumiputera ketinggalan dari segi pemilikan syarikat besar, ekuiti, premis komersial dan sumbangan KDNK.

9. Pada masa yang sama, saya faham kemarahan ramai peniaga bukan Bumiputera. Mereka juga kategori SME. Mereka juga bayar cukai tinggi. 

Mereka nampak kroni kaya masih selesa, tetapi peniaga biasa yang kerap kena audit, kena e invois, kena tekanan aliran tunai.

Bila dalam masa yang sama kerajaan banyak bercakap tentang bantuan Bumiputera, mereka rasa seolah olah dilayan kurang adil.

10. Jadi wujud dua naratif yang berjalan serentak;

Naratif pertama, Bumiputera sebagai majoriti penduduk tetapi minoriti dalam pemilikan dan kekuatan ekonomi.

Naratif kedua, peniaga Cina dan bukan Bumiputera yang rasa mereka sedang menjadi sasaran sistem cukai dan polisi baru.

11. Kalau kita hanya nampak satu naratif, kita mudah marah kepada kumpulan lain. Ada yang kata kerajaan terlalu manjakan Bumiputera. Ada yang pula menafikan kepayahan peniaga Cina dan bukan Bumiputera.

12. Dari perspektif saya sebagai orang sales yang buat kerja-kerja besarkan market di Olive House, dah biasa melihat nombor dan realiti lapangan. 
Gambarannya begini, tekanan cukai ke atas peniaga biasa memang real untuk semua kaum. Pada masa yang sama, jurang pemilikan dan kekuatan ekonomi antara Bumiputera dan bukan Bumiputera juga real dan besar.

13. Keberkesanan program kerajaan patut terus dikritik dan diperbaiki. Ketirisan dan kronisme perlu dilawan.

Tetapi menafikan fakta jurang ekonomi Bumiputera ataupun menafikan tekanan ke atas SME bukan Bumiputera, kedua dua sikap itu hanya menambah api perkauman.
14. Tujuan saya tulis naratif ini mudah. Supaya lebih ramai rakyat nampak gambar penuh. Peniaga Cina rasa mereka sedang diperah sistem cukai. Peniaga melayu pun rasa yang sama juga. Tambahan lagi, Usahawan Bumiputera pula masih berjuang untuk naik ke liga lebih tinggi.

15. Andai kita boleh terima kedua-dua realiti ini serentak, kita boleh bergerak kepada soalan yang lebih sihat. 
Bagaimana hendak susun sistem cukai dan bantuan supaya peniaga kecil semua kaum rasa adil? 

Pada masa yang sama, jurang ekonomi Bumiputera semakin rapat, bukan semakin melebar.

16. Malaysia akan lebih harmoni bila setiap komuniti rasa ada ruang untuk bernafas dan membina masa depan. Bukan bila satu komuniti rasa tertindas dan komuniti lain rasa sentiasa dipersalahkan

Crysty Ng Story

Podcast #107 : “Saya pernah pokai sampai tak mampu bayar deposit kedai, tiba-tiba kawan datang dan cakap... nah ambil RM1 juta ni dulu.”

[⚠️ INI ADALAH PENULISAN YANG PANJANG, JIKA TAKNAK BACA BOLEH SKIP⚠️]

Pernah tak awak rasa hidup ini tidak adil?

Awak rasa awak sudah usaha keras, tapi hasilnya masih samar-samar.

Jika awak rasa begitu, awak perlu baca kisah Christy Ng ini.

Ramai orang nampak jenama Christy Ng sekarang sudah gah di pusat beli-belah.

Kasut cantik, beg tangan viral, kedai merata tempat.

Tapi ramai tak tahu, dia bermula dari lantai yang sangat bawah.

Ayahnya hanya pencuci penghawa dingin (aircond).

Ibunya suri rumah sepenuh masa.

Duit sentiasa menjadi masalah utama dalam keluarga mereka.

Sejak umur 9 tahun, Christy sudah faham satu perkara pahit:

"Kalau aku nak sesuatu, aku kena cari duit sendiri. Mak ayah tak ada duit."

Awak bayangkan, budak darjah 3.

Orang lain sibuk main kejar-kejar.

Dia pula berdiri di stesen LRT, jual bunga kepada orang yang lalu lalang.

Dia buat semua ini sebab nak beli barang yang dia suka, macam pen gel G2 atau kad mainan.

Semangat 'hustle' ini tertanam dalam dirinya sejak kecil.

Dia pernah jual aiskrim dengan gaji RM3 sejam.

Dia pernah kerja lipat baju kanak-kanak di pasar raya.

Dia pernah jadi pelayan restoran.

Universiti kehidupan mengajar dia lebih banyak daripada bilik kuliah.

Titik tolak perubahan hidupnya bermula secara tidak sengaja.

Segalanya bermula di Thailand.

Masa itu dia bercuti dengan kawan-kawan.

Dia jumpa satu kawasan borong kasut.

Harganya cuma 100 Baht (sekitar RM10 waktu itu).

Kasutnya cantik, murah, dan berkualiti.

Dia beli 4-5 pasang untuk diri sendiri.

Bila balik Malaysia, kawan-kawan semua puji.

"Cantiknya kasut kau! Boleh tak aku bayar RM50, kau tolong belikan untuk aku?"

Nampak tak peluang di situ?

Modal RM10, kawan sanggup bayar RM50.

Untung 5 kali ganda!

Christy jadi 'personal shopper' tak rasmi.

Dia ulang-alik ke Thailand, angkut kasut untuk kawan-kawan.

Lama-kelamaan, dia sedar satu masalah besar.

Pasaran mula tepu.

Ramai orang lain mula buat benda yang sama.

Malah ada yang jual lagi murah sebab mereka borong kontena besar-besaran.

Margin keuntungan Christy makin nipis.

Pesaing makin ramai.

Masa inilah kawan dia bagi idea gila pada jam 3 pagi di gelanggang badminton.

"Christy, kau pandai melukis kan? Kenapa tak buat jenama sendiri?"

Christy ragu-ragu.

Dia tak ada ijazah fesyen. Dia tak tahu apa-apa pasal rekaan teknikal.

Kawan dia cakap mudah saja:

"Letak nama kau sendiri. Jadi designer. Bila jadi designer, kau boleh jual harga tinggi sikit."

Malam itu, di gelanggang badminton, lahirlah jenama Christy Ng.

Bukan dalam bilik mesyuarat korporat, tapi tepi gelanggang masa orang tengah berpeluh main badminton.

Bermula dengan modal RM10,000 simpanan sendiri.

Dia buat bisnes dari ruang tamu rumah ibunya.

Zaman itu, Facebook Ads sangat murah.

Letak RM10, satu Malaysia boleh nampak iklan awak.

Christy 'ride the wave'.

Telefon dia berbunyi tanpa henti.

Dia tak ada laman web canggih pun masa tu.

Cuma letak nombor telefon di Facebook.

Orang call, dia jawab, dia jual.

Tapi, langit tak selalunya cerah.

Bila bisnes makin besar, masalah pun makin besar.

Cabaran paling getir dia hadapi ialah masalah aliran tunai (cashflow).

Tahun 2017, dia buat keputusan berani mati (atau mungkin kurang bijak masa tu).

Dia buka kedai fizikal kedua di Johor Bahru.

Kemudian dia buka kedai ketiga di MyTown, Kuala Lumpur.

Masa itu dia 'cowboy'.

Main langgar saja tanpa kira risiko terburuk.

Dia tak bersedia dari segi operasi.

Pasukan kerja huru-hara.

Paling sakit, kedai di MyTown itu adalah pusat beli-belah baru.

Orang tak ramai datang lagi.

Selama setahun, kedai itu rugi.

Setiap hari cuma dapat jualan RM50, tapi sewa kena bayar penuh.

Awak bayangkan stres dia macam mana?

Malam-malam tak boleh tidur.

Duit tunai makin kering.

Sampai satu tahap, dia tak mampu bayar kontraktor yang buat ubah suai kedai.

Dia hutang kontraktor tu selama setahun!

Apa dia buat? Dia tak lari.

Dia telefon kontraktor tu.

"Encik, saya minta maaf. Saya salah urus duit. Saya tak ada duit nak bayar sekarang. Boleh tak bagi saya masa?"

Nasib baik, kontraktor itu percaya padanya.

"Tak apa Christy, saya tahu awak takkan lari. Bayar bila awak ada duit."

Ini pengajaran mahal.

Bila sesak, jangan lari dari hutang.

Berterus-terang dengan pemiutang.

Kejujuran itu yang selamatkan dia.

Dalam kesempitan itu, datanglah bantuan yang tak disangka-sangka.

Ada seorang kawan (yang juga mentor dia), nampak Christy tengah susah.

Kawan tu cakap:

"Nah, ambil RM1 juta ni. Selesaikan masalah kau."

Tiada hitam putih.

Tiada perjanjian guaman yang tebal.

Hanya atas dasar percaya.

Kawan tu kata:

"Aku tahu kau tengah susah, tapi aku percaya kau takkan gagal. Nanti dah okey, bayar balik."

Gila kan?

Mana nak cari kawan macam ni?

Tapi ini bukan nasib semata-mata.

Ini hasil daripada reputasi dan kepercayaan yang dibina bertahun-tahun.

Mentor bantu sebab mereka nampak kita serius.

Mereka nampak kita 'lapar' nak berjaya.

Kalau awak malas, tak disiplin, bagi RM10 juta pun akan hangus.

Satu lagi strategi bijak Christy ialah 'Blue Ocean Strategy'.

Masa dia mula, dia tak lawan gergasi kasut secara terus.

Dia cari lubuk yang orang lain tak pandang.

Iaitu kasut kahwin.

Masa tu, susah nak cari kasut kahwin yang selesa dan cantik.

Pasaran kasut kahwin ni kecil, tapi sangat spesifik.

Bila dia dah 'takluk' pasaran kasut kahwin, barulah dia ada modal untuk buat kasut kerja dan beg tangan.

Dia tak tamak nak buat semua benda serentak.

Dia fokus satu 'niche', jadi pakar, baru berkembang.

Tentang duit dan bank pula.

Ramai usahawan takut berhutang dengan bank.

Tapi mentor Christy ajar satu benda penting:

"Jangan gaduh dengan bank. Bank adalah 'Bos' dalam bisnes. Layan bank macam VIP."

Pinjaman bank adalah modal paling murah berbanding jual saham syarikat (ekuiti).

Kadar faedah bisnes kadang-kadang cuma 3-4%.

Christy belajar guna instrumen bank untuk kembangkan bisnes.

Daripada guna duit tunai sendiri untuk buka kedai, dia guna Jaminan Bank (Bank Guarantee).

Duit tunai simpan untuk pusingan modal.

Ini beza orang bisnes biasa dengan orang bisnes skala besar.

Mereka pandai main nombor kewangan.

Jadi, apa yang kita boleh belajar dari gadis yang pernah jual bunga di stesen LRT ini?

Satu.
Mulakan dengan apa yang ada di tangan.
Tak perlu tunggu modal juta-juta.
Christy mula dengan RM10,000 sahaja.

Dua.
Jangan takut buat silap, tapi cepat-cepat perbetulkan.
Dia silap buka kedai di lokasi salah, tapi dia runding semula sewa dan bertahan sampai berjaya.

Tiga.
Jaga hubungan dengan orang.
Sama ada pembekal, kontraktor, atau mentor.
Bila kita susah, hubungan inilah yang akan selamatkan kita.

Empat.
Cari mentor yang jujur.
Cari mentor yang sanggup tegur kita "bodoh" depan-depan bila kita buat silap.
Bukan yang hanya puji melambung.

Lima.
Masalah yang kita rasa besar itu, selalunya lebih besar dalam kepala kita berbanding realiti.
Bila kita kongsi masalah dengan orang yang lebih bijak, mereka akan nampak jalan keluar yang kita tak nampak.

Hari ini, Christy Ng masih pegang 100% saham syarikatnya.

Dia tak ambil dana dari pelabur luar.

Dia bina empayar ini langkah demi langkah.

Dari jual bunga di stesen LRT, kepada jenama yang menjadi kebanggaan Malaysia.

Kalau awak rasa 'stuck' hari ini.

Ingatlah, awak hanya perlukan sedikit kreativiti, muka yang tebal, dan semangat yang tak kenal erti putus asa.

Kesusahan hari ini adalah cerita kejayaan awak pada masa depan.

Terus berjalan.

Sumber : (24) Hello Mentor S2, EP3 | Christy Ng - # OTW to Breaking down Barriers & Ignoring Limits - YouTube

Sekian,
Tun Abah
Belajar Content & Produk Digital

๐Ÿ‘‰๐ŸปDisclaimer : Di atas adalah kupasan isi penting dari video berbentuk naratif supaya lebih memudahkan pembaca untuk fahami, jika ada point-point yang pembaca tidak bersetuju, saya memilih untuk berlapang dada, ia pendapat masing-masing.

Tuesday, December 16, 2025

Kesilapan Kewangan Paling Biasa Rakyat Malaysia Buat dalam Umur 25–55

Kesilapan kewangan paling biasa rakyat Malaysia buat dalam umur 25–55 (unchecked)

Ramai orang fikir masalah kewangan berlaku sebab ekonomi, inflasi, atau gaji tak cukup.

Hakikatnya…
ramai yang “lepas pandang” kesilapan kecil yang berulang setiap bulan — tanpa sedar.

Inilah kesilapan kewangan paling biasa rakyat Malaysia umur 25–55 buat, terutama mereka yang hidup stabil dan ada lebihan duit.

1. Gaji naik, tapi cara urus duit tak naik

Ini kesilapan paling kerap berlaku.

Bila income naik, fokus kita automatik jadi: – upgrade gaya hidup
– tambah komitmen
– tambah reward untuk diri sendiri

Tapi cara fikir, sistem dan disiplin kewangan… kekal sama.

Akhirnya apa jadi?
Duit masuk lebih, duit keluar lebih laju.

2. Tak nampak “psychological leak” dalam kewangan

Bukan perbelanjaan besar yang bocorkan duit.

Yang bocor ialah: – perbelanjaan kecil tapi kerap
– subscription yang jarang guna
– lifestyle spending untuk “legakan stress”

Semua ni nampak kecil, tapi bila dikumpul: 10–20% income hilang tanpa arah setiap bulan.

Dan ramai tak sedar benda ni sedang berlaku.

3. Rasa selamat sebab ada lebihan duit

Ini perangkap ramai yang kena.

Bila bulan lepas masih ada baki:

“Tak apa, aku masih ok.”

Masalahnya, baki tu tak bertambah dari tahun ke tahun.
Lebihan wujud, tapi tak berkembang.

Ini bukan kestabilan.
Ini stagnation yang nampak selesa.

4. Terlalu banyak tahu, terlalu sedikit buat

Content kewangan ada di mana-mana: TikTok, YouTube, podcast, reels.

Masalahnya bukan kurang ilmu.
Masalahnya tak ada sistem untuk apply.

Bila semua tips bercampur: – saving sikit
– investment sikit
– side income sikit

Akhirnya tak ada satu pun yang jalan konsisten.

5. Tak ada roadmap kewangan yang jelas

Ramai tahu apa yang mereka nak elakkan: – hutang tak terkawal
– pelaburan salah
– silap buat keputusan besar

Tapi mereka tak jelas: – duit patut pergi ke mana
– berapa patut simpan
– bila patut grow
– bila patut protect

Tanpa roadmap, duit bergerak ikut emosi, bukan strategi.

Kesimpulan

Masalah sebenar bukan ekonomi semata-mata.

Masalah sebenar ialah kesilapan kewangan yang dibiarkan “unchecked” terlalu lama.

Bila kesilapan kecil tak dibetulkan: – income naik pun tak rasa lega
– saving ada tapi tak yakin
– hidup stabil tapi masa depan kabur

Duit tak boleh diurus dengan baik kalau diri sendiri tak diurus dengan sedar.

Bila anda mula: ✔ nampak psychological leak
✔ bina sistem yang jelas
✔ urus duit ikut strategi, bukan perasaan

Barulah duit bukan sekadar cukup —
tapi berkembang dengan tenang dan konsisten.

Friday, December 12, 2025

Apa Definisi Berjaya?

Apabila dah gagal-gagal berkali-kali,
soalan yang muncul dalam kepala saya adalah,

BAGAIMANA YANG DIKATAKAN BERJAYA SEBENARNYA? 

Adakah berjaya itu apabila kita,

- Dapat touch saving sejuta?
- Dapat income berpuluh ratus ribu sebulan?
- Dapat beli rumah berharga juta-juta?
- Dapat capai pangkat tinggi?
- Dapat jualan cecah jutaan setahun? 
- Dapat tayang kereta mewah?
- Dapat travel luar negara tiap bulan?

Adakah itu makna kejayaan?

.

Kalau lah begitu baru dikatakan berjaya, 
malanglah kita.

Malanglah hidup saya ๐Ÿฅบ๐Ÿฅบ

Padahal kita tahu daripada 30 juta penduduk Malaysia, kategori T20 sahaja akan merasa sebegitu. Atau mungkin peratusannya lebih kecil lagi (5-10%) sahaja. 

Adakah dunia sebegitu tidak adil?
Adakah itu satu-satunya jalan untuk dikatakan berjaya? 

Kalau tak dapat begitu adakah bermakna kita manusia gagal?

.

Patutlah ramai orang sakit jiwa. 
Sebab cuba kejar apa yang tidak sepatutnya dikejar.

Rupa-rupanya kita silap beri makna pada kejayaan. 

Kita beri makna mengikut hawa nafsu sendiri.
Mengikut neraca manusia. 
Bukan neraca Tuhan. 

Kita lupa bertanya, 
“Berjaya di sisi Allah itu sebenarnya bagaimana?”

.

Formulanya ada di dalam Al-Quran.

1- Sesungguhnya BERJAYAlah orang-orang yang beriman.
2- Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.
3- Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.
4- Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu).
5- Dan mereka yang menjaga kehormatannya.
6- Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
7- Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.
8- Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.
9- Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.
10- Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi.
11- Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

(Al-Mukminun 23: 1-11)

.

Adil kan Allah?

Tak kira golongan berpendapatan rendah, sederhana atau sesiapa saja, 
semua boleh berjaya.

Bukan tunggu jadi super Rich saja baru dikatakan berjaya. 

Sebenarnya bukan kita yang gagal.

Tapi kita meletakkan makna berjaya pada tempat yang salah. 

Padahal rezeki itu Allah sudah tetapkan.
Banyak atau sedikit Allah yang berikan. 

Selagi kita tak betulkan kefahaman,
selagi itu kita akan hidup dalam rasa gagal.

Yang sebenarnya kita yang tempah sendiri ๐Ÿ˜ญ


Hafsah Mardhiah
Bukan Hafsah yang dulu

Wednesday, December 10, 2025

6 Kebenaran Pahit Untuk Anda Yang Rasa "Stuck"

JANGAN TUNGGU 2026 BARU NAK BERUBAH (6 Kebenaran Pahit Untuk Anda Yang Rasa "Stuck")

Pernah tak anda rasa, 
"Aku tahu apa nak buat, tapi aku tak buat-buat juga"? 
Anda ada impian besar, tapi kaki rasa berat gila nak melangkah.

Saya baru tonton satu video dari seorang usahawan wanita, Leila Hormozi yang buat saya tersentak. 
Dia bukan cakap pasal marketing atau sales. 
Dia cakap pasal "Musuh Dalam Selimut" iaitu otak kita sendiri.

Leila pernah ditangkap polis 6 kali masa umur 19 tahun. 
Hidup dia hancur. 
Tapi hari ini, dia pemilik syarikat bernilai ratusan juta dolar.

Macam mana dia ubah hidup dia 180 darjah? 
Dengan menerima 6 "Kebenaran Pahit" ini.

Ini apa yang saya belajar:
________________________________________
1. KETAGIHAN "APPROVAL" ORANG LAIN

Kita selalu kata kita tak buat bisnes sebab "takut gagal". 
Leila kata, itu tipu. 
Sebab sebenar kita tak buat adalah sebab kita Ketagih Penerimaan (Approval Addiction).

Kita takut orang mengata. 
Kita takut orang pandang pelik. 
Leila cerita masa dia mula bisnes dulu, orang kata dia takkan berjaya kalau pakai baju sukan (athleisure). 
Dia cuba ubah cara pemakaian semata-mata nak puaskan hati orang, sampai hilang keyakinan diri.

Akhirnya dia sedar: "Lantaklah orang nak kata apa. 
Aku pakai apa aku suka." 
Bila dia berhenti kisah pasal pendapat orang, bisnes dia meletup.

Pengajaran: Kalau anda tak sanggup disalahertikan, anda takkan boleh berjaya. 
Biarlah orang kata anda "gila" atau "tamak". 
Itu harga yang perlu dibayar untuk kebebasan.
________________________________________
2. KEJAYAAN MENUNTUT "PERTUKARAN" (THE TRADE)

Anda tak boleh dapat hidup baru kalau anda masih pegang erat hidup lama. 
Leila panggil ni "Success Demands A Trade".

Anda nak badan sihat? Anda kena korbankan makanan sedap. Anda nak bisnes maju? Anda mungkin kena korbankan kawan-kawan lepak yang tak ada wawasan.

Leila terpaksa tinggalkan kawan-kawan serumah dia sebab gaya hidup mereka tak selari dengan wanita yang dia nak jadi. 

Sakit? Memang sakit. 
Sunyi? Ya. 
Tapi anda tak boleh pilih dua-dua 
(Keselesaan vs Kejayaan). 
Anda kena pilih satu.

Ayat pedih dia: "Anda tak dapat apa yang anda nak. 
Anda dapat apa yang anda usahakan."
________________________________________
3. KEJELASAN DATANG DARI PERGERAKAN (CLARITY COMES FROM MOTION)

Ini masalah paling besar ramai orang: Menunggu Rasa "Ready". "Nanti lah aku buat video bila dah ready." 
"Nanti lah aku start bisnes bila ilmu dah cukup."

Leila kata, dia tak pernah rasa ready. 
Masa dia mula Gym Launch, dia tak ready. 
Masa dia kahwin, dia tak ready. 
Masa dia buat content, dia tak ready.

Rahsianya: Keyakinan (Confidence) datang SELEPAS tindakan, 
bukan sebelum. 

Anda takkan rasa yakin masa kali pertama buat. 
Anda cuma akan rasa yakin masa kali kedua. 
Jadi, bertindaklah sebelum anda rasa bersedia.
________________________________________
4. FIKIRAN HANYALAH "BUNYI BISING" (THOUGHTS ARE NOISE)

Pernah tak otak anda cakap: 
"Kau ni gemuk", 
"Kau ni bodoh", 
"Kau takkan berjaya"? 
Leila ajar satu teknik visualisasi yang menarik.

Anggap diri anda sedang duduk di tepi jalan raya. 
Kereta yang lalu-lalang tu adalah Fikiran (Thoughts) anda. 
Ada kereta buruk (fikiran negatif), ada kereta mewah (fikiran positif).

Anda tak perlu "naik" semua kereta yang lalu. 
Anda boleh tengok je kereta buruk tu lalu: 
"Oh, ada fikiran negatif lalu. Okay, bye." 

Anda tak perlu percaya semua benda yang otak anda fikirkan. 
Pilih untuk "naik" kereta yang bawa anda ke destinasi yang anda nak je.
________________________________________
5. KUASA "SO WHAT?" (JANGAN LAWAN, TERIMA SAJA)

Bila kita risau (anxiety), kita selalu lawan perasaan tu. 
"Jangan risau, jangan risau..." Makin lawan, makin kuat risau tu.

Leila guna teknik "So What?" (Habis tu, kenapa?) Contoh:
• Otak: "Macam mana kalau orang gelakkan video aku?"
• Anda: "So what? (Habis tu kenapa?)"
• Otak: "Nanti aku malu."
• Anda: "So what? Mati ke kalau malu? Tak kan? Life goes on."

Bila anda terima kemungkinan terburuk tu dan kata "So what?", ketakutan tu akan hilang kuasanya. 
Anda jadi kebal.
________________________________________
6. TUKAR KEPERCAYAAN "KARUT" KEPADA YANG "LOGIK" (BELIEF SWAP)

Masalah utama kita ialah kita anggap 
Perasaan Takut = Tanda Bahaya. 
Leila kata ini salah. 

Takut selalunya bukan tanda bahaya, tapi tanda anda ada Kepercayaan Karut (Irrational Belief).

Contoh mudah: 
Ramai orang takut naik kapal terbang, 
tapi berani bawa kereta. 
Padahal statistik tunjuk naik kereta jauh lebih bahaya (senang mati) berbanding kapal terbang. 
Jadi, ketakutan tu TAK LOGIK (Irrational). 
Ia cuma mainan perasaan.

Dalam bisnes pun sama. 
Anda percaya: "Kalau aku gagal bisnes ni, hidup aku musnah." 
Fakta sebenar: "Kalau gagal, kau cuma rugi duit sikit, boleh cari kerja balik. Tak mati pun."

Teknik "Belief Swap" (Tukar Kepercayaan): 
Leila ajar cara nak buang kepercayaan karut ni:

1. Tangkap Fikiran Tu: Bila anda rasa takut/cemas, tanya: "Apa yang aku percaya sekarang?" (Contoh: "Aku percaya aku takkan berjaya sebab aku tak pandai").
2. Uji Logik: Tanya: "Adakah ini fakta atau perasaan je? Adakah kepercayaan ni membantu aku?"
3. Tukar Kepada Yang Rasional: Jangan menipu diri (Delusional). Jangan cakap "Aku adalah jutawan" kalau poket kosong. Itu gila.

o Sebaliknya, guna ayat yang LOGIK & MEMBANTU.
o Contoh Leila: Masa dia gemuk, dia tak cakap "Aku model Victoria Secret". 
Dia cakap: "Aku boleh dapat badan idaman KALAU aku kerja keras dan jaga makan."

Kesimpulannya: Berhenti percaya bulat-bulat apa yang otak anda cakap. 
Tukar ayat "Saya tak pandai" (Karut) kepada 
"Saya boleh belajar kalau saya mula sekarang" (Rasional).

Bila kepercayaan anda logik, ketakutan akan hilang.
________________________________________
KESIMPULAN

Tahun 2026 akan sampai sekelip mata. 
Kalau anda masih bawa "begasi" lama (takut orang kata, tunggu ready, layan fikiran negatif), anda akan kekal di tempat sama.

Kunci perubahan ada pada TINDAKAN, 
bukan pada plan cantik dalam buku nota.

Saturday, November 29, 2025

Ramai Langgan Perkhidmatan Google Tapi Tak Pernah ON Fungsi Paling Power

Ramai bayar Google tiap bulan… tapi tak pernah ON fungsi paling power.
.
.
Ada satu hari, aku duduk depan laptop.
Buka Drive.
Buka Gmail.
Buka Docs.
.
.
Benda yang aku buka hari-hari sejak 10 tahun lepas.
.
.
Dan tiba-tiba… aku perasan sesuatu yang buat aku terdiam.
.
.
Aku bayar Google setiap bulan. Tapi aku guna Google macam zaman 2018.
.
.
Email → buka.
Drive → upload.
Docs → type.
Itu saja.
.
.
Aku bayar untuk sebuah sistem 2025… tapi aku guna macam sistem 2018.
.
.
Makin aku gali, makin aku rasa satu benda: Aku berada dalam rumah penuh teknologi, tapi aku hidup macam rumah tu tak ada elektrik.
.
.
Dalam akaun Google yang sama rupanya dah ada benda yang aku sendiri tak pernah sentuh:
.
.
✅️ AI Search Drive yang cari fail <1 saat
✅️ NotebookLM yang hafal semua dokumen aku
✅️ Gemini yang boleh tulis, analisis & rancang terus dalam Docs/Slides
✅️ Veo & ImageFX untuk buat visual & video tanpa kamera
✅️ Search Workspace yang cari isi kandungan, bukan nama fail
.
.
Semua ni… dah ada dah sebenarnya.
.
.
Cuma aku tak pernah ON. Tak pernah explore. Tak pernah unlock.
.
.
Dan masa tu aku mula nampak pola besar:
✅️ Ramai orang tak perlukan lebih banyak apps.
✅️ Ramai orang cuma tak gunakan apa yang mereka dah bayar.
.
.
Kita fikir kita perlukan tool baru. Sebenarnya… kita cuma tak ON tool lama.
.
.
Kita fikir kerja perlahan sebab tak ada software. Padahal command paling penting pun kita tak pernah aktifkan.
.
.
Aku mula test satu-satu.
.
.
Bila aku taip: “Cari resit bulan 5.” Drive terus jumpa failnya — siap dengan konteks.
.
.
Bila aku upload 20 dokumen dalam NotebookLM, aku tanya: “Buatkan ringkasan bab 1 dan highlight isu utama.”
Ia jawab. Dan ia jawab berdasarkan dokumen aku sendiri, bukan teori.
.
.
Masa aku nak draft proposal, aku buka Docs, tekan satu butang Gemini terus tulis: “Ini outline cadangan projek berdasarkan objektif anda.”
.
.
Aku baca. Aku senyum. “Sumpah selama ni aku kerja keras tak bertempat.”
.
.
Dan masa tu aku rasa satu benda: Bukan kita tak produktif. Kita cuma tak kenal teknologi yang kita bayar.
.
.
Ramai orang bayar Google setiap bulan… tapi tak unlock 70% fungsi yang memang dah tersedia.
.
.
Kalau semua orang tahu apa yang aku baru discover ni… ramai akan sedar realiti sebenar: Masalah kau bukan tak cukup masa. Masalah kau tak ON AI Workspace.
.
.
Sebab tu aku buat satu benda: AI Workspace Essentials — RM99 setahun.
.
.
Bukan RM99 sebulan. Bukan servis buat kerja kau.
.
.
Tapi tempat untuk:
✅️ belajar ON semua AI Google yang dah tersedia
✅️ tahu button mana buat apa
✅️ tahu shortcut, preset & best practice
✅️ tahu guna Drive Search, NotebookLM, Gemini, Veo, ImageFX
✅️ guna Google 2025 macam Google 2025
✅️ bukan Google 2018
.
.
Skill sekali belajar → guna bertahun.
.
.
RM99 setahun dah cukup. Kalau ini servis buat proposal, buat content, bersihkan Drive memang patut RM99 sebulan.
.
.
Tapi ini bukan model tu.
Ini ilmu.
Ini kemahiran.
Ini cara kerja baru.
.
.
Dan jujur aku cakap: Bila kau dah ON semua feature ni… banyak apps lain tak perlu dah.
.
.
Google dah bagi semua, cuma kita yang tak unlock.
.
.
Kadang-kadang, yang mahal bukan software. Yang mahal ialah “tak tahu”.
.
.
Kalau kau rasa kau pun sama macam aku dulu bayar Google tiap bulan tapi guna 30% saja…
.
.
dan kau nak unlock sistem yang sebenarnya kau dah bayar 
๐Ÿ‘‰ WhatsApp “AI99” ke 013-303 3036
Aku tunjuk button yang kau tak pernah tekan selama ni.
.
.
Mungkin ini skill kerja paling penting tahun 2025 yang kau belum belajar lagi.
.
.
“Upgrade skill → upgrade hidup.”

Saturday, November 22, 2025

RICH DAD POOR DAD: BUKU YANG MENGAJAR KAU BANYAK BENDA… DAN MENIPU KAU PADA MASA YANG SAMA.

RICH DAD POOR DAD: BUKU YANG MENGAJAR KAU BANYAK BENDA… DAN MENIPU KAU PADA MASA YANG SAMA.

Kau pernah perasan tak,
buku ni selalu jadi “gateway drug” orang yang baru nak ubah hidup.

Kononnya…

“Bro, lepas baca buku ni aku nampak cahaya.”
“Mindset aku berubah.”
“Nak keluar rat race.”
“Nak jadi kaya, tapi dengan cara orang kaya.”

Tapi kalau kau betul-betul kupas, potong, belah dan bakar lapisan-lapisan buku ni…
Kau sedar satu benda pedih.

Penulis buku ni pandai jual angan-angan, lebih daripada dia jual realiti.

Dan majoriti orang… suka ditipu bila penipuan tu memberi harapan.

Kau nak tahu apa yang genius tentang buku ni?

Dia bukan ajar kau jadi kaya.
Dia ajar kau berfikir seperti orang yang nak jadi kaya.

Itu dua benda yang sangat berbeza,
yang ramai orang tak dapat bezakan,
dan orang macam ni la yang paling mudah terperangkap dalam cerita “duit bekerja untuk kau”.

Sebab hakikatnya…
Duit hanya bekerja untuk orang yang dah ada duit.
Yang belum ada? Kau kena kerja sampai reput dulu.

Aku kongsi bahagian yang bagus dulu.
 
Buku ni memang akan goncang kepala kau.
Dia tampar mindset orang yang hidup dalam autopilot.
Dia paksa kau lawan kepercayaan lama kau… 
kerja-kerja-kerja, simpan-sikit, mati.
 
Salah satu pelajaran paling terkenal,
dia tegaskan semula apa itu Aset dan Liabiliti.
Dia berjaya buat ramai orang tersedar yang selama ni kau belanja untuk nampak kaya, bukan untuk jadi kaya.

Dia expose sistem pendidikan tradisional.
Sekolah ajar kau jadi pekerja.
Buku ni ajar kau kritikal terhadap sistem.

Ini bahagian yang ramai orang suka.
Dan memang ada nilai.

Tapi nilai ni tak cukup untuk buat kau kaya.
Ia cuma cukup untuk bagi kau ilusi baru tentang “jalan nak kaya”.

Sekarang aku nak share bahagian yang orang tak suka dengar sebab bunyi dia macam kau sedang dicampak keluar dari mimpi indah.

Buku ni banyak nasihat dangkal.

Kalau kau dah ada sedikit pengalaman kewangan, 
kau akan sedar…

Banyak benda dia cakap tu bunyi cantik, tapi kosong.
“Beli aset.”
“Jauhi liabiliti.”
“Fikir macam orang kaya.”

Okay.
Tapi aset apa? Struktur macam mana? Risiko? Pajakan? Cukai? Aliran tunai? Pengurusan? Lokasi?

Tak ada.

Buku ni penuh slogan.
Macam poster motivasi yang dipanjangkan jadi 200 muka surat.

Risiko pun tak pernah dibongkarkan secukupnya.

Dia ajar kau guna hutang untuk beli aset yang akan hasilkan pendapatan.

Tapi dia tak pernah bagitahu…
berapa ramai orang dah musnah hidupnya kerana leverage?
berapa ramai dah terjerat dalam loan yang tak mampu dibayar?
berapa ramai dah beli harta dengan penuh semangat tapi tak boleh disewakan?
berapa ramai yang terpaksa gigih urus penyewa, repair, interest rate naik, cukai melambung?

Buku ni macam ajar kau berenang, tapi tak bagitahu kolam tu ada jerung.

Dan yang lawaknya, “Rich Dad” tu mungkin tak wujud pun.

Ramai orang baca buku ni macam baca sejarah hidup penulis. Macam kisah benar.

Sedangkan, makin banyak kajian, makin ramai dah sedar.

Watak “ayah yang kaya” tu mungkin rekaan.
Hanya simbolik.
Cerita yang dibina untuk mengukuhkan naratif.

Kalau watak asas kepada keseluruhan falsafah pun kabur…
apa lagi yang kau nak percaya?

Dan penulisnya sendiri… track record dia pun tak solid.

Ada orang ajar kau kaya, tapi hidup dia sendiri tak kaya.

Dia pula ajar kau sistem yang hebat, tapi syarikat dia pernah bankrap besar.

Dia promote pelaburan berisiko tinggi.
Dia promote seminar mahal.
Dia promote jalan pintas yang bunyinya sedap tapi realitinya menjerat.

Kalau “mentor kewangan” kau sendiri pernah tenggelam akibat sistem yang dia ajar…
kau kena betul-betul tanya semula diri kau,
“Ini ilmu atau propaganda?”

Buku ni juga sangat mengabaikan realiti kelas sosial.

Dia buat kau percaya,
“Kalau kau tak kaya, puncanya mindset kau salah!”

Tapi dunia sebenar tak semudah tu…

Tak semua orang dapat akses modal.
Tak semua orang lahir dalam situasi stabil.
Tak semua orang ada ruang untuk gagal.
Tak semua orang ada safety net bila rugi.

Buku ni simplify dunia sampai nampak macam game, macam semua orang start di level yang sama.

Hakikatnya?
Sistem hidup tak sama rata.
Realiti kehidupan berbeza.
Dan “mindset” bukan ubat untuk segalanya.

Jadi, buku ni sebenarnya apa?

Dia bukan ilmu kewangan.
Dia bukan plan kekayaan.
Dia bukan blueprint jutawan.

Dia adalah ubat penenang.
Yang buat orang rasa “aku ada peluang.”

Peluang tu tak pernah datang dari buku ni.
Peluang datang dari realiti kerja keras, pengalaman, risiko, kebijaksanaan dan masa.

Buku ni macam torchlight dalam gua yang gelap.
Ya, dia bagi cahaya.
Tapi dia tak bagi jalan.
Tak bagi peta.
Tak bagi ukuran jarak.
Tak bagi amaran ada lubang atau ular tedung kat depan.

Dia cuma suruh kau “jalan ja… orang kaya jalan macam ni.”
Dan kalau kau jatuh?
Tu masalah kau.

Tau kenapa buku ni popular?

Sebab ramai orang suka janji lebih daripada disiplin.
Suka harapan lebih daripada ilmu.
Suka ilusi lebih daripada realiti.

Penulis dia faham satu perkara tentang manusia:

Orang tak nak kebenaran.
Orang nak peluang untuk percaya “aku pun boleh jadi kaya.”

Dia jual perasaan tu.
Dan dia jual dengan sangat berkesan.

Kesimpulan aku…

“Rich Dad Poor Dad” ni bukan la buku sampah.
Tapi dia juga bukan kitab kekayaan.

Dia buku yang membuka mata,
tapi boleh membutakan kau kalau kau baca tanpa akal yang kritikal.

Dia bagi kau spark,
tapi spark tanpa strategi hanya membakar… bukan menerangi.

Dia ajar kau bermimpi,
tapi kalau kau tak faham realiti, mimpi tu boleh jadi perangkap.

Dan kalau kau masih mendambakan “shortcut”,
kau bukan nak kaya…
kau cuma nak lari dari diri sendiri.

#TulisDariHati

Saturday, November 15, 2025

Headset Jenama Beats oleh Dr Dre

Perasan tak, sekarang ni macam tak wujud dah jenama Beats by Dre? Sedangkan dulu benda ni jadi fenomena.

Kan?

Siap dulu satu masa, siapa pakai Beats…
automatik nampak cool.
Nampak “kaya”.
Nampak macam hidup dia ada soundtrack sendiri.

Beats ni bukan sekadar headphone.
Dia jadi cultural flex.

Dari pemain bola, rapper, YouTuber…
sampai budak sekolah pun sanggup kumpul duit beli yang fake sebab nak rasa vibe yang sama.

Pendek kata,
Beats dulu bukan jual bunyi.
Dia jual identiti.

.

Tapi kenapa sekarang macam hilang?

Jawapan dia pelik tapi benar:

Beats terlalu berjaya sampai dibeli “musuhnya” sendiri, iaitu Apple.

Apple beli Beats pada harga USD3 bilion (lebih RM14 bilion). Pembelian terbesar Apple dalam sejarah.

Dan bila Apple dah pegang?
Game terus berubah.

.

Apple tak bunuh Beats.
Apple “serap” Beats perlahan-lahan.

- Teknologi Beats masuk dalam AirPods.
Chip audio Beats jadi asas sound signature Apple.
- Marketing Beats diturun taraf, fokus dialih kepada AirPods & AirPods Max.
- Influencer yang dulu pakai Beats, sekarang semua pakai AirPods.

Orang ingat Apple beli Beats sebab nak headphones. Sebenarnya bukan.

Apple beli Beats sebab pengaruh kultur.

Brand ni bukan sekadar headphone,
tapi “jalan pintas” masuk ke dunia muzik, artis, hip-hop & entertainment.

Sebab tu Apple Music wujud.
Sebab tu Beats Radio jadi asas Apple Radio.

Beats sebenarnya dibaham untuk menguatkan ekosistem Apple, bukan untuk dijadikan produk jangka panjang.

.

Dan kenapa Beats makin hilang dari radar?

Sebab Apple… well, Apple memang suka buat satu benda:

Bila dia dah kawal pasaran…
dia perlahan-lahan tutup lampu pentas semua pesaing, termasuk jenama yang dia beli.

Hari ni orang tak cari headphone mahal untuk nampak cool.
Orang cari AirPods sebab:

• senang connect
• kecil & tak nampak berlagak
• jadi simbol budaya moden
• semua orang pakai

Beats tak mati.

Dia cuma “dileburkan” ke dalam sesuatu yang lebih besar.

.

Moral kepada founder & orang bisnes?

Kadang-kadang, bila brand kita terlalu kuat,
kita bukan tumbang sebab pesaing…

Kita tumbang sebab kita dibeli, diasimilasikan, dan akhirnya dilupakan.

Kekuatan kita…
boleh jadi sebab kita hilang identiti.

MommyHana

TAHUN 2026 AKAN DATANG NI, ANDA HUTANG SATU BENDA DENGAN DIRI SENDIRI.

Bukan kereta.
Bukan rumah.
Bukan angka sales.
Tapi satu soalan mudah.
“Hari ni, aku betul-betul habiskan ‘tangki’ aku ke belum?”
________________________________________
Saya perasan satu benda.

Makin lama saya buat bisnes, makin saya sedar…
Masa orang tak nampak, itulah masa sepatutnya kita kerja paling kuat.

Bukan masa kita post “grind mode” dekat IG.
Bukan masa orang tengah tengok kita buat live.

Masa semua orang tidur.
Masa kawan tengah lepak.
Masa family dah masuk bilik.
Masa tu tak ada siapa tengok.

Kalau masa tu kita pun rehat, scroll, tangguh…
Sebetulnya kita bukan “penat”.
Kita cuma suka nampak macam kita kerja, tapi tak sanggup bayar harga betul-betul.

Mentor yang saya follow selalu tekan satu benda ni.
Dia kata, dia kerja lebih kuat bila orang tak nampak.

Sebab dalam kepala dia ada satu “scorecard” senyap.
“Kalau tak ada siapa tengok, kau masih buat kerja terbaik ke tak?”
Kalau jawapan jujur: “Tak.”
Maknanya selama ni kita cuma main wayang.
________________________________________
Sakit tu normal, bukan masalah

Dalam bisnes kan, semua fasa sebenarnya sakit.
• Waktu baru nak grow, sakit.
• Waktu bisnes mendatar, sakit.
• Waktu bisnes menurun, lagi sakit.
Jadi realitinya, “tak sakit” tu sebenarnya tak wujud.
So dari kita layan sakit tu macam masalah,
lebih baik kita tukar cara fikir:
“Sakit ni tanda aku masih hidup. 
Tanda aku tengah main dalam game bisnes ni.”

Bila fikir macam tu, sakit tu bukan alasan berhenti.
Sakit tu jadi bunyi background je.
Kerja tetap jalan.
________________________________________
Orang suka tengok kita “cuba”
Tapi tak suka tengok kita “jadi”

Mentor tu pernah cerita.
Masa awal-awal, dia tidur atas lantai gym.
Selimut, bantal, semua dekat bucu bilik.
Client datang nampak, semua sokong.
“Wah semangatnya, kejar impian, respect bro.”

Lepas beberapa bulan, gym dah jalan.
Dia dah ada staff, ada manager.
Dia datang gym lewat sikit, masuk-masuk je orang sambut,
“Ha boss man dah sampai. Kau dah lain eh sekarang.”

Nada bukan gurau.
Nada sindir.
Masa dia susah, semua tepuk tangan.
Masa dia naik sikit, tiba-tiba jadi “riak”, “berlagak”, “dah lupa diri”.

Masa tu dia sedar satu benda:
“Orang nak kita buat baik, tapi jangan lebih baik daripada mereka.”

Kalau anda tengah rasa benda sama tahun 2025 ni,
itu bukan petanda anda salah.
Selalunya itu petanda anda tengah naik.

Dan ya…
Benci dan sindir tu memang sebahagian dari “package” bila kita berjaya.
________________________________________
Kenapa rasa macam orang lain semua “overnight success”

Sebab kita hanya nampak hari mereka berjaya.
Kita tak nampak 10 tahun mereka “teruk”.

Dekat social media, kita nampak:
• kilang baru
• ofis baru
• award
• screenshot sales

Kita tak nampak:
• malam tak tidur
• launching tak jadi
• stok tak laku
• bulan bank akaun hampir kosong

Dan yang lagi kelakar…
Masa kita gagal, tak ada siapa peduli.
Masa kita berjaya, baru orang muncul cakap, “Eh bestnya hidup kau.”

Sebab tu takut nak gagal depan orang lain sebenarnya buang masa.
Orang pun hampir tak perasan pun anda wujud.

Yang penting:
Anda sendiri tahu tak, anda betul-betul dah buat yang terbaik?
________________________________________
Hard work bukan frasa “motivation”
Hard work sepatutnya jadi tujuan

Ramai orang kerja.
Tapi ramai orang kerja pada benda yang salah.

Mentor tu explain simple.

Kerja yang “betul” =
Output = Volume × Leverage
Volume = berapa banyak kali anda buat benda tu
Leverage = setiap kali buat, berapa besar impak dia

Contoh senang:
• Buat 100 call ke prospek setiap hari (volume)
• Skill close anda makin tajam (leverage)

Lama-lama, 100 call yang sama
bawa sales 10 kali ganda berbanding dulu.
Macam mana nak tajam?
Bukan dengan fikir banyak.
Dengan buat banyak.

Jadi jawapan dia bukan:
“Kerja keras ke kerja smart?”
Jawapan dia:
Dua-dua.
Kerja banyak.
Dan pastikan apa yang kita buat tu benda yang betul.
________________________________________
Rule simple: “Open to goal”

Mentor tu belajar satu rule dari owner gym yang kuat perform.
Dia panggil “open to goal”.

Maksud dia:
Kerja dari pintu terbuka, sampai matlamat tercapai.
Kadang-kadang pukul 12 tengah hari dah capai target.
Boleh balik awal.
Kadang-kadang, dari 5 pagi sampai tengah malam.
Sebab baru cukup target.

Apply pada kita:
• Post sampai dapat 1 klien
• DM sampai dapat 1 yes
• Call sampai dapat 1 meeting

Bukan “kerja sampai pukul 6”.
Tapi kerja sampai capai matlamat.
________________________________________
Anda rasa cemas = anda tak cukup praktis

Kita selalu label perasaan:
• “Aku nervous lah nak buat live.”
• “Aku takut nak approach client besar.”

Mentor tu bagi satu frame yang saya suka:
“Champion cuma tukar label. Anxiety jadi excitement.”
Rasa berdebar tu sama.
Cuma dalam kepala kita, kita panggil benda tu apa.
Dan kalau kita jujur,
bila kita terlalu takut buat sesuatu,
biasanya sebab kita tak cukup praktis.

• Takut bagi talk sebab tak pernah practice betul-betul.
• Takut buat offer sebab tak pernah test banyak kali.
• Takut post content sebab selama ni tak konsisten.

Keyakinan datang bila kita ada bukti.
“Aku yakin boleh buat, sebab aku dah buat 100 kali.”
So kalau anda nak lebih yakin,
bukan kena baca lebih banyak quote.
Anda kena buat lebih banyak reps.
________________________________________
Konsisten tu lagi penting dari “sekali all out”

Ini satu part yang ramai orang terlepas.
Untuk berjaya,
intensity yang perlu pun tak seteruk yang kita bayang.

Masalahnya, ramai orang:
• Sanggup azab diri 2 minggu
• Lepas tu burnt out
• Lepas tu give up

Padahal kalau dia pecahkan usaha tu,
buat sederhana tapi hari-hari,
5 tahun konsisten,
result dia jauh lagi besar.

Ramai nak jadi luar biasa.
Tapi tak nak jadi lain dari orang lain.
Nak result lain,
tapi perangai sama macam semua orang.

Bangun, scroll.
Pergi ofis, buat benda sama.
Balik, mengeluh.
Macam mana nak dapat kehidupan yang lain?
________________________________________
“Lonely chapter” yang semua orang yang berjaya lalui

Ini part yang paling ramai rasa,
tapi malu nak mengaku.
Satu fasa dalam hidup,
anda tak masuk mana-mana group.

• Kawan lama tak faham kenapa anda “gila kerja”.
• Kawan baru yang dah berjaya… belum kenal anda.
• Family pun mungkin bising, “Asyik kerja, kerja.”

Anda rasa pelik.
Anda rasa kesorangan.
Anda mula tanya diri sendiri,
“Berbaloi ke semua ni?”

Mentor tu panggil fasa ni,
“lonely chapter”.

Dan benda ni normal.
Semua orang yang buat sesuatu yang besar,
akan lalu bab ni.

Bahaya dia satu je:
Bila orang start panggil anda:
• “Control freak”
• “Demanding”
• “Terlalu detail”

Anda jadi lembut hati.
Anda jadi perlahan.
Anda cuba “muat” balik dalam kotak yang orang selesa.
Sedangkan,
standard tinggi tu lah yang bawa anda keluar dari hidup lama.
________________________________________
Orang kritik untuk sedapkan hati sendiri

Satu point pedas, tapi benar.
“Orang kritik sebab dia nak justify keputusan dia tak ambil risiko.”
Kalau anda berjaya,
mereka terpaksa mengaku dalam hati,
“Patut dulu aku pun buat macam dia.”
Itu sakit.

Jadi lebih senang bagi mereka untuk:
• Gelak
• Sindir
• Kecilkan diri anda

Supaya bila anda stop,
anda jatuh balik,
mereka rasa,
“Nah kan, aku betul. Tak payah pun kerja gila-gila macam tu.”

Jadi bila anda kena kritik,
ingat:
Dia bukan lawan anda.
Dia cuma lawan rasa bersalah dalam diri dia sendiri.
________________________________________
Hidup ni “zero loss game” kalau kita berani mula

Mentor tu bagi satu idea saya suka sangat.
Bila kita ambil peluang,
kita DM orang,
kita buat offer,
kita post content,
kita buat live,

Ada dua kemungkinan:
1. Kita dapat apa kita nak
2. Kita dapat bukti dan pengalaman

Dua-dua pun kita dapat sesuatu.
Jadi sebenarnya tak rugi pun.

Loss sebenar hanya berlaku bila:
• Kita tak mula
• Kita tangguh
• Kita cerita je, buatnya tak
________________________________________
2026: Tahun anda dapat “escape velocity”

Bayangkan roket nak terbang.
Masa paling susah ialah waktu nak lepas dari graviti bumi.

Masa tu guna minyak paling banyak.
Masa tu kapal paling berat.
Lepas dia lepas satu level,
baru semua jadi “senang sikit”.
Bisnes dan hidup kita pun sama.

Awal-awal:
• Kena tahan sindir
• Kena hadap lonely chapter
• Kena kerja masa orang rehat
• Kena belajar benda baru hari-hari

Lepas anda lepas fasa ni,
orang akan cakap,
“Bestnya hidup kau.”
“Senanglah kau, dah ada team.”

Apa mereka tak nampak:
malam-malam 2023, 2024, 2025
masa anda duduk sorang-sorang,
tanya diri sendiri,
“Kenapa benda ni macam tak jalan lagi?”

Kalau anda sanggup tak berhenti dalam fasa ni,
anda sebenarnya dah berjaya.
________________________________________
Satu soalan untuk anda sebelum tidur malam ni

Bukan,
“Kenapa hidup aku belum macam orang lain?”
Soalan dia:
“Hari ni, aku betul-betul kosongkan tangki ke belum?”

Bukan maksudnya anda perlu kerja sampai tumbang.
Tapi jujur dengan diri sendiri.
• Berapa banyak masa saya buang scroll fon?
• Berapa lama saya tangguh benda saya tahu saya patut buat?
• Berapa banyak call saya patut buat, tapi saya tak buat?
• Berapa banyak content saya boleh post, tapi saya takut orang mengata?

Kalau dalam hati jawab:
“Jujur, aku boleh buat lebih.”
Maka 2026 yang akan datang ni,
anda hutang benda tu dengan diri sendiri.
________________________________________
Saya tulis panjang ni untuk ingatkan diri saya dulu.
Saya pun manusia.
Saya pun banyak tangguh.
Saya pun ada hari saya penat dan down.
Tapi saya tak nak satu hari nanti, tengok cermin dan rasa:
“Aku ada banyak lagi potensi dulu, tapi aku tak pernah betul-betul guna.”

Kalau anda pun rasa benda yang sama,
anggap je post ni “tepukan perlahan” pertama dalam hidup anda.
Anda tepuk untuk diri sendiri dulu.
Sebelum dunia nampak.

Kalau rasa tulisan ni kena dengan jiwa anda, share dengan kawan bisnes yang tengah lalui lonely chapter dia.

Biar dia tahu, dia tak kesorangan.