Monday, February 18, 2019

Bisnes Affiliate Dari Sistem Jualan Pro 3.0

Salam hormat dan terima kasih kerana sudi singgah blog saya ini.

Kali ini saya ingin berkongsi kepada anda tentang satu sistem jualan pro 3.0 yang akan membantu anda menjana pendapatan secara automatik.

Kebanyakan saya lihat para peniaga affiliate atau agen affiliate  menghadapi konflik untuk mempraktikkan teknik pemasaran bagaimana yang efektif untuk menghasilkan jualan.

Saya yakin anda mungkin telah menyertai pelbagai program afiliate dan merasa terlalu ghairah untuk mempromosi link affiliate tetapi tidak tahu bagaimana caranya. Betul tak ?

Maafkan saya jika saya serkap jarang.

Saya juga mempunyai pengalaman seperti anda di mana sukar untuk fokus pada produk apa untuk saya promosikan. 

Sebelum ini cara pemasaran yang saya gunakan main hentam ajer dan tembak iklan ikut nasib. Kalau kena, kenalah !

Rupanya cara pemasaran saya adalah salah. Saya akui sebenarnya teknik pemasaran online yang berkesan perlu dipraktikkan mengikut langkah-langkah yang bersistematik.

Kita perlu merancang terlebih dahulu sebelum kita mempromosi link affiliate kita.

Seterusnya saya ingin berkongsi kepada anda tentang kelebihan yang terdapat dalam Sistem Jualan Pro 3.0 ini.




KELEBIHAN SISTEM JUALAN PRO 3.0


Terdapat 3 kelebihan yang saya boleh kongsikan istimewa kepada pembaca blog saya ini.


1) SISTEM JUALAN FULLY AUTOMATIK

Saya telah menyertai Sistem Jualan Pro (SJP) ini sejak pengasas sistem ini iaitu Tuan Rahman Basri  sejak dari SJP 2.0 lagi.

Ketika saya mula mempromosi link SJP 2.0 saya, alhamdulillah sistem ini telah berjaya mengembalikan modal saya tidak sampai dalam tempoh seminggu sahaja.

Saya amat terkejut sebenarnya dan bermula dari situ saya mula yakin bahawa sistem ini bakal membantu anda menjana pendapatan juga.

Pada pandangan saya sistem SJP 2.0 tidaklah sepenuhnya berjalan secara automatik kerana pada permulaannya saya perlu melakukan beberapa setting mengikut tutorial yang sistem SJP 2.0 sediakan.

Melalui Sistem Jualan Pro 3.0 (SJP 3.0), saya boleh katakan semuanya dilakukan secara automatik. Anda hanya perlu mempromosi link affiliate SJP 3.0, kemudian menunggu komisen masuk ke dalam akaun bank anda. Menarik bukan !


2) KOMISEN TANPA BATASAN

Anda berpeluang menggandakan komisen anda di SJP 3.0 melalui marketplace tersendiri dari sistem ini.

Jika anda menyertai SJP 3.0 ini, anda layak untuk menjual pelbagai produk fizikal dan digital yang terdapat di sana dan mula menjana pendapatan affiliate dari niche anda sendiri. Ini bakal mengujakan anda kelak.

Gambar di bawah adalah contoh produk yang boleh anda jual di marketplace dari Sistem Jualan Pro 3.0.




3) SUPPORT GROUP MANTAP DARI FOUNDER


Anda tak perlu khuatir untuk merungkai segala permasalahan tentang sistem ini kerana pengasas Sistem Jualan Pro ini sendiri iaitu Tuan Rahman Basri telah menyediakan support group khas untuk anda.

Beliau sendiri yang akan menjawab segala persoalan anda.

Segala tutorial khas kepada ahli berbayar telah disediakan di sana.


KESIMPULAN

Bisnes affiliate tetap menjadi pilihan ramai usahawan online. Tidak dinafikan terdapat banyak platform program affiliate di Malaysia disediakan untuk anda.

Kita hanya perlu memilih program affiliate yang mana mempunyai kredibiliti dari segi keyakinan pelanggan.

Bagi saya pengasas Sistem Jualan Pro (Tuan Rahman Basri) merupakan usahawan yang mempunyai kepakaran dan integriti dari setiap peluang yang beliau sediakan.

Dari sudut pembayaran komisen, beliau sangat amanah dan  komisen akan dibayar sekiranya anda berjaya membuat jualan.

Jika anda ingin menyertai Sistem Jualan Pro 3.0 ini, anda boleh terus DAFTAR dan mula selongkar kebenaran yang saya cuba kongsikan pada post saya ini.

Semoga jumpa lagi pada post yang lain. Insyaallah.

kredit : azerim

Thursday, February 14, 2019

Guna 3 Perkataan Ini Jika Anda Nak Buatkan Prospek Baca Iklan Anda Sampai Habis!



Menulis ayat iklan tak susah.
Yang susah, nak pastikan mereka baca sampai habis, berminat & rasa nak beli dari kita.
Jadi pada hari ini, saya nak kongsikan 3 idea kepada anda.
Bagaimana nak rampas perhatian prospek & buatkan mereka baca iklan kita sampai habis?
Ok jom kita lihat idea penulisan yang pertama.

1. Ayat pertikai fakta

Masukkan ayat yang mempertikai fakta semasa.
Kenapa? Sebab manusia pantang ditegur; lagi-lagi berkait dengan kepercayaan.
Bayangkan, fakta yang dia percaya bertahun-tahun, tiba-tiba ada orang kata benda itu salah. Sudah tentu mereka nak tahu alasannya.
Jika anda masukkan poin ini dalam ayat iklan, anda mampu buatkan prospek rasa nak tahu & baca sehingga habis.
Contoh niche kecantikan, fakta semasa yang mereka terima mungkin:
“Sirip ikan yu terbukti melicinkan kulit kurang 7 hari” <— Ini fakta semasa!
Tapi anda ada bukti atau pandangan yang bertentangan;
“Betul ke sirip ikan yu boleh licinkan kulit?”
Tajuk seperti ini selalunya buatkan prospek jadi serba tak kena, lagi-lagi kalau mereka dah lama guna produk Sirip Ikan Yu.
Jadi tugas kita senang jer;
  • Mempertikai fakta sedia ada.
  • Buat ia jadi sedikit kontroversi.
  • Kemudian, bagi bukti.
Terangkan sama ada kita bersetuju ataupun tidak dengan fakta tersebut.
Jika tak bersetuju, lampirkan bukti-bukti sokongan. Baru lah mesej kita mudah diterima akal & berpengaruh.
Boleh dapat setakat ini?
Awas! Jika idea tidak disampaikan dengan baik, anda bakal dikecam! Saya ingatkan jer

2. Ayat ingatkan ‘The Big Why’ + Tips

Apa itu Big Why?
Big Why adalah sebab utama anda buat keputusan untuk lakukan sesuatu perkara.
Saya percaya. Setiap manusia mesti ada impian yang ingin dicapai. Namun, disebabkan beberapa kali mencuba tidak berhasil, impian tersebut kian kabur dalam ingatan.
Jadi, kita boleh gunakan kesempatan ini, untuk ingatkan semula “Big Why” mereka, dalam ayat iklan kita.
Contoh niche kewangan. Kita kena tentukan dulu;
  • Siapa prospek kita?
  • Apa sebab utama mereka buat sesuatu keputusan?
  • Kenapa mereka perlu berjaya?
Selepas buat kajian. Kita jumpa bahawa prospek yang ada dalam niche kewangan, biasanya Big Why mereka adalah mampu bagi duit kepada ibu & ayah di kampung.
Seterusnya, tugas kita hanya perlu tanya dibahagian tajuk iklan;
“Dah mampu belum, nak bagi duit belanja dekat ibu di kampung? Jika belum, ini caranya.”
Selepas anda ingatkan Big Why mereka, bagi lah tip yang mereka boleh guna serta merta.
Mudah jer kan cara no.2 ini?
  • Ingatkan Big Why.
  • Kemudian, bagi tip.
Pada akhir perenggan, buatlah Call to Action seperti
“Berminat nak tahu lebih banyak? Hubungi saya.”
Nota: Ayat jenis ini sebenarnya lebih selamat.

3. Ayat info yang ‘ramai tak tahu’

Selain daripada lupa, manusia ada lagi satu sifat iaitu; sukakan info terbaru.
Berdasarkan kajian psikologi daripada Abraham Maslow pada tahun 1943 ada memberitahu benda ini; namanya ‘Self-Esteem’.
Self Esteem ini maksudnya sentiasa inginkan peningkatan status diri.
Atau dengan bahasa yang lebih mudah, manusia nak diri mereka ‘nampak lebih pandai’ daripada sebelum nya.
Jika mereka dapat tahu sesuatu info sebelum orang ramai tahu, mereka akan berasa bangga & suka berkongsi info tersebut (ini yang page-page viral suka selitkan pada tajuk artikel mereka).
Contohnya kalau untuk niche hartanah:
“7 tempat rahsia yang ramai orang tak tahu ada permintaan tinggi kadar sewa rumah”
Anda akan lihat perbezaannya selepas menambah ayat ini – “Ramai orang tak tahu” – ditengah atau dihujung tajuk iklan.
Nak jadikan ia lebih spesifik?
Gantikan perkataan ‘orang’ dengan segmen market anda seperti Pelabur Hartanah.
Secara tidak langsung anda telah menapis orang yang betul untuk baca info tersebut.

Anda Belajar Sesuatu Daripada Artikel Ini?

Mahu belajar lebih lengkap? Dah penat langgar dinding?
Jika anda nak belajar menulis iklan yang lebih tersusun dalam bentuk video step-by-step, anda boleh rujuk panduan video Mazhab Copywriting Junior 3.0 yang terbaru.
Dalam 22 video tersebut, ada diterangkan lebih spesifik:
  • Cara kenalpasti pelanggan kelaparan
  • Cara tanya soalan untuk kenal pelanggan.
  • Cara simple untuk kenal produk
  • Cara untuk tarik perhatian pelanggan
  • Cara buatkan prospek percaya
  • Cara buatkan prospek rasa rugi tak cuba produk anda
  • Dan banyak lagi.
Lengkap dari zero sehingga anda boleh tulis ayat iklan sendiri.


Ini antara hasil daripada amalkan ilmu ini;


Apa-apa pun, saya doakan semoga artikel ini dapat membantu anda menulis iklan dengan lebih tersusun.
Kita jumpa dalam artikel lain ya🙂

Wednesday, February 13, 2019

Ketahui 5 Kesilapan Semasa Menulis Iklan Yang Ramai Tak Tahu!


Pernah tak anda rasa nak give up menjual di online?
Dah buat macam-macam cara, tapi semuanya tak menjadi. Setiap hari post status, orang hanya like jer. Sangat sikit yang tanya nak beli. Kalau dapat jual 1 pcs pun, rasa bersyukur sangat.
Sampai anda rasa, berniaga ini bukan bidang anda. Anda sedih sangat tak dapat jual. Rasa macam buang masa, buang tenaga.
Pernah rasa macam ini?
Sabar yer.
Setiap masalah itu ada penyelesaian. Percayalah.
Anda tentu nak tahu kan: “Apa yang berlaku sebenarnya? Kenapa orang tak berminat dengan iklan aku? Dimana silapnya?”
Dalam artikel kali ini, saya akan bahaskan 5 jenis kesilapan yang sering dilakukan oleh peniaga ketika menulis iklan dan apa yang kita perlu fokus sebenarnya.

Kesilapan #1 – Terlalu Fokus Pada Ciri-ciri Produk

Jujur cakap. Orang tak kisah dengan ciri-ciri produk.
Iklan yang terlalu fokus pada ciri-ciri produk, buatkan prospek bosan untuk baca.
Contoh ciri-ciri produk;
  • “Kopi XXX ini diperbuat dari daun”
  • “Tudung ini tak jarang”
  • “Milkbooster ini ada susu kambing”
Apa manfaatnya pada pelanggan? – Nothing, yilekk!
Pelanggan tak kisah pun dengan produk. Ada berlambak produk di luar sana. Kenapa mereka perlu kisah dengan produk kita? Takde sebab mereka perlu bazirkan masa mengenali produk kita.
Sebaliknya, pelanggan hanya nak tahu; 
“Bagaimana sesuatu produk mampu bantu dia selesaikan masalah?”
Pelanggan beli sebab nak selesaikan masalah. Bukan sebab produk itu power.
Contoh: Anda takde sakit gout.
Saya penjual ubat gout. Saya bagitahu la. Ubat gout ini power. Diperbuat dari akar kayu. Tiada bahan kimia berbahaya. Boleh nampak kesan kurang 5 minit.
Anda berminat tak nak dengar cerita saya? Atau anda rasa annoyying gila mamat ni?
Begitulah apa yang pelanggan rasa, bila kita terlampau syok sendiri cerita tentang ‘kebagusan’ produk semata-mata.
Jadi, apa yang perlu kita fokuskan:
Fokuskan cerita tentang manfaat.
Daripada kita cerita produk semata-mata, lebih baik ceritalah tentang kisah pelanggan yang dah guna.
  • Bagaimana hidup dia berubah.
  • Mungkin dulu rasa terseksa, sekarang happy.
  • Dulu kena kutuk, sekarang dah ramai puji.
Jual pengalaman pelanggan guna produk kita.
Sentiasa tanya soalan “So, why?” untuk cari manfaat yang pelanggan nak.
Misalnya, bila kita mahu beritahu tentang ciri-ciri tudung itu tak jarang. Cuba soal dalam diri kita “So, what?”.
Letakkan diri kita di tempat pelanggan.
Tak jarang  – So, why? – Aurat terpelihara – So, why? – Boleh pakai bawak solat – So, why?– Rasa selamat bila pakai – So, why? – Teruskan tanya “So, why?”
Ini cara asas untuk dapatkan idea menulis manfaat produk.

Kesilapan #2 – Target Market yang Terlalu Umum

Pernah tak anda dengar pepatah:
“When we try to talk to everybody, we talk to nobody”
Inilah pepatah yang sesuai saya gunakan dalam poin nombor dua ini.
Maksudnya, bila kita cuba cakap dengan semua orang. Kita sebenarnya tak bercakap dengan sesiapa pun. Bahasa kasarnya, tak ada seorang pun yang dengar cakap kita.
Begitulah analogi dengan iklan.
“Antara kesilapan utama peniaga adalah cuba menulis iklan kepada semua orang.”
Kita kena sedar. Facebook adalah tempat yang bising. Semua orang nak bercakap. Semua nak share kehidupan mereka.
Jadi, bila semua nak cakap. Bila mereka nak baca iklan kita.
Okay, saya bocorkan. Antara tip rahsia untuk bercakap di tempat yang bising adalah anda kena tarik perhatian mereka dahulu.
Bayangkan, anda sedang berada di dalam dewan sekolah dan anda diberi tugasan untuk sampaikan satu mesej penting dari cikgu. Tapi, semua orang dalam dewan sibuk dengan hal masing-masing.
Semua nak bercakap. Suasana bising. Bagaimana anda nak sampaikan mesej penting tu?
Kalau saya, ini pendekatan yang saya pilih:
  1. Saya kenalpasti dulu mesej ini khas untuk siapa
  2. Apa mesej yang ingin disampaikan
  3. Fikir cara untuk tarik perhatian mereka dulu
  4. Kemudian, baru saya sampaikan mesej
Contoh mesej: Nak beritahu hari isnin semua pelajar Tingkatan 3 kena pergi seminar ‘Jom belajar’ di Kuala Lumpur.
  1. Siapa: Pelajar Tingkatan 3
  2. Mesej: Hari isnin ada seminar dekat Kuala Lumpur
  3. Tarik perhatian mereka dengan panggil; “Perhatian: Pelajar Tingkatan 3”
  4. Semua dah beri perhatian, baru saya beritahu; “Hari isnin ni… bla..bla”
Simple kan?
Anda rasa mesej penting itu sampai atau tidak dekat pelajar tingkatan 3? Ya, insyaallah sampai. Sebab masa kita cakap, semua orang sedang tumpu perhatian.
Jadi, apa yang perlu kita fokuskan:
Sebelum nak tulis apa sahaja iklan. Pastikan kenalpasti dulu, ‘siapa’ pelanggan kita.
Bila dah tentukan siapa, baru kita jelas siapa kita nak panggil. Baru fikir tentang cara nak tarik perhatian mereka. Kemudian, barulah susun ayat iklan yang berpengaruh.

Kesilapan #3 – Tunggu Ilham Tak Sampai

Cerita tentang ilham ini. Bohong la kalau saya kata, saya setiap minit ada ilham power untuk tulis iklan.
Bagi saya mudah. Ilham dan idea ini umpama rezeki. Sama macam kita nak dapat duit.
Kesilapan ramai peniaga, mereka terlalu ‘menunggu; ilham. Bila ilham tak sampai, mulalah pening kepala, tak tahu nak tulis apa. Last-last tidur. Tidur tak selesaikan masalah iklan sahabatku.
Cuba kita muhasabah balik;
“Antara tunggu dan cari rezeki: Mana yang lebih bagus?”
Nah! Jika kita nak dapat duit, kita kena cari. Kita sanggup kerja. Kita sanggup bisnes. Kenapa bila kita nak menulis, kita harap ia hadir dengan hanya menunggu?
Nampak tak poin saya?
Sebenarnya, cara paling kebal untuk elak daripada takde idea adalah CARI ILHAM.
Contoh: Kita takde idea nak tulis pasal manfaat produk.
Maka, tindakan kita adalah buat carian.
Cuba baca blog-blog pesaing kita. Apa yang mereka tawarkan. Baca jurnal. Baca bahan material daripada HQ. Tanya orang yang pakar tentang produk itu. Bila kita tanya, kita akan dapat idea.
Kata kuncinya, kita kena CARI bukan TUNGGU ilham tak sampai-sampai.
Jadi, apa yang perlu kita fokuskan:
Pertamanya, fahamkan dulu bahasa ilham & idea adalah rezeki.
Makanya, penting untuk kita kumpul bahan dulu, sebelum mula menulis. Dah kumpul bahan seperti kajian tentang produk. Dah korek dan kumpul maklumat apa yang pelanggan mahukan.
Barulah bila menulis, ia akan jadi mudah, teratur & sedap jer.

Kesilapan #4 – Guna Bahasa ‘Professor’ Yang Pelanggan Tak Faham

Kita perlu sedar. Tak semua orang faham, apa yang kita faham.
“Bahasa yang darjatnya terlalu tinggi. Akan buatkan kita rasa hebat. Tapi belum tentu produk terjual”
Bila menulis iklan, yang PENTING adalah pelanggan faham dulu.
Bak kata salah seorang otai dalam bidang Direct-response Copywriting, David Ogilvy;
“If you want people to buy your product, you must explain it as briefly and simply as possible: what you sell, and how buying your product will improve their lives.”
Maksudnya, kalau kita nak jual produk. 
Kita kena terang kepada pelanggan semudah mungkin, dengan bahasa yang senang difahami, supaya mereka nampak nilai, bahawa produk kita mampu bantu mereka hidup lebih baik.
Jadi, apa perlu kita buat selepas ini:
Elakkan guna perkataan bombastik. Sainstifik aras professor. Perkataan pelik-pelik.
Pilih perkataan yang sama maksud & lebih mudah difahami. Cuba cari perkataan yang lebih mesra pengguna. Senang cerita, budak sekolah pun boleh faham.
Contoh: Jual produk kesihatan.
Daripada kita guna istilah ‘Ganoderma Lucidum’. Lebih baik tukar kepada ‘Cendawan Merah’. Perkataan ‘Cendawan’ lebih mudah orang faham.
Contoh: Jual hartanah
Jika anda bercakap dengan orang baru dalam bidang ini. Daripada guna istilah ‘Subsale’. Lebih baik anda tukar kepada ‘Rumah second-hand atau terpakai’.
Boleh dapat setakat ini? Simple jer kan
Tukar perkataan pelik, kepada perkataan yang pelanggan mudah faham. Nak dapat perkataan ini, mudah jer. Anda kena belajar ilmu tanya soalan yang betul dekat pelanggan.
Bila soalan kita tanya power, feedback yang kita dapat pun power.

Kesilapan #5 – Tulis Ikut ‘Rasa-rasa’ Bukan Dari Kajian

Sebenarnya, prospek boleh ‘bau’ sama ada kita tulis berdasarkan kajian atau main ‘goreng’ sesedap rasa.
Ayat iklan yang ditulis berdasarkan kajian. Isinya sampai ke hati. Mudah dihadam dan tidak diragui. Tak nampak ‘fake’ la senang cerita.
Manakala, ayat iklan yang dibuat berdasarkan ‘rasa-rasa’. Biasanya, meleret-leret tanpa hala tuju. Bila kita baca pun boleh tergeliat lidah.
Macam saya, bila mahu menulis iklan. Sekurangnya, saya perlukan 5 poin di bawah (minimum):
  • Produk ini untuk apa?
  • Nak jual dekat siapa?
  • Apa yang bestnya produk ini?
  • Kenapa prospek kena beli dari aku?
  • Macamana nak order?
Bila tahu jer 5 poin ini.
Saya akan buat kajian tentang ‘pelanggan kelaparan’ dan keunikan untuk produk tersebut. Dah selesai kajian, baru saya mula menulis.
Tidak la saya merepek-repek dalam iklan.
Dalam iklan, saya hanya bagitahu benda yang pelanggan nak tahu sahaja.
Macamana nak tahu apa yang pelanggan nak?
Jawapannya, tanya mereka. Ya, tanya pelanggan. Kenapa dia beli dari kita? Apa bestnya produk kita? Apa yang buatkan dia puas hati sangat-sangat?
Kemudian kita senaraikan lah dalam bentuk poin. Bagi memudahkan anda faham. Saya kongsikan contoh.
Contoh: Niche Travel Agency
  • Nak jual pakej apa? – Pakej pelancongan ke Turki.
  • Untuk siapa? – Kaki travel & minat pergi tempat sejarah Islam.
  • Apa yang best? – Boleh customize pakej. Ada 15 tempat menarik.
  • Kenapa kita? – Ada pemandu pelancong yang boleh cakap Melayu.
  • Cara order? – Klik link untuk isi borang.
Nampak tak, bila poin-poin dah dikumpul. Rasa mudah sikit nak mula menulis.
Boleh dapat sampai sini?

Ok, akhir kata daripada saya…

Saya harapkan artikel ini dapat bantu anda faham dengan serba ringkas. Apakah kesilapan yang sering dibuat dan apa yang anda perlu fokus selepas ini.
Bagi mereka yang nak belajar lebih lanjut:
  • Bagaimana nak menulis iklan dengan betul?
  • Dah penat langgar dinding, buat iklan asyik tak jadi?
  • Nak belajar dari asas direct dengan saya?
Saya rekemen anda rujuk Video Copywriting Junior, oleh Tuan Faris Osman.
Beliau dah susun video istimewa untuk anda belajar dari rumah. Setakat ini sudah lengkap 22 video dan anda akan dapat update percuma seumur hidup jika ada video-video terbaru akan datang.