Monday, March 18, 2024

Cuci Duit Black Money

CUCI DUIT ADALAH DUNIA KEWANGAN DAN EKONOMI BAGI INDUSTRI BAWAH TANAH..

Masa aku kanak-kanak dulu, aku hairan melihat ada kedai-kedai yang orang tak masuk tapi hidup (survive) dan pemiliknya hidup mewah. “Survive” sampai hari ini. Ada kedai aku lihat hari-hari penuh orang dan pemiliknya pun nampak bekerja keras (struggle), tapi tak hidup mewah.

Bila aku tanya mak aku, mak aku jawab,

“Itu kedai cuci duit je..”

Setelah aku dewasa, terlibat dengan perniagaan yang benar (real business). Ada ramai kawan-kawan. Baru aku faham apa maksud cuci duit yang sebenar. Bagaimana cuci duit itu dilakukan. Apa menyebabkan orang cuci duit. Siapa yang cuci duit. Semua itu sudah terjawab.

Apa itu cuci duit?

Cuci duit itu bermaksud duit-duit yang datang dari aktiviti haram dan jenayah seperti :

1. Dadah.

2. Pelacuran.

3. Judi haram.

4. Scam (penipuan)

5. Skim ponzi (pelaburan haram)

6. Duit rasuah dan “cashout” haram.

7. Ahlong (peminjam wang tidak berlesen)

8. Perompak dan penyamun.

9. Forex haram.

Dikatakan ekonomi bawah tanah ini berjumlah hampir RM100 billion nilai sebenarnya. Ada yang kata mungkin lebih lagi. Masakan tidak, yang tertangkap mungkin 5% sahaja. Yang tertangkap tu, bukan semua kau dapat rampas kutip kan? Mungkin sebahagian sahaja.

Yang menjadikan ia lebih mengiurkan (tempting) adalah ia dijalankan secara tunai (cash). Sebab itulah apabila tangkapan dibuat, biasanya mereka akan menemui cash yang banyak. Cash RM200 juta di rumah menteri. Cash berjuta di rumah KSU, ketua pengarah. Yang lebih mengecewakan penjawat awam bahagian siasatan (enforcement) juga ada yang terlibat menjadi balaci atau duri dalam daging aktiviti tersebut.

Itu sebablah bila aku tengok ikon-ikon perniagaan, anak muda, pempengaruh (influencer) dan usahawan yang tunjuk “cash” dalam media sosial atau ada banyak pegang duit tunai (cash) dalam kehidupannya, aku sudah mula skeptikal. Kau berniaga pegang “cash” banyak-banyak zaman ini? Aku memang pelik kenapa nak bawa “cash” ke hulu ke hilir dengan alasan kongsi rezeki. Kau berniaga apa weh?

Jadi duit haram yang banyak-banyak tadi itu bagaimana nak dijadikan halal. Bagaimana nak pindahkan ekonomi gelap ini masuk ke ekonomi sebenar? Itulah diperlukan titian mencuci duit untuk dikembalikan kepada ekonomi sebenar.

Duit haram tadi perlulah dilaburkan dalam business sebenar. Kemudian diagihkan kembali kepada pemilik sebenar duit tersebut. Disebabkan ia duit haram, apa diorang kisah kan untuk rugi. Yang tukang cuci dapatlah sebahagian dari duit itu sebagai yuran.

Kawan aku seorang pengusaha ikan air tawar yang punya banyak kolam di Langat suatu ketika dulu. Mungkin satu-satunya Melayu yang berniaga betul-betul, itupun akhirnya dia terpaksa perlahankan perniagaannya “slow down”. Dia cerita kolam-kolam yang ada di Langat itu, kebanyakannya milik kaum Cina secara sewa, pajak atau milikan terus.

Pernah satu hari katanya, seorang pengusaha Cina datang menemuinya dan bagitahu tak payahlah teruskan ternak ikan ni. Ini semua cuci duit punya “business”. “Funder” atau pelabur dia sanggup buang harga punya. Kalau harga pasaran borong ikan RM7, diorang sanggup jual RM3 saja.

Sahabat aku, Nik Izwan Kamel juga pernah buka kedai potong “halfcut”. Menurut kira-kiranya, dia boleh jadi kaya dan berjaya dengan membuka kedai potong. Kononnya nak tembus (penetrate) industri yang dikuasai oleh bangsa Cina. Dia juga dinasihati oleh kawan-kawan Cina yang buat “halfcut” supaya berhenti sebelum terduduk kerana permaimanan perniagaan (business game) ini dikawal oleh gang cuci duit dan ia tidak bersih. Mereka boleh buang harga sampai lantai katanya. Akhirnya kedai terpaksa ditutup setelah kedai dirompak di pagi raya.

Sahabat aku seorang lagi graduan ekonomi pernah bercerita kepada aku yang pensyarah dia pernah kata, ekonomi bawah tanah ni ada kebaikan juga. Sebagai contoh, siapa nak beli barang-barang dalam butik-butik mewah tu? Jam-jam tangan mahal? Kereta mewah? Kalau bukan puak-puak tersebut? “Easy money, easy spending.” katanya.

Dalam masa yang sama kumpulan mencuci duit ini juga boleh merosakkan ekonomi rakyat dengan aktiviti membuang harga atau business macam taknak buat untung. Mereka yang nak berniaga betul-betul pun jadi pening macam mana diorang boleh bagi harga macam tu, berniaga macam tu.

Dalam kalangan profesional pula. Peguam menjadi adalah tempat simpanan atau transit duit haram. Perkara ini “open secret”. Yang tahu, tahu. Yang naif, dia tak tahu. Itu sebab kau boleh tengok peguam yang “struggle” nampak dia “struggle” dan dia biasa-biasa sahaja. Yang kaya, korang tengok dia tak buat kerja apa pun, dia hidup. 

Kenapa? Sebab peguam ada “client account” yang tidak boleh ditembusi oleh pihak berkuasa. Itulah kegemaran para pencuci duit. Korang boleh jumpa peguam-peguam ini pernah atau sering berdampingan atau berjumpa dengan “scammer” atau penyamun. Kalau peguam tu ambil yuran simpanan 2%, kalau duit yang disimpankan itu RM100 juta, dapat RM2 juta setahun. Dah “cover” kos hidup dan firma dia. Itu, kalau RM100 juta. Kan?

Itu sebablah, kalau korang baca pasal “money flow” yang “detail” tentang duit-duit 1MDB, duit itu bergerak, dari satu agensi kewangan ke firma guaman ke syarikat, dari satu agensi kewangan ke firma guaman ke syarikat. Sampai hilang. 

Korang mesti tertanya kenapa artis-artis ramai terlibat dengan gang cuci duit ni? Ini namanya sumpah syaitan dan jin kata Si Tua Teratas. Katanya,

“Wang jin harusnya dimakan oleh setan..”

Mereka sama-sama punya perangai yang sama. Suka berparti, suka tunjuk kaya, suka tunjuk hebat, konon pandai berniaga. Walhal mereka hanyalah ejen cuci duit sahaja. Wang dari jin, setan tolong makan. Kalau kau semak dinding (wall) media sosial macam IG artis-artis tunjuk kaya ni, kau akan jumpa dia berkawan dengan “scammer-scammer” lagenda ni. Untuk apa dia berkawan? Business? 😜

Jadi korang jangan percaya sangat kalau tengok orang baru berniaga tiba-tiba boleh ada 21 cawangan kedai tinted, artis sembang sales sebulan 5 juta, nak buka 100 cawangan. Itu ini, bla bla bla. Korang kena letak “red alert” dan “turn on” #mindaskeptikal terus.

Dalam masa yang sama, kalau korang nak berniaga, janganlah termasuk dalam industri yang gang cuci duit ni berleluasa di dalamnya. Jangan, kau nak lawan (fight) dengan orang yang berniaga tak kisah untung rugi ni memang payah. Kebarangkalian kau dan perniagaan mampus adalah tinggi.

Ekonomi gelap ini wujud sebab ada bekalan (supply) dan permintaan (demand). Kalau korang semua tak pinjam ahlong, tak main perempuan, tak main judi kuda, takdala duit untuk nak dicuci. Ekonomi mereka akan runtuh sendiri. Ada segelintir anggota penguatkuasa juga yang menjadi talibarut menyebabkan mereka menjadi gagah dan berani. Jangan pelik kenapa SPRM yang menangkap kes Macau Scam, bukan PDRM.  Kebanyakan “scammer” korang tengok diorang“rilex” je terlepas.

Kita semua ada kesedaran dan sudah tahu tentang aktiviti ini. Cuma bukan kerja kitalah nak siasat. Kalau boleh elak, elaklah. Apa yang boleh buat, kita boleh “SCRUT” syarikat tu dulu dekat SSM, atau dekat www.interepo.com kalau rasa macam ada yang tak kena.

Ini cerita pasal cuci duit, ada juga cerita pasal cuci dosa! Boleh juga cuci atas nama derma politik, derma Palesitn, derma orang miskin, derma buat masjid dan derma buat madrasah. Cuci dosa ni cuci duit melalui orang agama, lebai dan ustaz-ustazah. Faham?

Aku juga pernah didekati dan ditawarkan untuk menjadi ejen cuci-cuci ni. Malangnya mazhab dan kiblat aku berbeza. Mazhab berniaga secara halal, kiblat aku adalah syurga Allah. Jadi, biarlah aku tak kaya dan tak jadi idola anak muda dan masyarakat. 

Aku takut nak hadap tuhan aku di akhirat nanti dengan alasan, “aku sudah bertaubat wahai tuhanku..” walhal aku tahu aku telah menzalimi ramai orang secara langsung atau tidak ketika hayatku di dunia ini.

Jadi, biarlah aku dengan Axia Kompang aku, aku berniaga cara aku, kalau naik pun perlahan-lahan, kalau melingkup pun harap perlahan-lahan. Doakanlah aku ya kawan-kawan..

;)
Sumber FB: Aliff Ahmad II

Tuesday, March 12, 2024

Aplikasi metodologi campuran (mix methodology) dalam melakukan kajian

Aplikasi metodologi campuran, atau mix methodology, melibatkan penggunaan lebih dari satu pendekatan atau metode dalam melakukan kajian untuk mencapai pemahaman yang lebih mendalam tentang subjek yang dikaji. Berikut adalah langkah-langkah untuk menerapkan mix methodology dalam melakukan kajian:


  • Definisikan Tujuan Kajian: Tentukan tujuan kajian dan pertanyaan penelitian yang ingin Anda jawab. Pastikan tujuan kajian Anda jelas dan terfokus.
  • Pilih Pendekatan Kualitatif dan Kuantitatif: Identifikasi elemen-elemen kajian yang dapat dijelaskan dengan menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Misalnya, jika Anda ingin memahami persepsi dan pengalaman individu, pendekatan kualitatif seperti wawancara mendalam dapat digunakan. Sementara itu, jika Anda ingin mengukur hubungan antara dua variabel, pendekatan kuantitatif seperti survei dapat lebih tepat.
  • Rencanakan Metode Pengumpulan Data: Pilih teknik-teknik pengumpulan data yang sesuai dengan pendekatan yang Anda pilih. Ini bisa termasuk wawancara, survei, observasi, atau analisis dokumen untuk pendekatan kualitatif, dan survei, uji coba eksperimental, atau analisis statistik untuk pendekatan kuantitatif.
  • Implementasikan Pengumpulan Data: Terapkan teknik-teknik pengumpulan data yang Anda pilih dengan cermat dan sesuai dengan rencana kajian Anda. Pastikan untuk mengumpulkan data secara sistematis dan relevan dengan pertanyaan penelitian Anda.
  • Analisis Data: Gunakan teknik analisis data yang sesuai dengan pendekatan yang Anda gunakan. Untuk pendekatan kualitatif, Anda mungkin menggunakan analisis tematik atau analisis naratif. Sementara itu, untuk pendekatan kuantitatif, Anda mungkin menggunakan analisis statistik seperti regresi atau uji hipotesis.
  • Integrasi Hasil: Setelah menganalisis data dari kedua pendekatan, integrasikan hasil-hasil tersebut untuk memberikan pemahaman yang lebih lengkap tentang subjek yang Anda kaji. Temukan pola atau konvergensi dalam temuan dari kedua pendekatan yang dapat meningkatkan pemahaman Anda.
  • Interpretasi dan Penafsiran: Interpretasikan hasil kajian dengan hati-hati, dan berikan penafsiran yang komprehensif terhadap temuan dari kedua pendekatan. Identifikasi implikasi hasil kajian Anda dan saran-saran untuk penelitian atau praktik di masa depan.
  • Pelaporan dan Diseminasi: Tulis laporan kajian yang mencakup metode, temuan, interpretasi, dan implikasi hasil secara jelas dan sistematis. Selain itu, diseminasi hasil kajian Anda kepada pemangku kepentingan yang relevan melalui publikasi, presentasi, atau forum diskusi.

Dengan mengikuti langkah-langkah ini, Anda dapat menerapkan mix methodology secara efektif dalam melakukan kajian yang menyeluruh dan mendalam tentang subjek yang Anda teliti.

Monday, March 11, 2024

Buku Marketing for Millennial: How to Get the Digital Natives to Do Business with You ditulis oleh Vivek Iyyani

Isi kandungan buku "Marketing for Millennial: How to Get the Digital Natives to Do Business with You" yang ditulis oleh Vivek Iyyani terdiri daripada bab-bab seperti berikut:



Bab 1: Pengenalan kepada Generasi Millennial

Perincian tentang siapa generasi millennial dan ciri-ciri utama mereka.

Analisis terhadap pengaruh teknologi digital terhadap gaya hidup, perilaku pembelian, dan pandangan dunia generasi ini.


Bab 2: Memahami Preferensi Pemasaran Generasi Millennial

Penerangan tentang keutamaan dan kecenderungan pemasaran generasi millennial.

Tinjauan terhadap bagaimana generasi ini berinteraksi dengan jenama dan produk melalui media sosial dan platform digital lain.


Bab 3: Strategi Pemasaran Digital untuk Generasi Millennial

Pembahasan tentang strategi pemasaran digital yang berkesan untuk menarik perhatian generasi millennial.

Tips dan teknik untuk mengoptimumkan penggunaan media sosial, kandungan digital, dan pengiklanan dalam rangka mempengaruhi pembelian generasi ini.


Bab 4: Inovasi dalam Pemasaran untuk Generasi Millennial

Contoh-contoh inovatif dari industri yang berjaya menarik perhatian dan memenangi hati generasi millennial.

Penerangan tentang bagaimana untuk berani memecahkan tradisi dan mencipta pemasaran yang memikat bagi generasi ini.


Bab 5: Penyesuaian Perniagaan kepada Preferensi Generasi Millennial

Panduan langkah demi langkah tentang bagaimana untuk menyesuaikan perniagaan dan produk kepada kehendak dan keperluan generasi millennial.

Penekanan kepada pentingnya pengalaman pelanggan, keberlanjutan, dan nilai-nilai sosial dalam menarik generasi ini.


Bab 6: Penilaian dan Penyelidikan Pemasaran untuk Generasi Millennial

Cara-cara untuk menilai keberkesanan strategi pemasaran terhadap generasi millennial melalui kajian pasar dan data analitik.

Penjelasan mengenai proses penyelidikan pemasaran yang sesuai untuk memahami sepenuhnya keperluan dan kehendak generasi ini.


Bab 7: Pengurusan Hubungan Pelanggan dengan Generasi Millennial

Strategi pengurusan hubungan pelanggan yang berfokus kepada generasi millennial, termasuk komunikasi digital, sokongan pelanggan, dan retensi.


Bab 8: Tinjauan Kes dan Penyelesaian Masalah

Tinjauan kes-kes pengalaman dari pelbagai sektor dan cara untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pemasaran kepada generasi millennial.

Contoh-contoh kejayaan dan kisah inspirasi dalam menarik perhatian generasi millennial.


Bab 9: Panduan Amalan Terbaik untuk Pemasaran Generasi Millennial

Cadangan dan panduan amalan terbaik untuk merancang, melaksanakan, dan menilai strategi pemasaran kepada generasi millennial.

Penegasan terhadap pentingnya fleksibiliti, kreativiti, dan kesinambungan dalam pemasaran kepada generasi ini.


Bab 10: Ringkasan dan Impak

Ringkasan keseluruhan buku dan penekanan terhadap impak yang mungkin diperoleh melalui pemasaran yang berfokus kepada generasi millennial.

Penjelasan mengenai perubahan paradigma dalam pemasaran yang perlu diambil kira dalam era digital ini.


Bab 11: Pesanan Akhir

Pesanan akhir dari penulis kepada pembaca, termasuk dorongan untuk mengaplikasikan pengetahuan dan panduan yang diperoleh daripada buku ini dalam amalan pemasaran sebenar.


Setiap bab mungkin memaparkan pandangan, kajian kes, dan panduan praktikal yang direka khas untuk membantu pembaca memahami dan mengaplikasikan konsep-konsep pemasaran yang berkesan kepada generasi millennial dalam era digital ini.