Wednesday, May 20, 2015

How Goals Differ From Purpose

A bus driver was having a hard day. No matter how quickly he  drove between bus stops, he simply couldn’t keep to the timetable his bosses had demanded. He came back to the depot with a look of frustration and a feeling of anger.

His boss approached him and asked if all was OK. The bus driver replied, “No, it’s not. How on earth do you expect me to keep to the timetable, if I have to keep picking up passengers?!”

This is obviously a case of a confusion between company goals and company purpose!

I often ask on programs we run ‘What’s your purpose at work?’

To show there is sometimes confusion between purpose and goals, many answers come back that state hitting objectives or targets is ‘what we are here to do’. In other words, they say that their whole reason for working is to hit a goal or goals, or to achieve an objective.

A dictionary definition of ‘purpose’ states “the reason for which something exists or is done, made, used, etc.”

The same dictionary defines ‘goal’ as “the result or achievement toward which effort is directed; aim; end.”

So, the main difference revolves around the ‘what’ and the ‘why’.

Very often, we will direct someone to carry out a task (the goal) without giving adequate backing to the purpose of the goal (what it will achieve and why it will be beneficial to achieve it).

Jim Rohn once said, ‘If you have a big enough ‘why’ you can achieve any ‘how’.

I take that to mean if we have a clearly defined reason to do something that appeals to our intrinsic motivations, we will find the best way to achieve it.

Next time you ask someone to achieve a goal, ensure they are fully aware of the reasons why the goal is so necessary. That way, they will ‘buy-in’ to the goal, because they recognise the purpose it will serve in achieving it. And you’ll not only get understanding as to why it should be achieved, you’ll also get commitment to achieve it.

 

To your success

Have a great day!

Tuesday, May 19, 2015

5 LANGKAH PENTING DALAM PEMASARAN

Ramai yang gagal untuk bertahan lama dalam bisnes disebabkan tidak mempunyai strategi dalam pemasaran.

Apa yang dikejar hanya sales, sales, sales je dan tidak mempunyai ukuran jangkaan sejauhmana seorang pelanggan itu terus membeli dengan anda.

Bisnes yang berjaya adalah bisnes yang melahirkan "pengguna" bukan hanya pembeli. Yang ini anda kena betul-betul faham.

5 LANGKAH PENTING DALAM PEMASARAN

1. AWARENESS

Psikologi manusia ni kalau dalam bab membeli, mereka akan ingat BRAND apa untuk buat keputusan pembelian, jadi anda kena ambil tahu kepentingan membina jenama perniagaan.

2. CONSIDERATION

Selepas mereka dah ingat jenama anda, prospek akan buat pertimbangan samada nak beli atau tak, masa nilah tawaran yang anda buat memainkan peranan penting. Apa yang anda mesti benar-benar menepati keperluan prospek.

3. CONVERSION

Ini dah masuk fasa prospek buat keputusan, pada fasa ini, anda boleh track berapa conversion rate yang anda dapat , maksudnya kalau 100 orang klik berapa orang yang beli. Normalnya ialah 2%, kalau 100 orang klik 2 orang akan beli.

4. LOYALTY

Inilah kunci kejayaan dalam pemasaran yang anda buat , kalau anda berjaya melahirkan pelanggan yang setia tak kiralah berapa banyak produk yang anda keluarkan, pelanggan setia ni terus akan membeli dengan anda. Barulah pendapatan anda lebih konsisten dan berkembang.

5. ADVOCACY

Mana-mana pelanggan yang sudah puas hati dengan perkhidmatan anda, mereka secara tidak sengaja pula menjadi agen kepada bisnes anda, mereka akan berkongsi kelebihan anda kepada orang lain.

Friday, May 1, 2015

TAKAFUL PRUDENTIAL PENIPU BESAR INSURAN

TAKAFUL PRUDENTIAL PENIPU BESAR INSURAN !!!!

Saya Muhd Shakir Assalam Bin Ya (850925-115717) merupakan bapa kepada UWAIS BIN MUHD SHAKIR ASSALAM (121219-03-1057) No. Sijil Prudential : 95680918.

Anak saya dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana Kota Bharu Kelantan pada 29 April 2015 kerana mengalami demam akibat keracunan makanan. Sebagai pemegang polisi insuran Takaful Prudential semenjak September 2013, anak saya akan di`cover` akan kos rawatan hospital oleh pihak Takaful Prudential.

Apabila anak saya dimasukkan ke wad 433, isteri saya dimaklumkan bahawa anak saya gagal mendapat GL daripada Takaful Prudential. Agen Takaful Prudential terus menghubunggi saya dan memaklumkan bahawa terdapat sedikit masalah pada GL anak saya dan mohon berjumpa untuk memberi penerangan selanjutnya.

Melalui perbincangan saya dan agen Takaful Prudential anak saya bernama  ABDUL AZIZ MOHAMED, dia menyatakan bahawa pihak Takaful Prudential menghantar Decline Letter sebab anak saya telah masuk hospital sebanyak 3 kali dalam tempoh 12 bulan. Maka kali ini adalah kali 3, maka anda kena pay and claim.

Saya menyatakan bahawa polisi Insuran anak saya tidak terdapat syarat sedemikian. Dia menyatakan `ya` , tidak terdapat syarat sedemikian dalam POLISI INSURAN anak saya.

Saya mendapatkan Decline Letter yang dihantar oleh pihak Takaful Prudential kepada Hospital Pakar Perdana . No. Ruj Surat : Claim/15040825/sclbus Tarikh : 29/04/2015. Dalam surat tersebut menyatakan:    We regret to inform that we are unable to admit liability on the above claim due to the following :  1.  20.  In any case Covered Person requires three (3) or more admissions for minor illess within a twelve (12) month period, the Covered Person may pay and file claims which will be subjected to reimbursement rules.

Akibat tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan oleh pihak Takaful Prudential, saya terus menghubunggi Customer Care 03 20537188. Panggilan saya dijawab oleh pegawai bertugas yang bernama Puan Hanum. Beliau menggesahkan bahawa Decline letter adalah astas sebab yang saya nyatakan tadi. Saya tekankan bahawa tidak terdapat syarat tersebut dalam polisi anak saya. `Ya Betul` tidak terdapat dalam polisi anak tuan tetapi Members of Committe telah buat satu undang-undang kecil dan ia tidak terdapat dalam polisi , jelas Puan Hanum. Saya bertanya , semenjak bila undang- undang ini diperkenalkan ? . Ia berkuatkuasa semenjak  JANUARI 2015. Saya tegaskan lagi bahawa polisi yang saya tandatangani untuk anak saya adalah pada SEPTEMBER 2013 dan mengikut ilmu matematik 2013 adalah sebelum 2015. Puan Hanum membalas undang-undang ini terpakai kepada setiap pemegang polisi baru dan lama. Adalah tidak adil semasa saya tandatangani polisi syarat ini tidak ada dan kamu kenakan syarat baru kepada kami, ini adalah kerja-kerja syaitan, jelas saya. Saya meminta No. Telefon pegawai yang Members Of Commitee yang meluluskan undang-undang kecil ini setelah Puan Hanum gagal menjawab pertanyaaan saya, dia engan memberi No. Telefon berkenaan.

Untuk memastikan perbualan saya ini adalah betul, saya cabar pihak Takaful Prudential untuk mendedahkan rakaman perbualan saya dan Puan Hanum

Apa yang pasti sekarang ialah undang-undang itu baru sahaja diperkenalkan tetapi pemegang polisi yang telah lama pun turut serta tertakhluk kepada undang-undang baru ini. Dalam maklumat saya POLISI TAKAFUL PRUDENTIAL anak saya, tidak ada klausa yang menyebut POLISI TAKAFUL PRUDENTIAL ini adalah tertakhluk kepada perubahan semasa yang dilakukan oleh SYARIKAT TAKAFUL PRUDENTIAL.

Hari ini, anak saya boleh keluar daripada Hospital Pakar Perdana dan saya terpaksa membayar bill hospital.

Hari ini juga, sudah terang lagi bersuluh, bahawa Takaful Prudential menipu dalam kes ini. Penipuan yang dilakukan ini benar-benar menzalimi Pemegang Polisi Takaful Prudential. Penipuan yang berlaku ini adalah amalan Syaitan dan sekutunya. Paling menyedihkan nama TAKAFUL yang ada pada PRUDENTIAL itu adalah melambangkan syarikat ini adalah Islamic dan mendapat pengiktirafan Bank Negara, maka penipuan yang berlaku ini sudah cukup untuk anda buangkan nama TAKAFUL pada syarikat anda. Semua dana diurus secara Islamic tetapi menipu dalam polisi adalah kerja Dajjal. Dalam sejarah, Islam dan Dajjal tidak pernah bersama.

Kes ini cukup membuatkan saya tidak berpuas hati terhadap Takaful Prudential, saya memikirkan untuk memfailkan kes ini ke Mahkamah atau terus membuat laporan kepada Bank Negara. Tetapi ada baiknya saya cuba untuk siarkan kes ini di media elektronik dan media massa.

Apa kata sekiranya saya mencetak Bunting dan Bena sebanyak 2000 keping dan menggantung diseluruh Kelantan dan Kota Bharu secara khususnya. Ini semua kerja-kerja gila. Tetapi awas, apabila anda berurusan dengan syarikat yang gila anda terpaksa membalas kegilaan mereka dengan tindakan yang gila-gila.

Saya sebarkan surat saya ini kepada pihak Takaful Prudential dan kepada kenalan saya supaya kita lebih berhati-hati memilih syarikat-syarikat Insuran.

Sekian

Terima Kasih

MUHD SHAKIR ASSALAM BIN YA
�� mohon agen2 insuran yang pakar tolong beri penjelasan isu diatas...