Salam hormat...
Pertama sekali saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan/Puan
yang tetap setia menjadi subscriber saya sejak sekian lama dan sentiasa sudi
menerima email-email yang saya kirimkan.
Insyaallah saya akan terus kongsikan banyak tips dan ilmu untuk membantu
anda memulakan perniagaan internet dan facebook marketing pada masa akan
datang..
Tuan/Puan, apakata anda pejamkan mata seketika (tak lama pun) 1 minit je
dan tarik nafas dalam-dalam..
Kemudian, cuba bayangkan kembali perjalanan dan pencapaian anda sepanjang
tahun lalu..
- kegagalan yang pahit untuk dikenang..
- jatuh dan tersungkur yang menyakitkan..
- kekecewaan yang meninggalkan memori sedih..
- Kesilapan yang amat disesali dan pelbagai lagi..
atau..
- kejayaan yang mengembirakan...
- kebahagiaan yang cukup indah...
Tuan/Puan, Usah lagi ditangisi semua kegagalan yang lalu.. Yang dah
berlalu, biarkan berlalu, kita tidak dapat mengundurkan masa dan mengubahnya
lagi..
Tetapi..
Kita mempunyai pilihan untuk bangun kembali, bangkit dari kegagalan dan
mengubah serta membetulkan kesilapan yang pernah kita lakukan dulu..
Bina semangat baru dan kuatkan azam untuk terus berjuang mencapai apa
yang kita impikan dan jadikan kegagalan lalu sebagai pengajaran untuk anda
lebih berjaya..
Pengasas Honda, dengan slogannya "The Power Of Dream"
mengatakan...
Everyone has the Power to Dream
"Dreams are what move us forward, and make the world a better place.
When people share dreams, the power of dreams grows. No challenge is too
daunting, no goal too distant.
Everyone is encouraged to express and realise their dreams for the
collective vision of creating a better and brighter future for our next
generation."
Tuan/Puan, impian akan menjadikan anda HEBAT!! Jangan berhenti untuk
mengimpikan sesuatu! Jika anda yakin, anda memang boleh berjaya!
Saya juga telah melalui banyak kegagalan pada tahun-tahun lalu,
sehinggakan ada masanya saya benar-benar hampir putus asa dan kecewa ...
Namun, saya tidak memilih untuk terus gagal, sebaliknya saya membuat
keputusan untuk bangkit dari kegagalan dan melakukan perubahan serta menjadikan
semua kegagalan lampau sebagai cabaran untuk berjaya..
Alhamdulillah, saya bersyukur kerana 2012 mencatatkan kenangan manis
dengan kejayaan demi kejayaan dikecapi.. Pendapatan 6 angka dalam tempoh kurang
dari setahun, dan 100% dijana menerusi internet..
Ianya satu pencapaian yang amat luarbiasa bagi orang yang biasa-biasa
(sama seperti anda)..
Kejayaan adalah PILIHAN! Anda boleh memilih untuk berjaya ATAU terus
gagal, anda yang tentukannya!
Kejayaan ini bukanlah pencapaian peribadi semata-mata tetapi Tuan/Puan
yang telah memberikan sumbangan terbesar setiap kejayaan tersebut.. Tanpa anda,
kejayaan itu tidak memberikan apa-apa erti..
Kini tibalah masanya, saya ingin kembalikan kejayaan tersebut kepada anda
dan saya amat komited untuk fokus untuk membantu anda pula mencapai
kejayaan..
Mahukan saya bantu anda berjaya?
Jadi teruskan bersama saya, dan sentiasa awasi inbox anda kerana banyak
tips dan motivasi yang bakal saya kirimkan untuk anda.
Dan yang paling best..
Saya akan berikan bermacam-macam tips dengan PERCUMA, khusus untuk
membantu anda berjaya dalam perniagaan internet ini.
Salam Kejayaan Anda..
Ikhlas,
Affendi Hussin