Thursday, February 14, 2019

Guna 3 Perkataan Ini Jika Anda Nak Buatkan Prospek Baca Iklan Anda Sampai Habis!



Menulis ayat iklan tak susah.
Yang susah, nak pastikan mereka baca sampai habis, berminat & rasa nak beli dari kita.
Jadi pada hari ini, saya nak kongsikan 3 idea kepada anda.
Bagaimana nak rampas perhatian prospek & buatkan mereka baca iklan kita sampai habis?
Ok jom kita lihat idea penulisan yang pertama.

1. Ayat pertikai fakta

Masukkan ayat yang mempertikai fakta semasa.
Kenapa? Sebab manusia pantang ditegur; lagi-lagi berkait dengan kepercayaan.
Bayangkan, fakta yang dia percaya bertahun-tahun, tiba-tiba ada orang kata benda itu salah. Sudah tentu mereka nak tahu alasannya.
Jika anda masukkan poin ini dalam ayat iklan, anda mampu buatkan prospek rasa nak tahu & baca sehingga habis.
Contoh niche kecantikan, fakta semasa yang mereka terima mungkin:
“Sirip ikan yu terbukti melicinkan kulit kurang 7 hari” <— Ini fakta semasa!
Tapi anda ada bukti atau pandangan yang bertentangan;
“Betul ke sirip ikan yu boleh licinkan kulit?”
Tajuk seperti ini selalunya buatkan prospek jadi serba tak kena, lagi-lagi kalau mereka dah lama guna produk Sirip Ikan Yu.
Jadi tugas kita senang jer;
  • Mempertikai fakta sedia ada.
  • Buat ia jadi sedikit kontroversi.
  • Kemudian, bagi bukti.
Terangkan sama ada kita bersetuju ataupun tidak dengan fakta tersebut.
Jika tak bersetuju, lampirkan bukti-bukti sokongan. Baru lah mesej kita mudah diterima akal & berpengaruh.
Boleh dapat setakat ini?
Awas! Jika idea tidak disampaikan dengan baik, anda bakal dikecam! Saya ingatkan jer

2. Ayat ingatkan ‘The Big Why’ + Tips

Apa itu Big Why?
Big Why adalah sebab utama anda buat keputusan untuk lakukan sesuatu perkara.
Saya percaya. Setiap manusia mesti ada impian yang ingin dicapai. Namun, disebabkan beberapa kali mencuba tidak berhasil, impian tersebut kian kabur dalam ingatan.
Jadi, kita boleh gunakan kesempatan ini, untuk ingatkan semula “Big Why” mereka, dalam ayat iklan kita.
Contoh niche kewangan. Kita kena tentukan dulu;
  • Siapa prospek kita?
  • Apa sebab utama mereka buat sesuatu keputusan?
  • Kenapa mereka perlu berjaya?
Selepas buat kajian. Kita jumpa bahawa prospek yang ada dalam niche kewangan, biasanya Big Why mereka adalah mampu bagi duit kepada ibu & ayah di kampung.
Seterusnya, tugas kita hanya perlu tanya dibahagian tajuk iklan;
“Dah mampu belum, nak bagi duit belanja dekat ibu di kampung? Jika belum, ini caranya.”
Selepas anda ingatkan Big Why mereka, bagi lah tip yang mereka boleh guna serta merta.
Mudah jer kan cara no.2 ini?
  • Ingatkan Big Why.
  • Kemudian, bagi tip.
Pada akhir perenggan, buatlah Call to Action seperti
“Berminat nak tahu lebih banyak? Hubungi saya.”
Nota: Ayat jenis ini sebenarnya lebih selamat.

3. Ayat info yang ‘ramai tak tahu’

Selain daripada lupa, manusia ada lagi satu sifat iaitu; sukakan info terbaru.
Berdasarkan kajian psikologi daripada Abraham Maslow pada tahun 1943 ada memberitahu benda ini; namanya ‘Self-Esteem’.
Self Esteem ini maksudnya sentiasa inginkan peningkatan status diri.
Atau dengan bahasa yang lebih mudah, manusia nak diri mereka ‘nampak lebih pandai’ daripada sebelum nya.
Jika mereka dapat tahu sesuatu info sebelum orang ramai tahu, mereka akan berasa bangga & suka berkongsi info tersebut (ini yang page-page viral suka selitkan pada tajuk artikel mereka).
Contohnya kalau untuk niche hartanah:
“7 tempat rahsia yang ramai orang tak tahu ada permintaan tinggi kadar sewa rumah”
Anda akan lihat perbezaannya selepas menambah ayat ini – “Ramai orang tak tahu” – ditengah atau dihujung tajuk iklan.
Nak jadikan ia lebih spesifik?
Gantikan perkataan ‘orang’ dengan segmen market anda seperti Pelabur Hartanah.
Secara tidak langsung anda telah menapis orang yang betul untuk baca info tersebut.

Anda Belajar Sesuatu Daripada Artikel Ini?

Mahu belajar lebih lengkap? Dah penat langgar dinding?
Jika anda nak belajar menulis iklan yang lebih tersusun dalam bentuk video step-by-step, anda boleh rujuk panduan video Mazhab Copywriting Junior 3.0 yang terbaru.
Dalam 22 video tersebut, ada diterangkan lebih spesifik:
  • Cara kenalpasti pelanggan kelaparan
  • Cara tanya soalan untuk kenal pelanggan.
  • Cara simple untuk kenal produk
  • Cara untuk tarik perhatian pelanggan
  • Cara buatkan prospek percaya
  • Cara buatkan prospek rasa rugi tak cuba produk anda
  • Dan banyak lagi.
Lengkap dari zero sehingga anda boleh tulis ayat iklan sendiri.


Ini antara hasil daripada amalkan ilmu ini;


Apa-apa pun, saya doakan semoga artikel ini dapat membantu anda menulis iklan dengan lebih tersusun.
Kita jumpa dalam artikel lain ya🙂

Wednesday, February 13, 2019

Ketahui 5 Kesilapan Semasa Menulis Iklan Yang Ramai Tak Tahu!


Pernah tak anda rasa nak give up menjual di online?
Dah buat macam-macam cara, tapi semuanya tak menjadi. Setiap hari post status, orang hanya like jer. Sangat sikit yang tanya nak beli. Kalau dapat jual 1 pcs pun, rasa bersyukur sangat.
Sampai anda rasa, berniaga ini bukan bidang anda. Anda sedih sangat tak dapat jual. Rasa macam buang masa, buang tenaga.
Pernah rasa macam ini?
Sabar yer.
Setiap masalah itu ada penyelesaian. Percayalah.
Anda tentu nak tahu kan: “Apa yang berlaku sebenarnya? Kenapa orang tak berminat dengan iklan aku? Dimana silapnya?”
Dalam artikel kali ini, saya akan bahaskan 5 jenis kesilapan yang sering dilakukan oleh peniaga ketika menulis iklan dan apa yang kita perlu fokus sebenarnya.

Kesilapan #1 – Terlalu Fokus Pada Ciri-ciri Produk

Jujur cakap. Orang tak kisah dengan ciri-ciri produk.
Iklan yang terlalu fokus pada ciri-ciri produk, buatkan prospek bosan untuk baca.
Contoh ciri-ciri produk;
  • “Kopi XXX ini diperbuat dari daun”
  • “Tudung ini tak jarang”
  • “Milkbooster ini ada susu kambing”
Apa manfaatnya pada pelanggan? – Nothing, yilekk!
Pelanggan tak kisah pun dengan produk. Ada berlambak produk di luar sana. Kenapa mereka perlu kisah dengan produk kita? Takde sebab mereka perlu bazirkan masa mengenali produk kita.
Sebaliknya, pelanggan hanya nak tahu; 
“Bagaimana sesuatu produk mampu bantu dia selesaikan masalah?”
Pelanggan beli sebab nak selesaikan masalah. Bukan sebab produk itu power.
Contoh: Anda takde sakit gout.
Saya penjual ubat gout. Saya bagitahu la. Ubat gout ini power. Diperbuat dari akar kayu. Tiada bahan kimia berbahaya. Boleh nampak kesan kurang 5 minit.
Anda berminat tak nak dengar cerita saya? Atau anda rasa annoyying gila mamat ni?
Begitulah apa yang pelanggan rasa, bila kita terlampau syok sendiri cerita tentang ‘kebagusan’ produk semata-mata.
Jadi, apa yang perlu kita fokuskan:
Fokuskan cerita tentang manfaat.
Daripada kita cerita produk semata-mata, lebih baik ceritalah tentang kisah pelanggan yang dah guna.
  • Bagaimana hidup dia berubah.
  • Mungkin dulu rasa terseksa, sekarang happy.
  • Dulu kena kutuk, sekarang dah ramai puji.
Jual pengalaman pelanggan guna produk kita.
Sentiasa tanya soalan “So, why?” untuk cari manfaat yang pelanggan nak.
Misalnya, bila kita mahu beritahu tentang ciri-ciri tudung itu tak jarang. Cuba soal dalam diri kita “So, what?”.
Letakkan diri kita di tempat pelanggan.
Tak jarang  – So, why? – Aurat terpelihara – So, why? – Boleh pakai bawak solat – So, why?– Rasa selamat bila pakai – So, why? – Teruskan tanya “So, why?”
Ini cara asas untuk dapatkan idea menulis manfaat produk.

Kesilapan #2 – Target Market yang Terlalu Umum

Pernah tak anda dengar pepatah:
“When we try to talk to everybody, we talk to nobody”
Inilah pepatah yang sesuai saya gunakan dalam poin nombor dua ini.
Maksudnya, bila kita cuba cakap dengan semua orang. Kita sebenarnya tak bercakap dengan sesiapa pun. Bahasa kasarnya, tak ada seorang pun yang dengar cakap kita.
Begitulah analogi dengan iklan.
“Antara kesilapan utama peniaga adalah cuba menulis iklan kepada semua orang.”
Kita kena sedar. Facebook adalah tempat yang bising. Semua orang nak bercakap. Semua nak share kehidupan mereka.
Jadi, bila semua nak cakap. Bila mereka nak baca iklan kita.
Okay, saya bocorkan. Antara tip rahsia untuk bercakap di tempat yang bising adalah anda kena tarik perhatian mereka dahulu.
Bayangkan, anda sedang berada di dalam dewan sekolah dan anda diberi tugasan untuk sampaikan satu mesej penting dari cikgu. Tapi, semua orang dalam dewan sibuk dengan hal masing-masing.
Semua nak bercakap. Suasana bising. Bagaimana anda nak sampaikan mesej penting tu?
Kalau saya, ini pendekatan yang saya pilih:
  1. Saya kenalpasti dulu mesej ini khas untuk siapa
  2. Apa mesej yang ingin disampaikan
  3. Fikir cara untuk tarik perhatian mereka dulu
  4. Kemudian, baru saya sampaikan mesej
Contoh mesej: Nak beritahu hari isnin semua pelajar Tingkatan 3 kena pergi seminar ‘Jom belajar’ di Kuala Lumpur.
  1. Siapa: Pelajar Tingkatan 3
  2. Mesej: Hari isnin ada seminar dekat Kuala Lumpur
  3. Tarik perhatian mereka dengan panggil; “Perhatian: Pelajar Tingkatan 3”
  4. Semua dah beri perhatian, baru saya beritahu; “Hari isnin ni… bla..bla”
Simple kan?
Anda rasa mesej penting itu sampai atau tidak dekat pelajar tingkatan 3? Ya, insyaallah sampai. Sebab masa kita cakap, semua orang sedang tumpu perhatian.
Jadi, apa yang perlu kita fokuskan:
Sebelum nak tulis apa sahaja iklan. Pastikan kenalpasti dulu, ‘siapa’ pelanggan kita.
Bila dah tentukan siapa, baru kita jelas siapa kita nak panggil. Baru fikir tentang cara nak tarik perhatian mereka. Kemudian, barulah susun ayat iklan yang berpengaruh.

Kesilapan #3 – Tunggu Ilham Tak Sampai

Cerita tentang ilham ini. Bohong la kalau saya kata, saya setiap minit ada ilham power untuk tulis iklan.
Bagi saya mudah. Ilham dan idea ini umpama rezeki. Sama macam kita nak dapat duit.
Kesilapan ramai peniaga, mereka terlalu ‘menunggu; ilham. Bila ilham tak sampai, mulalah pening kepala, tak tahu nak tulis apa. Last-last tidur. Tidur tak selesaikan masalah iklan sahabatku.
Cuba kita muhasabah balik;
“Antara tunggu dan cari rezeki: Mana yang lebih bagus?”
Nah! Jika kita nak dapat duit, kita kena cari. Kita sanggup kerja. Kita sanggup bisnes. Kenapa bila kita nak menulis, kita harap ia hadir dengan hanya menunggu?
Nampak tak poin saya?
Sebenarnya, cara paling kebal untuk elak daripada takde idea adalah CARI ILHAM.
Contoh: Kita takde idea nak tulis pasal manfaat produk.
Maka, tindakan kita adalah buat carian.
Cuba baca blog-blog pesaing kita. Apa yang mereka tawarkan. Baca jurnal. Baca bahan material daripada HQ. Tanya orang yang pakar tentang produk itu. Bila kita tanya, kita akan dapat idea.
Kata kuncinya, kita kena CARI bukan TUNGGU ilham tak sampai-sampai.
Jadi, apa yang perlu kita fokuskan:
Pertamanya, fahamkan dulu bahasa ilham & idea adalah rezeki.
Makanya, penting untuk kita kumpul bahan dulu, sebelum mula menulis. Dah kumpul bahan seperti kajian tentang produk. Dah korek dan kumpul maklumat apa yang pelanggan mahukan.
Barulah bila menulis, ia akan jadi mudah, teratur & sedap jer.

Kesilapan #4 – Guna Bahasa ‘Professor’ Yang Pelanggan Tak Faham

Kita perlu sedar. Tak semua orang faham, apa yang kita faham.
“Bahasa yang darjatnya terlalu tinggi. Akan buatkan kita rasa hebat. Tapi belum tentu produk terjual”
Bila menulis iklan, yang PENTING adalah pelanggan faham dulu.
Bak kata salah seorang otai dalam bidang Direct-response Copywriting, David Ogilvy;
“If you want people to buy your product, you must explain it as briefly and simply as possible: what you sell, and how buying your product will improve their lives.”
Maksudnya, kalau kita nak jual produk. 
Kita kena terang kepada pelanggan semudah mungkin, dengan bahasa yang senang difahami, supaya mereka nampak nilai, bahawa produk kita mampu bantu mereka hidup lebih baik.
Jadi, apa perlu kita buat selepas ini:
Elakkan guna perkataan bombastik. Sainstifik aras professor. Perkataan pelik-pelik.
Pilih perkataan yang sama maksud & lebih mudah difahami. Cuba cari perkataan yang lebih mesra pengguna. Senang cerita, budak sekolah pun boleh faham.
Contoh: Jual produk kesihatan.
Daripada kita guna istilah ‘Ganoderma Lucidum’. Lebih baik tukar kepada ‘Cendawan Merah’. Perkataan ‘Cendawan’ lebih mudah orang faham.
Contoh: Jual hartanah
Jika anda bercakap dengan orang baru dalam bidang ini. Daripada guna istilah ‘Subsale’. Lebih baik anda tukar kepada ‘Rumah second-hand atau terpakai’.
Boleh dapat setakat ini? Simple jer kan
Tukar perkataan pelik, kepada perkataan yang pelanggan mudah faham. Nak dapat perkataan ini, mudah jer. Anda kena belajar ilmu tanya soalan yang betul dekat pelanggan.
Bila soalan kita tanya power, feedback yang kita dapat pun power.

Kesilapan #5 – Tulis Ikut ‘Rasa-rasa’ Bukan Dari Kajian

Sebenarnya, prospek boleh ‘bau’ sama ada kita tulis berdasarkan kajian atau main ‘goreng’ sesedap rasa.
Ayat iklan yang ditulis berdasarkan kajian. Isinya sampai ke hati. Mudah dihadam dan tidak diragui. Tak nampak ‘fake’ la senang cerita.
Manakala, ayat iklan yang dibuat berdasarkan ‘rasa-rasa’. Biasanya, meleret-leret tanpa hala tuju. Bila kita baca pun boleh tergeliat lidah.
Macam saya, bila mahu menulis iklan. Sekurangnya, saya perlukan 5 poin di bawah (minimum):
  • Produk ini untuk apa?
  • Nak jual dekat siapa?
  • Apa yang bestnya produk ini?
  • Kenapa prospek kena beli dari aku?
  • Macamana nak order?
Bila tahu jer 5 poin ini.
Saya akan buat kajian tentang ‘pelanggan kelaparan’ dan keunikan untuk produk tersebut. Dah selesai kajian, baru saya mula menulis.
Tidak la saya merepek-repek dalam iklan.
Dalam iklan, saya hanya bagitahu benda yang pelanggan nak tahu sahaja.
Macamana nak tahu apa yang pelanggan nak?
Jawapannya, tanya mereka. Ya, tanya pelanggan. Kenapa dia beli dari kita? Apa bestnya produk kita? Apa yang buatkan dia puas hati sangat-sangat?
Kemudian kita senaraikan lah dalam bentuk poin. Bagi memudahkan anda faham. Saya kongsikan contoh.
Contoh: Niche Travel Agency
  • Nak jual pakej apa? – Pakej pelancongan ke Turki.
  • Untuk siapa? – Kaki travel & minat pergi tempat sejarah Islam.
  • Apa yang best? – Boleh customize pakej. Ada 15 tempat menarik.
  • Kenapa kita? – Ada pemandu pelancong yang boleh cakap Melayu.
  • Cara order? – Klik link untuk isi borang.
Nampak tak, bila poin-poin dah dikumpul. Rasa mudah sikit nak mula menulis.
Boleh dapat sampai sini?

Ok, akhir kata daripada saya…

Saya harapkan artikel ini dapat bantu anda faham dengan serba ringkas. Apakah kesilapan yang sering dibuat dan apa yang anda perlu fokus selepas ini.
Bagi mereka yang nak belajar lebih lanjut:
  • Bagaimana nak menulis iklan dengan betul?
  • Dah penat langgar dinding, buat iklan asyik tak jadi?
  • Nak belajar dari asas direct dengan saya?
Saya rekemen anda rujuk Video Copywriting Junior, oleh Tuan Faris Osman.
Beliau dah susun video istimewa untuk anda belajar dari rumah. Setakat ini sudah lengkap 22 video dan anda akan dapat update percuma seumur hidup jika ada video-video terbaru akan datang.

Thursday, December 1, 2016

Senarai Nama serta No Akaun Penipu dan Scammer online

TOLONG VIRALKAN!!!!
semoga kita dapat selamatkan DUIT rakan2 kita!!!

Senarai Nama & No Acc Penipu2 :

1. Noor Zaidi Bin Hassan 163019651309 (Maybank)

2. Muhammad Ikhbal bin Taslim. 14820002359529 (CIMB)

3. Satralyn - 165125266083 (MBB)

4. Lee Suet Chinn -  4779046133 (PUBLIC BANK)

5. Mohd fadli - 7606748639 (CIMB)

6. Mohamad Fairul Bin Abu Bakar - 7049910031(CIMB)

7. Nassarudin Bin Ahmad Akmar - 4756227835 (Public Bank)

8. Muhammad arif bin dzulfadli
PHAT CURVES MALAYSIA

9. Andry Stephen ak Anthony. Maybank 161239022664

10. VIVIAN A/L VASU 110078148805 (acc tidak di kenalpasti)

11. MOHD SHAHRIL BIN HASAN @
Nurhidayu binti Shahri Cimb-7042162353

12. SYAFIQ AZRI BIN JAILANI CIMB BANK : 5577565400557504

13. Nur Nirmal 12092022934110 bank islam

Senarai nama penipu yg kononnya menjual tudung aidijuma

1. Khalidah Khalid 151017193499 (MBB) 01160773313525 (CIMB)

2. Mohd Firas 162013000905 (MBB)

3. Noratikah Nobit 112241075413 (MBB)

4. Nurul Nur Izzati Mohd Jizi 161188560426 (MBB)

5. Siti Fatimah 164017220750 (MBB)

6. Syed Kamal al Yahya 162834038188 (MBB)

7. Syazrina bt Ahmad 157139577099 (MBB)

Tipu penjualan hp
Bank CIMB :5577565400674648
Zulasraf joharri manaf
no telefon : 013-272-5800
Scammer di Mudah.My

Tipu Jual Huddle Yes
Nama : Muhammad Feazy Iskandar
Nama Bank : CIMB Bank : 01260002959204
Scammer di mudah.my

tipu jual iphone
Name : Izuan bin Abdul Rahim.
No. Telefon : 0104379994
Name of Bank : Maybank.
Account Number : 152116070094
Public acc 4662006431
ms chan kee fe

SENARAI SCAMMER/PENIPU ONLINE
--------------------------

11118-41-000076311 (BSN) : KU MUHAMMAD TARMIZY BIN KU YEEN
013-2069542
FB : TASHA NORA

105176065539 (MBB) : REGINA ROSS
FB : COMEL BUNDLE

514758303026 (MBB) : HOE RENOVATION DESIGN ENTERPRISE
7056592322 (CIMB) : YAP WAI KEI

155171103902 (MBB) : MAS FAZIRA MOHD
011-23584292
FB : MAS SYAWAL (CHENTAPAPA)

156226070206 (MBB) : ABDUL RASHID SHAMSUDDIN
7049749336 (CIMB) : HASBI IBRAHIM
013-9616951
FB : Aien Niey

164445049951 (MBB) : WAN RAZALI BIN WAN ABDUL RAZAK
FB : Wan Farah

164717057651 (MBB) : IBRAHIM ABDULLAH
016-5470443
FB : Fahira Yusoff

7052915884 (CIMB) : NOR AIN MUHAMMAD
017-9016995
FB : Ria Riana II

164472265856 (MBB) : RAJA ERMAN
011-17564693
FB : Koleksi Beg Import (Lelaki) Branded Berkualiti Tinggi Termurah DiPasaran

7612826880 (CIMB) : EMY SOFIA ROSLAN
112018146575 (MBB) : EMY SOFIA ROSLAN
011-23308892
FB : Bella Leisya

0300941000022505 (BSN) - YUHANIS MOHAMED

158220571578 (MBB) : FAZUNA OTHMAN

553092004462 (MBB) : NIK ROSLINDA NIK MOHD ROSLI

7614178335 (CIMB) : NURUL JANNAH MOHD RASHID
016-3083277

155127119862 (MBB) : NORASHIKIN RASHID

162012986987 (MBB) : SALINA MOHD NOOR

7006869175 (CIMB) : SHAH IRWAN

untuk agent2 top-up
==============

Senarai no hp yang disyaki digunakan oleh scammer top up.Mohon viralkan kepada semua ahli supaya berhati2 apabila berurusan dengan no2 di bawah ini.

1.0194167914
2.0164581024
3.0139773984
4.0139400983
5.0139142031
6.0199762300
7.0145327926
8.0107644899
9.01140318364
10.01140338432
11.01125693057
12.0169014567
13.0173704008
14.0135946807
15..01135323147
16.01115444180
17.0122583416
18.01140232046
19.0199419072
20.01140316188
21.010 800 7522

======Update 9 Jan 2017====

*RABIATUL ADAWIAH*
CIMB 8602614851
NO TEL +601125447422
FB : Rabiatul Adawiah @ Ruby
Penipu online jual barang kosmetik dan blouse borong murah
*Rakan bersekutu @Mia*
No tel +60179660899
Penipu online jual barangan kosmetik murah dan blouse borong murah
(KOSMETIK BORONG MURAH)

======Update 9 Jan 2017====

** Tolong simpan dlm notepad anda sbb senarai ni ialah scammer yg masih aktif. Sebelum buat bayaran, tolong cek akaun kot ada tersenarai nama penipu ni. Berhati2 ok. Jgn jadi mangsa seterusnya.

Tuesday, December 29, 2015

USAHAWAN BEBALISME

USAHAWAN BEBALISME

Seorang sahabat bertanya adakah idea perniagaan beliau bagus dan akan berjaya. Saya diam. Saya tak mahu menjawab kerana usahawan merupakan seseorang yang mencabar konvensional dan berani mengharungi segala ketidakpastian. Maksudnya, kalau saya jawab "tidak," dia sepatutnya memulakan bisnes itu dan membuktikan saya salah. Itu usahawan.

Saya pernah sebutkan apabila Jack Ma pengasas Alibaba dan kini orang ke-18 terkaya di dunia, ditolak oleh venture capitalists, dia tidak berhenti. Tuan Haji Ali Hassan, pemilik kumpulan lebih 140 buah rangkaian kedai peralatan sukan pernah ditolak oleh banyak bank, dia tidak berhenti. Apabila kedai sukan beliau diserbu penguatkuasa PBT, Tuan Haji Ali Hassan berjalan terus.

Seseorang yang nak jadi usahawan harus ada sifat bebal dan keras kepala. Elok juga jika kepala batu. Atau, kepala simen. Lagi orang kata tak boleh, lagi dia nak buat.  Usahawan seharusnya merupakan non-conformist.

Sekiranya anda ingin sesuatu yang pasti atau hampir pasti, jadilah pegawai bank. Pegawai bank beri pinjaman hanya apabila pasti dapat kutip bayaran. Kalau ada risiko, minta cagaran. Kalau risiko tinggi, minta cagaran lebih banyak atau naikkan kadar faedah (atau keuntungan). Usahawan bukan begitu.

Mark Cuban, pemilik Dallas Maverick dan Magnolia Pictures, pernah kata bisnes ialah dunia yang penuh dengan tidak kepastian. Apa yang pasti ialah apabila usahawan berhutang, mereka kena bayar hutang.

Di sinilah usahawan kena ada sifat bebal atau bebalisme. Cuba tanya usahawan yang berjaya, mereka ada kisah-kisah keras kepala yang menjadikan mereka berjaya. Sekiranya mereka dengar cakap orang, sampai sekarang pun mereka tidak akan ke mana-mana.

Walaupun saya selalu menyebut mengenai pembinaan kapasiti, namun kita usah sertai latihan demi latihan keusahawanan sehingga menjadi training junkie. Sijil penuh di dalam fail, tetapi masih belum memulakan bisnes. Kutip sijil latihan bukan bisnes.

Memulakan bisnes samalah seperti berenang. Walau bagaimana hebat sekali pun kita belajar, selagi kita tak terjun ke dalam kolam, sungai atau laut, selagi itulah kita tidak pandai berenang.

Memang kita perlu ada sedikit kemahiran sebelum berenang. Namun begitu, apabila kita berenang nanti, barulah kita akan kaut kemahiran baru yang kita tidak boleh belajar di atas dataran. Kemahiran-kemahiran ini saya namakan sebagai "survival skills" atau dalam bahasa mudah, kemahiran nak hidup.

Nasihat saya ialah, mulakan bisnes. Mulakanlah apa saja. Dunia keusahawanan ialah dunia harapan dan dunia impian.

Usahawan yang memulakan perniagaan dengan jual 50 bungkus nasi lemak boleh impikan membesar dan sediakan katering kepada syarikat penerbangan antarabangsa. Orang yang jual tudung secara online boleh bermimpi menguasai platform yang mampu bersaing dan boleh buatkan Lazada tak tidur malam. Anak muda yang memulakan bisnes menyewa dua buah kereta boleh berfikiran besar untuk menandingi Uber atau paling tidak, Avis atau Hertz.

Ringkasnya, usahawan kena bebal. Usah cuba dapatkan endorsement orang lain. Biar orang panggil anda usahawan bebalisme. Buatlah apa yang anda percaya akan berjaya. Buatlah sekarang!

Saturday, October 24, 2015

Nasihat Lelaki Terkaya Di Asia Ini Kepada Anak Muda Berpendapatan RM2000, Bagaimana Untuk Menjadi Kaya

Nasihat Lelaki Terkaya Di Asia Ini Kepada Anak Muda Berpendapatan RM2000, Bagaimana Untuk Menjadi Kaya

Dalam hidup ini pasti ramai impikan untuk menjadi kaya, apa yang diinginkan dapat dipenuhi dengan mudah tanpa memikirkan pasal kos yang terpaksa digunakan atau untuk dijimatkan.

Tetapi untuk menjadi kaya bukanlah sesuatu yang mudah tanpa usaha dan keazaman yang tinggi.

Li Ka-Shing, lelaki terkaya di Asia dan no 14 dunia dengan jumlah kekayaan bersih sehingga USD25.5 billion telah berkongsikan satu nasihat yang amat berguna kepada anak muda yang bergaji kira-kira RM2000.

Sebelum kita pergi kepada nasihat atau tips berkenaan, jom kita kenali siapakah sebenarnya lelaki ini, apa kisah yang menarik mengenainya dan sudah pasti nasihatnya ini berdasarkan hidupnya yang lebih awal 'makan garam' daripada kita.

Beliau bukanlah seorang yang berpendidiakn tinggi, dia tidak menamatkan pengajian di sekolah tetapi seorang yang amat minat membaca. Sifat itu adalah pengaruh daripada bapanya yang merupakan seorang guru yang mencintai ilmu. Walau bagaimanapun, Li Ka-Shing kehilangan bapanya sebelum berumur 15 tahun menyebabkan dia tidak dapatmenamatkan alam persekolahan kerana kesempitan hidup.

Dia dilahirkan di ChaoZhou, sebuah tempat di daerah Guangdong, China pada 29hb Julai 1928.

Bermula daripada seorang buruh kasar di sebuah kilang plastik, dia mencuba nasibnya menjadi seorang jurujual, juga dalam industri barangan plastik. Cerita berkenaan lelaki paling kaya di Asia ini merupakan antara cerita paling mula yang saya tahu.

Walaupun bergelar orang paling kaya di Asia, dia hanya memakai jam tangan berjenama Seiko yang dibelinya pada masa mula menjadi usahawan muda dahulu. Dia memang terkenal dengan cara hidup yang berjimat cermat dan amat suka membaca bagi mengumpulkan ilmu.

Ketika mula bekerja sebagai buruh kasar Li Ka-Shing berpeluang membantu majikannya mengarang satu surat penting. Peluang itu berlaku apabila kerani majikannya tak hadir dan tiada orang yang boleh membantu majikannya buat surat.

Oleh sebab Li Ka-Shing tahu membaca dan menulis, orang menunjukkan beliau pada majikannya. Setelah Li Ka-Shing berjaya buat surat, majikannya kagum dengan keupayaan beliau mengarang dengan baik, lalu ditawarkan kerja pejabat yang lebih mudah.

Tapi sikap sebagai usahawan muda yang ada pada dirinya membuatkan dia menolak tawaran tersebut. Sebaliknya dia minta untuk menjadi seorang jurujual daripada menjadi seorang kerani.

Oleh sebab suka dengan sikap Li Ka Shing, majikannya mengizinkan beliau menjadi jurujual. Terbukti bakatnya sebagai seorang jurujual amat hebat. Hasil jualannya seorang diri mengatasi hasil gabungan jualan kesemua jurujual yang ada dalam masa yang singkat saja.

Bila dia bercadang nak buka kilang buat bunga tiruan dari plastik, majikannya yang yakin akan bakat Li Ka Shing mahu mengikutinya dan menjadi rakan kongsi Li Ka Shing. Ertinya majikannya sanggup berada di bawah pimpinan Li Ka Shing yang masih muda itu. Majikannya sanggup jual kesemua kilangnya untuk mengumpul dana bagi menjayakan hasrat Li Ka Shing.

Dan kini, Li Ka Shing adalah orang paling kaya di Asia. Dia masih kekal bersederhana walaupun kekayaannya amat hebat….

Jom kita baca apa nasihatnya kepada mereka yang berpendapatan RM2000 jika mahu berjaya dalam hidup.

PETUA LI KA-SHING UNTUK ANAK MUDA

Katakan anda berpendapatan sebanyak RM2000 sebulan sekarang. Tak kira samada anda dah berniaga atau anda masih makan gaji. Pastikan anda bahagikan pendapatan itu kepada 5 bahagian.

1) Belanja untuk sara hidup anda. Pastikan anda bersederhana dalam belanja sara hidup. Jumlah sebanyak maksima RM600 mungkin dah cukup jika anda pandai berjimat. Bajet sekitar RM20 sehari untuk perbelanjaan hidup walau apapun yang berlaku.
Makan pagi secara sederhana dengan makan bihun atau nasi goreng, telur sebiji dan air segelas. Itu dah cukup mengenyangkan.
Makan tengahari juga dengan cara yang sederhana dan sedikit buah.
Makan malam pastikan anda masak sendiri dengan cara yang mudah dan sederhana. Makan sayur dan buah dan minum segelas susu sebelum tidur.

2) Belanja untuk bina rangkaian kawan. Untuk itu anda perlukan sebuah telefon bimbit. Bajet sekitar RM100 saja sebulan untuk bil telefon anda. Peruntukkan sebanyak RM300 lagi untuk belanja kawan makan. Anda boleh bajet dalam 3 orang sebulan dengan kos RM100 seorang. Jadi jumlahnya adalah dalam lingkungan RM400 untuk aktiviti bina rangkaian kawan ini. Pastikan kawan yang anda belanja itu adalah mereka yang:
Lebih berilmu daripada anda. Jangan belanja orang yang entah apa-apa yang berfikiran negatif dan tidak punya ilmu yang lebih baik dari anda sendiri.
Lebih kaya daripada anda. Belanja mereka walaupun mereka lebih kaya kerana apa yang mereka tahu perlu menjadi rahsia yang perlu dikorek.
Orang yang membantu anda dalam kerjaya atau perniagaan. Tak ada usahawan yang boleh naik tanpa bantuan dari mereka yang prihatin dan besar jiwanya membantu orang lain. Jadi hargai mereka dan jangan kemut untuk belanja mereka. Ia bakal menjadi magnet untuk lebih ramai lagi orang lain datang memberikan bantuan selepas ini.

3) Belanja untuk aktiviti menuntut ilmu. Jangan ambil mudah dengan aktiviti menuntut ilmu untuk berjaya. Tak ada orang yang boleh pergi jauh jika malas mencari ilmu. Untuk itu anda perlu pastikan sejumlah RM300 diperuntukkan untuk:

Beli buku pengetahuan. Jangan pula beli buku mengarut seperti surat khabar, novel, majalah mangga dan sebagainya. Belilah buku yang anda boleh kutip ilmu dan aplikasikannya dalam kehidupan. Baca betul-betul dan jangan sia-siakan wang yang dibelanjakan untuk beli buku tersebut. Mungkin anda perlu siapkan dalam RM100 sebulan untuk beli buku.
Ikuti seminar atau kursus keilmuan yang anda rasa penting dan dapat membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri anda. Belanjakan dalam lingkungan RM200 sebulan untuk kursus atau seminar yang baik untuk anda. Anda akan dapat ilmu dan penting lagi anda akan berkenalan dengan mereka yang turut sama mahu berjaya dalam hidup seperti anda.

4) Belanja untuk melancong ke luar negara. Peruntukkan sebanyak RM200 sebulan untuk aktiviti berjalan ke negeri orang. Anda boleh tetapkan satu aktiviti berjalan ke luar negara sekali setahun. Jika anda sediakan RM200 sebulan, setahun anda akan ada sebanyak RM2,400. Jumlah itu memadai untuk anda melancong ke negara jiran yang kosnya murah. Berjimat dengan penuh kemut ketika melancong. Bukan kemewahan yang yang dicari, tapi apa yang boleh anda pelajari daripada pengembaraan itulah yang paling penting. Jauh perjalanan, luas pemandangan !.

5) Peruntukan untuk simpanan. Baki selanjutnya sebanyak RM500 hendaklah disimpan dalam akaun simpanan. Masukkan dalam tabung haji atau mana-mana akaun yang susah nak dikeluarkan. Ia adalah pelaburan untuk modal memulakan perniagaan anda.

Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan terlebih dahulu. Trading mungkin satu pilihan yang baik. Bila mula kecil, gagal bermakna anda hanya hilang wang yang sedikit. Jika berjaya, ia jadi suntikan semangat untuk anda berjaya lebih tinggi sedikit lagi.
Cuba buat kerja tambahan untuk tambah pengalaman. Libatkan diri dengan aktiviti menjual kerana menjual adalah perkara penting untuk setiap usahawan yang mahu berjaya.

Beliau pada masa yang sama menasihatkan supaya anak-anak muda berjimat cermat, jangan menghabiskan duit untuk kehendak seperti membeli pakaian dan kasut mewah. Simpan terlebih dulu wang anda. Gunakan sebaik mungkin untuk mengembangkan wag simpanan berkenaa dan jalan terbaik untuk kaya adalah berniaga.

Sumber Siakapkeli.my