Tuesday, October 14, 2025

Kisah Alex Hormozi —Lelaki yang bermula dengan $1,000 dalam akaun dan akhirnya cipta syarikat bernilai lebih $100 juta.

Kadang-kadang kita tengok orang berjaya, kita fikir hidup dia senang.

Tapi bila saya dengar kisah ni —
seorang lelaki yang dah bantu ramai orang jadi jutawan,
saya terfikir balik…
berapa ramai antara kita yang sebenarnya tengah kejar “kejayaan” tapi tak tahu untuk siapa.

Ni kisah Alex Hormozi —
lelaki yang bermula dengan $1,000 dalam akaun,
dan akhirnya cipta syarikat bernilai lebih $100 juta.

Tapi bahagian paling menarik bukan masa dia kaya,
tapi masa dia jatuh, dan apa yang dia belajar dari situ.

Kisah ni diambil dari video 2 jam jadi betul2 panjang. 
Saya pecahkan kepada 5 bahagian. 
Kalau tak ada masa nak baca semua, save dulu post ni.

Bahagian 1: Masa Susah & Turning Point

Masa umur 22 tahun, Alex Hormozi nampak macam orang berjaya.
Ada kerja stabil, gaji tetap, rumah sendiri, dan ibu bapa dia bangga gila.

Tapi dalam hati dia — kosong.

Dia cakap,
“Setiap kali bangun pagi, saya doa supaya tak bangun lagi.”

Bayangkan.
Bukan sebab dia kena buang kerja, bukan sebab susah hidup.
Tapi sebab dia rasa macam hidup ni tak ada maksud.

Dia anak yang ikut semua benda yang ayah dia suruh.
Belajar elok2, kerja elok2, ikut laluan selamat.
Ayah dia nak dia jadi doktor. Dia ikut.
Tapi jauh dalam hati dia tahu, itu bukan hidup yang dia nak.
________________________________________
Satu hari dia tengok cermin, dan dia cakap:
“Kalau aku terus hidup macam ni, aku akan mati perlahan-lahan.”

Dia ambik keputusan paling besar dalam hidup — berhenti kerja.

Dia tahu keputusan tu akan buat ayah dia kecewa.
Tapi dia juga tahu, kalau dia terus hidup untuk buat orang lain bangga, dia sendiri takkan pernah rasa bebas.

Dia jual semua barang dia, pindah ke California, dan mula bina gym sendiri.
Masa tu dia langsung tak tahu pasal bisnes, tak tahu pasal marketing, tak tahu pasal sales.
Dia cuma tahu satu benda — dia kena cuba.
________________________________________
Tapi realiti bisnes tak seindah semangat.

Dia kena tipu.
Partner lari bawak duit.
Gym takde pelanggan.
Dia kerja siang malam tapi masih rugi.
Sampai satu masa dalam akaun tinggal $1,000 je.
Dia duduk dekat rumah mak mentua, kepala serabut, rasa malu, rasa gagal.

Masa tu dia pandang isteri dia, Leila, dan dia cakap:
“Saya rasa awak patut tinggalkan saya. Saya ni kapal karam.”

Tapi Leila pandang dia balik dan cakap,
“Kalau kita kena tidur bawah jambatan pun, saya sanggup. Saya nak hidup dengan awak, bukan duit.”
Ayat tu ubah hidup dia.
________________________________________
Leila bukan bagi dia modal, tapi dia bagi Alex percaya balik kepada diri sendiri.

Dia cakap,
“Kalau saya tak percayakan diri saya, sekurang-kurangnya ada orang yang masih percaya saya boleh.”

Dalam masa 6 bulan lepas tu, dari akaun yang tinggal $1,000,
bisnes dia meletup sampai $3 juta dalam akaun.
Dan itu bukan sebab nasib.

Dia ubah cara dia fikir tentang kerja, tentang nilai, tentang jualan, tentang hidup.
________________________________________
Dia kata masa tu dia belajar satu benda penting:
“Kalau kau tengah sesat, teruskan jalan — tapi kali ni jangan ulang jalan yang sama.”

Dia mula belajar benda yang orang kaya belajar.
Dia berhenti kejar “minat” dan mula kejar “kemahiran”.

Sebab katanya,
“Passion tak bagi kau duit. Skill yang bawa kau keluar dari neraka.”
Dia baca semua buku, belajar dari mentor, dan mula cari cara untuk buat duit tanpa bergantung pada nasib.
________________________________________
Itu turning point dia.

Dia tak lagi fikir “aku nak jadi kaya.”
Dia mula fikir,
“Macam mana aku boleh cipta nilai cukup besar sampai orang sanggup bayar aku?”

Dan dari situ lah lahirnya mindset yang akhirnya jadi asas kepada Acquisition.com, syarikat yang hari ni pegang lebih 20 bisnes bernilai ratus juta dolar.
________________________________________
Bahagian 2: Dari Gym Bankrap ke $100 Juta — 
Macam Dia Ubah Skill Jadi Duit

Lepas dia jatuh teruk tu, Alex cakap satu benda yang selalu terngiang dalam kepala aku:
“Saya dah kalah teruk sekali, dan saya masih hidup.
Jadi apa lagi yang saya nak takut?”

Masa tu dia sedar —
rasa takut tu cuma wujud sebab kita belum pernah hilang semuanya.
Bila kau dah betul-betul jatuh sampai bawah, kau dah tak takut apa-apa.
Dan dari situ, dia mula naik balik, satu langkah demi satu langkah.
________________________________________
1. Belajar Jual Nilai, Bukan Produk.

Masa tu dia masih dalam dunia gym, tapi dia ubah cara fikir.

Sebelum ni dia fikir,
“Kalau gym aku lawa, ramai orang akan datang.”
Tapi realiti: tak ada siapa peduli gym lawa kalau tak nampak hasil.
Jadi dia ubah cara dia jual.

Dia tak jual “gym membership” — dia jual “body transformation.”
Dia bagi janji result, bukan janji tempat.

Contoh ayat dia:
“Saya akan bantu kau turun 10kg dalam 12 minggu — 
kalau tak jadi, saya refund.”

Boom.
Orang datang beratur nak join.
Dia cakap masa tu baru dia faham:
“Orang tak beli produk. Orang beli perubahan hidup.”
________________________________________
2. Gunakan Pain Sebagai Marketing.

Dia kata bila dia tengok pelanggan, dia tak jual ikut “apa orang nak”, tapi ikut “apa orang tak nak rasa lagi.”

Contoh:
Orang tak beli gym sebab nak sihat,
orang beli sebab dia benci tengok diri sendiri dalam cermin.

Jadi dia guna “pain-driven marketing.”
Dia cakap — kalau nak orang beli, tunjuk apa yang dia tengah elak.
Bila orang nampak “pain”, baru dia bertindak.
________________________________________
3. Sistemkan Ilmu Sampai Boleh Diajar.

Dalam masa 2 tahun, dia bukan je berjaya naikkan gym dia sendiri,
tapi dia mula buka 6 gym lagi, semua jalan pakai sistem sama.
Dia panggil sistem tu “Gym Launch.”

Dan bila orang lain nampak kejayaan dia,
mereka mula tanya,
“Boleh ajar kami cara buat benda ni?”

Masa tu dia baru sedar:
duit paling besar datang bila kau ajar orang lain cara kau buat duit.
________________________________________
4. Leverage.

Dia kata benda ni turning point kedua dalam hidup dia.
Sebab masa tu dia dah penat buat semua benda sendiri.
Bila dia jumpa konsep leverage, dia kata hidup dia terus berubah.

Dia terangkan:
“Kerja keras tak cukup.
Kau kena gandakan hasil kerja keras tu dengan leverage.”

Ada 4 jenis leverage yang dia guna:

1. Orang.
Upah team untuk buat benda yang kau tak sempat buat.
Tapi kau kena ajar sistem dulu, baru boleh lepaskan.
2. Media.
Dia guna video, konten, dan buku untuk buat kerja bagi pihak dia 24 jam.
Satu video boleh capai jutaan orang — 
benda tu leverage paling murah sekarang.
3. Modal (Duit).
Duit orang lain boleh bantu kau tumbuhkan bisnes kalau kau tahu urus risiko.
4. Software/Tech.
Automasi kerja. Biar mesin buat benda berulang, manusia fokus bina strategi.

Dia cakap,
“Kalau kau masih hidup macam robot, kau takkan kaya.
Tapi kalau kau belajar buat robot kerja untuk kau — 
kau akan bebas.”
________________________________________
5. Fokus Satu Skill Sampai Jadi.

Masa tu ramai orang tanya dia:
“Macam mana kau boleh grow cepat gila?”
Dia jawab simple:
“Saya tak buat semua benda. Saya cuma jadi gila pada satu benda — sales.”

Dia belajar sampai tahap dia boleh jual apa saja pada siapa saja.
Dia study skrip, pattern manusia, objection, psychology semua.

Dia kata,
“Kau tak perlukan 10 kemahiran.
Kau cuma perlukan satu kemahiran yang orang lain sanggup bayar mahal.”
________________________________________
6. “Don’t Chase Freedom, Build Discipline.”

Bila bisnes dia dah makin besar, dia jumpa masalah lain —
ramai orang kaya tapi tak bahagia.

Dia kata,
“Freedom bukan datang sebab kau takde kerja.
Freedom datang bila kau tahu apa yang kau nak, dan kau boleh control diri kau buat benda tu hari-hari.”

Disiplin tu yang bagi dia kebebasan sebenar.
Dia bukan buat sebab nak “suka-suka”, tapi sebab dia tahu setiap hari tu, dia sedang bina sistem untuk bantu orang lain kaya juga.
________________________________________
Dari situ lah, dalam masa 5 tahun, dia ubah satu gym kecil jadi Acquisition.com — holding company yang sekarang pegang lebih 20 syarikat bernilai ratus juta dolar.

Dan bila orang tanya:
“Macam mana kau boleh jadikan orang lain jutawan?”
Dia senyum dan jawab:
“Saya tak bagi orang duit. Saya bagi dia sistem.”
________________________________________
Bahagian 3: Seni Bina Tawaran & Nilai — Dari $1 Juta ke $100 Juta

Lepas bisnes dia makin besar, Alex mula sedar satu benda pelik:
ramai orang ada bisnes juta-juta, tapi diri dia tetap kosong.
Bila dia tanya, “kenapa kau mula dulu?”,
jawapan ramai orang — “Sebab nak bebas.”

Tapi ironinya, makin besar bisnes, makin terperangkap.
Dia cakap,
“Kalau kau tak faham apa nilai sebenar yang kau cipta,
kau akan jadi hamba dalam bisnes kau sendiri.”
________________________________________
1. Nilai Datang Dari 4 Faktor.

Dia reka satu framework — yang sekarang jadi asas buku dia $100M Offers.
Dia panggil Value Equation.

Dia kata,
“Kalau kau nak orang sanggup bayar mahal,
jangan ubah harga. Ubah nilai.”

Nilai (value) ni datang dari 4 benda:
1️⃣ Impian pelanggan (Dream Outcome)
— Apa hasil yang dia paling nak. 
Lagi besar impian, lagi besar nilai.
2️⃣ Persepsi kemungkinan (Perceived Likelihood of Achievement)
— Sejauh mana pelanggan percaya dia boleh capai hasil tu.
Kalau dia yakin 90% boleh capai, dia sanggup bayar tinggi.
3️⃣ Masa (Time Delay)
— Lagi cepat dia dapat hasil, lagi mahal boleh caj.
Orang bayar premium untuk cepat.
4️⃣ Usaha & pengorbanan (Effort & Sacrifice)
— Lagi senang prosesnya, lagi tinggi nilai dirasai.

Dia cakap,
“Kau boleh jual benda sama, tapi bila kau ubah cara orang rasa tentang 4 benda ni —
kau boleh naikkan harga 10 kali ganda tanpa rasa bersalah.”
________________________________________
Contoh dia bagi:
orang jual supplement RM100, tapi kalau dia boleh tunjuk result cepat (contoh testimoni 7 hari nampak kesan),
dan nampak senang (tak payah diet gila-gila),
nilai perceived tu boleh naik sampai RM1,000.
Padahal produk sama, cuma positioning lain.
________________________________________
2. Tawarannya Mesti Nampak “Bodoh Kalau Tak Beli.”

Dia panggil ni “The Grand Slam Offer.”
Offer yang bila orang tengok, rasa macam tak logik kalau tak beli.

Masa dia jual Gym Launch, dia bagi:
• Sistem + template + skrip jualan,
• Marketing automation siap,
• Coaching setiap minggu,
• Dan janji: kalau tak dapat ROI 2x, dia refund 100%.

Siapa nak tolak benda macam tu?
Dia cakap,
“Kalau orang masih fikir banyak kali nak beli, maksudnya offer kau lemah.”
________________________________________
3. Duit Besar Datang Dari Masalah Mahal.

Ramai orang kejar market besar, tapi lupa tengok nilai masalah tu.
Dia kata,
“Kalau kau selesaikan masalah kecil, kau dapat bayaran kecil.
Tapi kalau kau selesaikan masalah besar, kau akan dibayar besar.”

Dia bagi contoh —
kalau kau ajar orang buat RM1,000 sebulan, orang takkan bayar mahal.
Tapi kalau kau ajar founder naikkan bisnes dari RM1 juta ke RM10 juta,
kau boleh caj RM100,000 sebab nilai impak dia besar.
________________________________________
4. Bisnes Besar Tak Semestinya Untung.

Alex kata banyak bisnes “nampak kaya” tapi sebenarnya rapuh.
Dia pernah tengok syarikat jualan RM30 juta setahun, tapi untung bersih tak sampai RM100 ribu.

Dia cakap,
“Revenue bukan kejayaan. Profitability tu kejayaan sebenar.”
Dan bila kau kejar growth semata-mata,
kau senang buat keputusan bodoh sebab nak “nampak besar” —
beli ofis, hire ramai orang, padahal cash flow makin ketat.

Dia ajar founder satu prinsip penting:
“Grow slow, keep margin high, and stay alive.”
________________________________________
5. The Real Leverage — Media & Trust.

Lepas dia berhenti expand Gym Launch,
dia guna semua duit tu untuk bina Acquisition.com —
syarikat yang beli dan bantu bisnes lain capai $100 juta ke atas.
Tapi strategi dia pelik sikit.

Dia tak kejar ads.
Dia kejar attention.

Dia cakap,
“Kalau kau boleh cipta konten yang orang percayakan,
kau boleh jual apa saja tanpa push.”

Dia guna podcast, YouTube, buku, dan konten free untuk tarik orang berkualiti.
Dia kata ni leverage paling kuat sebab media tak tidur.
Satu video boleh kerja 24 jam, 7 hari seminggu.
________________________________________
6. Jangan Jadi Founder Yang “Tamak Tapi Tak Faham.”

Dia cakap ramai founder gagal bukan sebab tak pandai, tapi sebab tamak dan cepat lupa diri.
Bila bisnes naik sikit, ego pun naik.

Dia cakap,
“Kau tak boleh bina syarikat besar kalau ego kau lebih besar dari pasukan kau.”

Dia sendiri pernah rasa benda tu.
Satu masa dulu dia terlalu obses nak kawal semua benda.
Sampai Leila (isteri dia) cakap,
“Kalau semua benda kau nak buat sendiri, kau tak perlukan pasukan.”

Sejak tu, dia ubah cara dia pimpin —
daripada “control” kepada “trust & accountability.”
________________________________________
Sekarang bila dia tengok founder baru struggle,
dia tak terus ajar teknik.

Dia tanya dulu,
“Kau nak kaya sebab apa?”
Sebab kalau jawapan dia kabur — “nak bebas”, “nak bukti dekat orang” —
Alex tahu dia belum ready.

Dia kata,
“Bisnes bukan ubat untuk kekosongan hidup.
Kalau kau belum selesai dengan diri sendiri,
duit cuma buat lubang tu makin besar.”
________________________________________
Bahagian 4: Ego, Makna Hidup & Rasa Cukup — 
Apa Jadi Bila Dah Kaya Tapi Masih Kosong

Lepas capai semua benda — 
duit berjuta, syarikat besar, ratus ribu orang kenal nama dia — 
Alex cakap dia pernah duduk sorang-sorang dalam rumah mewah,
dan rasa benda yang sama macam masa dia umur 22 dulu.
Kosong.

Dia kata,
“Saya fikir bila saya kaya, semua masalah akan hilang.
Tapi rupanya, saya cuma ada masalah yang lebih mahal.”
Dia senyum masa cakap tu, tapi dalam mata dia ada nampak rasa berat yang dalam.
________________________________________
1. Bila Duit Tak Lagi Menyelesaikan Apa-Apa.

Dia kata, masa miskin dulu dia fikir:
“Kalau aku ada sejuta, aku akan bahagia.”
Tapi bila dia dapat sejuta, dia nak sepuluh juta.
Bila dapat sepuluh juta, dia nak seratus juta.

Sampai satu masa, dia tanya diri sendiri,
“Kalau semua benda aku nak dah dapat, kenapa aku masih tak rasa puas?”

Dia mula sedar, duit tak boleh beli dua benda:
• Rasa damai,
• Dan makna dalam hidup.
________________________________________
2. Ego — Musuh Senyap Dalam Diri.

Alex cakap,
“Kita semua mula bisnes sebab nak buktikan sesuatu.”
Kadang2 nak buktikan pada dunia, kadang2 kepada diri sendiri.

Dia pun sama.
Dia nak buktikan dia bukan gagal, nak buktikan dia boleh buat lebih baik dari expectation orang lain.

Tapi makin dia berjaya, makin besar ego dia.
Dia jadi defensif bila orang kritik, cepat marah bila orang tak ikut cara dia.

Sampai satu hari Leila tegur dia depan team,
“Kalau kau asyik nak menang setiap kali,
syarikat ni yang akan kalah.”

Ayat tu hentam terus ke dada.
Dia kata masa tu baru dia sedar,
“Kebijaksanaan sebenar bukan bila kau betul —
tapi bila kau tahu bila nak diam.”
________________________________________
3. Bila “Purpose” Dah Tak Sama Macam Dulu.

Masa awal dulu, tujuan dia simple — 
nak keluar dari kesusahan, nak bebas.
Tapi lepas semua tu tercapai, dia tak tahu lagi apa yang dia kejar.

Dia cakap,
“Manusia bukan dicipta untuk duduk diam bila dah senang.
Kita dicipta untuk cipta.”
Dan bila dia tak lagi kejar duit,
dia mula kejar makna.
Makna bagi dia sekarang bukan pasal nombor, tapi pasal impak.

Dia tanya diri dia setiap pagi:
“Siapa yang lebih baik sebab saya hidup hari ni?”
Kalau jawapan dia “tak ada siapa”,
itu hari yang dia anggap gagal.
________________________________________
4. Kebahagiaan Datang Bila Kau Berhenti Membanding.

Alex pernah bandingkan diri dia dengan founder lain.
Setiap kali tengok orang lain jual syarikat ratus juta, dia rasa macam kalah.
Tapi bila dia kejar lagi — 
still tak rasa menang.

Sampai dia jumpa satu quote yang ubah cara fikir dia:
“Comparison is the thief of joy.”

Dia cakap,
“Kalau aku asyik ukur diri ikut orang lain,
aku akan kalah sampai mati.
Tapi kalau aku ukur diri ikut diri aku yang semalam,
aku boleh menang setiap hari.”
________________________________________
5. Dia Ubah Fokus Dari Diri Sendiri Kepada Orang Lain.

Bila dia dah bebas dari tekanan “nak buktikan diri sendiri,”
dia mula bantu founder lain naik.

Dia guna semua pengalaman — 
jatuh, gagal, rugi —
untuk tolong orang lain elak lubang yang sama.

Dia cakap,
“Saya dulu buat duit untuk diri saya.
Sekarang saya buat duit supaya orang lain boleh menang sama2.”
Dan peliknya, masa dia tolong orang lain tu —
baru dia jumpa balik rasa hidup.
________________________________________
6. Nilai Diri Bukan Datang Dari Harta.

Ada satu part dalam interview tu dia cakap slow, tapi aku rasa ramai boleh relate:
“Kalau semua benda saya ada sekarang hilang esok,
saya masih orang yang sama.
Saya tahu cara nak bina semula.
Jadi kenapa saya nak takut?”

Dia kata,
“Nilai sebenar bukan pada apa kau miliki,
tapi pada siapa kau jadi masa kau bina semua tu.”
________________________________________
Masa ni, kau boleh nampak Alex bukan lagi cakap sebagai businessman —
dia cakap sebagai manusia yang dah lalu semua fasa:
rasa kosong, kejar validation, jatuh, naik, hilang arah,
dan akhirnya jumpa ketenangan dalam memberi.
________________________________________
Bila ditanya,
“Apa maksud kejayaan bagi kau sekarang?”
Dia jawab,
“Bangun pagi dengan tenang, tidur malam dengan bangga.”
________________________________________
Bahagian 5: Hidup Lepas Kaya — 
Bila Duit Bukan Lagi Tujuan, Tapi Alat Untuk Masa & Legasi

Lepas semua naik turun tu, Alex cakap satu benda yang buat aku senyap:
“Dulu saya kejar duit sebab nak bebas.
Sekarang saya kejar masa sebab nak hidup.”

Dia cakap, duit boleh beli banyak benda —
kereta, rumah, syarikat, followers, bahkan hormat daripada orang.
Tapi duit tak boleh beli masa.

Dan masa tu, dia sedar benda paling mahal dalam dunia bukan lagi “million dollar,”
tapi satu jam yang digunakan dengan betul.
________________________________________
1. Duit Hanya Alat, Bukan Tujuan.

Dia kata,
“Duit cuma buat benda yang kau dah ada jadi besar.
Kalau kau baik, kau jadi lebih baik.
Kalau kau tamak, kau jadi lebih tamak.”

Masa dia muda, duit tu ubat untuk luka ego.
Tapi sekarang, duit tu cuma alat untuk cipta impak.

Dia cakap,
“Saya dah tak cari excitement dalam angka.
Saya cari kepuasan bila tengok orang lain menang hasil sistem yang saya cipta.”
________________________________________
2. Pasangan Yang Jadi Cermin.

Alex selalu ulang —
Leila, isteri dia, bukan sekadar partner hidup, tapi partner bina diri.

Dia cakap,
“Orang ingat kejayaan saya sebab saya pandai.
Tapi sebenarnya, saya cuma jumpa orang yang betul.”

Leila bukan jenis yang puji,
tapi jenis yang bagi cermin waktu dia tak sedar diri.

Kalau Alex jadi terlalu pushy, Leila tarik balik ego dia ke bumi.
Kalau Alex terlalu penat, Leila tolong ingatkan kenapa dia mula.

Dia cakap,
“Kalau kau nak bina empayar,
cari pasangan yang tak takut lawan ego kau bila kau salah.”
________________________________________
3. Jangan Kejar “Banyak”, Kejar “Bermakna.”

Alex pernah cakap,
“Bila saya muda, saya ukur kejayaan dengan ‘berapa banyak.’
Sekarang saya ukur dengan ‘berapa bermakna.’”

Dia tak kejar lagi untuk jadi “yang paling kaya,”
sebab dia tahu permainan tu takkan habis.

Akan sentiasa ada orang lebih kaya, lebih berjaya, lebih laju.
Tapi kalau kau boleh tidur malam dan rasa damai,
itu kemenangan yang ramai jutawan pun tak ada.
________________________________________
4. Masa Adalah Mata Wang Sebenar.

Dia pernah cakap,
“Kita semua ada akaun bank yang sama — 24 jam sehari.”
Bezanya, orang berjaya guna masa untuk bina nilai,
orang gagal guna masa untuk hilang arah.

Dia sekarang hidup dengan satu prinsip:
“Kalau benda tu tak bantu aku capai misi hidup aku, aku tolak — walaupun bayarannya besar.”

Dia tak lagi kejar semua peluang.
Dia kejar peluang yang sama dengan niat dia.
________________________________________
5. “I’m Not Trying To Be Remembered. I’m Trying To Be Useful.”

Satu part ni ramai tak perasan, tapi sangat dalam.
Dia cakap,
“Saya tak buat semua ni supaya orang ingat saya bila saya mati.
Saya buat sebab saya nak hidup saya berguna selagi saya masih hidup.”

Dia tak nak bina patung nama dia.
Dia nak bina sistem, ilmu, framework, dan mindset 

Friday, October 10, 2025

He turned $92 into $1 MILLION. How? It's simpler than you think.

He turned $92 into $1 MILLION. How? It's simpler than you think. 

Brian Buffini’s advice: spot a need… and fill it. Then study what’s working, copy it, and make it better. You don’t need to invent the next big thing… just

Okay, you once said, if today I came to the US with $92 in my pocket, I would still become a millionaire in 12 months. But let's be tactical. What would you do and how would you do it in 12 months? Find a need and fill a need.

I think, first of all, when I talk about being a millionaire, being a millionaire is a state of mind, not a state of account. So if I were broke, I'd be so out of my comfort zone that I'd be, I'm getting right back in.
It's my mindset.
So find a need, fill a need. So I would spend some time looking around at what people struggle with. What is something that's difficult that could be made easier? What is something that could make somebody's life more comfortable?

Something that could be done quicker.
Something that could be done better. Something where there's a gap in the market. The next thing is, find people who are in that space who are doing it well.

Copy it. And then all I did, for example, I didn't invent anything with Buffini Coaching. Everything I did existed in some form or another.
I improved on it and put a package together 

Saturday, October 4, 2025

Bisnes Digital Besar Beroperasi Pada 95–99% Gross Margin.

Kalau anda tak faham “margin”, anda sebenarnya tak faham bisnes.

Pernah tak anda kerja sebulan penuh penat lelah, tapi hujung bulan tengok akaun bank… kosong. 
Rasa macam kerja percuma.
Ramai owner bisnes rasa pelik, “jual banyak, tapi kenapa duit tak ada?”

Jawapan dia: anda tak faham margin.
________________________________________
Apa itu Margin?

Margin ialah peratusan keuntungan yang tinggal selepas ditolak kos.

Ada dua jenis margin yang penting:

1. Gross Margin (Margin Kasar)
➝ Hasil jualan (revenue) tolak kos langsung (COGS).

o Revenue (hasil jualan) = jumlah duit yang masuk daripada jualan produk atau servis.
Contoh: anda caj pelanggan RM100 untuk servis anda.

o COGS (Cost of Goods Sold / kos barang terjual) = kos langsung untuk siapkan produk/servis bagi seorang pelanggan tambahan.
Contoh: kalau anda ada kedai gunting rambut, kos minyak rambut, upah tukang gunting untuk satu kepala.

Kalau anda buat servis coaching, kos langsung ialah gaji coach yang handle klien tu.

Jadi Gross Margin = (Revenue – COGS) ÷ Revenue.

2. Net Margin (Margin Bersih)
➝ Duit yang tinggal selepas tolak semua benda: sewa, gaji admin, bil, software, marketing, cukai.

Inilah yang betul-betul jadi untung bersih.
________________________________________
Contoh ringkas

Anda caj pelanggan RM60 sejam, dan bayar staff RM20 sejam untuk fulfill kerja.

• Revenue = RM60
• Kos langsung (COGS) = RM20
• Lebihan kasar = RM40

Gross Margin = RM40 ÷ RM60 = 66%

Nampak macam ok, tapi sebenarnya belum cukup. 
Sebab bila tolak overhead lain, hujung tahun mungkin tinggal 10–15% sahaja.

Kalau naikkan gross margin ke 80%, net margin boleh naik lebih dua kali ganda. 
Contoh dari 12% naik ke 26%. 
Itu beza “cukup-cukup makan” dengan “ada simpanan besar”.
________________________________________
Target margin yang saya belajar

๐Ÿ‘‰ Untuk bisnes servis, sasaran minimum 80% gross margin.
Lagi bagus kalau 90% atau 95%.

Kenapa?

Sebab setiap kali naik 5–10% gross margin, keuntungan bersih boleh berganda.

• Dari 80% ke 90% = 2× lebih untung.
• Dari 90% ke 95% = 2× lagi.

Bisnes digital besar (Google, Microsoft, Apple) beroperasi pada 95–99% gross margin.
________________________________________
Macam mana nak capai 80% ke atas?

Ada dua cara sahaja:

1. Kurangkan kos langsung (COGS).
Contoh tadi RM60 jual, kos RM20. 
Kalau kos turun ke RM12, margin terus jadi 80%.

2. Naikkan harga jualan (Revenue).
Kalau kos masih RM20, untuk capai 80% gross margin, harga kena naik ke RM100.
________________________________________
Kenapa penting?

Bayangkan anda jual RM100, kos fulfill RM20.
Tinggal RM80 margin kasar.

Dari RM80 tu anda perlu bayar:
• Kos marketing untuk tarik pelanggan baru (contoh 20% = RM20).
• Baki RM60 untuk gaji admin, sewa, software, overhead lain.
• Masih ada untung bersih.

Kalau gross margin rendah, anda tak ada duit nak beli pelanggan baru. 
Sebab tu bisnes sangkut.
________________________________________
Contoh dunia sebenar

Seorang owner bayar coach RM4,000 sebulan. 
Coach tu boleh handle 40 klien.

Harga pakej = RM1,200 untuk 3 bulan (RM400 sebulan).
• Revenue: 40 × RM400 = RM16,000
• Kos coach: RM4,000
• Lebihan kasar: RM12,000
• Gross margin: RM12,000 ÷ RM16,000 = 75%

Dah bagus, tapi belum 80%.

Cara naik:
• Turunkan kos coach ke RM3,200 atau
• Naikkan harga klien +RM20 seorang.

Bezanya kecil, tapi cukup untuk tolak margin ke 80% dan buat untung hujung tahun naik 25% lebih tinggi.
________________________________________
Rumusan

• Revenue = hasil jualan.
• COGS = kos langsung untuk siapkan produk/servis bagi seorang pelanggan.
• Gross margin = (Revenue – COGS) ÷ Revenue.
• Net margin = duit bersih selepas semua overhead.
• Sasaran minimum gross margin untuk servis = 80% ke atas.
• Cara capai: kurangkan kos langsung atau naikkan harga.
________________________________________
Kalau perlukan bantuan profit margin tu, boleh join group komuniti usahawan saya, tanya soalan dalam tu untuk dapatkan kira2 margin bisnes anda yang sepatutnya. Link ada dalam profile.

Friday, October 3, 2025

The Harsh Truth They Don’t Want You to Know

They release them because if you stop buying, they stop earning. It's not pure innovation. It's pure sales.

If nothing breaks, if nothing feels outdated, their business dies. This system has a name, planned obsolescence. Products are designed to expire.

So your money never rests. Want proof? Over a hundred years ago, a company built a light bulb that never burned out. One of them is still glowing in California today.

But that company, it went bankrupt. Because if a product never breaks, no one buys again. That's the harsh truth.

They don't just sell you technology. They sell you the illusion that what you own is never enough. So ask yourself, are you really upgrading because you need to? Or because they've trained you to believe you're left behind? Because here's the truth.

It's not your phone or appliances that are dying. It's your mindset they're killing. So you keep paying.

So if you are not following me, most likely you're never going to see me again. But if you are, then congrats. You are always growing. Every single day.

Tuesday, August 26, 2025

MARS1000: Cip AI Tempatan Pertama Malaysia Dah Siap

MARS1000: Cip AI Tempatan Pertama Malaysia Dah Siap!
.

Malaysia akhirnya ada cip AI sendiri. Nama dia: MARS1000. Dibina oleh SkyeChip, dan ini bukan sembarangan cip — ia dibangunkan guna teknologi 7nm, sama level dengan cip-cip global yang biasa kita dengar dari gergasi luar negara.

_______

๐Ÿ”ฐApa MARS1000 Boleh Buat?

Cip ni direka untuk penggunaan edge AI, maksudnya sesuai untuk proses data secara terus di tempat kejadian. Antara kegunaan dia:
 
• Sistem trafik pintar
• CCTV dan analitik video masa nyata
• Robot kilang automatik
• Bandar pintar dan selamat
• Ladang pintar
• Aplikasi AI generatif

Ini semua teknologi masa depan yang dah jadi realiti, dan sekarang boleh dikuasakan oleh cip buatan Malaysia sendiri.

_______

๐Ÿ”ฐEdgeMind: AI Untuk Semua Orang

Satu lagi berita menarik — syarikat Elliance juga lancarkan sistem EdgeMind, satu sistem AI tempatan yang tak perlu deep coding. 

Tujuan dia jelas: bagi peluang pada lebih ramai orang untuk guna dan bangunkan solusi AI, tak kira di ladang, kilang atau sekolah.

Kerjasama antara Elliance, SkyeChip dan rakan industri lain dah mula sejak tahun lepas — dan sekarang kita dah nampak hasilnya depan mata.

_______

๐Ÿ”ฐMalaysia Sedang Bergerak Pantas

Dalam 6 bulan pertama 2025, eksport semikonduktor dan E&E Malaysia melonjak hampir 16%. 

Syarikat-syarikat tempatan pun makin menonjol:
• SkyeChip dah ada 90+ paten
• Swiftbridge tengah bangunkan kabel ujian 6G terpantas di rantau ni
• SanDisk dan Agilent pula diiktiraf global untuk kilang canggih berasaskan 4IR

_______

๐Ÿ”ฐApa Maknanya Semua Ni?

Maknanya Malaysia dah mula cipta, bukan sekadar guna. Kita tak tunggu lagi teknologi luar — kita bina sendiri. Dengan MARS1000 dan EdgeMind, kita bukan je ikut arus AI global, kita mula jadi sebahagian daripada pembentuk arus tu.

Malaysia dah masuk fasa baru — era ciptaan teknologi sendiri.
.

.

Friday, July 25, 2025

Creating Is Free but Making Money is Not

Creating engaging content doesn't have to be expensive!

Here are 5 affordable AI tools that can help you create content๐Ÿ‘‡

1. www.Syllaby.io - provides users with AI-generated outlines and scripts for various types of content, making it easier to create engaging videos for social media.5 AI Tools In 1!
Key Features:
Syllaby.io helps write video scripts & social media content with AI.
Brainstorm new content ideas & write various content types
Plan content with social media calendar & optimize for SEO
Create videos with AI avatars, or faceless videos
Pricing starts at $25/month for the Basic plan.
Try it here: https://syllaby.io/

2. Designs.ai - is a suite of AI-powered design tools that help create logos, videos, banners, and more.
Key Features:
AI logo maker and video creator.
Design templates for social media, ads, and presentations.
Text-to-speech and color matcher tools.
Pricing starts at $29/month for the Basic plan.
Try it here: https://designs.ai/

3. Murf AI: Voiceover magic.
Use for: YouTube, presentations, marketing videos, making content accessible.
Key features: Realistic AI voices (many languages!), fine-tune delivery, add music, collaborate with others, easy text-to-speech. (Plus, clone voices with higher tiers!)
Try it here: https://murf.ai/

4. Rytr - AI writing assistant that helps create high-quality content quickly.

Key Features:
Generates content for blogs, emails, social media, and more.
Customizable tone and style.
Supports multiple languages.
Saver plan starts at $9/month.
Try it here: https://rytr.me/

5. Simplified - is an AI-powered content creation tool that helps generate and design content for social media, blogs, and more.
Key Features:
AI content generation for text and visuals.
Social media scheduler and planner.
Collaboration tools for team projects.
Pricing starts at $18/month.
Try it here: https://simplified.com/

AA 

Monday, June 23, 2025

Would You Live For Your Family?

| Would You Live For Your Family? | Dan Martell
Jun 23, 2025, 6:30 PM
736K views · 15K reactions | Would You Live For Your Family? | Dan Martell
Play

00:00
00:18
Mute
Settings
(0:00) You hear these people say, I would die for my family. But would you change your habits for (0:04) your family? Would you chase your dreams for your family? Would you decide to go to the gym (0:08) for your family? Will you change and deal with those vices for your family? Will you go all (0:12) in on your dream for your family? That's my question. Stop using them as the excuse, (0:17) and start using them as the https://www.facebook.com/share/r/19QwZptHD4/.